転生したら第七王子だったので、気ままに魔術を極めます
The first 186 lines.
Cahaya Pudar.
Sungguh tak disangka.
Kau cuba menahan?
Nadi kau masih berdenyutkah?
Kalau begitu, aku boleh menukarnya jadi baik dengan paksa.
Tapi anti-simbol itu agak menyusahkan.
Simbol sihir suci itu akan kekal pada tempatnya
untuk bertahan daripada penyucian.
Sihir suci terlalu halus
dan tak boleh disembunyikan dengan sihir.
Hanya tiga simbol berbeza boleh dihasilkan pada satu masa.
Maaf menunggu lama, Tuan Lloyd!
Berapa lama masa awak akan ambil?
Pasti awak merancang untuk tangkap dia hidup-hidup.
Jangan kasihankan dia langsung!
Kalian...
Apa yang tiba-tiba ni?
Kau betul-betul ambil mudah, kan?
Boleh kau dengar?
Bunyi bising dalam lagu ini.
Semasa saya ceritakan masa lampau saya,
kimera sedang dalam perjalanan menghentikan lagu ini.
Bolehkah?
- Aku tahu. - Awak patut pergi tolong—
Kau fikir aku tak tahu?
Kau tak perlu menahan.
Kau boleh menjerit atau mengaum.
Itu takkan mengganggu.
Suara awak memang menakjubkan.
Kakak dan yang lain akan gabungkan semua bersama,
Shiro.
Guitane, adakah kau mendengarnya sebagai bunyi bising?
Kalau begitu, kaulah yang tidak faham.
Betul. Aku ada satu sihir untuk dicuba.
Aku cuma seorang putera.
Jangan mengarut.
Hasilkannya sekarang, Guitane.
Benda seperti ini...
Simbol elemen bumi, air dan angin.
Kalau kau bukan dewa, siapakah kau?!
Jampi 3 Kali Ganda.
Aku hanya boleh hasilkan 3 jenis simbol...
Jadi...
kalau aku hasilkan
simbol elemen bumi, air dan angin seperti yang disebutnya,
aku takkan boleh halang penyucian.
Jadi, menggunakan kesemua simbol
memang tak boleh.
Itu akan menjadi
kekalahan terbesar aku.
Daripada ditangkap hidup-hidup,
lebih baik mati—
Bumi, air, angin!
Excalibur!
Jampi 3 Kali Ganda.
Taring Besi Salji Ais!
Kau hentikan dengan baik, Guitane!
Ini bahayalah, Tuan Lloyd!
Ini memang terlalu berbahaya!
Kau dah gilakah?! Putera ketujuh!
Sihir ini dari lingkungan yang mampu musnahkan dunia
termasuklah manusia!
Hujan tiba-tiba bertukar menjadi ribut?
Mama, tengok! Langit nampak mengerikan!
Dewa sedang murka!
"Orang yang boleh lakukan ini cuma..."
Oi, kau panggil aku putera ketujuh pula sekarang?
Aku kan dewa.
Tak mungkin ada dewa macam kau!
Dewa itu...!
Adakah aku masih... mengharapkannya?
Dewa...
Shiro!
Maaf kami terlambat.
Apa yang kau cuba lakukan?
Kau kan berpihak di sisi Guitane.
Awak pula kenapa di sini?
Jadi dengan siapakah Tuan Guitane berlawan?
Mestilah Sang Dewa. Itulah dia.
Amukan saudaraku telah membuatkan tangan Dewa masuk campur.
Kalau dunia ini tamat sekalipun, kita tak berhak merungut.
Betullah. Ia sangat mengecewakan...
Dia menyanyikan apa yang dia rasa!
Ya, tapi tetap membangkit semangat!
Jika seseorang itu suci,
mereka dimaafkan walau apa mereka lakukan?
Adakah itu mengarut atau hakikat?
Wahai Dewa, lihatlah diriku.
Aku melanggar pantang larang dan menjadi raksasa.
