The first 200 lines.
Tumpang lalu.
ARAS TIGA AKSES ISTIMEWA
Awak bekerja untuk siapa?
Saya nampak awak di sana,
mengetuai kerja pembersihan itu, jadi saya tahu.
Semua burung mati yang muncul di bandar?
Saya rasa air kolam itu yang meracun burung itu dan ikan.
Dan juga orang seperti Pop-pop saya.
Saya takkan berhenti sehingga saya tahu kebenarannya.
Saya tak takut pada awak!
ARAS TIGA AKSES ISTIMEWA
IA BELUM BERAKHIR SIAPA LAGI?
Cuba teka apa yang berlaku di stesen minyak hari ini.
Saya mahu membeli air dan dia ada di belakang saya.
Orang yang mengekori saya.
Tunggu. Ada orang mengekori awak?
Tak juga tetapi saya nampak dia di kolam sebelum ini.
Saya terserempak dengan dia di stesen minyak.
Dia ada kata apa-apa pada awak?
Hanya, "Tumpang lalu," dan dia membeli air.
Alamak! Bunyinya seperti dia orang jahat.
Tetapi saya tahu dia cuba menakutkan saya.
Apa, kerana dia membeli air?
- Ayah? - Iz, biar dia bercakap.
Hilde, kami hanya cuba memahami perkara yang berlaku.
Inilah orangnya. Dia cuba beritahu saya yang dia mengawasi saya.
Dia ada mengugut awak?
Dia baru kata lelaki itu tak pedulikan dia.
Ia cara menakutkan saksi yang klasik.
Majikan dia bertanggungjawab kerana menyorokkan bukti di kolam itu.
Ya, okey. Boleh kita berhenti seketika
sehingga makan malam disediakan?
Hilde. Awak seperti orang tua yang merungut di Reddit
- tetapi di dalam rumah saya. - Hei.
- Maksud saya… - Jaga-jaga.
Bukankah ramai orang gembira kerana awak dah bersihkan kolam itu?
Awak tak boleh menikmatinya untuk sementara
sebelum awak beralih ke konspirasi lain?
Tak.
Kerana setiap hari datuk jadi lebih teruk dan tiada siapa membantu.
Kamera saya!
- Tak mengapa. - Ayah, saya dah rosakkannya.
- Saya minta maaf. Saya tak sengaja. - Tak mengapa. Ia okey.
- Mari lihatnya. - Kami tahu awak tak sengaja.
Tak mengapa. Ia hanya perlu kanta baru.
Beri ayah beberapa hari. Ayah akan fikirkan sesuatu.
Beberapa hari? Itu terlalu lama.
Ambil.
Baik, lihatlah itu.
Lihatlah itu. Terima kasih, ayah.
Terima kasih, Pop-pop.
Hei, apa pendapat awak?
Mana skrinnya?
- Tak, ia… - Tak.
Tiada skrin, sayang. Ini istimewa.
Ini ialah kamera filem,
dan awak perlu mengolah filemnya selepas awak ambil gambar.
Sebelum ini, kami ambil gambar
dan setelah kami gunakan segulung filem,
kami bawanya ke farmasi dan mereka akan mengolahnya.
Ya, beberapa minggu selepas itu, kami pergi ambilnya.
Kami rasa sangat teruja untuk pergi ambil gambar.
Ya, pada waktu itu, setelah sekian lama,
kami tak ingat kenapa kami ambil gambar itu.
Jangan risau. Ayah akan tunjuk cara untuk mengolah filem.
Okey? Ia tentu seronok.
Apa yang kamu katakan?
Tak, saya minta maaf, dia tak sebut tentang itu.
Tak, tentulah. Tak mengapa. Saya boleh ke sana. Ya.
Ya, okey. Baiklah. Terima kasih.
Terima kasih.
Siapa itu?
Itu ialah penjaga pelabuhan.
Ya, nampaknya ayah saya masih menyewa tempat letak bot di marina.
Saya akan ke sana dan uruskannya.
Dia nampak lebih baik semasa makan malam tadi.
Awak rasa begitu?
Ya.
Ya, dia okey.
Apa?
Dengar, ia…
Saya tak patut kata begini tetapi…
Saya tak pasti jika fikiran Syl yang semakin jelas dapat membantu kita.
Maksud saya, dengan Hilde.
Apa? Awak rasa ia memberi Hilde harapan palsu?
Ya. Hilde rasa jika dia boleh selesaikan misteri keracunan ini,
dia dapat mencari rawatan untuk Syl yang boleh mengubah keadaan dia.
Ya, tetapi awak mahu beritahu dia yang ia takkan berjaya?
Tak. Awak?
Saya tak mahu beritahu.
Saya mahu Hilde…
percaya yang dia akan hidup lama.
Kita juga.
Sayang.
SEKOLAH ERIE HARBOR
Hei. Mari sini sebentar.
Saya mahu beli hadiah untuk teman wanita tetapi dia sangat cerewet.
Awak suka bergaya. Apa saya patut beli untuk dia?
Awak boleh belikan aksesori.
Pengikat rambut besar ialah trend terkini.
Ramai gadis memakainya.
Mungkin pengikat rambut warna pastel untuk musim bunga?
Ya. Apa sajalah.
