Gachiakuta

Gachiakuta (ガチアクタ)

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Gachiakuta S01E16 CR WEB-DL Bahasa Melayu MS
[Crunchyroll] Gachiakuta - 16
A Commentary by Abu3safeer
💢||🅲🆁🆄🅽🅲🅷🆈🆁🅾🅻🅻💢

Tags

webdl
anime
Published on: 2025-10-26
Downloads: 57
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 129 lines.

Saya akan berehat selepas saya lihat mereka.

Apa yang dia nak cakap?

Hei, Dear.

Kamu tak patut buat muka begitu walaupun di depan musuh.

Nanti muka kamu berkedut apabila kamu dewasa.

Apa?

"Kita cuma datang untuk makan. Kenapa kita ada di tempat begini?"

Itu yang muka kamu nak cakap, bukan?

Ini macam kerja tiba-tiba.

Lagipun, kamu sendiri yang melompat masuk, bukan?

Kamu dah lama ingin tahu tentang Rudo.

Sebab itulah kamu ikut sekali, bukan?

Maaf! Kamu malu, ya?

Sungguh menyentuh hati.

Kamu anak-beranak?

Ya, betul.

Tapi kami tiada pertalian darah.

Sebab itulah kami nak keluar dari sini secepat mungkin.

Kalau kami tak balik sebelum malam, Dear akan mengantuk.

Begitu rupanya. Nama awak Dear.

Boleh saya panggil awak Dear Kecil?

Tak boleh, ya?

Budak sebaya dia memang comel kalau bersikap agak nakal.

Berapa umur dia?

Dia baru masuk sepuluh tahun bulan lepas.

Selamat hari jadi.

Berapa hari bulan?

17 hari bulan.

17 September.

Sayang sekali! Hari jadi saya 19 hari bulan.

Jadi, awak juga baru bertambah tua?

Janganlah cakap "bertambah tua"!

Ia buat saya sedih.

Bukankah ini cuma perbualan antara lelaki tua?

Janganlah ketawa dengan hidung. Ia buat saya sedih.

Kenapa dengan awak?

Saya tak rasa semangat permusuhan daripada awak.

Betulkah awak nak melawan kami?

Bundus.

Itu nama saya.

Panggillah saya begitu.

Saya Bro.

Dia sukar untuk ditangani.

Semangat permusuhan.

Ya, saya tiada semangat permusuhan terhadap kamu sekarang.

Saya datang atas arahan Zodyl

tapi secara peribadinya, saya nak benda lain.

Jadi, kalau awak dapat benda itu, kita tak perlu berlawan?

Tidak.

Mengalahkan kamu

ialah cara untuk saya dapat benda itu.

Benda yang saya nak

ialah maklumat.

Kalau kamu beri saya maklumat yang saya nak,

saya akan beritahu apa yang akan berlaku kalau kamu kalah kepada kami.

Jadi, beritahulah saya.

Ketua Pembersih.

Siapa sebenarnya Arkha Corvus?

Bos!

Saya tak begitu suka dipanggil "bos".

Lupakan tentang itu. Kita ada kecemasan!

Empat ahli Akuta termasuk Rudo, dan tiga ahli Child

ditangkap oleh Penjarah dan lokasi mereka tak diketahui.

Kita dihubungi oleh Gris.

Menurut laporan, mereka dikenakan oleh pengguna kuasa teleportasi.

Mereka nak kita hantar pasukan pencari.

Aduhai, bos!

Kenapa awak tak pakai coker awak?

Menyusahkan apabila awak tak dapat dihubungi dengan segera!

Saya faham.

Kumpulkan semua orang yang boleh pergi sekarang.

Saya akan siasat ke mana mereka hilang.

Saya kenal seorang pemberi maklumat yang bagus.

Siapa sebenarnya bos kami?

Bundus.

Apa maksud awak?

Saya maksudkan apa yang saya cakap.

Kalau susah nak jawab, patutkah saya huraikan soalan itu?

Tunggu.

Awak tanya soalan yang macam sia-sia

sebab awak nak korek maklumat penting tentang Pembersih, bukan?

Saya takkan beritahu awak apa-apa yang merugikan Pembersih.

Saya harap awak tak salah faham.

Saya seorang yang sangat individualistik.

Soalan ini datang

daripada rasa ingin tahu saya dan sifat dahagakan pengetahuan.

Jadi, tak kira apa pun yang kamu beritahu saya,

saya takkan sampaikannya kepada Penjarah.

Ini cuma pertukaran maklumat antara kita.

Kamu boleh meragui saya dan berdiam diri.

Tapi kalau kamu tak jawab, saya takkan bertindak

dan kamu tak boleh keluar dari sini.

Ia cuma akan berlarutan sehingga waktu tidur.

Saya faham.

Tapi saya cuma akan jawab sesuka hati saya.

Kalau begitu…

Apa makanan kegemaran Corvus?

Dia suka makan…

manisan.

Saya rasalah.

Berapa umurnya?

Saya tak pernah dengar tentang umurnya.

Apa dia buat apabila keluar berseronok?

Saya tak pernah nampak dia keluar.

Sejak bila dia jadi ahli Pembersih?

Saya tak tahu!

Pernahkah awak nampak dia guna Instrumen Penting?

Tak pernah!

Teruklah!

Saya nak elak soalan dia atau buat dia keliru

kalau dia tanya soalan yang berbahaya,

tapi soalan-soalan dia lebih normal daripada jangkaan saya.

Dia buat saya rasa kekok!

Dear dah mula hilang sabar!

Kalau kami tak buat sesuatu cepat, muka dia akan berkedut!

Susahnya situasi ini!

Saya selalu terperangkap di tengah-tengah.

Baiklah, saya faham.

Saya tahu niat awak.

Tak…

Saya betul-betul tak tahu.

Okey, giliran saya pula.

Kalau kamu kalah,

kami nak jadikan kamu korban untuk Raksasa Sampah.

Saya tak tahu kalau kamu dah nampak,

tapi kami Penjarah dah berjaya mencipta beberapa Raksasa Sampah sendiri.

Dear.

Adakah ia cuma imaginasi saya?

Saya rasa saya baru terdengar sesuatu yang mengejutkan.

More Malay subtitles for Gachiakuta

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left