Season 1

Release info

Captivating the King S01E06 1080p H264 AAC WEB-DL-Phanteam
A Commentary by tankgo

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
Published on: 2024-02-14
Downloads: 43
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

CAPTIVATING THE KING

Kamu kembali

untuk balas dendam.

Kamu menyimpan impian untuk membunuh beta, bukan?

Saengbulyeosa.

Kamu selamat, tapi kamu hidup dalam mati.

Sekarang apa kamu nak buat?

Jawablah dengan lidah berbisa kamu itu.

Apa kamu nak buat?

Kenapa tiba-tiba kamu terkelu?

Kenapa tak jawab?

Cakaplah sesuatu.

Nyawa kamu bergantung pada lidah kamu itu.

Mendengar kata-kata tuanku,

patik berani bertanya.

Kenapa tuanku syak patik akan khianat?

Sebab kamu kehilangan kawan kesayangan kamu, Hongjang.

Kamu merayu beta untuk selamatkan dia,

tapi beta tak hiraukan.

Jika lihat baik-baik,

mungkin jumpa cara untuk selamatkan batu yang dah dikepung.

Waktu kamu cakap, jika lihat baik-baik,

mungkin jumpa cara untuk selamatkan batu yang dah dikepung,

beta dah dapat tafsir

niat kamu kembali ke sini.

Boleh kamu nafikan kamu tiada niat untuk khianat?

Memang betul patik sayang Hongjang,

tapi hidup patik lebih berharga.

Tiada sesiapa akan berani

berniat begitu atas satu kehilangan kecuali gila.

Kawan yang percaya dan berharap kepada kamu.

Kawan yang kamu nak lindungi apa jua cara.

Kawan yang jika dia tiada, hidup kamu tak lagi bermakna.

Jika kawan begitu mati secara teraniaya,

tentu kamu akan hilang akal.

Patik tak sangka tuanku akui dia mati secara teraniaya.

Roh Hongjang di alam sana pasti menangis kegembiraan.

Jika kamu nak terus hidup, fikir baik-baik sebelum jawab.

Barulah kamu akan nampak cara untuk selamatkan diri.

Jika tuanku ragui ketulusan patik,

bunuh sajalah patik sekarang.

Beta yang akan tentukan bila dan di mana kamu akan mati.

Patik minta ampun.

Patik terlupa seketika

tuanku dah pernah buat begitu.

Jangan lupa lagi.

Bagi beta, kamu dah mati.

Beta boleh bunuh kamu semula

bila-bila masa saja lagi dengan mudah, faham?

Ya, tuanku.

Patik akan ingat.

EPISOD 6

Mong-woo masih di Yeongchwijeong?

Sepatutnya dia dah balik sekarang.

Takkanlah mereka bermain sejak hari pertama lagi?

Awak nak balik?

Tunggulah sekejap dan balik bersama Kang Mong-woo.

Kita tak boleh adakan jamuan, jadi minum untuk raikan dia.

Minum untuk raikan?

Awak dah nak cuba sogok dia?

Aduhai,

awak anggap saya orang bagaimana?

Saya bukan nak sogok dia.

Saya nak berkawan.

Baguslah jika berkawan, bukan?

Dia jadi

Berkawan pun tak boleh?

Betul tak?

Jangan rapat dengan Kang Mong-woo.

Apa maksud awak?

Kenapa cakap begitu?

Aduhai!

Kamu kata dua pemain diperlukan untuk main Go.

Apabila mereka bermain, mereka cuma berhubung melalui batu-batu.

Selepas dengar kata-kata itu,

beta teringat kali pertama kita bermain Go.

Beta terlalu asyik bermain bersama kamu…

sehingga beta tak sedar hujan mula turun.

Beta tak pernah begitu asyik bermain sejak beta menaiki takhta.

Semua lawan beta

macam ular pembelit yang selalu membaca fikiran beta

untuk gunakan itu demi kepentingan sendiri.

Jadi bagaimana beta boleh percaya

kamu tak sama seperti mereka?

Apa patik perlu buat

untuk hapuskan syak wasangka tuanku?

Mohon tuanku beritahu patik.

Beta akan jadi penaung kamu.

Ramai orang akan mendekati kamu untuk ambil hati kamu.

Jemaah menteri, kerabat diraja

dan gadis-gadis dari dalam dan luar istana akan cuba ambil hati kamu.

Mereka akan tunjuk kekuasaan mereka untuk pujuk kamu,

tawarkan harta yang takkan habis

atau goda kamu dengan jelitawan

yang dapat meluluhkan hati mana-mana lelaki dengan mudah.

Dengar semua itu saja pun dah buat kamu gembira?

Tiada lelaki boleh menolak

kuasa, harta dan wanita cantik.

