The first 155 lines.
Musuh terkuat yang telah ditidurkan selama 39 tahun, Dewa Pemusnah, iaitu Beerus ...
... telah dibangunkan dan berdasarkan mimpinya, dia akan berlawan dengan Dewa Super Saiya.
Sementara itu, kerana Bumi telah kembali aman..
Bulma merancang ingin menyambut hari jadinya.
Pada masa yang sama, Goku juga sedang fokus untuk meningkatkan kekuatannya ...
di planet Kaiou dengan membuat latihan yang begitu berat.
Mencari Dewa Super Saiya! Sampai manakah mimpinya!?
Hmm, apa itu..
Mungkin Dewa Super Saiya, ataupun juga ....
Dewa Super Soiya, ya?!
Siapa-pun dia itu, namanya sangat mengada-ngada.
Whis, gunakan kekuatan awak untuk mencarinya.
Macam mana saya nak cari dia kalau awak pun tak cerita dengan jelas.
Tolong berikan gambaran yang lebih jelas.
Mengada!
Ah, selepas saya fikirkan itu, saya teringin makan sesuatu yang sangat manis.
Kita akan makan selepas kita sampai nanti.
Kalau tak salah, kita ada manisan yang sangat sedap didalam peti sejuk.
Manisan yang sangat sedap?
Awak tidak bohong kan, Whis?
Jika tidak..
Tak perlu risau, Beerus-sama.
Oh ya, sebenarnya saya ingin tanya dari tadi..
Hmm?
Tak boleh ke awak terbang dengan lebih pantas??
Heh?
Awak tahu kan kalau saya yang paling pantas di seluruh alam semesta ini?
Betulkah? Saya tak tahu.
Ada apa, Gosenzo-sama?!
Nampaknya Beerus-sama sudah menghancurkan planet yang lain.
Ini pertama kali saya melihat dia resah seperti ini.
Adakah Beerus-sama terlalu kuat?
Di dunia ini, ada Dewa yang mencipta dan memberikan kehidupan seperti kamu dan saya.
Dan di sisi lain dari keseimbangan, ada Dewa yang menghancurkan Planet dan kehidupan.
Dan dia itu adalah Dewa Pemusnah, Beerus-sama.
Ya, saya tahu itu.
Dan maksud awak adalah tujuannya, kan?
Tidak, ini bukan tentang tujuannya.
Beerus-sama boleh menghancurkan apa saja jika dia inginkan.
Cuma ada 1 cara yang boleh kita lakukan.
Iaitu memastikan Beerus-sama tidak akan pernah marah.
Saya risau jika ada seseorang yang mengajak Beerus-sama untuk berlawan.
Saya rasa memang tidak ada ....
Ah, Son Goku.
Betul juga.
Dia itu salah satu orang yang paling bodoh! Saya tak ingin dia bertemu dengan Beerus-sama!
Kekuatan Beerus-sama hanya boleh dirasakan oleh sesama Dewa saja.
Selain itu, Goku juga berada ditempat yang jauh dari Bumi.
Tak mungkin Beerus-sama akan bertemu dengannya.
Saya harap itu tidak terjadi.
Maaf kerana menganggu anda, Dai Kaio-sama.
Ini saya, Kaiou utara!
Mengenai Son Goku,
Ketika ini dia sedang berlatih ditempat saya.
Son Goku ada di sana?
Awak pun ada rasa yang Beerus-sama telah dibangunkan?
Ya!
Saya rasa kali ini dia bangun dengan lebih cepat, kan?
Pastikan awak merahsiakan ini semua dari dia.
Tentulah, saya akan pastikan yang Goku tidak akan pernah tahu tentang hal ini.
Ada apa dengan saya?
Apa yang awak lakukan, Kaiou-sama?
Kamu buat saya terkejut tahu!!
Awak ok tak?! Habis badan awak dipenuhi dengan cat.
Oh, Terima Kasih, Terima Kasih, Terima Kasih...
Hei, ada bau. Bukankah ini kain kotor?
Kamu ni dah melampau!!
Oh, Maaf, maaf!
Oh ya, Kaiou-sama, tadi awak ada sebut nama saya kan?!
Ah, Tidak.
Itu mungkin hanya perasaan kamu saja.
Yang penting sekarang, kamu pasti sudah lupa kesalahan yang kamu buat pada saya kan?
Hah?
Lihat ini!
Ini adalah pengorbanan dari kami sehingga Bumi menjadi aman dan damai sekarang.
Bumi?
Hey! Bodoh! Jangan bawa dia kesini!
