The Last Airbender

The Last Airbender

Download Malay Subtitle

Release info

The Last Airbender 2010
A Commentary by Mohd Basri
Malay 100% terbaik

Tags

other
Published on: 2011-08-13
Downloads: 83
Hearing Impaired: Yes

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Beratus tahun dahulu, dunia kita penuh kesejahteraan.

Kemakmuran dan keamanan dikecapi saban hari.

Empat Bangsa:

Air, Tanah, Bumi dan Angin wujud bersama dengan harmoni.

Penghormatan tinggi diberi kepada mereka yang boleh memanipulasi unsur semula jadi mereka.

Sang Avatar ialah seseorang yang dilahirkan di kalangan empat bangsa

yang berkemampuan menguasai semua unsur alam.

Hanya dia yang boleh berkomunikasi dengan Dunia Roh.

Dengan panduan Roh, Avatar mengekalkan keseimbangan di dunia.

Tapi, seratus tahun dahulu, dia menghilangkan diri.

AIR

Maafkan aku. Maafkan aku!

Maafkan aku! Hei! Ia menjadi tadi.

Aku teringatkan ibu. Pelik bukan?

Ya. Aku pun rasa begitu.

Cuba jangan buat benda itu dekat aku. Aku dibasahi selalu.

Aku dan abangku tinggal di negara Puak Air Selatan,

yang ketika dulu sebuah kota besar. Ayah kami pergi berperang.

Ibu kami ditawan dan dibunuh ketika aku masih kecil.

Sewaktu perang, makanan sukar didapati.

Aku dan abangku sering memburu untuk makanan,

malangnya, abangku bukanlah pemburu yang handal.

- Anjing laut harimau. - Kau pasti?

Aku buat segala yang di ajarkan ayah.

Aku lihat jejak sirip sebelah mana yang lebih lekuk.

Itu arah ia pergi.

Aku lihat kepanjangan tanda heretannya. Bererti berapa cepat ia bergerak.

Ada sesuatu di bawah sana.

Kesan runtuhan! Jauhi rekahan itu!

Katara, jangan pergi dekat. Ini mungkin helah Puak Api.

Berundur dengan perlahan-lahan.

Katara! Jangan hentak bebola itu!

Pakcik, lihat!

Adakah dia bernafas?

Kau nampak cahaya yang memancar ke langit?

Apa nama kau?

Bagaimana kau boleh berada di sini? Bagaimana kau boleh berada dalam ais?

Dia keletihan.

Kita mesti bawa dia ke kampung.

Apa binatang ini?

Ia cuba baham aku!

Tengok. Nampak?

Macam mana kau boleh sampai sini?

Aku lari dari rumah.

Kami dipukul ribut dan terjunam ke dasar laut.

Oh, begitu.

Satu perbuatan bodoh. Aku cuma naik angin.

- Terima kasih menyelamatkan aku. - Nasib baik.

Aku patut pulang. Mereka semua akan risau.

- Kau tak marah lagi, kan? - Tak sangat lagi.

Puak Api dah tiba.

- Apa? - Mereka membawa mesin mereka.

Jangan keluar sehingga aku kata ianya selamat.

- Ada apa yang tak kena? - Tak. Tolong tunggu di sini.

- Cepat, sekarang! - Kawal kawasan ini!

Kita temui dia bukan secara kebetulan,

cahaya memancar ke langit dan kini, Puak Api pula datang.

Sokka, jangan.

Aku, Putera Zuko...

...anak Raja Api Ozai, pemerintah Puak Api dan waris kepada takhtanya!

Bawa semua warga tua keluar dari sini!

- Ayah! - Gerak!

Ya?

Nenek!

Tolong jangan... cederakan dia!

Ayuh!

Katara, jangan.

- Buat satu garisan! - Ayuh!

Sini.

Hei.

Grammy!

Kau menakutkan mereka semua.

Siapa kau? Apa nama kau?!

- Aku tak perlu beritahu kau apa-apa. - Firebenders!

Aku akan bawa kau ke kapalku.

Kalau kau enggan, aku akan bakar kampung ini.

Aku akan ikut kau. Jangan cederakan sesiapa.

Mereka mencari orang tua yang mempunyai

tanda di badan seperti budak itu.

Mereka menculik ibu semasa kita masih bayi.

Ibu tak akan biarkan kita di tangkap. Dia akan melawan.

Kita menemui dia. Dia tanggungjawab kita. Kita mesti tentang.

Apa kau akan buat kalau mereka cuba tangkap aku?

Aku akan bunuh mereka semua.

- Kenapa? - Sebab kau adik aku.

Ayah suruh aku melindungi kau dengan nyawaku.

Sebab aku tanggungjawab kau. Budak ini tanggungjawab kita.

Kau nak kita nak buat apa? Bagaimana nak selamatkan dia?

Mereka atas kapal. Kita perlu mukjizat untuk kejar mereka.

Aku tahu kau ingat semuanya boleh diatur, tetapi aku tak.

Makhluk bison itu terapung.

Apa kau nak daripada aku?

Anak buah aku nak aku buat sedikit ujian ke atas kau.

- Ujian apa? - Ia tak sakit.

Aku dah buat beratus kali. Cuma sekejap saja.

Dan lepas itu kau boleh pergi.

Kau tak kisah kalau aku letak beberapa benda di depan kau?

Hanya sekejap saja.

Itu saja kau nak?

Nama aku Iroh, dan aku berjanji.

