Pinocchio

Pinocchio (피노키오)

Download Malay Subtitle

Release info

피노키오 Pinocchio E08 141204 XviD HDTV H264 720p-WITH-iPOP-BarosG-LIMO-CHAOSrel
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami : malaysub.com

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
XviD
HD
Published on: 2016-04-17
Downloads: 41
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Saya cakap dengan En. Han jangan gesa awak tentang bampar itu...

...tapi dia buat juga.

Oh ya, saya patut perkenalkan diri.

Saya Ki Jae-myung.

Awak kata siapa nama awak tadi?

Jae-myung. Ki Jae-myung.

Saya ingatkan saya akan menangis kalau saya jumpa abang saya.

Berpaut padanya, katakan betapa saya rindui dia.

Air mata saya yang saya tahan selama 10 tahun akan mengalir deras.

Tapi...

Saya ingat mereka dah selesaikannya.

Kebakaran itu untuk tutup pembunuhan.

Ada motif dan suspek melarikan diri.

Dia cakap dalam temu bual dia cuba halang ketua bomba itu.

Awak mencari rakan subahat, bukan?

Dia mungkin seorang rakan subahat.

Kalau tak pun, dia mungkin tahu di mana Moon Duk-soo.

Siapa nama awak, ya?

Saya rasa sangat tak sedap hati.

Abang mungkin dah buat sesuatu yang dia tak patut buat.

Saya tak tahu.

Saya takut.

Jadi saya...

Saya Choi Dal-po.

...tak dapat beritahu dia nama sebenar saya.

Saya nak berjumpa di suatu tempat yang hangat.

Sekarang sejuk sebab matahari dah terbenam.

- Jom kita pergi ke tempat senyap. - Apa?

Di mana...

Dal-po?

Boleh awak dapatkan satu meja? Saya akan masuk sekejap lagi.

Baik.

- Hei, ada apa? - Saya ini.

Awak di mana?

- Mana lagi? - Studio?

Ya. Kenapa?

- Tak apalah. Saya telefon nanti. - Okey.

Awak terkejutkah saya telefon?

Ya, tapi saya gembira awak telefon.

- Nah. - Apa ini?

Duit untuk bampar itu.

En. Han ambil tanpa cakap dengan saya tentangnya.

Saya tak berniat nak ambil ini.

Tak, awak perlu lebih untuk baiki bampar itu. Ini tak cukup.

Kalau macam itu, beginilah.

Kita berdua tak memberi atau menerima.

Okey.

Tapi syarikat tak merungut kalau awak tak membaikinya?

Itu trak saya.

Lagipun saya dah menghantar air hampir 10 tahun.

Melihatkan pakaian awak, awak tak bekerja dalam pejabat.

Saya memandu teksi sehinggalah baru-baru ini.

Jadi kita berdua dalam industri perkhidmatan.

Awak kerja apa sekarang?

Buat sementara waktu, saya bercuti.

Jadi awak menganggur.

Saya akan belanja awak.

Tak, saya boleh...

- Saya akan bayar. - Berapa umur awak?

Umur saya 27 tahun.

Saya 30 tahun. Saya abang jadi saya akan bayar. Okey?

Ya, abang.

Mari kita tengok. Ada banyak pilihan...

Saya nak teh kuins. Awak pula?

Saya pun sama juga.

Dua teh kuins.

Nanti sekejap.

Kita miripkah?

Apa?

En. Han kata kita mirip.

Apa pendapat awak? Kita miripkah?

Saya tak nampak pun.

Kita mirip.

Kita sangat mirip.

Yakah?

Apa pun, gembira bertemu dengan awak.

Saya pun sama.

Awak nampak macam orang yang baik, Dal-po.

Awak boleh pergi lepas langgar bampar, tapi awak tak buat begitu.

Saya pasti awak akan dapat kerja bagus tak lama lagi.

Abang...

Boleh saya panggil awak begitu?

Boleh. Awak boleh panggil saya abang.

Tapi kita akan berjumpa lagikah?

Kita mungkin terserempak nanti.

Jadi apa salahnya?

Saya ada banyak soalan untuk abang saya bila saya jumpa dia.

Tolong ikut trak biru itu. Jangan sampai dia perasan.

Bagaimana kehidupannya. Kalau dia sakit.

Kalau dia sudah berkahwin.

Tapi sekarang bila saya dah jumpa dia...

...soalan yang terlintas di fikiran menakutkan saya.

Kenapa lelaki yang menganiaya ayah hilang?

Kenapa nombor abang ada dalam sejarah panggilan lelaki itu?

Adakah kebetulan membimbangkan ini sekadar kebetulan?

Macam mana kalau...

Macam mana kalau semua itu bukan kebetulan?

Bolehkah saya hadapi kebenarannya?

Persoalan "macam mana kalau" itu...

...sangat kejam dan berat sehinggakan...

...saya nak abaikannya.

Tak guna! Teruk!

Siapa timbulkan masalah kali ini?

- Ayam sabung atau pengikut gila? - Ayam sabung.

Dia memang teruk!

Dia tinggalkan daerah tanpa kebenaran...

