Release info

육룡이나르샤Six Flying Dragons E45 160307 720p-WITH-iPOP-RAiN
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

Tags

720p
720
Published on: 2016-03-20
Downloads: 42
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Tuanku, mohon perkenankan rancangan ini.

Tamatkan hubungan selama 1000 tahun ini...

...dan jadikan ia sebagai sebuah negara dan sejarah yang baru...

...yang mana rakyat kita tak lagi ditindas...

...dan kita tak lagi perlu tunduk kepada kuasa mereka!

Tuanku mesti halang perang ini...

...dan selamatkan tanah ini!

Ini rupanya.

Sebab inilah saya bimbang.

Mari.

Kita pergi ke Hanyang.

Yang penting adalah persiapan.

Mulai esok, ada banyak benda yang kita perlu lakukan.

Tuan.

Kenapa?

Apa kata kalau tuan berhenti untuk makan dan berehat sebentar?

Kaki Yeon Hee tercedera.

Saya tak apa-apa.

Awak patut beritahu saya.

Waktu saya berumur 15 tahun...

...saya sendiri telah saksikan Raja Gongmin menghalau Yuan...

...dan menghukum mereka yang bersekutu dengannya.

Saya membesar melihat pengaruh dan kuasa mereka di tanah ini...

...jadi apa perasaan saya bila mereka dihapuskan?

Hati saya rasa begitu teruja.

Selepas itu, saya minta supaya ayah hantar saya ke Sungkyunkwan.

Saya berpeluang bertemu dengan Raja Gongmin...

...dan itulah impian pertama saya.

Impian untuk mentadbir Liaodong.

Jadi dia telah beri tuan sebuah impian.

Betul itu.

Impian.

Impian...

...mungkin dianggap sebagai harapan.

Tapi bukankah ia sesuatu yang menenangkan hati kita?

Pada saya...

...itulah diri dia.

Samalah seperti tuan pada saya.

Yakah?

Saya bersyukur kerana awak anggap saya begitu.

Tapi kita tak boleh hidup hanya dengan itu saja.

Kita perlu fikirkan kehidupan kita yang seterusnya.

Kehidupan kita. Kebahagiaan kita.

Tuan maksudkan tentang itu lagi?

Tuan benar-benar mahu saya berhenti?

Tuan kata impian barunya supaya saya berhenti...

...dan mulakan hidup baru.

Betul itu.

Saya terlalu sibuk membina negara baru...

...sehingga saya gagal beri tumpuan pada keluarga saya.

Kamu berdua dan beberapa teman rapat saya juga...

...tak ubah seperti keluarga saya.

Jadi...

...saya bercadang untuk kahwinkan awak, Yeon Hee.

Apa?

Apa pendapat awak?

Apa maksud tuan?

Saya nak kahwinkan dia dengan awak.

Mulai esok, pertarungan yang sebenar akan bermula.

Patik maksudkan tentang tuduhan terhadap patik...

...sebagai penulis utusan baginda raja.

Beta yang letak cap mohor di Anbyunchaek.

Beta yang bawa serbuk letupan dan bertemu keluarga bangsawan.

Beta yang bakar Dumoon-dong.

Begitu juga sewaktu Po Eun...

...dibunuh di Jambatan Seonjuk pada malam itu.

Beta yang buat semua itu.

Semua itu pilihan beta, dan beta tak rasa ragu-ragu.

Ya, betul itu.

Tapi...

Ya.

Beta memang pernah berbual dengan Menteri-menteri Ming...

...tentang seorang pegawai kerajaan...

...yang begitu berkuasa...

...sehingga negara ini berada dalam genggamannya.

Seperti seorang adik yang meminta bantuan abangnya...

...saya meminta bantuan Ming supaya menewaskan Sam Bong.

Tuanku tak apa-apa?

- Moo Hyul. - Ya, tuanku.

Beta...

Ya, tuanku.

Saya tak ubah seperti seorang adik.

Sam Bong pula bersedia...

...untuk berdepan dengan Ming.

Tak guna.

Tuanku.

Tak. Tak ada apa-apa.

Ketika saya berumur 12 tahun, tanpa pengetahuan Young Gyoo...

...dan bantuan daripada orang lain...

...saya bunuh adik-beradik Lee dengan tangan saya sendiri.

Jadi kenapa...

Macam mana saya boleh jadi begini?

Kanda, ayahanda sudah pulang ke istana.

- Masalahnya adalah... - Kenapa?

Ayahanda kembali bersama Sam Bong.

Apa? Sam Bong?

Apa yang Sam Bong buat selama ini?

Saya pun tak pasti.

(Lee Seong Gye, Raja Pertama Joseon)

Utusan kita ke Ming iaitu Jeong Chung...

