The first 200 lines.
Sebelum ini dalam Butterfly...
Ada yang tak kena, Juno.
Ada sesuatu yang tak masuk akal...
David, awak dengar tak?
Saya percaya awak, tapi awak khianati saya.
Ayah nak saya hancurkan Juno? Saya akan buat.
Perempuan itu hancurkan hidup saya dulu.
Karpov dan Jae-Hun dibunuh dalam seminggu.
Saya rasa Juno terlibat dalam semua ini.
Saya nak buat pertukaran dengan awak.
Awak serahkan Oliver,
dan saya akan lepaskan awak sekeluarga.
Dia akan tetap buru kita.
Dengan Juno, bunuh atau dibunuh.
Tahu tak saya dah cuba buat perjanjian.
Juno tak bersetuju.
Tak. Saya tak nak fikir tentang itu.
Tiada pertukaran.
Juno Lund bertanggungjawab atas kematian Jae-Hun Lee,
Saya perlukan bukti kukuh.
Kurang daripada itu,
Juno akan musnahkan kita berdua.
Awak lepaskan saya begitu saja?
Kami juga kesan telefon Oliver.
Ia berada dalam jarak satu meter daripada Dawson.
Hai ibu.
Sekarang giliran Juno.
Entahlah, ayah. Dia sedang menyediakan sarapan untuk dia.
Sungguh menyentuh hati.
Juno ingat dia dah kehilangan anaknya.
Mungkin dia akan meluangkan masa bersama keluarganya sekejap.
Juno Lund...
ibu mithali.
Tak ingat bila kali terakhir ibu masak.
Ibu sibuk kebelakangan ini.
Maksud saya, bagus juga.
Terima kasih.
Ibu lega awak dah balik.
Apabila ibu dengar awak diculik, seolah-olah seluruh dunia ibu musnah.
Awak kata dia tak sakiti awak.
Tak.
Tapi dia mesti dah soal siasat awak.
Apa yang awak beritahu?
Dia tak tanya banyak soalan.
Awak bersama dia selama 48 jam.
Awak tak ingat apa yang awak cakap?
Bukan, cuma...
...masih agak kabur.
Masih ingat masa awak langgar BMW?
Awak bersumpah awak tak mabuk, dan ayah awak percaya.
Tapi ibu tahu awak menipu.
Tahu kenapa?
Sebab ibu pernah bekerja untuk CIA?
Sebab saya ibu awak.
Ibu sentiasa tahu.
Beberapa minggu kebelakangan ini memang tak mudah.
Bila awak telefon ibu tentang Jae-Hun...
Ibu tanam mayat demi anak. Berapa ramai ibu boleh kata begitu?
Awak boleh cerita apa saja pada ibu.
Awak beritahu dia tentang Karpov, bukan?
Saya rasa sangat keseorangan.
Tak apa.
Saya ingat ibu takkan datang cari saya.
Apa lagi yang awak beritahu dia?
Saya beritahu dia pasal ibu.
Ibu yang mengkhianati dia sembilan tahun lalu.
Maafkan saya.
Saya ingat saya akan mati.
Maafkan saya, ibu.
Tak mengapa.
Terima kasih sebab beritahu ibu.
Makan roti awak.
Pernahkah ayah menolak seseorang dari bumbung?
Apa?
Untuk Caddis.
Tak pernah.
Saya terfikir macam mana rasanya.
Kenapa awak nak fikir begitu?
Saya tak kata saya akan buat.
Mereka pergi.
Akhirnya.
Tengoklah dia.
Kita dah buat dia paranoid.
Sekarang kita cuma perlu buat Oliver curiga kepada dia.
Dah tiba masanya.
Pastikan awak berjaga-jaga.
Dah dapat.
Ada orang datang.
Kita kena padam semua rakaman kita masuk bangunan.
Enam minit sepatutnya cukup.
Awak ada pemancar?
- Saya sambungkan. - Okey.
Hai, Oliver.
Harap awak cukup rehat.
- Saya cuma nak kembali bekerja. - Apa kata awak duduk dulu?
Apa yang berlaku?
Hollis akan sediakan laporan tindakan awak.
Apa?
Awak habiskan dua hari penuh bersama David dan Rebecca Jung.
