The first 200 lines.
"Semua watak, lokasi, organisasi, agama..."
"...dan kejadian dalam drama ini adalah rekaan semata-mata."
"Episod 14"
Maafkan saya.
Awak minta maaf untuk apa?
Sebab buat keputusan untuk padamkan kenangan kita?
Atau jatuh cinta pada rupa saya lagi?
Dua-dua.
Saya minta maaf atas segalanya.
Tak, maafkan saya...
...kerana kelihatan begitu kacak.
Bila difikirkan balik, itulah yang saya buat.
Saya rasa...
...semua yang saya buat selama ini adalah untuk kembali pada awak.
Saya nak hadapi akibatnya sendiri.
Saya sangka saya boleh terlepas.
Tapi tengoklah apa yang jadi pada saya.
Apa kita nak buat?
Apa patut kita buat sekarang?
Akhirnya kita sedar...
...walau apa saja yang kita cuba, kita tak boleh terlepas.
Jadi kita patut...
...mengakuinya.
Apa? - Takdir kita.
Kita terimalah saja.
Okey?
Itu rancangan awak, bukan?
Awak bercadang...
...untuk melenyapkan saya, bukan?
Tak kisahlah apa yang saya cakap.
Ia takkan mengubah apa-apa.
Walau apa pun yang kita cuba...
...kita takkan dapat...
...lari daripada takdir kita, bukan?
Betul.
Maafkan saya.
Kenapa awak minta maaf? Awak tak bersalah.
Semuanya salah saya.
Kalau saya tak buat hajat dungu begitu...
Kalau begitu, kita takkan berjumpa lagi.
Saya tak boleh biarkan.
Kalau kita tak pernah berjumpa...
...saya tetap tak jadi apa-apa.
Saya nak beri makna pada awak.
Cukuplah sekali itu saja.
Jadi awak tak buat salah.
Ini memang salah saya.
Jadi biar saya buat ikut cara saya.
Okey?
Maafkan saya.
Semuanya salah saya.
Puas mak cik cari kamu di merata tempat.
Apa yang kamu perlukan dari rumah?
Saya.
Doktor?
Mak cik ingat dia?
Dong Kyung. Mestilah mak cik ingat.
Apa maksud kamu?
Kamu fikir mak cik dah lupa disebabkan umur mak cik?
Tak, bukan itu maksud saya.
Dah lama kita tak jumpa, jadi saya risau awak tak ingat saya.
Mungkin itu sebabnya dia tanya.
Sebenarnya, bila difikirkan balik, saya memang...
...tak jumpa awak kebelakangan ini.
Apa yang awak sibuk sangat?
Saya sibuk mengemas barang.
Apa maksud awak?
Banyak yang perlu disediakan sebelum majlis perkahwinan.
Saya dan Dong Kyung...
...akan berkahwin.
Apa?
Kamu berdua akan berkahwin?
Mari kita tutup kafe awal hari ini.
Apa? Cepatnya?
Belum tiba masa untuk tutup kedai.
En. Lee.
Bila awak jalankan perniagaan...
...penting untuk tunaikan janji kita kepada pelanggan.
En. Lee, ada masalahkah?
Nampak macam ada? - Ya, macam ada banyak.
Saya rasa awak macam nak menangis.
Awak nampak macam lelaki yang berjalan dalam hujan seorang diri.
Hujan...
Saya dengar hujan turun hari itu.
Hari itu? Bila?
Semalam tak hujan.
Hari itu...
...semasa dia cium lelaki lain.
Apa? Siapa? Ji...
Maksud saya, wanita semalam itu?
Tapi itu tak penting.
Semuanya dah berlalu.
Jadi itu tak penting.
Ia tak penting?
Tentu awak betul-betul cintakan dia.
Ya, ia tak penting.
Masalah sebenarnya ialah...
...saya baru saja ditinggalkan semalam.
Jangan bergerak. Pergilah.
Saya akan buat semuanya.
Berehatlah.
Biar betul, Ji Na.
Helo. Hei.
Baliklah ke rumah.
Mereka saling mengenali.
Mereka tinggal bersama, tapi dia tak beritahu saya.
