The first 200 lines.
Dengarlah kisah Dick Turpin,
penyamun paling legenda di Essex.
Dia melawan polis dengan berani, mengalahkan ahli sihir,
serta menjadi wira kepada semua yang mengenalinya. Sehinggalah...
dia didedahkan sebagai penakut
yang bencikan Hempstead dan kamu semua.
Khususnya wanita dan kanak-kanak.
Dia tipu.
Dick suka wanita dan kanak-kanak.
Dia tak pernah berdiri atas kita.
Saya rindu waktu begitu.
Jangan takut, sebab saya, Tommy Silversides,
penyamun sebenar mewakili rakyat.
Jangan sentuh saya.
Lihat?
Tak ambil masa lama untuk mereka membenci Turpin.
Mereka belum benci dia.
Fokus mereka terganggu oleh
Tommy yang dungu, kacak dan menarik itu.
Tugas kamu ialah pastikan mereka terus begitu.
Kalau saya buat begitu, janji jangan bunuh dia.
- Ya. Kita sudah bincang banyak kali. - Atau seksa dia.
Sayang, ia kurungan seksaan bawah tanah.
Pasti ada sedikit seksaan.
Janji, mak.
Mak janji takkan seksa atau bunuh Dick Turpin.
- Puas hati? - Ya, terima kasih.
Mak rindu kita luangkan masa bersama.
Kita patut pergi spa.
Berhenti, semua. Kamu memalukan saya. Cukup.
Tiga sorakan untuk wira penyamun kita yang baharu!
Kamu sangat baik.
Pergi dari sini. Pergi. Saya dah cakap saya tak suka disentuh.
DIKEHENDAKI GENG ESSEX
PENJARA SINDIKET TAK LAMA SELEPAS SARAPAN TENGAH HARI
Sudah nampak lebih baik.
Tak guna. Awak lagi.
Geoffrey, awak pelawat pertama saya.
Awak bawakan saya kek dengan pengasah kuku dalamnya?
Bukan untuk palang. Kuku saya sudah panjang.
Saya pengawal awak.
Selepas kes ahli sihir,
saya masuk ke sektor swasta untuk mengelak orang dungu seperti awak.
Malangnya, ini takdir saya.
Geoffrey, saya gembira awak di sini. Ini memang sel untuk saya?
Bukan yang lebih luas dengan bilik air?
Sini ada bilik air. Baldi di sana. Lihat.
Siling bocor, jadi apabila hujan, awak boleh mandi.
- Mandian, hanya untuk saya? - Tak. Untuk mereka juga.
Bagaimana makanannya?
Ada lumut kering di dinding belakang, kalau awak mahu.
Bagus. Saya akan makan nanti.
Saya pasti geng saya akan selamatkan saya,
tapi, jika tak, ada jalan larikan diri?
Tak, tak boleh lari, Turpin.
Sebab itu nama tempat ini, "Majlis Kahwin Dua Pupu yang Menjengkelkan."
Sebab awak takkan boleh lari walaupun cuba sedaya upaya.
- Pergi dulu. - Awak mahu ke mana?
Kebetulan ada majlis kahwin dua pupu saya.
Jadi...
INI MASA TOMMY!
Selamat datang ke mesyuarat penilaian pertama kamu.
Kamu sudah dapat pakaian seragam baharu.
Kamu akan nampak hebat di belakang. Khususnya awak, Nell.
Sudahlah, Tommy.
Awak boleh cuba ampu saya.
Ya, awak boleh mengerdip mata yang cantik itu.
Awak juga boleh cium saya.
Ia takkan berjaya.
Saya cabar awak cium saya.
Tolong cium saya.
- Cium saya. Di sini. - Nell, itu pelik.
En. Silversides. Tommy.
En. Silversides.
Bukannya pakaian seragam ini tak bagus...
tapi ada yang lebih longgar?
Dick selalu cakap pakaian ialah cara untuk tunjukkan keperibadian kita.
Kenapa saya mahu awak tunjuk keperibadian awak? Tidak.
Saya mahu awak lakukan watak yang sudah ditetapkan.
Moose, konco yang ganas.
Honesty, si psikopat dungu.
Nell, wanita.
Okey, saya tak dungu dan Nell bukan wanita.
Saya memang wanita.
Tapi bukan hanya wanita.
Okey, secara teknikalnya, saya saja wanita di sini.
Jadi hanya saya wanita, tapi saya... Apa maksud sebenarnya?
Maksudnya, awak membeliakkan mata apabila mereka cakap perkara mengarut dan kelakar.
Jadi saya takkan selalu membeliakkan mata.
Ya, awak akan buat, jadi cubalah.
Lagi.
Tak. Lebih lagi. Saya mahu putaran penuh.
Kalau buat lebih lagi, retina saya akan tercabut.
Jadi biar tercabut.
- Apa? - Tolonglah, En. Silversides.
Kami tak buat begini dengan Dick.
Dia ajar kami jadi baik, bebas dan jujur dengan diri sendiri.
