Release info

저녁 같이--드실래요 Dinner-Mate E08 NEXT iQIYI
저녁 같이 드실래요-Would-You-Like-To-Have-Dinner-Together-E15-E16 NEXT iQIYI
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2020-06-17
Downloads: 8
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 198 lines.

Sub bY iQIYI

Saya tak nampak masa depan kita bersama.

" Episode 15 "

Nama saya Kim Hae-kyong.

Mulai sekarang, kalau awak nak telefon saya,

guna nombor itu.

Betulkah dia teman lelaki awak?

Ya.

Awak jumpa seseorang di tempat yang awak fikir takkan jumpa sesiapa.

Dan awak tetap akan jumpa orang itu walaupun mustahil.

Kita akan fikir itu satu keajaiban.

Itulah maksudnya.

Kenapa pula?

Apa?

Awak cakap awak tak nak bazirkan masa dengan orang asing lagi.

Ya.

Jadi kita boleh berkenalan sekarang.

Awak dah salah faham.

Saya tak nak tahu siapa awak

dan tak nak beritahu awak siapa saya.

Awak patut balik.

Tunggu dulu.

Tunggu.

Kenapa? Kenapa awak berubah hati?

Saya dah tak selesa

makan bersama awak.

Saya tak perlu jelaskan

apa maksudnya, bukan?

Hei, Ah-yeong.

Saya tak nak.

Saya tak percayakan agama awak.

Ini sayalah.

Do-hee.

Mari.

Hei!

Nampaknya fikiran awak melayang jauh macam Segi Tiga Bermuda.

Lihatlah awak ini. Awak betul-betul tak nak beritahu saya?

Kim Hae-kyong datang.

Apa? Kim Hae-kyong? Mana?

- Taklah, dia tunggu - Apa?

di depan rumah saya.

Terkejut saya.

Kenapa awak tak beritahu saja siapa awak?

Awak Penerbit Woo Do-hee dari 2N BOX. Penerbit kelas B.

Kenapa tak beritahu dia?

Ini bukannya persengketaan antara keluarga.

- Saya tak berani. - Apa yang awak takutkan?

Saya takut saya akan lukai dia

dan saya juga terluka.

Sejak bila awak jadi pengecut begini?

Saya tak besarkan awak untuk jadi pengecut.

Betul.

Mungkin saya dah semakin tua.

Jadi saya ini mayat hidup?

Aduhai.

"Masa sangat penting dalam cinta."

Ada sebabnya kenapa sesetengah pepatah itu terkenal.

Kalau awak nak menyesal sama ada awak buat atau tak,

lebih baik awak buat saja dan menyesal kemudian hari.

Awak baca pepatah-pepatah yang terkenal?

Lebih kurang begitulah.

Saya tak nak buat.

Ikut suka awaklah.

Oh, ya. Pengakhirannya mungkin berbeza.

Daripada awak jauhkan diri begitu,

lebih baik awak berfikir secara positif.

Itu mungkin pendekatan yang lebih baik untuk kesihatan mental awak.

Dia tak patut cakap begitu. Dia hanya mengelirukan saya saja.

Kad perniagaannya.

Tak apalah. Mungkin itu yang terbaik.

Saya akan padamkan dia daripada hidup saya.

Lupakan sepenuhnya.

Universiti Segang minta doktor buat kuliah semester depan.

Saya tak nak buat.

Doktor tak nak buat. Doktor juga diminta buat temu bual.

Saya tak nak buat.

Tak nak buat juga.

Bagaimana dengan audio siar macam sebelum ini?

Saya tak nak buat.

Doktor tak nak buat.

Angin doktor berubah lagi? Saya ingatkan doktor dah okey.

Saya akan tolak semuanya.

Saya cuma nak jumpa klien saya saja. Jangan tanya saya lagi.

Baiklah.

Aduhai, macam naik roller-coaster. Anginnya memang sukar dijangka.

Ada kaitan dengan hubungan cinta diakah? Dia memang perengus.

Apa jadual saya hari ini?

Doktor ada janji temu dengan Encik Ji Hyeong-ju pukul 10:00 pagi.

Ada klien baru pada pukul 2:00 petang.

Doktor kena makan cepat-cepat dan terus balik ke pejabat.

Okey.

Okey! Bagus, No-eul. Okey.

