The first 200 lines.
Mimpi dan mimpi ngeri berjalan seiring.
Apa yang kamu bayangkan, turut membayangkan kamu.
PUTERA
Ibu, saya nak pergi ke dunia mereka!
Kamu dah di sana!
Setiap kali kamu menulis atau melukis, jiwa kamu menjadi tinta.
Itulah cara mereka wujud.
Mereka jadi senyata kamu.
Mereka nampak saya?
Ibu!
Tolong!
Ibu!
Tolong! Nenek, tolong saya!
Ibu! Tolong!
Francisca, tinggalkan itu. Tolong nenek.
MARÍA CONCHITA PAREDES DIOSDADO IBU DAN ISTERI TERSAYANG
Nenek turut berdukacita, Francisca.
- Francisca! Mari sini! - Tidak!
Tolong saya cari cucu saya!
Francisca!
Budak nakal, kamu di mana?
- Francisca, kamu di mana? - "Putera itu…
akan buat apa saja untuk selamatkan ibu bapa
dan semua orang yang dia sayang."
Dia ada di sini, puan.
Francisca!
Tergamak kamu buat begini pada kami?
Francisca? Matahari akan terbit.
ALAM KENGERIAN
Keadaan di sayap timur terkawal.
Baik.
Fabulist, awak buat saya terkejut!
Mari ikut saya.
Semua terkawal, tuan.
"Putera itu ada keinginan untuk mengetahui lebih lanjut yang sukar dijelaskan."
"Dia memutuskan untuk mendengar kata hati,
mengikut nalurinya, dan suara misteri yang menyerunya."
"Dia berasa tak sedap hati, tapi dia tak takut."
"Dia diselubungi perasaan yang aneh."
"Dia rasa dia akan temui takdirnya."
"Dia terus memanjat,
mencari jalan keluar dari dunia mengerikan,
tatkala suara yang menyerunya itu semakin nyata."
"Dia terkejut apabila mendapati dirinya di tempat yang sangat aneh,
yang tak pernah dia pergi sebelum ini."
"Dia dibelenggu kekeliruan."
"Perutnya sakit."
"Dia berada di tempat yang penuh dengan orang asing."
"Dunia baru."
Dunia baru!
Dia macam gila sikit, bukan?
Apa? Sikit? Dia sangat gila.
Dia cuma nak perhatian.
Ya, kasihan.
Tidak!
Saya suka cerita awak.
Ayah saya penerbit buku yang berpengaruh.
Mungkin dia suka cerita awak. Nama saya…
Kelakarlah.
Kenapa kamu semua jahat dengan saya?
Francisca! Budak nakal.
Nenek, ada raksasa!
Aduhai, apa kamu buat di situ?
Paderi Cosme beritahu nenek yang kamu tak kembali selepas rehat
dan kamu menakutkan semua orang.
Ada sesuatu dalam pokok sisal!
Maaf!
Tak ada apa-apa pun.
Kenapa kamu begini? Tak nak jadi macam rakan sebaya kamu?
Sekurang-kurangnya kamu boleh ada kawan.
Nenek sihir!
Apa kamu panggil nenek?
Budak nakal.
Maaf, tapi ibu dan ayah takkan percaya apa yang berlaku.
Saya sedang tidur dan…
- Kamu okey, sayang? - Ya, ibu, saya okey.
Veritena.
- Sayang. - Berhenti, ibu.
Kalau awak peluk dia begitu, dia ingat apa dia buat itu betul.
Saya peluk dia sebelum saya hukum dia seumur hidup.
Apa?
- Ficturo! - Ayah!
Awak okey?
Raja dan keluarganya yang tak berguna itu akan membawa kita menuju kehancuran.
Kamu perlu fikirkan akibat perbuatan kamu.
Kami takkan selalu ada untuk lindungi kamu.
Saya okey,
dan saya temui sesuatu yang hebat.
Kita boleh guna Harpspider untuk pergi ke tempat lain.
Tunggu sampai saya cerita…
Tidak, Herneval!
Kamu kena faham, apa yang kamu buat sangat bahaya.
Kamu patut lebih berhati-hati.
Ada keseimbangan antara dua alam,
dan kita perlu melindunginya.
Sudah lama tiada sesiapa yang dapat menyeberang, dan lebih baik begitu.
Janji kamu takkan beritahu sesiapa tentang penemuan kamu.
Ya, saya minta maaf.
Kamu juga dah merosakkan alat paling penting spesies kita,
Harpspider.
Kamu perlu jaga ia kerana suatu hari nanti kamu akan memainkannya.
