The first 200 lines.
ADAKAH ANDA INGIN MENGUNDI?
WATAK, TEMPAT, ORGANISASI DAN PERISTIWA DALAM DRAMA INI ADALAH REKAAN
KESELAMATAN PELAKON KANAK-KANAK DIJAGA
MENJAGA UNDANG-UNDANG MENGHORMATI MARTABAT MANUSIA
EPISOD 5
Tak tahu pula udara pagi sebegini segar.
Pegawai Park ikut encik sekali?
Kita lepaskan penjenayah.
Saya kena pantau supaya dia tak cuba buat apa-apa.
Awak ada bawa benda itu?
Hei.
Awak pernah pasangkan benda ini?
Takkanlah susah sangat.
Memang tak reti takut langsung.
Tapi baguslah bawa model terbaru.
Ini boleh disambungkan pada jam tangan pintar.
Kalau terkeluar dari jarak pantauan,
ia akan terus beritahu pusat kawalan.
Buletin semua hal akan dikeluarkan.
Untuk pastikan pembunuh tak boleh bebas berkeliaran,
peranti ini sangat sempurna.
Hanya kerana awak dibebaskan,
tak bermakna awak istimewa, jangan salah faham,
- dasar pembunuh... - Kita kena cepat.
Untuk elak wartawan,
kita kena sampai di APK awal pagi.
Yalah. Mari kita pergi.
Mari kita tangkap orang yang lebih jahat daripada penjahat ini.
Mari kita pergi.
Apa khabar, Sang-jae?
Helo, tuan.
Awak dah periksa sudutnya?
Kami sedang periksa.
Celaka. Habis tumpah.
Boleh alihkan muka tak? Nanti pecah kanta.
UNIT SIASATAN KHAS
Ya, saya kuatkan bunyi.
Mana Kwon Seok-joo?
LOKASI MASA NYATA KWON SEOK-JOO
Kami dapat isyarat dia.
Lokasi yang sama sedang dihantar
kepada jam tangan pintar yang Leftenan Joo Hyun pakai.
Budak bedebah.
Hei, budak Biro Siber.
Hei!
SEMUA DAH SEDIA
Helo?
Semuanya berjalan lancar?
Tiada wartawan atau saksi ekori kami.
Rasanya tak perlu risau.
Ada orang yang mungkin akan kenal Kwon Seok-joo.
Berjaga-jaga sehingga kamu tiba.
Dia akan habiskan tujuh tahun seterusnya dalam penjara
atau dapat tengok matahari terbit setiap pagi?
Itu terpulang kepada dia.
Apa-apa pun, jangan risau.
Saya akan sentiasa perhatikan dia.
Sang-jae.
Periksa kamera di koridor juga.
Ya, tuan.
Itu dia.
Tuan.
Saya dapat maklumat penting.
Telefon isteri Bae Gi-chul.
Kami tak jumpa apa-apa daripada mesej, gambar atau DNA, tapi...
Tengok.
RUSIA PILIH BAHASA
KOREA
ADA ORANG PERAS UGUT SAYA PADA HARI SUAMI SAYA MENINGGAL
Bentuk badannya sama dengan lelaki yang saya jumpa di rumah Kwon Seok-joo.
Zum masuk.
Celaka.
Macam mana kita boleh terlepas?
Biar betul.
Saya dah tanya mereka,
mereka ingat ada "Penghantaran" tertulis pada ves penculik.
Tapi mereka tak nampak muka dia sebab dia pakai pelitup muka.
Tengoklah betul-betul. Dia orang yang sama atau tak?
Nampaknya dia ahli seni bela diri.
Macam mana awak tahu? Kita tak nampak pun muka dia.
Mula-mula sekali, gaya dia berjalan. Sangat seimbang.
Tengok. Dia nampak tangkas apabila turun dari motosikal.
Tak syak lagi.
Orang yang saya lawan pun serupa.
Dia bukan saja tahu seni bela diri malah cara nak membunuh.
Kita boleh katakan mereka orang yang sama.
Hebatlah atlet tae kwan do kebangsaan ini.
Ada apa-apa dari rumah Bae?
Kami jumpa kotak hitam,
penuh dengan gambar budak lelaki Rusia.
Sekejap.
Saya baru terima ini.
Anak diakah?
Dia tinggalkan anak dia di Rusia?
Mungkin dia ancam anaknya
dan suruh dia panggil Bae ke luar bar.
Kemudian, Gaetal membawanya ke dalam teksi dan membunuhnya.
Saya asyik fikir tentang panggilan terakhir daripada isterinya itu.
Sekejap.
Jadi maknanya kita patut mengesyaki pemandu teksi itu?
Sekejap.
Ko Dong-gyu juga ada di pengebumian.
Kita tak boleh sahkan lagi.
Pemandu teksi itu ada alibi yang kukuh.