Senyum sedikit. Sangat hebat.

Bagus!

Bagus.

Okey. No-eul, awak nampak segak.

Senyum. Bagus.

Hei, Do-hee.

Awak dah sampai.

Helo.

Awak nak ke mana?

No-eul.

Ya.

Bagus. Mari kita ambil satu lagi dengan senyuman lebar.

Bukan baju ini.

Kerja yang bagus hari ini.

- Syabas. - Syabas.

- Syabas. - Syabas.

- Gambar ini. - Saya suka yang tadi.

Penerbit Woo nak minum kopi dengan saya?

Saya ada banyak kerja hari ini. Kita minum lain kali, ya.

Jom, Jeong-hwan. Kita ada banyak kerja.

- Mana ada kerja lagi. - Ada banyaklah.

Mana ada banyak kerja pun.

Saya dah kata kita ada banyak kerja.

Penerbit Woo nampak pelik hari ini, bukan?

- Penerbit kelas B? - Ya.

Dia memang pelik.

Saya rasa dia mengelak daripada saya.

Tak mungkinlah.

Tukar pakaian awak.

Saya perlu pulangkan hari ini.

Okey. Terima kasih.

Satu coklat Flatccino besar.

Letak banyak krim putar. Tambah cip coklat dan coklat cair.

Okey.

Tolong buat sedap-sedap.

Baiklah.

Saya tak boleh mengelak daripada dia selama-lamanya.

Sedapnya.

Tunggu. Apa?

Dia kata dia sibuk.

Ya, masuklah.

Mari sini...

Encik Jung Jae-hyuk?

Ya. Helo.

Sila duduk.

Kenapa awak datang ke sini?

Sebenarnya, ini bukan tentang saya.

Saya nak

bercakap tentang teman wanita saya.

Saya rasa teman wanita saya tersilap

tentang perasaannya.

Kenapa awak cakap begitu?

Kami tak boleh berpisah sepenuhnya.

Walaupun kami berjauhan sekejap selama sedekad,

kami sentiasa saling mencintai.

Begitu.

Tapi awak rasa kenapa teman wanita awak tersilap?

Saya pasti dia cintakan saya.

Tapi dia asyik tipu saya

yang dia ada lelaki lain.

Itu yang Do-hee cakap.

Awak tak kenal dia?

Awak betul-betul tak kenal dia?

Takkanlah teman lelaki tak tahu nama teman wanita dia?

Doktor kenal Penerbit Woo Do-hee

dari 2N Box?

Doktor Kim.

Saya boleh nampak semuanya hanya dengan melihat matanya.

Saya boleh tahu anginnya,

sama ada dia bercakap benar atau dia menipu saya

kerana

tiada seorang pun di dunia ini yang mencintai Do-hee

seikhlas saya.

Menganggap yang awak sangat mengenali seseorang adalah simptom

gangguan kognitif.

Senang cakap, orang memanggilnya delusi.

Awak pun tak tahu perasaan Do-hee.

Semasa rawatan, saya tak berbual tentang...

Doktor Kim!

Saya bukan bercakap tentang doktor.

Saya akan buat apa saja untuk Do-hee.

Saya dah buat begitu dan saya akan terus buat begitu.

Saya boleh buat perkara yang doktor tak boleh bayangkan.

Doktor faham tak?

Saya tak boleh mendiagnosis dengan hanya satu sesi.

Tapi saya percaya awak orang pertama yang akan menjalani

ujian mental, bukan teman wanita awak.

Saya dah beritahu semua yang doktor perlu untuk faham situasi ini.

Baiklah. Mari kita lihat

siapa di antara kita yang akan ketawa

dan menangi hati Do-hee.

Bekas teman wanita awak bukannya objek.

Siapa pun yang dia pilih, itu terpulang kepada dia.

Doktor Kim.

Saya dah beri amaran.

Macam mana dengan sesi awak yang seterusnya?

Selamat jalan, Encik Lee Byeong-jin.

Terima kasih.

Kenapa dengan suasana ini? Ada masalahkah?

Masalah?

Sekarang dah tiada masalah.

Ada apa? Dia ugut nak bunuh doktor?

Saya hampir mati.

Doktor hampir mati?

Dia tumbuk doktor?

Saya bergurau saja.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left