Shogun (Shôgun)

Shogun (Shôgun) (Shōgun)

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

shogun 2024 s01e05 dv hdr 2160p web h265-successfulcrab
A Commentary by Tuturuu

Tags

web
HD
Published on: 2024-03-19
Downloads: 126
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sebelum ini dalam Shogun.

Tuan Toranaga memutuskan untuk meletakkan jawatannya dalam Majlis.

Taiko memerlukan lima Pemangku Raja untuk mengundi.

Cik Puan Ochiba memohon untuk pulang ke Osaka.

Saya telah mengizinkannya.

Jika tidak, akan ada pertentangan.

Kamu bukan anak kecil!

Saya anggap lelaki itu suami awak.

Namanya Toda Hirokatsu. Rakan-rakannya panggil dia Buntaro.

Tunggu!

Dia masih boleh selamat.

Toda Hirokatsu!

- Tak guna. - Maaf.

Gembira melihat awak dah ubah fikiran tentang mandi.

Awak nampak gembira.

Selepas saya ditemani.

Jika begitu, gundik itu diterima.

Kehadiran awak tak boleh diterima.

Awak orang buas.

Tak guna.

Kenapa ini terjadi ke atas kita?

Meriam dahsyat, timbunan mayat… Kami tak minta semua ini.

Ada tentera datang!

Jumlahnya ribuan!

Ayah saya dah kembali…

Mariko…

Dia masih hidup!

Lihatlah itu!

Itu suami awak!

BERDASARKAN NOVEL

SHOGUN

DIJINAKKAN KE BUKU LIMA

Cik Puan Ochiba akan dikembalikan ke sini

dari istana kota Toranaga di Edo.

Kita perlu pastikan ibu pewaris

pulang ke bandar yang lebih selamat.

Toranaga perlu didakwa.

Saya setuju.

Dia lari dari Osaka bukan saja memalukan Majlis ini,

tapi juga satu penghinaan buat pewaris.

Ohno,

apa pendapat awak?

Dakwa.

Terasa kuat melihat kita bersatu begini,

cuma…

mustahil untuk mendakwa Toranaga setelah dia meletakkan jawatan

kerana kini Majlis tak lengkap.

Mari undi untuk penggantinya.

Kawan Ishido, Ikeda, boleh menjadi Pemangku Raja yang hebat.

Lelaki itu bodoh.

Tak sesuai kerana dia orang kampung.

Mungkin Hiroda?

Tak sesuai kerana dia orang Kristian.

Tuan Kiyama tak dapat hadir.

Saya cadangkan Maeda.

Pilihan yang baik.

Saya tak nak duduk di Majlis bersama penghidap sifilis.

Lebih baik saya melakukan harakiri.

Sugiyama.

Mungkin awak tak tahu.

Maeda itu sepupu Ohno.

Kini saya tahu sebabnya burung itu dipanggil Wanita Keluli.

Pertama kali berburu?

Suami saya tiada sebab untuk mengajak saya.

Suami awak satu keajaiban.

Dia ambil masa 20 hari untuk menyusul kita.

Saya kagum dia terselamat.

Satu kontinjen ronin membantu dia menyelamatkan diri.

Ketika mereka tiba di Edo, cuma dua orang yang tinggal.

Satu pengalaman yang amat getir.

Ini catatan kata-kata nakhoda dan semua yang dia buat sejak pemergian awak.

Saya mahu awak terus berada di rumah nakhoda

dan teruskan tugas sebagai penterjemah.

Suami saya pula?

Saya dah arahkan Butaro berpindah ke rumah nakhoda bersama awak.

Jadi, awak boleh berkhidmat untuk kedua-duanya.

Ayah!

Beritahu saya…

Adakah membunuh Nebara Jozen itu idea anak saya?

Saya tak tahu.

Membunuh dia satu tindakan yang bodoh.

Ishido pasti akan jadikan itu satu alasan untuk berperang.

Ayah.

Mariko, tolong berikan kuang bayas ini kepada nakhoda.

Sebagai hadiah terima kasih saya.

Saya tahu ayah kecewa dengan saya.

Pernah tak kamu terfikir

dengan membunuh Jozen,

kamu mungkin telah mengikut suruhan Yabushige?

Tak…

Mungkin anak saudaranya yang beria-ia itu

yang memperdayakan kamu sehingga kamu jadi bodoh.

Ayah…

Panggil ayah Tuan!

Jangan jadi macam anak kecil!

Haiwan tak guna…

Kuda lebih khianat daripada manusia.

Kamu sangat mudah masuk perangkap mereka.

Dijinakkan untuk kegunaan orang lain.

Sama seperti falkon, tapi tak cantik.