Akan ada satu lagi Undian Membunuh tak lama lagi.
Tak bolehkah satu benda pada satu masa?
Semua orang nak mereka semua mati. Aduhai.
Keluarkan buletin untuk motosikal.
Awasi penghantar di semua tempat berkait dengan Undian Membunuh.
Aduhai. Bersemangatlah sikit.
Mari kita tangkap mereka semua,
lepas itu kita berehat panjang.
- Ya, tuan. - Ya, tuan!
AGENSI POLIS NAMBU
Awak datang sendiri awal begini, tentu awak gugup.
Takkanlah tak gugup?
Kalau tersebar cerita polis dapatkan bantuan penjenayah,
mesti akan lagi kecoh berbanding berita awak tak mati sebelum ini.
Setiap kali ada kes melibatkan awak, mesti ada masalah.
Tak kisahlah.
Alang-alang dah bawa dia keluar,
lebih baik saya bawa dia ke tempat yang Gaetal mungkin akan muncul.
Budak ini!
Tiada siapa boleh tahu tentang ini,
jadi gunakan dia untuk cari sasaran seterusnya seperti yang dirancang saja.
Kami dah pasti Gaetal adalah orang di sekeliling Kwon Seok-joo.
Kami mesti bawa dia kalau-kalau dia cam sesiapa.
Kalau awak takut sangat, pergilah balik.
Tiada apa yang menakutkan saya kecuali awak dan isteri saya.
Setiap kali awak buat masalah, saya risau pencen saya hilang, bedebah!
Awak patut bersyukur saya dan pesuruhjaya lindungi awak.
Bukankah sebab saya buat kerja kotor?
Budak ini...
Terima kasih, Leftenan Joo.
Kita tak perlu bawa dia keluar untuk bersalaman dan ambil gambar bersama?
Budak bedebah ini...
Jangan cari pasal.
Saya akan pindahkan dia ke bilik pengasingan.
Biar saya buat.
Awak cari siapa sasaran undian dulu.
Pergilah masuk.
Ya, tuan.
Seronok jumpa awak,
Kim Mu-chan.
Tak jauh beza pun dengan pusat tahanan.
Satu.
Dua.
Tiga.
Kecuali beberapa kamera, kawalan tempat ini tak ketat sangat.
Banyaknya habuk.
Saya nak duduk di mana?
Ujian. Satu, dua.
Ada bilik untuk awak di sebelah kanan, Pegawai Park.
Terkejut saya.
Buka gari dia.
Ya.
Helo, En. Kwon Seok-joo.
Saya Leftenan Kim Jo-dan daripada Biro Siber.
Saya amat kagum dengan kuliah etika undang-undang encik dahulu.
Saya pernah ditangkap kerana menggodam.
Bilik encik akan diperhatikan oleh pengawal tiga syif.
Terdapat kamera CCTV di luar bilik juga,
jadi encik diperhatikan dalam masa nyata.
Jadi tidak akan ada titik buta.
Sekiranya encik nak keluar dari bilik ini,
encik mesti diiringi oleh setidaknya seorang pengawal atau detektif.
Saya cadangkan encik tak buat apa-apa
yang boleh menyebabkan sebarang salah faham.
Apa yang paling penting,
tiada siapa boleh tahu awak di sini.
Sebaik saja diketahui, pengampunan khas akan terbatal.
Yalah.
Baik saya pergi tengok bilik saya.
Aduhai...
Nak duduk lama,
tapi hiasan tak seberapa.
Awak tahulah rumah saya macam mana.
Jadi kenapa tak tulis nak duduk di hotel dalam syarat?
Periksa semua surat yang awak terima, semua kenalan awak
dan semua yang ada di perbicaraan akhir.
Pilih siapa yang mungkin adalah Gaetal.
Sebab dia sendiri dah mengaku dan mengikutkan keadaan,
salah seorang mesti Gaetal.
Bukankah kita patut cari sasaran seterusnya dulu?
Kita bahagi tugas supaya cekap.
Keutamaan sekarang adalah cari dalangnya.
Mangsa seterusnya semestinya penjenayah kejam,
jadi tak apa kalau biar mereka
dibunuh?
Manusia takkan berubah.
Tapi awak tak pernah cuba untuk berubah.
Jadi bagi saya, awak sangat menarik.
Mulai sekarang, saya hanya akan berkomunikasi melalui Leftenan Joo.
Sama ada untuk cari Gaetal atau sasaran seterusnya,
saya takkan bercakap dengan sesiapa kecuali dia sahaja.
Tak boleh.
Sebagai penjenayah, saya tak boleh biar awak pilih pegawai tertentu.
Sayangnya.
JENAYAH DAN SAINS FORENSIK
Nampaknya saya terpaksa lepaskan pengampunan
No comments yet. Be the first to leave one.