The first 200 lines.
Oh Ha Na!
Ya?
Ambillah.
Ia sudah banyak selamatkan saya masa saya bercuti.
Sudah lama tak jumpa.
Dia datang!
Siapa pula yang datang ini?
Lelaki yang tinggalkan Kakak Ha Na!
Kuat juga benda ini.
Kecemasan. Cha Seo Hoo datang ke rumah kita.
- Cepat balik. - Won, saya balik dulu.
Okey.
Maaf sebab lambat perkenalkan diri.
Saya tak ada hati pun nak berkenalan dengan kamu.
- Kamu pergilah. - Nanti, sayang.
Tapi apa yang kamu harapkan daripada kami
dengan datang tiba-tiba macam ini?
Maafkan saya.
Saya mahu jumpa Ha Na, jadi saya rasa perlu sapa pak cik dan mak cik.
Apa hak kamu untuk berbaik dengan anak saya semula?
Maafkan saya. Saya takkan kecewakan pak cik dan mak cik kali ini.
Jadi apa yang kamu mahu ini?
- Apa yang kamu cuba buat ini? - Awak rasa apa?
Saya akan berkahwin dengan Ha Na.
Biar betul?
- Seo Hoo... - Ha Na...
Ha Na...
Seo Hoo, kenapa awak buat macam ini?
Saya ada buat silapkah?
Saya tak kata awak sudah buat silap.
Awak mahu berkahwin?
Awak patut bincang dengan saya tentang itu dulu.
Saya baru saja dapat tenangkan perasaan mak dan ayah saya itu.
Awak tahu tak hal ini sangat serius?
Awak tak tahukah betapa banyaknya kita sudah
sakitkan hati mak dan ayah saya?
Saya tak ada masa nak fikir tentang itu.
Saya mahu jumpa awak dan ternampak adik awak.
Saya rasa patut sapa mereka. Saya masuklah.
Ayah awak tanya apa yang saya mahu buat.
Saya jawablah.
Sebab saya memang akan kahwin dengan awak.
Isunya bukan sama ada kita akan kahwin atau tak.
Boleh tak awak cuba fikirkan situasi saya ini?
Awak heret saya keluar depan mak dan ayah awak.
Itu perasaan awak?
- Seo Hoo... - Saya sedang cuba yang terbaik.
Kalau saya tak boleh faham setakat mana saya patut berusaha
saya akan rasa marah.
Saya akan pergi dulu hari ini.
Apa yang abang buat ini?
Cha Seo Hoo datang ke rumah kami.
Kakak Ha Na heret dia keluar.
Mak kamu tak apa-apakah?
(Mak kamu tak apa-apakah? Won)
Dia tak apa-apa. Maaf sebab pergi dulu tadi.
Situasi kecemasan sudah selesai?
Ya.
Kamu buat apa itu?
(Kamu buat apa itu? Won)
Saya ambil angin sekejap.
Saya tak pernah tahu ada tempat yang bagus di kejiranan kita.
Ada tempat di sini yang kamu tak tahu?
Itulah. Saya selalu lalu tempat ini.
Pelik betul.
Sebab sudah berubah, mungkin ia nampak lain.
Betul itu.
Tempat ini sudah banyak berubah.
Hati-hati di luar itu.
Oh, Tuhan!
Buat apa di situ?
- Mak dan ayah? - Bukankah keadaan sekarang ini
rumit sangat untuk kakak tanya soalan yang macam itu?
Jangan menyibuk dengan hal kakak. Kamu jaga hal sendiri.
Kakak.
Masa kakak balik lepas ada hubungan di Paris,
saya ingatkan kakak ada Kecelaruan Identiti.
Manusia berubah, tapi kalau banyak sangat,
- ia menakutkan juga. - Hei!
Kamu betul mahu tahu apa yang menakutkankah?
Waktu yang paling menakutkan ialah lepas kakak berpisah dengan dia.
Tak patut berbaik dengan lelaki tak guna yang sudah lari.
Apa? Tak guna?
Apa? Saya kena panggil dia encikkah?
Atau encik budiman?
Tak patut berbaik dengan lelaki tak guna yang sudah lari.
Saya takkan buat awak susah dengan masalah saya.
Apa boleh dibuat? Itu yang ayah tak mampu.
Saya sedang cuba yang terbaik.
Ungkapan penarik "'Berkongsi Melodi"' ini...
Saya rasa ini ungkapan yang bagus.
Apa pendapat awak pula, Cik Hwang?
Saya pun setuju.
Saya akan laporkannya kepada Encik Byun.
Saya harap sangat konsert amal Encik Cha Seo Hoo ini
akan berjalan dengan lancar.
Tapi bila awak ambil sesuatu kerja saja,
mesti ada sesuatu yang berlaku, jadi saya risaulah.
Untuk mulakan rakaman iklan dan dapatkan bekalan sebelum konsert,
katalog mesti disiapkan sekurang-kurangnya minggu depan.
Tolong cepat, ya.
Cha Seo Hoo? Memang baguslah itu!
- Uruskan semuanya. - Kelakarkah?