Semua lelaki seperti falkon.

Ada yang terbang terus dari buku lima,

membunuh apa saja yang bergerak.

Ada juga yang malas dan tergoda dengan umpan.

Tapi, semua lelaki boleh dijinakkan.

Ajar falkon terbang untuk memburu mangsa yang betul

dan falkon itu akan berburu untuk kamu.

Selagi kamu belum memahaminya,

ayah lucutkan kamu daripada memimpin rejimen meriam itu.

Utusan telah tiba.

Tuan, itu Jozen.

Selama saya hidup, inilah hadiah yang paling berharga.

Awak nampak tak?

Dia hargai usaha saya. Dah nampak perkembangannya.

Awak tak faham cakap saya, tapi semasa sebaya awak,

tugas saya ialah membersihkan hasil buruan.

Ayah saya berburu di estet di Chatham.

Tengok ini.

Tolong tengok.

Kita akan gantung beberapa hari untuk matang,

mungkin seminggu, bergantung pada cuaca.

Siap.

Maaf, tapi…

burung itu akan mereput, bukan?

Awak faham 'mereput'?

Ya.

Akan ada bau yang busuk.

Tapi ini hadiah daripada Toranaga-sama.

Tentu ini kuang bayas yang terbaik di desa ini.

Langkah yang seterusnya sangat penting.

Jangan sesiapa sentuh burung ini.

Faham?

Dilarang, okey?

Jika sentuh, mati!

Kita akan tempah pisau untuknya dari Mishima.

Mulai sekarang, semua alat yang dia gunakan tak akan sentuh makanan kita.

Ada tukang masak yang handal di desa sebelah.

Jika perlukan tukang masak lain saya akan beritahu.

Cik Puan Fuji.

Nakhoda boleh makan apa saja yang dia mahu di rumahnya.

Maaf mengganggu.

Tuan Toda datang nak jumpa awak.

Pak cik.

Gembira melihat pak cik pulang dengan selamat.

Di mana Mariko?

Dia diarahkan ke kem Tuan Toranaga.

Pak cik nak saya panggil dia?

Saya diarahkan untuk tinggal di sini.

Cukup malang isteri saya perlu tinggal sebumbung dengan nakhoda.

Kini, saya juga perlu berbuat begitu.

Pak cik hampir terkorban.

Kami akan pastikan pak cik dijaga dengan baik.

Apa rasanya menjadi isteri kepada orang gasar?

Minta maaf…

saya isteri kepada penjaga panji, jadi, saya tak tahu.

Dia tiduri awak?

Tak.

Mujurlah

nakhoda lebih suka ditemani oleh wanita lain.

Orang gasar perlu bersama wanita gasar saja.

Beritahu nakhoda saya akan pulang untuk makan malam.

Latihan itu berjalan dengan lancar.

Taktik meriam orang gasar

menawarkan kelebihan yang baru.

Tak sabar melihat demonstrasinya.

Tapi saya perlu jarakkan diri saya

setelah insiden yang berlaku ke atas Nebara Jozen.

"Kembali ke Osaka,

dan menyatakan kesetiaan kepada Ishido."

Saya dengar, itu arahan awak.

Seperti biasa, tuan tahu semuanya.

Apa yang awak nak lakukan?

Sudah tentu terus bersama tuan.

Mereka isytiharkan awak sebagai pelarian.

Benar.

Tapi, sejak matahari terbit di Osaka itu,

kita berdua terikat dengan takdir.

Benarkah begitu?

Mungkinkah awak yang memperdayakan anak lelaki saya

untuk menyerang Jozen?

Saya tak akan…

Dengan cara itu, awak boleh tangguhkan jawapan awak kepada Ishido

dan terus menyebelahi kedua-dua pihak.

Tuan, Nagakado memutuskan

Jozen tak boleh dibiarkan memberi laporan tentang meriam itu…

Nagakado tak cukup bijak untuk memikirkan idea begitu.

Betul cakap tuan. Saya khuatir ini angkara Omi.

Dia minum sake dengan Nagakado pada malam sebelumnya.

Mungkin kata-katanya telah disalah-ertikan.

Tentang Omi, biar saya disiplinkan dia bagi pihak tuan.

Disiplinkan?

Dia jumpa jalan untuk memaksa musuh kita menyerang.

Kenapa saya perlu disiplinkan anak muda yang ada potensi itu?

Jika saya nak serang mereka di kubu Osaka,

saya tentu akan kalah.

Tapi, disebabkan anak saudara awak,

mereka pasti akan menyerang

dan perlu keluar untuk menyerang kita di sini.

Kita boleh berkubu.

Kurangkan bilangan mereka.

More Malay subtitles for Shogun (Shôgun)

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left