Dia betul-betul mempermainkan saya, bukan?
Nombor... Nombor dua?
Ji Na.
Terkejut saya. Awalnya awak sampai. Kerja habis awal?
Ji Na.
Apa?
Awak tinggalkan En. Lee?
Cepatnya berita tersebar.
Awak betul-betul tinggalkan dia?
Saya tak tinggalkan dia. - Siapa pula yang awak cium?
Macam mana awak tahu?
Baru-baru ini saja. Tak sangka dia dah beritahu awak.
Baru-baru ini?
Yang mana satu yang awak maksudkan?
Dari apa yang saya dengar, ia sudah lama berlalu.
Apa?
Awak cium dia lagi baru-baru ini?
Adakah awak pergi mencium orang lain?
Apa yang buat lelaki jatuh cinta pada awak?
Siapa yang awak cium dan bila?
Nombor 2, bukan?
Nampaknya begitulah. Nombor 2.
Dong-kyung, Ji Na baru-baru ini...
Tak, jangan dengar cakap dia.
Mereka akan berkahwin.
Tak, kami bukan betul-betul akan berkahwin.
Itulah beritanya.
Taklah.
Ya.
Ya, mak cik rasa ia akan berlaku.
Boleh kita bercakap berdua saja?
Saya perlu bercakap dengan awak juga.
Aduhai. Tapi...
Sebab itukah awak tak ada kebelakangan ini?
Bukannya saya tak ada.
Lebih baik awak tak tahu.
Saya tak tahu yang awak nak kahwini dia.
Abang.
Awak sangat berhati mulia.
Saya tak boleh jadi macam awak.
Jujur sajalah. Ini bukan keputusan yang mudah.
Saya rasa tak selesa.
Nah.
Saya selalu bawa ia bersama kerana saya fikir ia akan berlaku.
Ini duit yang saya simpan sejak saya berusia 20 tahun.
Kenapa awak beri saya ini?
Saya selalu bawa ini bersama sambil tertanya bila dan bagaimana...
...saya patut beri ini kepada kakak saya.
Saya rasa ini masa yang sesuai.
Awak boleh gunakannya untuk perkahwinan itu.
"Akaun Simpanan"
Sejujurnya, saya ingatkan awak lelaki tak guna.
Awak kacak dan nampak kaya...
...jadi saya tak faham kenapa awak suka kakak saya yang tak berduit.
Tentu awak tak sangka saya fikir begitu tentang awak.
Betul. Saya tak tahu.
Sekarang saya boleh berhenti fikir sebab Dong Kyung sangat bertuah.
Mungkin sebab dia jalani kehidupan begitu.
Tentu awak juga baik hati...
...memandangkan awak akhirnya bertemu kakak saya.
Saya harap awak akan terus...
...berada di sisi kakak saya.
Awak akan buat begitu, bukan?
Ya.
Biar betul? Awak akan berkahwin?
Nampaknya itu yang dia mahu.
Bagaimana dengan awak?
Awak tak rasa begitu?
Saya nak buat semua yang dia nak.
Dengar sini. Perkahwinan bukan...
...sesuatu yang kamu buat atas dasar kesetiaan.
Walau betapa awak mencintai dia...
Ji Na.
Hei.
Saya tak ada pilihan selain memilih tentang perkahwinan awak.
Apa saya nak buat?
Awak menangiskah?
Walau betapa gigih saya cuba mengakhirinya...
Walau betapa gigih saya cuba melarikan diri...
...saya selalu kembali ke tempat mula.
Saya cuba tinggalkan dia, tapi tak boleh.
Saya juga tak boleh lupakan dia.
Apa saya nak buat?
Saya dah kesuntukan masa, tapi saya tak tahu nak buat apa.
Macam mana ini, Ji Na?
Dong Kyung. - Semuanya salah saya.
Semuanya salah saya.
Bukan salah awak.
Awak tak bersalah.
Jadi buat saja apa yang awak nak.
Saya tak peduli.
Lupakan saja semua yang saya cakap tadi.
Saya tak kisah asalkan awak bahagia.
Jadi jangan cakap yang awak kesuntukan masa.
No comments yet. Be the first to leave one.