Season 1

Release info

National Treasure Edge of History S01E10 720p WEB h264-KOGi
A Commentary by ShasyaLala
Disney Retail.

Tags

web
720p
720
Published on: 2023-02-08
Downloads: 7
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Jess sepatutnya telefon apabila dia dan ayahnya...

...menyeberangi sempadan.

Billie culik dia.

Apa yang kita ada di sini?

Berikan saya medalion itu.

- Apa itu? - Ia Wayfinder.

Ia seperti kompas purba.

Cuma ia tak berfungsi.

Ia akan berfungsi.

Apabila kita hampir dengan harta karun itu.

- Apa yang awak buat? - Awak bunuh Peter Sadusky.

Sebab itulah awak desak saya tangkap Jess Valenzuela.

Saya dah tahan suspek pembunuhan. Dia akan tunggu awak.

Datuk saya hantar buku ini kepada saya sebelum dia mati.

Dia cuba hantar mesej rahsia kepada saya.

"Semua harta yang hilang, semua ditemui, semua dimusnahkan..."

Billie bukan pemburu harta karun. Dia pemusnah harta karun.

Tapi ketuanya ialah Salazar.

Kita akan jumpa harta karun Pan-Amerika yang hebat.

Jangan bergerak! Pencarian harta karun awak dah berakhir.

Polis dalam perjalanan.

Salazar.

Awak bunuh dia!

Apa awak buat di sini, Salazar?

Dah 20 tahun saya tunggu saat ini.

Kenapa mereka berdua masih hidup?

Kita tidak akan berada di sini tanpa mereka...

Saya mahu mereka hidup sehingga kita jumpa harta karun itu.

Saya beritahu awak...

...dia bunuh abang awak.

Dia akan tikam awak dari belakang selepas ini.

Rafael, nampaknya awak masih penipu yang sama seperti...

...semasa awak berpura-pura bekerja dengan kami.

Dia penipu yang lebih besar.

Awak berdua, jaga jalan.

Mari kita pergi. Kita membazir masa!

Hati-hati dengan beg ini. Ada C-4 di dalamnya.

Wayfinder suruh kita ke selatan.

Mereka bunuh Ejen Ross.

Mereka tangkap Jess, kita perlu hubungi polis.

Kami tak dapat isyarat telefon sejak tiba di sini.

Okey, jadi mari kita cari!

Jess ada di atas bot itu. Kita takkan ke mana-mana.

Cuma seorang daripada mereka dan kita berempat.

Ya, tapi dia ada pistol.

Kita boleh menyelinap dari sisinya. Betul tak?

Cuba serang dia dari belakang.

- Sementara awak semua... - Alih perhatian saya?

Ya.

Polis akan tiba sebentar lagi.

Kalau awak lepaskan kami, kami akan beritahu awak tolong kami.

Awak menipu. Tiada isyarat telefon bimbit di sini.

Awak rasa siapa yang telefon ejen FBI itu?

Ada lagi yang akan datang.

Awak nak buat apa?

Tembak dan buang ke dalam paya bersama aligator.

Bermula dengan yang ini.

- Tidak, tunggu! Tidak! - Tidak!

- Dengar tak? - Bunyi tembakan.

Betsy!

Oh Tuhan, mereka dah mati. Mereka akan bunuh kita.

Dia telah ditikam, kita perlu bantu dia.

Ya, di sini.

Kita perlu bawa dia ke hospital cepat atau dia akan mati!

Bawa dia masuk ke dalam van saya.

Kita akan cari lebuh raya.

Sebaik saja ada isyarat, kita akan hubungi 911, okey?

Kalian pergi dulu. Saya dan Ethan akan selamatkan Jess.

Pergi selamatkan kawan kita.

Pergi.

- Kita akan ambil bot itu. - Okey, ayuh.

Awak tahu, Billie? Saya silap tentang awak.

Mencurigai awak sepanjang masa.

Bukan salah awak.

Awak seorang lelaki.

Cortes buat perkara yang sama kepada Malinche.

Ia terlalu cetek untuk motor tersangkut.

Baiklah, kita perlu gunakan joran.

Kita takkan dapat kejar mereka. Kita meredah lumpur.

Buat satu gerakan pada satu masa.

Ini mengingatkan saya kepada zaman saya menjadi pengakap.

Hei, awak pernah jadi pengakap?

Ayah saya yang daftarkan saya.

Dia nak saya jadi pengembara macam dia.

Jikalau dia boleh lihat saya sekarang.

Apa pangkat awak?

Itu tak penting.

Awak tak melepasi pangkat pertama, bukan?

Tak melepasi Pengakap.

