Release info

바람과 구름과 비 Wind Clouds and Rain E04 200530 1080p WEB-DL H264 AAC-iQIYI
바람과 구름과 비 Wind Clouds and Rain E05 200531 1080p WEB-DL H264 AAC-iQIYI
바람과 구름과 비 Wind and Cloud and Rain E04 200530 1080p WEB-DL H264 AAC-iQIYI
바람과 구름과 비 Wind and Cloud and Rain E05 200531 1080p WEB-DL H264 AAC-iQIYI
바람과 구름과 비 Kingmaker:The Change of Destiny E04 200530 1080p WEB-DL H264 AAC-iQIYI
바람과 구름과 비 Kingmaker:The Change of Destiny E05 200531 1080p WEB-DL H264 AAC-iQIYI
A Commentary by RuoXi
Ep. 4

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
Published on: 2020-05-31
Downloads: 7
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Lebam di leher awak akan sakit.

Awak siapa? Apa ini!

Apa awak buat di sini?

Awak siapa? Matilah!

Kita di mana?

Rumah saya.

Mana Song-hwa?

Song-hwa dan mak dia selamat disebabkan awak.

Abangnya, Song-jin melawat saya hari ini.

Saya dah agak dia akan mengamuk.

Dia datang jumpa awak? Kenapa?

Sebab saya baca takdir dia dengan tepat.

Awak kecewa? Sebab saya seorang tukang tilik?

Saya berbesar hati.

Tuan puteri berbual dengan seorang tukang tilik seperti saya.

Mari sini.

Kenapa?

Tolong saya bangun.

Kaki awak tak cedera.

Saya pasti awak boleh berjalan sendiri.

Awak kecewa?

Ya! Sangat kecewa!

Dulu kita berkawan, kemudian berkahwin.

Awak memimpin keluarga Ganghwa

dan saya adalah anak pawang yang memetik herba.

Dulu awak tak pernah layan saya macam orang miskin.

Awak sangka...

saya akan berubah?

Tuan Choi! Saya dah sediakan sup ubat...

Maaf, zaman muda sangat indah...

- Tidak... - Tidak.

Tidak, teruskan saja! Saya akan pergi sekarang.

- Bukan begitu. - Puan, ini bukan...

Saya tahu apa yang dah berlaku! Teruskan saja.

Bertuahnya! Saya kesunyian...

Mereka mungkin nampak macam petani, tapi mereka tentera keluarga Kim-moon.

Kalau mereka keluar pada waktu begini,

mereka mencari seseorang atau lebih teruk lagi.

Jadi...

Ya, mereka cari saya.

Saya ditangkap meninggalkan kediaman pada waktu malam.

Saya patut pergi.

Saya...

Jangan bimbang.

Saya paling lincah di Ganghwa, dan sekarang, di Hanyang pula.

Jaga diri.

Sampailah saya hubungi awak lagi.

Kenapa cik tak ada? Saya rasa macam nak gila.

Cik! Kenapa lama sangat? Saya risau!

Bagaimana awak boleh keluar tanpa kerusi tandu?

Seorang puteri tak patut berkelakuan seperti itu.

Kalau awak curi keluar, mesti awak dah jumpa seseorang.

Awak jumpa siapa?

Saya akan hantar tentera untuk ketahuinya.

Itu...

Ke mana awak pergi?

Awak terjumpa seseorang? Terserempak dengan seseorang?

Saya...

Saya bersama puteri!

Saya minta tuan puteri minum dengan saya.

Kami telah pergi ke rumah inap di pergunungan utara.

Perut saya sakit kerana terlalu banyak minum.

Sebab itulah saya balik dulu.

Tuan puteri berjalan pulang.

Dia berjalan?

Seorang puteri macam dia berjalan pulang?

Dia dibesarkan di perkampungan Ganghwa.

Sudah lumrah membesar di ladang, dia suka berjalan kaki.

Awak nak saya percaya semua ini?

Kenapa? Awak tak percaya kata-kata seorang gundik bawahan?

Patutkah saya bercakap dengan ayah awak?

Dia layan saya dengan hormat sebagai seorang isteri.

Patutkah saya beritahu yang anaknya melayan orang yang dia sayang

tanpa rasa hormat?

Baiklah, cukup!

Mesti awak sangat berhati-hati, tuan puteri.

Kenapa awak buat begini?

Saya buat pelaburan.

Apa?

Saya akan panggil awak untuk balas budi.

Cik! Ada bilik kosong?

Tentulah! Ikut sini.

Bilik ini.

Mari kita lihat.

Boleh tahan.

Dia tinggal di asrama.

- Patutkah kita tangkap dia? - Tidak.

Macam mana dengan Heungseon-gun?

Maaf, tuan. Lelaki bernama Tuan Choi takkan buka mulut.

Dia mahu awak datang sendiri jika awak benar-benar ingin tahu.

Lelaki yang angkuh dan bodoh.

Yakah?