Apa semua itu?
Tiada apa-apa. Ada apa?
Kamu dah lihat siaran akhbar dikeluarkan oleh majlis perbandaran?
Mm-mmm.
Mereka kata ujian mengesahkan ada alga biru-hijau dalam air kolam.
Baguslah. Maknanya Walter akan okey, bukan?
Syukurlah. Saya suka burung itu.
Kita patut terima saja kenyataan siaran akhbar,
tanpa sebarang soalan?
Ya, mungkin Walter akan pulih tetapi bagaimana dengan datuk saya?
Kita perlu siasat siapa yang hilangkan kolam itu.
Selepas itu kita boleh tahu tujuan mereka lakukannya.
Siapa yang bayar untuk kerja pembersihan itu?
KAWASAN DITUTUP ORANG AWAM DILARANG MASUK
Ada banyak peralatan di sana. Ia tentu mahal.
Majlis perbandaran kata ia daripada penderma tanpa nama.
Orang kaya bertopeng, seperti Batman.
- Mereka tak mahu diketahui. - Betul.
Apa tindakan kita seterusnya?
Siasat duit itu. Awak sentiasa boleh siasat duit itu.
Majlis perbandaran mungkin dah sorokkan penderma duit itu,
tetapi kita masih boleh pergi ke sumbernya.
Orang yang bayar syarikat pembinaan itu tentu penderma tanpa nama itu.
Kita perlu cari seseorang yang sanggup bersuara.
SYARIKAT KONKRIT ERIE HARBOR KESELAMATAN ANDA PENTING
Terima kasih.
- Saya dah dapat satu. - Akhirnya.
Kebanyakannya dibayar oleh majlis perbandaran kecuali kontraktor ini.
Mereka kata mereka dibayar oleh syarikat bernama Industri Strata Tech.
- Tak mungkin. Ayah saya kerja di sana. - Yakah?
Dia baru mula kerja baru di sana.
- Awak boleh bawa kita ke pejabat dia? - Ya.
KEADAAN DI SINI TAK SAMA TANPA AWAK.
Hei.
Awak mahu tumpang saya?
Emma.
Saya ada kelas tahanan.
Malangnya.
Tetapi awak boleh tak menghadirinya.
Ya dan dapat kelas tahanan lagi?
Saya boleh buat begitu tetapi saya dah buat banyak masalah.
Baik.
Awak okey? Saya bersimpati tentang awak dan Jessica.
Saya sangat rindukan dia. Dia perkara terbaik di tempat ini.
Ya. Saya ada di sini.
- Saya jumpa awak nanti. - Ya.
Hai, Pengetua Collins.
- Boleh kita bercakap sebentar? - Ya.
Saya ada dalam video berkenaan telur itu.
Saya tak kelihatan dalam video
tetapi saya ada di sana.
Saya nampak Izzy dan Jessica mendapat masalah dan saya…
Saya rasa bersalah tentangnya.
Saya hargai awak mengaku dan cuba bertanggungjawab.
Ia tindakan yang betul.
Tetapi saya agak curiga kenapa awak beritahu ini sekarang.
Saya tak mahu hukum awak kerana ambil tindakan yang betul,
tetapi saya juga tak mahu menetapkan peraturan yang teruk.
Ya. Awak tak patut buat begitu.
Saya tak mahu menambah tetapi awak lewat lagi pagi tadi.
Kali kelima.
Ya, saya sukar untuk bangun pagi.
Kelas tahanan minggu ini. Sama seperti Izzy.
- Kenapa awak buat begitu? - Perpaduan.
Awak mahu menyewa untuk setahun lagi?
Ini dia.
Ayuh, Matty. Mari.
Ikan dah menunggu.
Sedia untuk pergi.
Ya, rasanya saya tak mahu sewa lagi.
Ayah saya dah tak boleh menaiki bot.
Sewa dah dibayar sehingga hujung bulan.
Jika awak bersihkannya, saya akan iklankan yang awak mahu jualnya.
Ya, saya tak tahu cara untuk membersihkan bot ini.
Terpulang kepada awak.
Marilah.
Tunggu, kamu semua. Tunggu. Saya mahu ambil gambar. Baiklah.
Berdiri lebih rapat lagi. Baiklah, senyum.
Terima kasih.
Selamat datang ke Industri Strata Tech. Boleh saya bantu?
Kami dari Babad Detik Ajaib.
Apa?
Kami ada beberapa soalan
tentang derma tanpa nama Strata untuk pembersihan kolam Pinewood.
Awak mahu jumpa seseorang?
Michael Davis ada? Dia seperti ayah saya.
Bukan seperti ayah saya. Dia benar-benar ayah saya.
Hilde Lisko?
Maaf, En. Williams. Saya akan uruskan ini.
Awak tentu tak baca Babad Detik Ajaib,
kalau tidak awak tentu tahu awak bercakap dengan editornya.
Siapa awak?
- Grant Williams, saya uruskan tempat ini. - Seluruh tempat ini?
Ya. Saya ada masa sebentar. Awak mahu lihat sekeliling?
Ya.
Saya sebenarnya mahu menghubungi kamu
untuk beri artikel kepada akhbar kamu.
No comments yet. Be the first to leave one.