Mengeksploitasi kekesalan, membelot sahabat,
malah menjebakkan Anastasia yang tidak bersalah.
Sama seperti si durjana itu...
Aku datang sejauh ini kerana amarah semata-mata!
Bagaimana... Bagaimanakah?!
Wahai Dewa... mengapa...
kau tidak datang menghukumku?
Sampai bila kau biarkanku terlepas?
Cukuplah...
Kalau begitu, bagaimana dengan dia pula?
Bolehkah?
Kini dia tanpa rasa bersalah cuba hancurkan dunia!
Kesucian cumalah
kekejaman yang dibuat tanpa sedar.
Hal seperti ini...
pasti tak boleh dimaafkan.
Tiada apa layak dilindungi.
Walau satu pun,
perkara yang berharga...
Ayah!
Mak, Ayah dah pulang!
Alah, awak tak sesat jalankah hari ini?
Mak, boleh Ayah nyanyi sekali?
Ayuh, jom kita bertiga nyanyi bersama!
Ya...
Wahai Dewa...
Ini tidak adil.
Tak bolehlah.
Ayah kan sumbang...
Sukarkah kau di sini?
Adakah kau kesunyian?
Hari-hari yang aku nafikan kesucian murni
ialah hari-hari aku menafikan saat aku benar-benar bahagia.
Peliklah, Ayah.
Saya tak kisah kalau sumbang pun.
Baiklah, Ayah sudah penat.
Meluru!
Kau bersusah-payah berdepan denganku...
Kau betul-betul mahu bersama aku hingga ke akhirnya?
Putera Ketujuh!
Cahaya Suci Ekstrem!
Walaupun kau menerima Cahaya Suci Ekstrem aku...
Tidak ada... perubahan...
Cahaya Suci Ekstrem!
Hangat...
Salji ini menyembuhkan lukalah!
Adakah malapetaka telah diterbalikkan?
Penyucian pada tahap sebegini...
Hujan lagi, kan?
Saya kan lelaki pembawa hujan.
Mungkin langit sedang menangis.
Takkanlah...
Saya rasa saya sedang diludahi.
Langit pasti takkan tersenyum sehingga saya mati.
Minta maaf...
Minta maaf...
Saya selalu memalingkan pandangan,
menyalahkan Dewa
dan bergantung pada Tuan Guitane.
Kalaulah saya tiada,
Kalaulah saya boleh hentikan...
Mungkinlah saya pembawa hujan yang sebenar?
Tak guna... Sebab itu aku benci penyucian.
Hakikat yang tak mahu disebut akhirnya melimpah.
Minta maaf...
Aku tak perasan pun.
Ia dah berakhir, kan?
Lloyd.
Minta maaf sebab tak habiskan makanan!
Saya pun minta maaf sebab tulis pada dinding!
Mama pun minta maaf pecahkan pasu Papa.
Eh! Tapi tak mengapalah!
Aku tak fahamlah...
Adakah penyucian itu berkesan?
Atau adakah itu lumrah sebenar kau?
Kau boleh saja mengawal kesemua Paderi Tertinggi.
Tapi kenapa kau tak lakukannya?
Hari Suci Kelahiran Besar ini
kalau Dewa tidak turun,
saya fikir mungkin merekalah yang akan menghalang saya.
Aku telah benar-benar memilih
utusan keadilan terbaik.
Untuk menang
atau kalah kepada mereka...
barulah pertarungan ini mempunyai makna.
Kalau saya tidak berlawan dengan sepenuh diri,
saya tak boleh menegakkan keadilan sendiri.
Kemudian,
tiada siapa dapat menafikan saya.
- Seriusnya... - Tapi rupa-rupanya,
orang yang menghentikan aku adalah
bukan dewa atau paderi,
tapi cuma Putera Ketujuh.
Tetapi...
pada suara budak perempuan itu,
pasti ada dewa di dalamnya.
Oh ya, Guitane.
No comments yet. Be the first to leave one.