...Kim Yak Hang dan Noh In Do...

...di bawah perintah baginda maharaja...

...telah dihukum bunuh.

Apakah maksud tindakan ini?

Apakah maksudnya apabila utusan luar dibunuh?

Ini bermakna...

...Ming mengisytiharkan perang terhadap kita.

Kita takkan berdiam diri saja.

Tak mungkin.

Kita akan serang Liaodong.

Ampun, tuanku.

Latihan ketenteraan yang dijalankan...

...adalah sebagai persiapan terhadap kemungkinan begini.

Namun ia tak dijalankan dengan lancar.

Maka, latihan ini akan diadakan...

...pada awal setiap bulan.

Semua pegawai serta putera yang memiliki tentera peribadi...

...hendaklah menghadiri setiap sesi latihan tersebut.

Ini adalah perintah beta.

Untuk mempercepatkan lagi ekspedisi ini...

...penggubalan terhadap beberapa jawatan akan dibuat.

Umumkan.

"Pertama, selaras dengan persiapan peperangan..."

"...bahagian bekalan ketenteraan akan ditubuhkan ."

"Ia akan diselia oleh Jeong Do Jeon."

"Untuk mengukuhkan pasukan tentera tempatan..."

"...penempatan semula pegawai akan dibuat."

"Ha Ryun ke Daerah Chungcheong."

Apa?

"Park Gil Po ke Daerah Jeolla."

"Lee Sook Beon ke Ansan."

"Lee Ji ke Daerah Gyeongsang."

"Lee Cheon Woo ke Daerah Gangwon."

"Daerah Chungcheong..."

Ini tak ada kena-mengena dengan Liaodong.

Ini semua muslihat Sam Bong untuk memansuhkan tentera peribadi.

Apa maksud kanda?

Dengan mengumpulkan semua tentera, mereka akan diletakkan di bawah...

...pemerintahan berpusat dan ini akan menghapuskan tentera peribadi.

Patik tak rasa baginda raja sanggup...

...buat begini sekali semata-mata untuk memansuhkan tentera peribadi.

Sebab itulah beta kata semua ini muslihat.

Macam mana kalau kita tak hadir sesi latihan itu?

Lagipun ia cuma sekadar latihan.

Adinda takkan pergi.

Macam mana kalau mereka memang mahu menawan Liaodong?

Da Gyung.

Tak mungkin itu tujuan mereka.

Semua itu mustahil.

Sekiranya baginda raja bertitah agar tentera dikerahkan...

...dan tuanku berdua tak mahu mematuhi perintah tersebut...

...ia akan dianggap sebagai tindakan membelot.

Ini bukan sekadar umpan.

Apa maksud tuanku?

Itu tak masuk akal.

Maharaja Hong Wu...

(Maharaja Hong Wu: Maharaja Pertama Kerajaan Ming)

...akan mangkat tak lama lagi.

Apa?

Kalau begitu...

...perang saudara akan tercetus.

Penawanan Liaodong.

Kamu rasa kita ada peluang?

Patik pun tak pasti.

Tapi jika benar Maharaja Hong Wu mangkat...

...dan perang saudara tercetus...

...patik rasa ia tak mustahil.

Tapi ia masih tak masuk akal.

Walaupun kita lihat secara positif...

...peluang kita untuk menawan dan menguasai Liaodong...

...masih tak lebih daripada 50 peratus.

Katalah ada pertaruhan dengan peluang sebanyak 50 peratus.

Dengan mempertaruhkan 100, jika menang...

...kita dapat 100 tapi kalau kalah, kita akan kehilangan 100 itu.

Kalau begini, mungkin ia berbaloi.

Tapi ini adalah pertaruhan antara memenangi 1,000...

...atau mati.

Pertaruhan begini...

Kenapa mereka ingin buat pertaruhan yang penuh risiko ini?

Pertaruhan...

...penuh risiko.

Tuanku.

Kenapa ini?

Saya tak tahu.

Jika Maharaja Hong Wu mangkat...

...dan Zhu Di bertindak menuju ke Nanjing...

...kita akan bergerak ke utara.

Dalam proses ini, kita akan satukan semua tentera.

Semua putera pasti akan beri tentangan yang hebat.

Kita juga perlu buat persiapan rapi.

Ya. Kita perlu beri perhatian terutamanya pada Putera Jeongan.

Yeon Hee, saya mahu awak siasat...

...jumlah senjata dan tentera yang dimiliki oleh semua putera.

Baiklah.

Awak perlu sediakan pemeriksa.

Baiklah.

Mulai sekarang...

...kita perlu bertindak dengan lebih agresif.

Penggunaan barangan mewah seperti sutera dan barang kemas...

...adalah dilarang bagi pegawai peringkat rendah...

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left