Maaf, Kaiou-sama. Hanya tempat ini saja yang saya fikirkan.
Oh ya, awak juga terkena letupan dari Cell kan?
Itu semua kerana kamu!
Kamu tak rasa berdosakah?!
Bukankah saya sudah minta maaf banyak kali?
Kalau permintaan maaf boleh menyelesaikan semuanya, kamu tidak perlukan Dewa.
Setiap kali Shenlong di panggil, jantung saya selalu berdegup dengan kencang,
tapi setelah sekian lama kami menunggu, kami tidak pernah dihidupkan kembali!
Maaf, maaf! saya betul-betul lupa.
Kamu saja buat terlupa!
Awak Dewa kan, Kaiou-sama?
Saya rasa awak hidup atau mati pun tiada bezanya.
Bodoh! Perbezaannya sangat besar!
Kamu tahu tak yang saya beberapa kali pernah diejek oleh dewa-dewa yang lain?!
Yang pasti, kamu perlu hidupkan kami kembali selepas ini.
Boleh tak kalau kamu dengar cakap saya sampai habis?
Lega.
Sekurang-kurangnya saya berjaya mengalihkan perhatian dia tentang Beerus-sama..
Hah, kain ini lagi!
Beerus-sama, kita sudah sampai.
Akhirnya.
Jadi awak sudah mengingatinya?! Super apa benda tadi?
Hmm, hmm ....
Ya, saya akan tanyakan pada ikan peramal.
Jadi awak masih harapkan pada ikan peramal lagi?!
Ada masalah?
Tidak, terserah awaklah.
Ikan ramalan! Apa kamu ada di sana?
Ada apa?
Hah?
Bukankah kamu pernah cakap....
... 39 tahun dari sekarang, saya akan berhadapan dengan musuh sebenar saya?!
Ya, dia akan muncul beberapa hari lagi.
Saya dah agak. Dia adalah musuh yang berada dalam mimpi saya sebelum ini.
Nama dia adalah..
Saya lupa.
Kamu lupa?!
Ikan peramal, cubalah ingat balik.
Hei, Whis, sepatutnya kita memberikan makanan pada ikan peramal ini tiga kali sehari, kan?
Ya, betul.
Mulai sekarang kita kurangkan jadi dua kali sehari saja.
Itu idea yang bagus!
O...O...Oh tidak! Janganlah!
Kalau begitu, cepat ingat balik!
Baiklah, saya akan cuba.
Itu ... siapa ya?
Dewa Super Saiya!
Jadi memang betul itulah namanya!
Dewa Super Saiya..
Disebabkan namanya ada"God", adakah dia seorang Dewa?
Aduh, pening fikirkan semua ini.
Tapi Beerus-sama..
Orang yang bernama "Dewa Super Saiya" itu tidak pernah wujud.
Mungkin orang Saiya tahu sesuatu tentang perkara ini.
Hah, Bukankah Planet Vegeta yang selama ini dihuni oleh orang Saiya telah dimusnahkan oleh Freeza?!
Bukankah awak mengingau dalam tidur dan cakap awak sendiri yang akan memusnahkannya?!
Maksud saya, mereka hanya membuatkan saya marah saja.
terutamanya, Raja Vegeta itu.
Itu... kembali pada topik yang asal, ini bermakna..
Planet Vegeta telah musnah bersama-sama dengan orang-orang Saiya, kan?
Tidak, memang sebahagian besar penduduknya telah musnah, tapi ...
ada beberapa orang Saiya yang masih hidup lagi kerana mereka berada di planet yang lain.
Termasuk anak raja Vegeta, dia masih hidup.
Dia orang yang sangat bertuah.
Whis, bilik mandi untuk saya dah siap ke?
Awak nak mandi sekarang juga?!
Saya kan sudah tidur selama 39 tahun.
Jadi, saya perlu bersihkan badan.
Bagaimana dengan airnya?
Sangat bagus.
Baguslah kalau begitu.
Jadi, dimanakah orang Saiya yang masih hidup itu?
Orang-orang Saiya yang masih hidup itu ketika ini berada di planet yang penuh dengan kehidupan.
Sebuah planet yang bernama Bumi.
Bumi, ya? Saya rasa saya pernah pergi kesana.
Maksud awak planet yang dulu saya ingin hancurkan dengan
menyuruh dinosaur yang buruk itu, kan?!
Tapi salah seorang dari Saiya itu telah berjaya mengalahkan Freeza, dan dia bernama Son Goku.
No comments yet. Be the first to leave one.