...dan tak jawab telefon dia! Dia main-mainkan saya!

Hei! Itu sebab awak terlalu berlembut dengan dia!

Jangan biarkan saja hal ini. Berani dia tak endahkan orang atasan?

- Maaf saya sebab lewat. - Lewat?

Lewat sajakah kesalahan yang awak buat?

Awak bukan polis! Awak pemberita!

- Seorang pemberita... - Saya ada satu soalan.

Hei! Awak tak boleh tanya soalan sekarang, awak mesti ditegur!

Macam mana kalau saya jumpa suspek sebelum polis, apa perlu dibuat?

Apa? Awak jumpa suspek?

Kalau begitu baguslah!

Beritahu polis dan minta tumpang ke tempat kejadian!

- Tumpang? - Tentulah!

Kita boleh merakam secara eksklusif masa tangkapan dibuat!

Dal-po. Akhirnya awak dapat berita besar.

Saya dah agak sejak awak mula buat hal sendiri.

Adakala pemberita mesti ikut gerak hati...

...lebih daripada orang atasan!

- Betul, tuan? - Tentulah!

Awak mesti buat apa saja untuk dedahkan kebenaran!

Itulah tugas pemberita! Ini memang hebat.

Jadi siapa orangnya? Orang yang awak jumpa itu suspeknya?

Atau rakan subahat?

Kedua-duanya pun bukan.

Apa? Jadi awak tersilap?

Ya.

Macam yang tuan kata, saya rasa syak dan buat apa saja yang diperlukan.

Saya akan ingat itu dan sentiasa ikut gerak hati mengatasi yang lain.

Terima kasih untuk nasihat itu.

Tuan, apa yang baru berlaku?

Saya rasa kita baru saja diperbodohkan...

- ...oleh ayam sabung itu. - Tepat sekali!

Buat mawari saya berasingan daripada In-ha?

Ya. Saya letakkan kamu bersama takut kamu tak boleh buat bersendirian.

Tapi kamu berdua agak bagus. Kamu boleh pergi bersendirian.

Tuan! Ini tak betul.

Saya masih jauh lagi daripada jadi pemberita yang berkebolehan.

Editor Kim masih rasa bimbang tentang saya.

Kenapa awak bangkitkan pasal dia?

Awak rasa awak akan bekerja dengan siapa lebih lama, dia atau saya?

- Itu... - Saya sedang mendengar.

- Jaga-jaga apa awak cakap. - Tuan.

Tuan ada di dalam?

Mestikah awak tanya soalan kebudak-budakan itu?

Kepada seseorang yang sangat muda pula itu.

Ini tentang Choi In-ha.

Berapa lama mesti kita biarkan In-ha dan Bum-jo bersama?

Untuk seketika. Dia Pinocchio. Berapa bagus kerja dia boleh buat?

Kenapa tidak? Dia mainkan peranan besar dalam kisah gim.

Itu bukan In-ha saja.

Itu sebab mereka bersama.

Siapa tahu? Ketua Song mungkin beri dia tip untuk membantunya.

Dia tak beri saya apa-apa.

Dia langsung tak bantu saya pun.

Dia tak nampak macam membantunya.

Malah saya rasa kasihan sebab dia sangat tegas dengan In-ha.

Awak ingat Ketua Song akan buat ia nampak ketara. Dia buat dalam diam.

Jangan pandang rendah dia sebab dia ambilan istimewa.

Dia mungkin berkelayakan.

Kalau begitu dia patut masuk dengan kelayakannya sendiri!

Dia adalah alat publisiti. Tak lebih, tak kurang.

Tolong jelaskan kepada Editor Kim.

Beritahu dia mak tak pernah bantu atau beri saya sebarang tip.

Beritahu dia saya temui semuanya untuk kes gim itu sendiri.

- Kenapa pula? - Mak!

Puan!

Panggil mak "puan" di tempat kerja.

Maaf, puan.

Tak bolehkah puan puji saya bila saya buat sesuatu dengan bagus?

Saya tak harapkan sebarang bantuan.

Tapi puji saya kalau patut dipuji dan kritik kalau patut dikritik.

Layan saya macam orang lain.

Awak seorang Pinocchio dan ambilan istimewa.

Awak terima layanan istimewa walau dengan kekurangan awak itu.

Tapi awak nak saya layan awak macam orang lain?

Awak tak tahu malukah?

Dia keterlaluan.

Oleh sebab awak nak dikritik, saya beritahu awak ini.

Saya masih fikir awak tak cukup bagus sebagai pemberita.

Dia tegas.

Mungkin Ketua Song ambil anak dia untuk dera dia.

Mengantuknya.

Hei, Dal-po! Mari sini.

Ya, tuan.

Saya dapat ini dari balai Jungwoo.

- Ini nombor abang awak. - Apa?

Betulkah?

Ini betul-betul nombor abang saya?

Ya. Jadi telefonlah dia.

- Terima kasih. Terima kasih banyak. - Hei.

Saya sangat berdebar.

Kalau saya telefon nombor ini, saya boleh dengar suara abang saya?

Ya.

Terima kasih, tuan! Tuan memang terbaiklah.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left