The first 174 lines.
A SHOP FOR KILLERS
EPISOD 2 JEONG JINMAN, JEONG JINMAN, JEONG JINMAN
Kamu dah gilakah?
Ibu tiba-tiba meninggal dunia.
Ada sesuatu yang tak kena.
Saya rasa
kita perlu buat autopsi.
Autopsi?
Jinman.
Ibu menjalani pembedahan kanser saluran helempedu dua kali.
Lebih lima tahun dia menderita.
Doktor suruh bersedia kerana ibu boleh pergi bila-bila saja.
Ibu jadi bertenaga sekejap kerana anak yang disangka mati
pulang selepas lapan tahun. Dia bukannya mati mengejut.
Abang pasti?
Kalau abang tak pasti?
Kenapa?
Kamu nak berlagak jadi anak yang baik pula sekarang?
Awak mahu jiran-jiran tahu hubungan kamu berdua tak baik?
Kenapa awak tinggikan suara?
Ini bukan masa untuk bertengkar. Banyak yang perlu dibuat.
Jeong Jian!
Ibu suruh kamu duduk diam-diam!
Aduhai. Apa nak buat?
Mari sini.
- Jinman. - Ya?
Biar kami uruskan persiapan di sini. Apa kata kamu bawa Jian balik?
Jian cuma mengganggu di sini.
Semoga mencapai nirwana.
Ibu awak asyik risaukan anak-anaknya semasa dia masih hidup.
Tentu sukar bagi awak.
Maaf, tapi awak siapa?
Awak tak ingat siapa saya?
Saya kawan lama Jinman.
- Begitu. - Ya.
Tapi saya tak nampak Jinman pun.
Jadi...
kita tak dapat jumpa nenek lagi sebab dia dah mati?
Ya.
Dia dah tak ada.
Tak seronoklah mati.
Ya, memang tak seronok.
Tapi...
kita semua pasti akan mati.
Mati itu bukannya menakutkan.
Kamu nampak singa itu?
Singa itu akan mati.
Tapi cuba kamu tengok.
Singa yang akan mati tak berbunyi langsung.
Haiwan lain yang bising.
Kamu rasa kenapa?
Hanya yang lemah kuat menyalak.
Yang kuat tak begitu.
Kamu mesti jadi kuat.
Biar lawan kamu yang menyalak.
Saya takut.
Jangan takut.
Apa pun puncanya,
buka mata kamu dan hadapinya.
Kenapa tak jawab? Ibu saya telefon?
Siapa ini?
Macam mana boleh dapat nombor ini?
Dengar sini, Jian.
Pak cik akan ke dewan untuk jumpa ibu dan ayah kamu.
Kamu perlu duduk di rumah seorang diri.
Kawan pak cik akan datang dan suruh kamu buka pintu.
Tapi jangan terus buka pintu.
Suruh dia jawab teka-teki dulu.
Kalau dia boleh jawab, baru kamu buka pintu.
Kalau dia tak dapat jawab,
jangan buka pintu.
Kamu boleh buat?
Ya, saya boleh buat.
Saya akan tanya teka-teki ini.
"Kuda apa yang tak ada kaki?"
"Kuda kepang."
Jeong Jinman!
Pak cik pergi sekejap saja, bukan?
Ya, pak cik pergi sekejap saja.
RUMAH AGAM HAENGUN
Awak kawan pak cik saya?
Saya tak boleh terus buka pintu. Jawab teka-teki saya dulu.
Kalau awak boleh jawab, saya akan buka pintu.
Kuda apa yang tak ada kaki?
Jawablah teka-teki saya.
Kuda apa yang tak ada kaki?
Kuda apa yang tak ada...
Betulkah awak kawan pak cik saya?
KUDA KEPANG
SAYA KAWAN PAK CIK AWAK. MAAF SAYA LEWAT.
BOLEH AWAK TUNGGU DALAM BILIK SEKEJAP?
Aduh, gigi saya.
Semoga mencapai nirwana, bedebah!
- Awak pasti dia ada di sini? - Saya nampak pintu ditutup.
Aduhai. Penatnya saya.
Aduhai.
Apa?
Wah.
Memang betullah.
Awak memang anak buah Jeong Jinman.
Habislah kalau awak jatuh dari sana, budak.
Awak mungkin akan mati atau lumpuh.
Jangan cuba lari. Mari naik.
Okey? Naiklah!
Tidak!
Aduhai. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Oh, Tuhan!
Saya rasa kita ada masalah.
Jadi dia anak pasangan yang dibunuh di Rumah Pengebumian Boram?
Ya.
Ibu bapanya tak pulang
selepas kejadian di majlis pengebumian,
jadi dia keluar mencari mereka lalu dilanggar van.
Aduhai.
Jadi apa nasib dia sekarang?
Saya rasa...
dia ada seorang pak cik.
- Ya. - Tapi dia dah lama hilang.
Nombor kad pengenalannya dilupuskan tahun lepas.
JEONG JIAN
ARAHAN SEBELUM MEMASUKI RUMAH MAYAT
KAWASAN LARANGAN KAKITANGAN SAHAJA
RUMAH MAYAT
Saya rasa saya dah jumpa dia.
Saya akan uruskan dan bawa dia keluar. Siap sedia.
Ibu?
Awak buat apa di sini? Saya suruh tunggu di luar.
Tutup mata, Jian.
Mari kita balik.
SEBULAN KEMUDIAN
Turunlah.
Dengar sini, Jian.
Pak cik bukan ibu atau ayah kamu.
Itu mustahil.
Maknanya
pak cik tak boleh buat
apa yang mereka buat untuk kamu.
Dia nampaknya mengalami afasia dan amnesia disosiatif.
Saya rasa ini bukan masalah fizikal.
Dia kehilangan ibu bapanya.
Saya rasa puncanya ialah kejutan dan tekanan pascatrauma yang dialaminya.
Kita lihat dulu apa kesan ubat dan kaunseling.
Tak ada masalah besar pun di sekolah,
tapi oleh sebab Jian tak dapat bercakap,
ia mengganggu pelajarannya.
Bodoh betul. Nak bercakap pun tak boleh.
Hei, betulkah awak tak boleh bercakap?
- Dia memang begitu. - Dia bisu.
- Dia buat apa? - Wah.
- Dia suka Jiankah? - Jeongmin, apa hal?
- Tiba-tiba saja? - Mereka bergaduh?
Awak okey?
Awak tahu tak?
- Apa? - Tahu apa?
Ibu si bodoh itu
mati ditikam oleh ayahnya.
- Kenapa? - Apa?
- Kenapa? - Sebab dia curang.
Ayahnya bunuh diri dengan terjun dari bumbung rumah pengebumian.
- Yakah? Bunuh diri? - Tanyalah ibu awak.
Semua orang di Yecheong tahu.
Biar betul!
- Hei, awak tak apa-apa? - Hei!
- Awak tak apa-apa? - Aduh.
Dia tak bergaul dengan pelajar-pelajar lain.
Dia lebih suka menyendiri.
Ayah!
Ibu!
Kenapa lambat sangat? Habis basah baju saya!
Jiyun, kamu seronok di sekolah hari ini?
Tunggu saya!
Hei! Tunggu!
Hei, Shinae! Tunggu saya.
Ibu!
No comments yet. Be the first to leave one.