Endless Love

Endless Love (끝없는 사랑)

Download Malay Subtitle

Release info

Endless Love E13 140802
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

Tags

other
Published on: 2016-03-06
Downloads: 30
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Dia ialah ayah kamu.

Gembira jumpa kamu. Rasa macam kenal saja.

Mak cik rasa siapa yang cuba bunuh saya dan mak saya?

Mak cik rasa mungkin ayah kamu agaknya.

Sama ada ayah kamu atau orang lain yang mahu bunuh mak kamu.

Awak tahu tak apa gelaran mak saya?

Kupu-kupu Besi.

Saya dapat rasa yang kami akan saling mencintai

sampai kami mungkin hilangkan diri bersama.

Jadi salah seorang daripada kamu kena hilang selamanya.

Tak guna kamu!

Kamu masih lagi hidup,

- tapi kamu berlagak kamu mati? - Satu minit pun saya tak lupa!

Satu saat pun tidak!

Jadi setinggi mana abang sudah sampai?

Kalau dapat gembirakan anak jeneral itu, boleh setinggi agaknya?

Han Kwang Hoon kena duduk di bawah sayap ayah saya dulu

untuk beri kesan yang besar dalam sejarah negara Korea

termasuk sejarah kepada setiap pelosok dunia kita.

Ahli keluarga dia berhak untuk tahu apa yang terjadi pada dia,

- jadi beritahu saya! - Ke tepi, In Ae!

Tunggu saja panggilan dari abang.

Awak ikut saja apa yang mereka mahu!

Jangan percayakan dia!

Jadi kamu mahu saya belot pada abang kamu itukah?

Kamu tak mahu, bukan?

Peluklah diri saya sekarang.

Sebab inilah nasib awak.

Di sini, saya mahu perkenalkan pengurus besar,

yang telah bertungkus-lumus untuk membina hotel ini.

Abang sudah cakap jangan buat demonstrasi, tak kira apa pun.

Mereka sedang mencari bukti untuk menghukum orang yang antikerajaan.

Kalau awak kena tangkap, awak akan mati!

Ingatkan Tae Kyung sudah lupakan perempuan itu.

- Rupanya tidak. - Serahkan kepada saya.

Saya sedang pasang jerat tanpa hiraukan Tae Kyung.

Tanpa sifat sopan santun, puan penuh dengan kotoran

sebagai makhluk paling bawah di dunia ini.

Bukan, puan macam rama-rama yang penuh dengan darah

yang terbang ke arah api.

Walaupun kita satu keluarga, kita masih kena teruskan hidup.

Bawa Hye Jin bersama kamu. Sudah bersedia untuk berkahwin?

Han Kwang Hoon tak ada di sini.

Han Kwang Hoon sudah tinggalkan rumah kita buat selamanya!

Entahlah.

Masa itu, mak cik sedang tidur dan terbangun sebab terdengar sesuatu.

Mak cik rasa yang dia bercakap dengan isteri profesor.

Tapi bila mak cik bangun pada waktu pagi,

- In Ae sudah hilang. - Ini ialah berita khas yang baru

kami terima. Seorang pelajar perempuan

jurusan undang-undang bernama Seo yang mengadakan tunjuk perasaan

bersama Profesor Yoo telah diculik di depan Kedutaan Amerika

sebentar tadi.

Dan menurut parti pembangkang,

siasatan mendapati Cik Seo tidak diculik tetapi telah...

Mahu pergi mana ini?

Nanti dulu.

- Awak kenal sayakah? - Ya, saya kenal.

Awak ialah abang Han Kwang Cheol

dan pembantu Jeneral Chun.

Tapi yang paling penting,

saya sudah dengar berita tentang In Ae.

Saya tahu Seo In Ae ada di rumah malam semalam.

Apa sudah jadi sekarang?

Bukankah awak kena perkenalkan diri awak?

Saya ialah Kim Tae Kyung.

Anak Perdana Menteri Kim Geun Pyo?

Malam semalam, saya datang untuk ucapkan selamat hari jadi

- kepada Seo In Ae. - Hari jadi?

Awak pastikah Seo In Ae tak ada di rumah sekarang?

Kalau awak risau, kenapa awak tak masuk

dan tengok In Ae ada di dalam atau tak?

Kalau dia diculik, pergi siasat siapa penculik dia,

kenapa menculik dia dan lokasi dia sekarang.

Cari jalan untuk selamatkan dia.

Ada tak tuan dengar

tentang Profesor Yoo dari Universiti Hanguk?

Nampaknya Seo In Ae yang kamu anggap

sebagai adik perempuan kamu juga terlibat dalam hal ini.

- Betul itu, tuan. - Saya dapat tahu dia

nyalakan semula api pergerakan pelajar yang sebelum ini telah reda.

Seo In Ae kesayangan kamu itu memang betul-betul hebat.

Dia ditahan di depan Kedutaan Amerika.

Betulkah Seo In Ae diculik di depan Kedutaan Amerika?

Jadi kamu mahu percaya yang ini satu penculikan

macam yang dikatakan parti pembangkang?

Jadi?

Rasanya sudah sampai masa untuk kamu sedar sekarang.

Saya kena minta maafkah sebab buat permintaan yang melampau?

Sila tolong Seo In Ae supaya tak ada perkara buruk terjadi pada dia

dan supaya dia boleh terus belajar.