Ya.

Berapa jauh awak pergi?

Helang.

Ada talian!

Tunggu. Tidak, tiada pula.

- Tolonglah. - Hei.

Jangan risau, kami ada. Okey? Awak bertenang saja.

Kalau saya mati, beritahu polis Hendricks bunuh Sadusky.

Tidak, saya takkan beritahu mereka...

...sebab awak akan beritahu mereka sendiri.

Okey?

Oren!

- Saya tahu, "pandu lebih laju." - Tak, saya takut.

Saya juga.

National Treasure: Edge of History

Apa itu?

Kabus kematian.

Apa pula?

Wayfinder kata teruskan.

Jadi kita teruskan.

Saya tak pernah lihat kabus setebal ini.

Saya dah cakap, itu kabus kematian.

Betul.

Hernando De Soto dikhabarkan telah menulis sepucuk surat...

...kepada Raja Sepanyol tentangnya...

...ketika dia meneroka Sungai Mississippi pada tahun 1541.

Dia kehilangan ramai askar.

Benarkah?

Saya dengar perairan ini berhantu.

Mereka cuma nak takutkan awak.

De Soto tak kehilangan sesiapa dalam kabus itu.

Hanya dalam pertempuran.

Walaupun begitu, De Soto mati di perairan ini.

Nasib malang untuk konkuistador.

Tempat ini menakutkan saya.

Abaikan mereka.

Teruskan.

Apa yang tertulis dalam buku panduan pengakap...

...tentang sesat dalam kabus?

Duduk diam-diam dan tunggu ia berlalu.

Tak boleh buat begitu.

Saya tak nampak apa-apa.

Ke kiri.

Berhenti.

Kita terkandas.

Kita terlanggar beting pasir.

Cuba tolak.

Awak ejen FBI.

Awak dah bersumpah, tapi awak cuma...

...pemburu harta karun yang tamak.

Hector, cuba tolak ke sebelah awak.

Awak dah salah faham, Jess.

Kami orang baik.

Kami ke sini bukan untuk jadi kaya.

Kami di sini untuk kebaikan semua.

Bila rahsia masa silam terdedah, ia menulis semula sejarah.

Ia mencipta konflik. Perang.

Orang tiba-tiba rasa tertipu dengan sesuatu yang...

...mereka tak pernah tahu mereka ada.

Saya nak keluar dan lihat betapa besarnya benda ini.

Awak akan musnahkan harta karun itu.

Tiada yang lebih berbahaya daripada kebenaran.

Khazanah Pan-Amerika adalah ancaman politik.

Cras Est Nostrum...

...kekalkan status quo.

Cras Est Nostrum.

"Hari esok milik kita."

Hari esok milik kami kerana semalam juga milik kami.

Tak boleh melepasi beting pasir ini.

Namun ia menuju ke jeti kira-kira 10 ela jauhnya.

Nampaknya kita perlu berjalan dari sini.

Hei, bukankah kita baru melepasi pokok itu?

Ya, saya tak tahu. Semuanya nampak sama.

Saya rasa kita asyik lalu di tempat yang sama.

Saya juga fikir begitu.

Saya harap awak tak cakap begitu.

Sistem Tiada Sambungan Rangkaian

- Saya dapat talian. - Ya?

Telefon 911.

Helo?

Hai, ada ejen FBI yang telah ditikam.

Kami perlukan polis dan paramedik segera.

Di mana? Di suatu tempat di Devil's Swamp?

Entahlah. Tiada papan tanda jalan.

Kita di laluan berpaya.

Saya tak tahu!

Saya tahu ini paya yang besar.

Tak bolehkah awak jejak telefon saya?

Okey. Saya akan terus memandu sehingga...

...saya boleh beritahu lokasi kami.

Nampak macam runtuhan kuil.

Macam mana mereka bawa batu-batu berat ini ke sini?

Orang asli ialah arkitek yang bijak.

Wah.

Lihat ini.

Salah seorang pengikut Hernando De Soto.

Lebih daripada seorang. Tengok.

Macam mana mereka jumpa tempat ini?

Saya rasa mereka seksa Anak-anak Plumed Serpent.

Konkuistador pandai buat begitu.

Jadi kenapa mereka bunuh satu sama lain?

Mereka jadi tamak.

Tidak.

Tak, ada sesuatu yang tak kena.

Kita tak tamak dan bunuh satu sama lain...

...sehingga kita jumpa harta karun itu.

Hei, nampak macam ada sesuatu di sana.

Koyote.

Koyote itu penipu.

Maksudnya ini perangkap.

Kematian akan tiba tak lama lagi.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left