Jika nak dapatkan kepercayaan beta,

kamu tak boleh goyah dengan semua itu.

Jangan terfikir untuk tipu beta.

Sebaik saja beta dapat tahu apa-apa penipuan,

Penghulu Unit Senjata Khas, Joo Sang-hwa akan pancung kamu.

Baiklah, tuanku.

Tuan nak beritahu apa-apa kepada saya?

Tidak.

Saya membawa ubat herba untuk Baginda Raja.

Berikan kepada saya.

- Biar saya yang hantar. - Tuan Joo, diam saja.

Ini tugas saya untuk hantar

ubat herba kepada Baginda Raja.

Memang begitu di kediaman tuanku,

tapi tidak di Yeongchwijeong.

Macam yang kamu tahu,

baginda melarang sesiapa masuk ke Yeongchwijeong sesuka hati.

Orang yang tak tahu asal usul ini boleh masuk,

tapi saya, inang raja sendiri dilarang masuk?

Betul.

Berani betul?

Kamu halang saya menjalankan tugas?

Saya cuma laksanakan titah baginda.

Saya tak peduli tugas kamu.

Ubat herba akan sejuk.

Jelingannya tajam macam pisau.

Nafas saya pun tersekat.

Melihat dia berkeras untuk masuk meskipun dilarang,

tentu Inang Dong pun rasa terancam dengan awak.

Tapi yalah,

awak mungkin menjadi orang kesukaan baginda,

jadi tentu dia nak tahu tentang awak.

Inang Dong itu…

Ya, betul tekaan awak.

Dulu dia juga inang mendiang raja.

Nampaknya hubungannya dan Tuan Joo tak berapa baik.

Tentulah.

Dia punca seluruh negara menuding jari kepada baginda

kerana sikap baginda berubah.

Tugas Tuan Joo termasuk mengawal dan menguruskan khabar angin,

jadi Inang Dong menyusahkan dia.

Begitu.

Tapi jika saya jadi Inang Dong, tentu saya rasa teraniaya.

Perubahan sikap baginda bukan salah dia.

Awak tak setuju?

Apa?

Awak boleh minum arak?

Maaf.

Sudah beberapa hari saya buat persediaan

tanpa tidur lena atau makan dengan teratur,

jadi saya kehabisan tenaga.

Saya perlu balik segera dan berehat.

Jadi bukan malam ini, tapi esok.

Esok bagaimana?

Tugas saya sekarang adalah hadir apabila baginda panggil bila-bila masa.

Jadi sukar untuk aturkan lebih awal.

Saya minta diri dulu.

Jumpa esok.

Aduhai!

Apa pendapat kamu tentang Mong-woo?

Patik curiga yang pengkhianat boleh kembali secara sukarela.

Patik sudah arahkan orang

mengekori dan siasat kegiatannya tiga tahun lalu.

Sehingga itu,

jangan benarkan dia masuk dan perhatikan dia dulu.

Dia boleh hidup dengan baik tanpa memberitahu nama sebenarnya.

Jika orang kamu cari dia di setiap ceruk negara ini pun,

mereka takkan jumpa

jejak lelaki bernama Kang Mong-woo yang sepadan dengan ciri-cirinya.

Boleh patik tanya kenapa tuanku izinkan dia masuk Yeongchwijeong

meskipun tuanku tahu latar belakangnya diragui?

Sebab ia menarik.

Jelas sekali jawatan ini boleh membawa maut kepadanya.

Tapi dia berpura-pura gembira

dan berdiri di depan beta seolah-olah tak tahu apa-apa.

Jangan buat rupa begitu.

- Ya, tuanku. - Apa pun tujuan dia kembali,

beta takkan biar dia mempengaruhi beta.

Laporkan kepada beta jika ada aktiviti mencurigakan walau sekelumit.

Kamu faham?

Ya, tuanku.

Bagaimana pula hal itu?

Patik dah aturkan perjumpaan sebelum

HARI PERINGATAN KEMANGKATAN RAJA ATAU PERMAISURI

Bagus.

Kamu boleh pergi.

Ya, tuanku.

" sudah dipilih."

Bukankah kamu cakap begitu?

Ya, betul.

Orang saya digelar sebagai pakar pengiraan dan Go.

Kamu cakap itu semudah Guan Yu pancung kepala musuhnya.

Sekarang, apa kamu nak buat?

Janganlah murka atas perkara tak seberapa ini.

Tak penting siapa yang jadi

Kita masih ada cara yang paling berkesan.

Panggil Kang Mong-woo dan buat tawaran.

Macam Putera Deokseong,

Kang Mong-woo pun takkan tolak naungan tuanku.

Jika beta panggil dia, Baginda Raja tentu akan murka!

Kamu dah lupa bagaimana baginda

mengusir Gundik Diraja?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left