Dengan cara itu, kamu dapat membentuk minda bawah sedar manusia.
Ini kemahiran kita,
hanya untuk ahli keluarga diraja.
Ficturo, sudah tiba masanya untuk beritahu dia.
Apa? Awak dah gila, Veritena?
- Dia terlalu muda untuk faham. - Apa?
Saya bukan budak lagi!
Saya nak tahu apa di seberang sana.
Ada seorang gadis dikelilingi cahaya.
Saya tak faham. Ada suara bercakap dengan saya.
Atau dia bercakap tentang saya? Macam mana dia kenal saya?
Dia kata saya putera. Macam mana dia tahu?
Saya tak faham.
Kenapa dia tahu banyak tentang saya?
Suaranya macam pernah dengar, tapi saya tak kenal dia.
Ibu ayah tahu maksudnya?
Bertenanglah
Kisah kita ialah kisah manusia
Mereka bercerita Lalu kisah itu menjadi nyata
Fiksyen menjadi realiti
Mereka takut apabila bermimpi
Kamulah kebenaran
Kamulah fiksyen
Satu gugusan bintang
Paradoks yang wujud
Dalam penulisan
Lebih banyak fiksyen teranyam
- Dengan helaian kebenaran - Fiksyen
Dan mimpi-mimpi masa silam
Yang menyingkap kebenaran tanpa berdusta
Kamulah kebenaran
Kamulah fiksyen
Satu gugusan bintang
Paradoks yang wujud
Alam ini tempat ketakutan manusia.
Kita idea yang menakutkan mereka.
Kita idea?
Jadi, kita tak wujud?
Kamu rasa kamu tak wujud?
- Kamu ialah mimpi - Kamu ialah kebenaran
- Kamu ialah kata-kata - Kamu ialah fiksyen
- Kamu ialah kebenaran - Kamu ialah mimpi
- Kamu ialah fiksyen - Kamu ialah kata-kata
Kebenaran mutlak, itu tak wujud
Kamu itu nyata
Ficturo!
- Saya di sini. - Apa itu?
- Bertenang. - Ke balai singgahsana!
Tuanku, perlukan bantuan?
Terima kasih, Kapten Mythelitas. Malangnya, kita tak boleh bantu raja.
Maaf mengganggu, tapi Pembuat Mimpi Ngeri Diraja
menuntut untuk menghadap Tuanku dengan segera.
Ayah!
Boleh saya benarkan?
Tiada masa untuk semua adat rasmi ini.
Ia
keterlaluan!
Cukup!
Berhenti.
Tuanku!
Berlaku gangguan yang dahsyat, memudaratkan, dan menggemparkan
antara alam!
Kapten.
Aduhai!
Tuanku nampak teruk.
Mungkin sudah tiba masanya untuk menilai cadangan saya…
Procustes, ini bukan masa yang sesuai.
- Hantar Herneval ke biliknya. - Apa?
Putera, boleh ikut saya?
Nah, ayah.
- Hei… - Ikut arahan ibu.
Tunggu, Procustes.
Ya, Putera?
Apa yang berlaku pada ibu bapa saya?
Sebenarnya,
raja dan permaisuri memikul beban yang berat.
Spesies kita kehilangan kekuatan, tenaga dan pengaruh
disebabkan oleh manusia yang tak guna.
Ibu bapa Putera yang pertama merasai kesannya.
Saya takkan benarkan! Saya akan bantu!
Saya harap begitu, tapi Putera tak boleh buat apa-apa.
Apabila mereka tiada nanti, kita akan bekerjasama.
Saya akan kongsi mahakarya saya
untuk Putera hantar kepada manusia sebagai mimpi ngeri.
Malangnya, kita hidup di bawah belas kasihan makhluk tak beradab itu.
Tidak! Saya tak nak bergantung pada manusia!
Kalau kita boleh menyeberang ke Alam Kewujudan,
situasinya akan berbeza.
Hei… Ada sesiapa yang boleh menyeberang?
Pada mulanya, dahulu kala,
ketakutan terhadap ketakutan itu sendiri telah terbentuk
lalu terjadilah seekor labah-labah raksasa berbulu,
Enkara yang Maha Agung.
Enkara mendapati nyawanya terikat
dengan ketakutan manusia terhadapnya.
Dia menggunakan Harpspider untuk menyeberang dan menakluki manusia.
Ceimut yang suka menyibuk itu mempertahankan manusia
dan mencabar Enkara untuk bertarung.
Tapi Enkara menangkap Ceimut dan menelannya.
No comments yet. Be the first to leave one.