Jadi apa yang mak dan ayah kamu cakap?
Dia tiba-tiba datang dan melutut depan mereka.
Saya tak ada masa nak fikir tentang itu.
Dan saya pun terus heret dia keluar.
Kamu sudah buat silaplah, Ha Na.
Sebagai kekasih kamu, dia mahu bincang
dengan mak dan ayah kamu tentang perkahwinan
Apa maksud kamu dia sudah buat silap?
Dia pergi tak cakap dan balik tiba-tiba.
Dan dia bincang dengan mak dan ayah awak tanpa beritahu.
- Saya tak sukalah. - Tak adalah.
Kali terakhir, kamu rahsiakan dia dari kami.
Kami tak dapat jumpa dia pun.
Mesti dia sedang cuba yang terbaik.
Yalah, bukannya saya tak nampak semua usaha dia itu.
Jadi? Kamu nampak usaha dia,
tapi cuma cakap tentang keadaan kamu?
Kamu ini sokong siapa sebenarnya?
Oh Ha Na, kamu kata kamu yakin, bukan?
Kamu beritahu satu bandar kamu sudah berpisah dan berbaik semula,
tapi kamu tak fikir tentang itu?
Tak adalah. Mestilah saya tahu.
Saya cuma mahu kamu tahu saya berhati-hati saja.
Rasanya kamu langsung takkan tahu.
Kamu ini...
Apa pun, untuk perkahwinan itu...
Masa kamu bersedia untuk bertunang,
kamu nampak gembira sangat.
Masa itu kamu kata dapat kahwin
dengan lelaki idaman itu memang bertuah.
(Kerjasama Cha-Tandy Skrip Penggambaran)
Saya tahu awak sedang berusaha. Terima kasih.
Tekanan dalam champagne adalah enam atm.
Kita boleh cederakan mata kita masa membuka botol,
jadi penting untuk berhati-hati.
Buka sepenuhnya penutup kerajang aluminium.
Tekan gabus ini dengan guna ibu jari kamu,
pegang botol perlahan-lahan,
letak pin ke atas, pusing enam kali dan buka.
Satu, dua, tiga, empat, lima, enam.
Lepas saya pusing enam kali, ia terbuka, bukan?
Enam atm, enam kali. Kelakar, bukan?
Untuk wain yang membuih, ia penting untuk buka
tanpa buat bunyi bising.
Bila kita pusing, terbuka.
Senang, bukan?
Cuba sekali.
Aduh.
Gabus itu tak boleh tercabut macam itu.
Nampaknya memberi kuliah lebih sesuai dengan kamu.
Mereka beri perhatian dengan cara yang berbeza.
Lepas kamu pergi luar negara, kamu jadi semakin berkarisma.
Saya memang selalu ada karisma.
Taklah. Ada sesuatu yang lain.
Sesuatu macam sisi liar kamu atau sesuatu macam...
Kakak, kenapa macam ini?
Tapi kakak sudah tak sabar
untuk majlis "'Trak Makanan Dengan Lelaki Paling Baik"'.
Apa maksud kakak ini?
Lepas gambar saya masuk muka depan majalah,
saya sibuk datang ke majlis.
Sebab kamu tak pergi program itu, kakak sedang cuba sedaya upaya
untuk dapatkan peluang yang kamu terlepas itu.
Boleh tak kakak tahan diri daripada terlalu berusaha?
Tak boleh, kakak ini sepupu kamu.
Jadi bila dia akan sampai sini?
Dia akan sampai hari Rabu.
Saya patut berseronok beberapa hari ini.
Sebab bila dia sudah sampai, saya akan sibuk nanti.
Saya tak rasa dia akan saman tuan sebab langgar kontrak,
tapi saya tetap risau.
Saya risau juga.
Bila sudah sibuk, tak ada siapa boleh teman saya berseronok.
Kenapa tuan cuma tengok...
Kenapa tuan cuma tengok satu perkara saja?
Sebab saya sudah hilang dia sekali. Saya tak mahu hilang dia kali ini.
Betul, bukan? Ia sangat penting supaya kita tak lepaskan
perkara yang kita betul-betul mahu.
Kamu mahu pergi ke Amerika dulu?
Yalah, saya tahu.
Saya memang ada banyak kerja yang saya kena buat hari ini, mak.
Mak rasa ayah kamu macam ada lagi dia mahu cakap.
Sekarang ini saya mahu balik rumahlah ini, mak.
Yakah? Kalau macam itu, nanti tolong belikan snek untuk mak.
Apa ini? Mak yang suruh saya balik cepat tadi.
- Mak lapar sekarang. - Okeylah, mak.
Saya cemburu betul.
- Saya patut fikirkan tentang itu. - Aduhai.
Sekarang...
Selamat datang.
Awak buat apa di sini?
Mak saya suruh saya belikan sedikit snek.
Cubalah beli di tempat baru.
Kamu pun sama.
Seorang sajakah waktu ini?
Banyak sangat kerja hari ini.
Bergaduhlah, ya?
No comments yet. Be the first to leave one.