Aku tahu nenek akan cuba menghalang kami,

- tapi aku perlukan ini... - Duduk.

Nenek tahu sejak pertama kali kami menyedari kau seorang "Bender",

satu hari nanti, nenek mesti merealisasikan takdir kau.

Tak pernah ada "Waterbender" di kalangan Puak Air Selatan

sejak kawan nenek, Hama ditangkap.

Hari ini, nenek mengetahui takdir kau.

Kau nampak tatu budak tu?

Tatu seperti itu tak pernah dilihat selama lebih seabad.

Nenek percaya ia tatu "Airbender".

Mana mungkin?

Nenek percaya budak itu mungkin Sang Avatar.

Pada suatu zaman dahulu, Dunia Roh mengekalkan keseimbangan kita semua.

Apa itu Dunia Roh?

Ia bukannya sesuatu tempat yang dibina dengan benda yang kau boleh sentuh.

Namun ia wujud.

Ia dipenuhi dengan makhluk yang begitu mengagumkan...

...yang wujud di sebuah lembah yang eksotik, gunung dan rimba.

Setiap makhluk ini adalah Roh.

Mereka melindungi kita sejak dari dulu lagi.

Mereka beri panduan kepada kita. Dan hanya Avatar boleh bercakap dengan mereka.

Bukankah Roh wujud di sini?

Ya, sesetengah Roh wujud di kalangan kita.

Nenek pasti mereka memerhatikan kita dengan penuh kesedihan.

Puak Api enggan hidup mengikut tatasusila Roh.

Itu sebabnya mereka begitu takut dengan kewujudan Avatar itu.

- Apa yang dia boleh lakukan? - Dengan kebolehan menguasai 4 unsur,

dia mampu mengubah naluri hati.

Dan melalui naluri hatilah, kemenangan dalam perang dikecapi.

Sekarang pergi selamatkan budak ni.

Dia perlukan kamu berdua.

Dan kita semua perlukan dia.

Kau adalah tawanan aku...

...Airbender.

Aku akan bawa kau ke Puak Api.

- Kau kata... - Maafkan aku.

Aku sepatut menerangkan lebih jelas tadi.

Kalau kau gagal ujian itu seperti yang lain, kau akan dibebaskan.

Tapi nampaknya hanya kau seorang di dunia ini

yang lulus ujian itu.

Adalah satu penghormatan bersama kau di sini.

Jangan kau cuba lari. Ini kapal perang!

Berhenti! Kau tak...

Jangan bergerak! Kau tak boleh ke mana-mana!

Berhenti!

Jangan biarkan dia terlepas!

Tangkap dia!

Terima kasih sebab membawa Appa.

Puak Api merancang sesuatu. Aku kena pulang.

- Kami akan ikut kau. - Aku akan bawa kamu pulang.

Kami mahu ikut kau.

Kau telah menemui Avatar itu.

Buat seketika aku hampir dapat menebus maruah aku semula.

Takdir kau dah ditentukan, Zuko. Itu, dah pasti.

Aang bawa kami ke rumahnya. Dia bercerita kisah dia nail Appa dalam ribut,

dan mereka terjunam ke laut dan hampir lemas.

Kuil Angin Selatan.

Dia membentuk bola ais mengelilingi mereka.

Dia tak ingat apa-apa lepas tu.

Hei, Chinto! Monae! Aku dah balik.

Kawan-kawan, mari aku kenalkan!

Kau tinggal di sini?

Mereka tentu nak bergurau lagi.

Sami Gyatso akan lompat keluar untuk mengejutkan aku.

Dia guru yang dipertanggungjawabkan pada aku.

Dia seperti ayah aku.

- Bolehkah kau beritahu aku nama kau? - Sami-sami menamakan aku Aang.

OK, kawan-kawan! Cukuplah itu!

Tikus labah-labah! Ia beracun! Mari ke belakang aku.

Ia Lemur-kelawar. Ianya binatang peliharaan kami.

Bukankah mereka dah lama pupus?

Pupus? Tak, terdapat beribu ekor di pergunungan ini.

Kawan-kawan kau adalah sami?

Aku tahu mereka di mana. Bersembahyang di padang!

Aang, tunggu! Ada sesuatu aku nak beritahu kau!

Aang...

...aku rasa kau berada di dalam ais hampir seratus tahun.

- "Firebenders" mengisytiharkan perang. - Aku tinggal beberapa hari yang lalu.

Aang, Puak Api tahu Sang Avatar akan lahir dikalangan Pengembara Angin...

...jadi mereka menghapuskan semua Pengembara Angin.

Kau tipu!

Ini milik Sami Gyatso.

Aku buat untuk dia.

Tak!

Katara! Jangan dekatinya!

Katara!

Jangan dekatinya!

Kawan-kawan kau adalah sami?

Sang Avatar?

Ke mana perginya kau?

Aang!

Kau tak mungkin boleh hidupkan Sami Gyatso semula,

tapi Sokka dan aku boleh bersama kau selama mana yang kau nak!

Jangan putus-asa! Kita akan mengharunginya bersama!

Aang!

Putera yang dibuang negeri.

Mari kita ajak mereka makan tengah hari.

Saya berterima kasih kepada Jeneral Iroh yang hebat

dan Putera Zuko kerana sudi makan bersama kami.

Seperti yang kau tahu, Raja Api telah mengusir anaknya, Putera.

More Malay subtitles for The Last Airbender

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left