Awak perlu disoal secara rasmi.
Okay...
Tapi, saya dah beritahu ibu semua yang saya tahu.
Ibu tak boleh, terlalu peribadi.
Kita kena cari David sebelum dia buat banyak kerosakan,
dan kita perlukan semua maklumat.
Senjata yang dia guna,
aset yang dia ada, ke mana dia mungkin pergi,
perkara-perkara begitu.
- Ibu serahkan kepada awak. - Okey.
Macam mana?
Kita berjaya terima siaran.
Mari mula kerja.
Tingkat tujuh kosong.
- Dah sedia? - Ya.
Awasi pihak keselamatan. Ayah akan pasang alat pengintip.
Saya dah beritahu awak,
David dan Rebecca tak beritahu ke mana mereka mahu pergi.
Mereka takkan buat begitu.
Awak asyik tanya soalan yang sama.
Saya tak menipu, Hollis.
Baiklah.
Kita beralih topik.
Bilakah awak berjumpa dengan Senator Dawson?
Apa? Kenapa saya nak berjumpa dengan dia?
Dari mana datangnya ini? Ibu saya?
Awak jumpa dia atau tidak, Oliver?
Sudah tentu tidak.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Saya tak nak jawab lagi. Mengarut.
Awak betul.
Awak dah lalui banyak perkara. Apa kata awak balik rumah?
Tapi saya baru sampai sini.
Juno mahu awak berehat hari ini.
Macam mana di bawah sana?
Hampir siap.
Jangan sembunyikan terlalu baik.
Oliver perlu jumpa benda itu.
- Oliver dah sampai. - Berapa masa yang kita ada?
Empat puluh saat.
Mungkin kurang.
Dia dah keluar dari lif.
Dia di koridor. Ayah, kita kena pergi.
Helo?
Ibu cuma nak pastikan awak selamat sampai di rumah.
Ya. Terima kasih.
Terima kasih sebab jumpa Hollis hari ini.
Ibu tahu itu tak mudah.
Sudah tentu.
Apa saja untuk membantu.
Dia tanya saya kalau saya pernah jumpa Senator Dawson.
Oh, begitu?
Dengan Dawson menyiasat pejabat,
kita tak boleh ambil risiko.
Oliver,
sepatutnya ibu cakap dari awal.
Ibu sayang awak.
Ya.
Saya pun.
Apa awak buat di sini?
Saya perlu bercakap dengan awak.
Kenapa?
Saya nak awak draf memo sulit dalaman
menyatakan awak mempunyai saksi penting terhadap Juno Lund
dalam siasatan Karpov.
Kemudian edarkan memo tersebut kepada orang terdekat awak.
Awak rasa ada pengkhianat?
Ya.
Bekerja untuk Caddis?
Juno takkan berani.
Awak tak kenal Juno sebaik yang awak sangka.
Awak kenal dia?
Anak saya kenal.
Dia bekerja dengan Juno selama empat tahun.
Dia kata Juno selalu ada orang dalam.
Anak awak, pembunuh upahan Juno.
Pasukan saya dah siasat dia.
Dia ada kaitan dengan sekurang-kurangnya 12 pembunuhan atas arahan Caddis.
Saya dah kata, jangan ganggu Rebecca.
Apa dia?
Kita ada masalah.
Beritahu saya
apa yang tertulis.
Dawson mempunyai saksi penting
terhadap Juno Lund dan Caddis.
Alamak.
Awak rasa siapa?
Jangan buat tak tahu. Awak tahu siapa yang saya fikirkan.
Memang tak masuk akal David lepaskan dia begitu saja.
Apa awak mahu buat?
Entahlah, Hollis. Saya pun tak tahu.
Kita bawa dia masuk sekarang, sebelum dia buat lebih banyak kerosakan.
Mudah untuk awak cakap. Dia bukan anak awak.
- Saya tahu ini susah... - Jangan.
Betul. Terpulang pada awak.
Siapa yang menjaga keselamatan Oliver?
Sekarang, Hori dan Seung.
Kekalkan posisi. Saya mahu mereka memantau Oliver.
Saya mahu tahu semua orang dia jumpa, dan semua tempat dia pergi.
Saya takkan silap kali ini.
Faham.
No comments yet. Be the first to leave one.