Ya, tapi saya benci diri kamu.
- Ia bukan bersifat peribadi. - Bunyinya bersifat peribadi.
Kamu rindukan dia?
- Ya. - Kamu mahu pergi?
- Sedikit. - Okey. Pergi.
Cuma berapa lama si dungu seperti kamu boleh bertahan bersendirian
sebelum dibunuh dan dijadikan makanan haiwan?
Dungu?
Nell, cakap sesuatu.
Ikut saja cakap dia.
Sekarang Tommy ketua, jadi...
Terima kasih, wanita.
Bagus, Nell.
Okey, teruskan fokus.
Lima, enam, tujuh, lapan.
Pusing! Gerakkan pinggul. Rasa kehangatannya.
Tolak ke bawah.
Depan. Belakang. Depan. Belakang.
Sekali. Dua kali.
Laju lagi.
- Angkat tangan. - Jangan bergerak!
- Ini rompakan. - Serahkan.
Tolonglah! Projeksi! Sebutan!
Ini satu persembahan.
Beri lebih semangat.
Ini Tommy Tommy, Tommy, Tommy Silversides
Not flet!
Not flet.
Kamu dengar nyanyian kamu?
Sekali lagi.
Apa kamu buat? Berhenti.
Apa kamu buat? Kamu tak rompak saya lagi, bukan?
Hei! Saya sangka kita kawan!
Maaf, Craig. Arahan bos.
Hei, jangan buka laci itu! Itu laci peribadi saya!
- Itu barang peribadi! - Tak lagi.
Saya laporkan awak pada Majlis Ahli Sihir sebab buat jampi tanpa lesen.
Ya? Tak apa.
Ucap selamat malam.
Bom tidur!
Tunggu sekejap. Ia mungkin masih berjaya.
- Bawa dia keluar. - Moose! Honesty!
Bagaimana saya nak cari duit?
Kamu tak boleh buat begini. Mana Dick?
PELARIAN BERANI DICK
SEMUANYA TENTANG TOMMY!
Terima kasih sebab datang.
Orang seperti awak beri saya inspirasi untuk terus rompak orang seperti awak.
Saya dah jumpa sasaran seterusnya.
Ayah sudah agak apabila kamu jadi penyamun, kamu akan dipenjarakan.
Ayah, saya memang di sini?
Atau saya berhalusinasi?
Saya hanya makan lumut selama seminggu.
Kamu bermimpi.
Ayah cuma secebis imaginasi kamu.
Ya, ini mesti mimpi.
Tak mungkin ayah makan lobak dalam kehidupan sebenar.
Kejayaan buat kamu angkuh.
Tak dengar cakap geng kamu apabila mereka beri amaran bahaya,
dan sekarang mereka di sana sendirian.
- Ya. Saya agak risau tentang mereka. - Tak perlu.
Kalau mereka pedulikan kamu, mereka pasti dah selamatkan kamu.
Ia tak semudah itu. Mereka tak tahu lokasi saya.
Kalau mereka peduli, mereka pasti dah tahu lokasi kamu.
Kita patut beri mereka lebih masa?
- Ya, tapi kalau mereka peduli... - Ya, baiklah.
Mereka tak peduli. Saya faham.
Geng saya akan cari saya dan selamatkan saya.
Kemudian, Dick Turpin akan kembali.
Ia akan jadi lebih sukar.
Saya cuma kepala sekarang, tapi saya akan cari cara.
Carol dan Sue.
Benny, apa awak buat di sini?
Ini bahagian pelik sebelum awak terjaga.
The Ruin. Pusat ekonomi Hempstead.
Sasaran terbaik.
Pulangan tunai tinggi, aliran wang pelbagai, diusahakan oleh kanak-kanak.
Kita tak boleh rompak The Ruin. Itu saja pub yang bagus di sini.
Lagipun, Si Kecil Karen kawan kami.
Betul?
Awak betul sebelum ini, Nell.
Kita patut dengar cakap Tommy.
Tommy ketua yang bijak.
Apa awak buat pada mereka?
Saya kuasai mereka dengan kepimpinan berkarisma saya.
Saya juga tak benarkan mereka tidur.
Moose perlu tidur 16 jam sehari untuk berfikir dengan baik.
Dia seperti anjing pemburu basset.
Tak, dia perlu ikut cakap saya.
Apa ini, Moosey? Awak budak baik. Ya.
Perlahan-lahan. Begitulah.
Nampak? Saya ketua penting.
Nombor satu. Itu juga bahasa Perancis.
Sudahlah, menyerah, okey?
Biar saya tawan awak sepenuhnya.
Tidak.
Awak takkan boleh tawan saya.
Kami penyamun baik yang bergaya.
Kurang keganasan, bayaran tinggi.
Ya Tuhan. Kenapa saya begini?
Awak tahu caranya, Nell.
Beritahu ibu awak kalau ada masalah.
Saya kena cakap dengan mak.
No comments yet. Be the first to leave one.