The first 155 lines.
(Kami mengikuti panduan COVID-19 sepanjang penggambaran)
(Hari pertama seumpama pertarungan kini berakhir)
(Hari kedua di tempat kerja bagi pemilik dan pekerja sambilan)
(Mereka berjalan sekitar kedai sebaik tiba)
(Mereka tahu tugas perlu dibuat tanpa disuruh)
- Puan nak kopi? - Terima kasih.
Puan nak ginseng merah?
- Panas. - Terima kasih.
(Mereka menghampiri pelanggan tanpa teragak-agak)
(Mereka ada menu baru selain udon kek ikan)
(Menu baru musim dua disediakan pekerja sambilan)
Nak pesan satu lagi tempura udang?
(Mereka harap ia akan berterusan sepanjang merarau)
Saya rasa kita baru cuci pinggan.
(Singki penuh dengan pinggan selepas 30 minit)
Saya tak tahu.
Cuci pinggan memang teruk. Tak pernah habis.
(Misteri di dapur / Pinggan tak pernah habis)
Kenapa kita selalu ada banyak pinggan?
Kenapa tak ada kesudahan?
- Kita cuci sampai sebelum tidur. - Aduhai.
(Misteri pinggan bertimbun yang belum selesai)
Woobin.
Kita ada tauge lagi?
Masih ada tauge kalau dah habis di sini?
(Mereka berlari memeriksa stok tauge)
Maknanya tak ada lagi.
Saya nak sekarton rokok.
Ini dia.
- Yang ini? - Saya nak sekarton.
(Ia belum berakhir sehingga ia berakhir)
Ini dia.
Saya nak pemetik api.
(Pusingan utama / Mencari pemetik api)
Awak pernah beli pemetik api di sini?
Kami tak tahu sebab kami pekerja sambilan.
Mereka beri pemetik api secara percuma.
Yakah?
(Orang yang beli sekotak rokok dapat pemetik api percuma)
Saya akan imbas dulu.
Di mana pemetik api?
Ini dia.
Ini pemetik api awak.
(Dia bertepuk tangan meraikan pencapaian mereka)
(Mujurlah, pelanggan berlalu dengan pemetik api)
Yakah?
Sekejap.
Boleh saya bantu? Awak datang nak makan?
Ya. Untuk tiga orang.
(Ada tiga pelanggan untuk restoran)
Kami ada udon, ramyeon,
dan tempura udang.
Saya nak makan semuanya.
- Kamu mahu semuanya? - Kita pesan semuanya.
Dua ramyeon, satu udon, dan satu tempura udang.
Dua ramyeon, satu udon, dan satu tempura udang.
Okey.
(Ketika pasukan dapur semakin sibuk)
Boleh ajar saya cara sediakan pencicah tempura?
Kita ada kicap perasa untuk udon.
Campur dengan beberapa titis cuka.
- Itu saja? - Ya, itu saja.
(Ketika Woobin menyediakan pencicah tempura)
(Salutan pertama ialah tepung sadur)
(Ketika udang digoreng di dalam minyak)
(Dia menuang sup di atas mi udon)
(Udon kek ikan menu pertama yang siap)
(Dia menghidang hidangan selepas En. Cha menyerahkan)
Baunya sedap.
Saya boleh bau walaupun di sebalik pelitup muka.
Nampak sedap.
Ya. Habiskan.
Kita takkan dapat peluang makan ini lagi.
(Langkah pertama ialah mengambil gambar)
(Mereka menunggu seolah-olah mereka sudah biasa)
(Si ibu mengambil gambar yang cantik)
(Akhirnya, masa untuk mencuba udon)
Boleh saya cuba udon?
- Sedap? - Ya.
Sedapnya.
- Sedap, kan? - Ya.
Segarnya.
(Seluruh keluarga tergila-gilakan udon)
Saya nak makan ramyeon.
Maaf.
(Ini ramyeon yang dia nanti-nantikan)
(Si ibu yang udonnya dicuri mencuba dulu)
(Akhirnya, pemilik ramyeon mencuba)
Sedap betul.
(Mereka berbual gembira sambil menikmati hidangan)
- Saya berbesar hati. - Saya yang berbesar hati.
(Si anak yang memberi reaksi mengagumkan mencuba dulu)
- Sedap tak? - Sedap.
Ini tempura sempurna.
Lembut dan sedap.
- Sol. - Ya.
Kita jumpa sebulan sekali dan mak gembira kita makan sedap.
Anak saya datang melawat kami.
Dia pelajar, kan?
Saya jururawat.
Syif saya dikeluarkan sebulan lalu.
Jadual saya sesuai dengan waktu awak berniaga di sini.
Dia biasanya melawat kami sebulan sekali.
Dia datang melawat kamu dan singgah?
Bukan mudah orang muda nak tepati janji.
Mereka biasanya nak berehat semasa hujung minggu.
Ya. Dia perlukan masa untuk dirinya sendiri.
Itu sebabnya kami bersyukur.
Awak memang hebat.
Sudah lama awak tinggal di sini?
Ini kampung halaman saya.
Dia dah tinggal di sini selama 61 tahun.
(Dia menghabiskan 61 tahun di Gongsan)
Suami saya peladang berpengalaman.
Dia kenal tembikai dan lobak dengan baik.
Tak dilupakan kobis Cina sekali.
Dia amat berpengalaman dalam tiga bidang ini.
Dia amat rajin dan ikhlas.
Saya amat bersyukur.
Sudah berapa lama kamu berkahwin?
Biasanya,
pasangan tak bercakap tentang bersyukur.
Biasanya orang ramai malu nak berterima kasih kepada pasangan.
Tapi awak tak malu ucap terima kasih kepada pasangan.
- Saya tak buat apa-apa pun. - Taklah.
Dia amat rajin.
Kami luangkan banyak masa dengan satu sama lain.
Itu sebabnya saya bersyukur dia ada.
Saya tak minta banyak.
Saya nak dia sihat. Itu saja.
Kami nak hidup tenang.
Itu yang terbaik. Itulah makna menjadi kaya.
Kalau tak, kita akan selalu minta lagi.
Awak hebat.
Awak hebat orangnya.
- Helo. - Helo.
- Helo. - Helo.
Aduhai.
Ahli kelab ibu yang buat ini.
Ibu Doyun yang buat apron ini.
Yakah?
(Seorang penduduk beri apron pada hari pertama)
(Nampaknya mereka daripada kelab sama)
Awak nak pesan?
(Senyuman indahnya membuat mereka terkedu)
(Mereka memutuskan untuk memesan semua dan berkongsi)
Satu ramyeon ketam, satu udon, satu tempura udang.
Okey.
Kita perlu mendongak sebab mereka tinggi.
(Pelanggan selalu fokus pada ketinggian mereka)
(Kenapa dia tiba-tiba membuka buku?)
Buku ini ditulis oleh Baek Heena.
Saya baru beli dan saya rasa buku ini bagus.
Tapi
ini terlalu berat bagi kita untuk baca kepada anak-anak.
No comments yet. Be the first to leave one.