The first 200 lines.
Subtitle bY VIU Resynced == ANANG KASWANDI ==
("CEO Farmaseutikal Sunwoo Mengumumkan Pertunangannya...")
("CEO Farmaseutikal Sunwoo Mengumumkan Pertunangannya...")
- Oh Tuhan. Serius? - Betulkah?
Apa yang sedang berlaku?
Selamat pagi semua.
- Cik Seo. Helo. - Helo.
Kenapa ini?
Ada sesuatu berlaku?
("CEO Farmaseutikal Sunwoo Mengumumkan Pertunangannya...")
("CEO Farmaseutikal Sunwoo Mengumumkan Pertunangannya...")
("dengan Han Seo Yoon, Anak Pengerusi Yayasan Perubatan Sejong")
("CEO Farmaseutikal Sunwoo Mengumumkan Pertunangannya...")
Suruh Pasukan PA lancarkan penarikan balik.
Juga,
suruh mereka hapuskan semua artikel.
Baiklah, tuan.
Cik Seo.
Saya mahu bercakap dengan awak.
Penerima tidak dapat dihubungi. Anda akan diarahkan ke mel suara...
selepas bunyi bip.
Penerima tidak dapat dihubungi. Anda akan diarahkan ke mel suara...
Apa yang sedang berlaku?
Saya ingatkan Encik Hwang sukakan Cik Seo.
Saya juga fikir begitu.
Dia mencari perkahwinan untuk keselesaan?
Tapi, saya ingatkan dia bukan jenis yang mahu perkahwinan seperti itu.
Tapi, bukankah Yayasan Perubatan Sejong...
adalah yayasan perubatan terbesar di Korea?
Oh Tuhan.
Saya tidak tahu yang Seo Yoon berasal dari keluarga kaya.
Tidak, tolonglah.
Beritahu kami perkara sebenar sekarang.
- Oh tidak. - Tidak guna.
Seperti mana tidak boleh ada dua matahari di langit,
tidak boleh ada dua wanita di sisi Encik Hwang.
Saya tidak pasti mana satu antara awak...
yang saya patut panggil bakal isterinya.
Tidak mungkin saya orangnya.
Tapi, artikel berita itu mengatakan...
Saya sudah cakap itu tidak benar.
Saya tidak percaya ini. Adakah dia baru tinggikan suara pada saya?
Nampaknya dia juga tidak tahu.
Dia mesti bingung.
Jangan ambil hati.
Bagaimana saya tidak boleh ambil hati?
Seorang wanita yang mungkin bakal isteri Encik Hwang marah pada saya.
Saya mesti mencari jalan untuk meredakan kemarahannya.
Puan Han.
Saya minta maaf kerana buat awak lalui perkara ini.
Pengerusi Kim menerbitkan artikel tersebut tanpa kebenaran saya.
Saya tiada kaitan dengan Cik Han.
Apa pun, adakah ini ada kaitan dengan hari itu?
Ketika dia datang kepada saya dan beritahu saya tentang Song Min Ju.
Ya, betul.
Pengerusi Kim taksub dengan perkahwinan ini...
demi dia, bukan untuk Cik Han.
Tidak sangka betul. Awak takkan jawab sebarang panggilan saya.
Ibu, bagaimana awak boleh buat begini kepada saya?
Saya sudah jelaskan. Saya takkan berkahwin dengan Encik Hwang.
Dan, saya sudah cakap ia bukan keputusan yang awak boleh buat.
Apa sahaja yang awak buat,
Encik Hwang takkan bersetuju dengan perkahwinan ini.
Itu mungkin benar,
tapi saya tidak peduli.
- Apa? - Sampai bila mahu tinggal di hotel?
Berhenti bertindak seperti budak kecil.
Dan, pulang ke rumah.
Bagi Kang Jin Ho, Kim Su Jeong tidak bermakna apa-apa...
kerana dia tidak pernah ada perasaan terhadapnya. Sekejap pun tidak.
Saya harap awak dapat letakkan masa lalu awak di belakang.
Awak yang menjadikan meletakkan masa lalu saya di belakang jadi...
mustahil.
Kim Su Jeong.
Setakat ini, saya tidak ingat apa-apa tentang dia.
Tidak mengapa. Tidak perlu memaksa diri awak.
Saya pasti artikel itu membingungkan awak...
dan awak kecewa dengan saya.
Saya betul-betul minta maaf.
Saya akan pastikan perkara ini tidak berulang lagi.
Tidak mengapa.
Awak betul-betul okey, bukan?
Ya.
Saya akan pergi sekarang.
Tuan, saya pastikan...
artikel yang disemak akan berada di muka depan bahagian kewangan.
Kerja yang bagus. Satu perkara lagi.
Saya mesti berjumpa dengan Pengerusi Kim.
(Pasukan Perniagaan Webtoon, Pelatih Kang Min Jung)
Helo. Mulai hari ini, saya akan bekerja di sini...
sebagai pembantu. Saya Kang Min Jung.
Apa? Ke mana semua orang pergi?
Helo. Boleh saya tanya siapa awak?