Lebih baik saya tilik masa depan saya.

Mana Ketua Choi tinggal?

Ini tempat pusat asuhan kerajaan! Apa yang kamu buat ini?

Berhenti merungut.

Tempat ini milik kami.

Makanlah sebanyak yang boleh.

Perlahan-lahan.

Minumlah sup panas itu, sedap.

Apa ini?

Tuan Choi, awak dah sampai.

Apa semua ini?

Awak gadis dari kedai ubat itu?

Saya tak sangka awak adalah Ketua Choi yang terkenal itu.

Saya datang untuk minta bantuan awak.

Rumah anak yatim kami telah diancam.

Mereka kata mereka akan musnahkannya.

Tolonglah.

Saya takut budak-budak ini mati kesejukan di jalanan.

Bukankah itu kemudahan kerajaan? Siapa yang berani ugut untuk musnahkannya?

Siapa lagi? Orang yang cukup berkuasa untuk melakukannya adalah

Keluarga Jangdong Kim-moon.

Jangan masuk campur.

Memusnahkan rumah anak yatim? Mesti angkara Geng Dua Gila.

Geng Dua Gila?

[ Pergaduhan ke pembunuhan dan juga rompakan... ]

[ Dua lelaki jahat yang menjadi saudara di penjara. ]

[ Mereka buat semua kerja jahat untuk keluarga Kim-moon. ]

Apa sebabnya?

Mereka bercadang untuk bina rumah dengan pemanas.

Pemanas?

Orang kaya ada hobi membina

rumah dengan pemanas dan memenuhkannya dengan bunga dan burung asing

kemudian berkumpul untuk menunjuk-nunjuk.

Letak anak-anak di jalanan? Untuk hobi?

Tuan Choi, saya dengar kerabat diraja,

Heungseon-gun menunggu giliran untuk awak.

Tolonglah kami.

Saya tahu situasinya, tapi saya tak boleh buat apa-apa.

Apa maksud awak?

Walaupun kita polis negeri,

apa kita boleh buat dengan keluarga Kim-moon?

Kita tak boleh menentang mereka untuk membela anak yatim.

Jadi siapa yang akan melindungi orang-orang kita yang lemah?

Orang kita mati bekerja, membayar cukai dan pergi berperang.

Apa ertinya negara kalau ia tak melindungi rakyatnya?

Tolong pergi, Tuan Choi.

Saya akan tanya sekali lagi.

Siapa yang mampu melindungi orang yang lemah?

Saya tak nak cakap apa-apa.

Tuan! Apa yang awak buat?

Saya sedang menulis surat kepada anak-anak yatim itu.

Surat untuk seseorang yang mampu melindungi yang lemah.

Yang bertanggungjawab untuk melindungi dan berkhidmat untuk rakyat.

Siapa?

Raja.

Tuan Choi, tak syak lagi awak terkenal,

tapi raja tak nak baca surat awak.

Surat itu takkan sampai kepada baginda pun.

- Kalau begitu, kita pastikan ia sampai. - Bagaimana?

Saya akan tulis surat kepada semua bangsawan dan kaum kerabatnya.

Saya tak boleh janji yang mereka akan menyokong,

tapi saya perlu cuba.

Saya ingatkan awak tak mahu terlibat. Apa yang berubah?

Hanya saya saja yang boleh membantu,

walaupun ia sia-sia.

Itu saja.

Tuan Dojeonggung...

Ya, sila teruskan.

Dia sangat naif dan tak tahu takut pada dunia.

Tolong maafkan saya, tuan!

Inilah Dinasti Joseon Keluarga Lee.

Jangan sesekali lupa!

Saya ada dengar dia menyusahkan awak

di depan istana.

Saya gunakan pengaruh untuk mengajarnya.

Saya bawa awak ke dalam keluarga kami.

Awak tak pernah hampakan saya.

Teruskan usaha.

Terima kasih, tuan. Saya takkan hampakan awak.

Itu senapang baru yang dibawa dari Rusia?

Ya, Tuan Dojeonggung. Dibeli khas untuk tuan.

Kami dah sediakannya. Silakan.

Sedia!

Bidik!

Tembak!

Hebat!

Terus pastikan kerajaan kita selamat!

Ya, tuan.

Hebatnya!

Mari masuk.

Awak!

Jangan guna keganasan untuk berseronok!

Ini salah!

Sebagai kerabat diraja, apa salahnya membeli senjata baru?

Awak terlalu risau.

Tuan!

Apa ini? Tukang tilik?

Tukang tilik apa?

Surat dari Tuan Choi dari Baeohgae.

Tuan Choi?

Siapa dia untuk menulis surat?

Sekarang tukang tilik pun minta bantuan saya.

Bantuan? Daripada dia?

Tuan!

Apa yang berlaku?

Tuan Lee Sung-jik dari Bukchon,

Tuan Lee Song-hyun dari Unjong-ga,

Tuan Ha-jeon dari Dojeonggung...

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left