Ia tak semudah itu.

Dia mesti dihukum.

Helo.

Perdana menteri, kenapa tuan sendiri telefon saya ini?

Saya baru mahu hantar laporan itu kepada tuan.

Minta tolong? Mahu saya tolong tuan?

Seo In Ae?

Betulkah ini satu penculikan macam yang dikatakan parti pembangkang?

Jadi betullah ia terjadi di Kedutaan Amerika.

Sekarang dia berada di mana?

Saya diberitahu dia ada di Seobinggo sekarang.

Ya, saya faham.

In Ae...

In Ae ditahan di Seobinggo?

Betul.

Biar saya berterus terang.

Bagi saya, ini masanya saya dapat atau kehilangan seorang anak.

Sudah tak ada masa lagi.

Masa itu amat penting bila buat keputusan

dalam hidup seorang lelaki. Sesaat pun tak boleh hilang.

Keluarlah.

- Pejabat keselamatan negara. - Saya ini. Saya tahu abang singgah.

Abang sudah tahu In Ae ada di mana?

Berita cakap dia dibawa untuk disoal siasat.

Bukankah abang patut siasat sama ada

mereka menuduh orang yang tak bersalah atau dia didera atau tak?

Talian ini bukan untuk kegunaan peribadi.

Apa yang hebat sangat tentang talian ini?

Abang kenalah dengar keluhan keluarga sendiri!

Sudahlah!

Kwang Cheol, sudah sampai masa untuk mesyuarat.

Semua orang sedang menunggu.

Sebelum itu, tetamu yang datang hari ini

mesti seorang VIP yang penting.

Faks ini dari Perancis yang mahukan pengurus besar sendiri

pergi ke lapangan terbang untuk jemput dia.

Siapa yang hebat sangat sampai saya kena pergi sendiri?

Apa ini?

Air mineral yang paling mahal,

lepas itu bantal yang tak menyebabkan alahan?

Kenapalah tak cakap dari awal?

Helo, sudah lama tak bertemu.

Nama saya ialah Sagang, pengurus Hotel George Sand.

Itu ialah nama Perancis saya.

Selamat pulang ke Korea.

Awak pun belajar bahasa Perancis juga?

Saya sudah agak.

Apa rahsia di sebalik Hotel George Sand

sampai boleh jadi terbaik di seluruh dunia?

Saya rindukan awak.

Jadi apa rahsianya?

Awak mesti tak rindukan saya.

Kecewanya.

Perkara yang paling penting dalam pengurusan hotel

ialah menghormati orang.

Saya tak rasa pekerja bawahan boleh diabaikan begitu saja.

Tapi sekarang, saya rasa macam saya diabaikan oleh seseorang.

Sia-sia saja saya mengharap sangat.

- Mahu balik hotel tak? - Saya mahu melawat datuk dulu.

Saya tahu awak sibuk,

tapi awak kena hantar saya ke hospital dan ambil saya.

Terpaksalah.

Awak ialah VIP hotel kami.

Cikgu ingat dia VIP antarabangsa.

Rupa-rupanya Se Kyung yang balik.

Mesti kamu gembira nampak dia.

Ada tetamu sedang tunggu kamu.

Kamu takkan gembira bila jumpa dia.

Siapa?

- In Ae di mana? - In Ae

dia sedang disoal siasat di lokasi rahsia.

Betul itu.

Dia tak cedera dan dia masih lagi hidup.

- Jadi tak perlu risau. - Jadi bebaskanlah dia!

Kenapa?

Bukankah Jeneral Chun akan jadi Presiden satu hari nanti?

Takkan dia tak ada kuasa langsung untuk bebaskan In Ae?

In Ae seorang pelajar yang tak bersalah!

Abang datang untuk beritahu kamu sesuatu.

- Apa benda ini? - Ini wasiat mendiang ayah kita.

- Wasiat? - Tapak pengebumian.

Tapak pengebumian?

Tapak pengebumian moyang kita besar juga.

Tak tahu pula ada benda ini.

- Kamu kena uruskannya. - Apa?

Awal tahun depan, sebuah empangan akan dibina di sana.

Jadi tanah ini akan ditenggelami air.

Kamu kena bersedia untuk itu.

Apa benda ini? Mahu saya uruskan apa pula ini?

Tengok alamat itu.

Bandar Choongju, Hwamri, Gunung Nangol.

Itu ialah kampung ayah.

Dulu kampung ayah di Choongju?

Tak pernah pun saya dengar tentang ini sebelum ini.

Saya ini siapa?

Betulkah saya ini adalah anak bongsu ayah?

Betulkah kita ini adik-beradik?

Kamu dan abang.

Pernahkah kita ada peluang untuk duduk diam-diam

dan berbincang bersama tentang kampung ayah?

Jadi dari awal lagi ayah dan abang sama-sama berbincang

tentang masa depan yang cerah tanpa pengetahuan saya?

Jadi kenapa sekarang abang mahu saya

uruskan sesuatu yang dirahsiakan dari saya selama ini?

Saya tak mahu buat. Tak mahu. Ambil balik.

Kamu sudah sedarkah?

Kamu tahu di mana tempat ini, bukan?

Ini ialah tempat di mana nyawa boleh hilang macam kabus setiap pagi.

Semua orang tahu kamu ialah seorang yang sangat bijak.

More Malay subtitles for Endless Love

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left