The first 200 lines.
The Golden Spoon
Slip Pengenalan Temu Duga Nama: Lee Seungcheon
Sekolah Tinggi Seoul Jeil? Awak junior saya.
Saya belajar di luar negara selepas setahun di sana.
Tapi junior tetap junior.
Baiklah. Mari lihat, junior saya.
Awak tak pernah belajar di luar negara?
Apa ini? Awak menang Hadiah Emas untuk kartun web pendek awak?
Ada Separa Makhluk Asing di Rumah Saya.
Awak ada banyak pengalaman bekerja sambilan di hotel kami.
Boleh kita jadikan dia pengurus restoran di tingkat satu...
...atau sesuatu seperti itu?
Dia dapat markah tertinggi untuk OPIc dan TOEIC...
...dan markah cemerlang untuk ujian kecenderungan.
Semua di sini boleh berbahasa Inggeris sebanyak itu, bukan?
Dalam era global ini, kita perlu bertutur dalam beberapa bahasa.
Itu jelas!
Bilik Temu Duga Pengambilan Pekerja, Hotel Myeongseong
Betul, tuan.
Saya jadi sangat rapat dengan syarikat ini...
...semasa bekerja sambilan.
Jika awak ambil saya bekerja,...
...saya akan dedikasikan diri merealisasikan matlamat besar.
Tolong benarkan saya bekerja di sini.
Boleh tahan.
Bilik Temu Duga
Apa masalahnya kalau dia anak pemilik?
Ini saja yang mereka beri untuk temu bual itu?
Helo.
Masa untuk jadi lebih cantik.
Saya Oh Yeojin dari Masa Kecantikan Oh Yeojin.
- Awak ada cuba guna produk... - Dia buat dengan baik.
...yang saya perkenalkan minggu lepas?
Ya, dan ia memang rasa berbeza.
Mari kita bantu pencari kerja di luar sana...
...dapatkan kulit yang lembap dan elastik.
Dengan memberikan lebih keanjalan pada kulit anda...
Stesen penyiaran berseronok dengan rancangan terkenal awak.
Apa kata awak buat siri dengan Fashion Time dan Money Time?
Saya ahli perniagaan, bukan selebriti.
Awak perlu berhenti bergantung pada saya...
...untuk uruskan perniagaan awak.
Awak tak boleh buat duit untuk Hiburan Umum dengan cara ini.
Bagaimana dengan parti Amikus pada hari Sabtu?
Saya perlu cari duit. Saya nak jumpa pembeli Jepun.
"Saya nak jumpa pembeli Jepun."
Selamat tinggal.
Saya patut berpasangan dengan Yeojin,...
...bukannya menceburi Hiburan.
Siapa pula sekarang?
Ia memang rasa berbeza.
Helo, Park Janggun bercakap.
Na Juhee?
Begitu, Janggun. Jadi kita tak boleh buat apa-apa.
Jumpa lagi lain kali. Selamat tinggal.
Mereka berdua ada rancangan hujung minggu ini.
Oh Yeojin dan Park Janggun takkan berada di sana.
Okey! Saya rasa kita boleh teruskan.
Cik Na, Cik Wang.
Awak pasti tentang perjudian di Amikus?
Mencari pasal dengan mereka...
...takkan berakhir dengan surat permohonan maaf.
Jadi,...
...mari buat dengan baik.
Aduhai.
Aduhai.
Si licik itu.
Dia benar-benar takut kita mengejar konglomerat.
Saya dah minta Seungcheon uruskan semuanya.
Okey.
Betul, Hwang Taeyong.
Khabar angin mengatakan dia bertunang...
...dengan Oh Yeojin di Amerika.
Dah 10 tahun dia tak balik ke Korea.
Dia akan kembali untuk perkahwinannya, bukan?
Sebelum itu,...
...kita perlu pergi ke parti Amikus.
Betul, ini peluang keemasan kita.
Kami terima maklumat boleh dipercayai yang ia akan...
...diadakan pada pukul 3:00 petang hari Sabtu...
...di kolam renang luar Hotel Myeongseong.
Tiada siapa kenal awak kecuali Oh Yeojin...
...dan Park Janggun dan mereka takkan berada di sana.
Seungcheon juga akan bekerja sambilan untuk kemasukan di sana.
Ini peluang keemasan kita untuk tangkap mereka berjudi.
Saya ada perasaan yang baik.
Ya, Seungcheon. Saya dapat masuk.
Terima kasih.
Begitu, Juhee.
Hati-hati, jangan sampai tertangkap.
Ia telah disahkan. Berseronoklah.
Boleh saya lihat kad jemputan awak?
Pintu Masuk VIP Amikus
Awak tak boleh masuk tanpa jemputan.