Saya pembantu baru.
Begitu. Awak Cik Kang Min Jung.
Cik Seo ada beritahu saya tentang awak.
Saya rasa semua orang belum datang kerja.
Tidak. Cik Seo...
berada di luar pejabat kerana CEO mahu berjumpa dengannya.
Awak belum baca artikel itu?
Artikel?
Maafkan saya kerana saya terlepas panggilan awak.
Awak telefon kerana artikel itu?
Ya. Adakah awak okey?
Ia bukannya apa-apa. Jangan risau.
Ia bukan apa-apa?
Keluarga wanita itu terbitkan tanpa kebenaran dia.
Dan, saya juga sudah bercakap dengan Encik Hwang.
Awak tahu...
yang kedua-dua keluarga sudah lama membincangkan perkahwinan ini?
Sudah tentu, saya tahu.
Hyeon Ju, jika berlaku sesuatu, beritahu saya.
Jangan cuba selesaikannya atau menanggung beban itu sendiri. Okey?
Baiklah. Terima kasih.
Awak di mana? Awak berada di studio?
Ya. Sudah tentu.
Baiklah. Mari berbual lagi nanti.
Baiklah.
Hyeon Ju.
Sayang!
Sayang! Lihat!
Oh Tuhan. Sayang.
Sayang, kenapa dengan awak?
Periksa telefon saya dahulu. Cepat.
Apa yang sedang berlaku?
Oh Tuhan.
Apa...
Apa ini?
("CEO Farmaseutikal Sunwoo Mengumumkan Pertunangannya...")
Apa perkara mengarut ini?
- Apa? - Si tidak guna ini...
sudah memilih seorang gadis untuk dikahwini,
tapi dia masih memikat Hyeon Ju.
Berani dia buat gadis kesayangan saya seperti perempuan simpanan?
- Si sampah ini. - Apa?
Awak mahu pergi mana?
Lepaskan saya. Saya akan cekik...
si tidak guna ini, Hwang Ji Woo,
dan tamatkan hidup saya selepas itu.
Sayang, bertenang.
Anak perempuan saya akan sedih.
Saya mesti sudah hilang akal.
Saya tidak percaya yang saya terima dan menyetujui si penipu itu...
sebagai bakal menantu saya. Apa yang saya mahu buat?
Apa yang akan saya buat?
Saya terlalu marah untuk biarkan sahaja perkara ini.
Si tidak guna itu, Hwang Ji Woo.
Hwang Ji Woo.
Awak akan bayar untuk ini.
Awak buat apa?
Saya memaki dia.
Biar saya sertai awak.
Buatkan ia kedengaran kasar.
("CEO Farmaseutikal Sunwoo Menafikan Skandal Pertunangannya")
("CEO Farmaseutikal Sunwoo tegas menafikan...")
(pertunangannya yang dikhabarkan dengan Han Seo Yoon.)
Kenapa awak melancarkan siaran akhbar seperti itu?
Saya cuma beritahu wartawan...
mengenai kenyataan yang...
Farmaseutikal Sunwoo...
dan Yayasan Perubatan Sejong...
secara rasmi telah membincangkan perkahwinan itu.
Bukankah itu benar?
Kenyataan yang keputusan itu telah lama berakhir...
ialah kebenarannya.
Saya mesti sudah tersilap.
Saya pasti yang awak akan bercinta dengan Cik Seo,
tapi awak takkan pernah berkahwin dengan dia.
Awak bukan di kedudukan untuk boleh berkahwin...
atas alasan peribadi.
Itu bukan sesuatu yang awak harus risaukan.
Jika begitu,
apa pendapat awak...
tentang Park Do Gyum?
Saya sangat terkejut.
Saya tidak mahu mempercayainya,
tapi ada orang yang sama dengan Woo Young.
Tambahan pula, dia rapat dengan Cik Seo.
Awak fikir ia kebetulan yang awak bertiga...
Tidak, kita berempat bertemu lagi?
Awak pasti tiada apa yang berlaku di antara mereka?
Saya pasti mengenainya.
Jadi, kenapa kelihatan seperti dunia awak sudah berakhir?
Malah mereka lancarkan penarikan balik segera.
Jika itu saya, saya pasti akan beritahu dia.
Ini bukan sekadar perbincangan.
Ia perbincangan rasmi mengenai perkahwinan.
Jika saya tahu tentang ini, saya takkan terkejut dengan artikel itu.
Saya rasa seperti telah dimainkan.
Ini masalah yang sukar.
Tapi, saya rasa saya takkan cakap apa-apa jika saya jadi dia.
- Kenapa tidak? - Ini bukan...
topik yang akan buat awak gembira,
dan dia sudah lama menolak lamaran perkahwinan itu.
Saya pasti...
dia tidak beritahu awak kerana dia tidak mahu awak risau.
Mari pergi.
Awak harus kenalkan diri secara rasmi kepada pasukan,
dan mula belajar apa yang perlu dibuat. Ia akan jadi sibuk.
Jalan sini.
No comments yet. Be the first to leave one.