Hanya tetamu yang dijemput dibenarkan masuk.
Sila tunjukkan kad jemputan awak.
Ahli Amikus Sahaja Hotel Myeongseong
- Ia telah disahkan. - Berseronoklah.
- Tuan, helo. - Hai.
Saya pernah nampak awak.
Saya hadiri temu duga pusingan akhir Hotel Myeongseong.
Junior saya, Seungcheon, bukan?
Dia ke Sekolah Tinggi Seoul Jeil.
Yakah?
- Teruskan usaha. - Ya, tuan.
- Sila nikmati masa awak. - Terima kasih.
- Siapa dia? - Awak tak kenal dia?
Dia ketua Teknologi Tinggi Dosin.
Adik ipar Hwang Hyeondo.
Seo Juntae?
Jika dia junior awak, dia mungkin kaya.
Kenapa bekerja sambilan?
Mungkin dia tak ada duit.
Tapi dia pandai berbahasa Perancis.
Hai.
Awak patut ambil dia bekerja.
Tak, saya lepaskan dia.
Dia tak pernah ke luar negara,...
...tapi sebutan dia lebih baik daripada saya. Ia menjengkelkan.
Lelaki menjengkelkan macam dia yang cari duit untuk awak.
Betul, tapi dia terlalu menjengkelkan.
Khabar angin mengatakan awak akan ketepikan Taeyong...
...dan ambil alih Dosin.
Jadi kenapa orang yang sibuk ini datang ke sini?
Saya sedang cari seseorang.
Siapa?
Mari minum.
Apa ini? Siapa yang pesan?
Kami disuruh hidangkan sebotol untuk setiap meja, tuan.
Siapa yang beritahu awak?
Amikus!
Ayuh!
Juhee
Kenapa dia tak jawab telefon?
Awak pasti Taeyong ada di sini?
Saya beritahu awak. Awak tak tahukah yang dia dah kembali?
Itu tak penting sekarang.
Cari saja dia.
Baiklah, puan.
Saya Park Janggun.
Hwang Taeyong tak guna.
Saya pasti akan cari dia.
Tunggu sajalah, Oh Yeojin. Saya akan bawa dia kepada awak.
Maaf.
Awak nampak lebih cantik depan-depan.
Ayat memikat yang bagus.
Saya Hwang Taeyong dari Dosin. Ikut saya ke bilik saya.
- Sekarang? - Tidak.
Selepas berseronok di sini.
- Nak kami dapatkan bilik? - Apa itu?
Cik Oh.
Pelakon popular patut berkelakuan lebih baik.
Dia bercinta dengan penyanyi idola.
Awak tak kisah dengan skandal cinta tiga segi?
Biar betul?
Sekurang-kurangnya beri saya nombor telefon awak...
Ia berjalan lancar.
Sedarlah, boleh tak?
Macam mana kalau ada orang tulis artikel tentang ini?
Tunang saya lebih seksi apabila dia marah.
Orang sedang melihat. Mari pergi.
Awak nak ke mana?
Nak tidur di sini?
Jangan mengarut. Mari kita pergi.
Tak nak! Saya tak buat salah.
Awak boleh pergi kalau awak nak. Saya akan tunggu di sini.
Taeyong. Hei!
Minuman awak dah sampai.
Sila nikmati masa awak.
Ia takkan berhasil hari ini. Kita putus asa sajalah.
Kenapa? Adakah maklumat itu palsu?
Saya tak tahu. Mereka memang bukan berjudi.
Mereka main permainan papan.
Hei, itu dia. Permainan papan.
Semasa saya kecil,...
...saya dengar kita bertaruh wang jika...
...kita main permainan papan di Amikus.
Ia satu pertaruhan.
Bar
- Aduhai. - Ini dia.
- Mari pergi. - Hei.
- Masa untuk bayar. - Tidak.
- Cepat bayar. - Sayangnya.
Mari pergi.
Duduk dulu.
- Enam! Baiklah, kami faham. - Tolonglah.
- Hari ini ialah hari saya. - Aduhai.
- Dia sangat bagus. - Awak terlalu bagus.
- Pergi! - Ayuh!
Mari pergi.
Ada empat keping 500,000 won, 10 keping 100,000 won...
...dan lima keping kurang daripada 50,000 won setiap satu.
Taruhannya kira-kira 3.5 juta won seorang.
Namun darab dengan 100,...
...jumlahnya 350 juta won seorang.
1.4 bilion won untuk setiap permainan?
- Jadi? - Cepat bayar.
Kalian ada dengar tak?
Ada sebuah syarikat baru di NASDAQ...
...yang dijual pada 500 bilion won.
No comments yet. Be the first to leave one.