The first 200 lines.
BERDASARKAN NOVEL ISAAC ASIMOV
Ilex!
Selepas mereka mati, tiada kanak-kanak lagi.
Hanya pahlawan.
Saya berusaha sehingga dinamakan sebagai Pemburu Utama Peperangan.
Jangka hayat saya dipanjangkan sebanyak tiga kali ganda.
Tuhan Weald takkan benarkan saya mati sehingga saya dapat balas dendam.
Apabila saya dah bersedia…
Tuhan beri saya hadiah kedua.
Invictus?
Ia muncul di orbit seperti satu doa.
Saya tahu ketika itu,
Tuhan bukan saja benarkan misi saya untuk musnahkan Empayar,
Tuhan yang rancangnya.
Awak nampak kejadian yang berlaku pada bangsa awak.
Disebabkan dosa beberapa orang, Empayar hapuskan separuh dunia awak.
Jika awak serang Trantor, seluruh Outer Reach akan terseksa.
Awak tak faham konsep balas dendam, bukan?
Saya tak peduli tentang manusia.
Kapal ini akan tunaikan hajat saya.
Awak akan bantu saya tentukan loncatan seterusnya.
Jika tidak,
pemburu-pemburu saya akan bunuh semua lelaki,
wanita dan kanak-kanak yang ada di Terminus,
bermula dengan ibu awak.
Awak dah korbankan bapa awak.
Awak takkan biar dia pula terkorban.
Perjanjiannya mudah saja, warden.
Musnahkan Trantor…
dan mungkin
Asas awak yang berharga itu akan terselamat selepas itu.
Hebat bukan perkara yang seseorang sanggup buat demi sedikit masa?
Sejak bila awak boleh buat begini?
Selama yang saya boleh ingat.
Kebanyakan masanya ia hanya perasaan.
Seperti ini tapi…
pada waktu lain ia muncul dalam mimpi.
Saya pernah mimpi tentang ombak.
Ombak yang sangat besar…
saya hanya boleh tahan nafas dan biar ia menghanyutkan saya.
Saya tahu ia akan musnahkan rumah saya,
keluarga dan seluruh dunia saya.
Saya tak boleh lupakan mimpi itu, Hari.
Ia menghantui saya.
Saya perlu tahu yang ia takkan terjadi dalam kehidupan sebenar,
jadi saya belajar matematik.
Saya kira semua kebarangkalian dan daya fizikal yang saya boleh fikirkan,
terdesak mencari cara mengatasinya.
Tapi saya tak berjaya.
Mimpi itu membawa awak kepada matematik,
menunjukkan ia bukan sekadar mimpi, tapi satu prarasa.
Saya tak terkejut jika tahu
awak ada kebolehan memproses mengikut gerak hati
yang buat awak mahir dalam matematik.
Sebab itu awak dapat selesaikan Abraxas.
Saya dapat selesaikan Abraxas kerana saya berusaha kuat.
Ya, saya kata awak hebat.
Ia semakin panas.
Geseran semasa kita memasuki medan serpihan.
Radiator kapal ini akan hilangkan haba.
Mulakan sistem pemindahan haba. Menstabilkan suhu.
Kenapa awak mahu ke Helicon, Hari?
Apa rancangan awak dan Raych?
Saya dah beritahu awak.
Tak, saya buat anggapan yang awak tak nafikan.
Kerana awak betul.
Awak akan terus berahsia dengan saya?
Saya patut buat begitu sejak awal lagi.
Apa maksud awak?
Jika kita tak berhati-hati,
sifat terus mata awak ini berpotensi untuk memesongkan psikosejarah.
Lihat keadaan awak dan Raych.
Awak ada di sini dan dia tiada.
Itu tak betul. Saya tarik balik kata-kata saya.
Apa saya cuba katakan
ialah kemandirian manusia bergantung kepada ketibaan kita di Helicon.
Saya ingat kemandirian kita bergantung kepada Asas.
Ya, sehingga satu tahap.
Tapi hanya jika organisasi kedua dapat ditubuhkan.
Jadi ia Asas kedua.
Di Star's End. Di Helicon.
HAB SIARAN KOMUNIKASI
Ini Hugo Crast…
Ini Cian un Edan,
bekas penduduk Thespis,
menghantar SOS kepada Republik Thespin.
Melaporkan aktiviti Anacreon di kota kara 59.
Ada sesiapa dengar?
Ada sesiapa dengar?
Ada sesiapa dengar?
Pusaran direka untuk menguji daya ketahanan badan.
Laluan sepanjang 170 kilometer tanpa sebarang makanan, air dan rehat.
Tanda vital optimum.
Tuan perlu tanggalkan semua alat tak organik.
Aura perlindungan tuan…
dan nanobot empayar tuan.
Buat pertama kali dalam hidup tuan, tuan boleh tercedera,
- kepenatan… - Saya faham.
Jika penziarah terhuyung-hayang,
orang lain di sana boleh bantu dia.
Jika dia dah berlutut pada sebelah kaki.
Berlutut pada kedua-dua belah kaki adalah tanda penyerahan.
Penziarah perlu cari kekuatan untuk merangkak keluar dari sana
atau dia akan mati.
Kurang daripada separuh penziarah akan tiba di pusat Pusaran.
Mereka akan memasuki gua suci di sana iaitu Rahim Ibu.
Ada air dalam gua itu.
Garam di sekeliling kolam ada cas ionik tertentu
yang memberi satu reaksi kepada sesiapa yang sentuhnya.
Selepas tuan berendam dalam kolam, jika Ibu benarkan,
tuan akan mendapat satu visi.
Jika tuan berjaya dan kembali,
satu panel Zephyr akan terjemahkan visi tuan.
Apa yang penziarah lain nampak?
Setiap visi adalah unik dan sangat peribadi.
Satu kejutan jika mereka tak berhalusinasi tentang makanan.
Nanobot dah dikeluarkan.
Muslihat ini sangat berisiko untuk tuan.
Selain bahaya fizikal yang tak pernah berlaku sebelum ini,
jika…
jika tuan tak sampai ke penghujungnya,
pengkritik tuan akan jadi lebih berani.
Saya akan sampai ke penghujungnya.
Beri saya gelang garam awak.
Saya akan ambil ini.
Ia seperti awak ada bersama saya di sana.
Seperti selalu.
Percayalah. Perlahan-lahan.
Lingkaran tengah ini agak mengelirukan.
Membuat kita rasa dah berjalan jauh.
Pastikan awak simpan sedikit tenaga.
Awak pernah buat sebelum ini?
Tak tapi saya dah bercakap dengan beberapa orang yang dah buat.
Awak ada petunjuk yang berguna?
Tiada cara yang mudah.
Itulah tujuannya.
Tetapkan langkah awak.
Selangkah demi selangkah.
Tiga Dewi akan beri awak petunjuk.
Mereka ada cakap tentang visi mereka?
Seorang penziarah beritahu saya
garam di sekeliling kolam itu mula berpusar dan berubah di depan dia.
Dia tak kata apa terjadi seterusnya,
tapi dia kata ia benda paling cantik dia pernah lihat.
- Awak dari mana? - Baltaros. Awak?
- Nishaya. - Planet perkilangan.
Kami buat semua benda yang terlalu toksik untuk dibuat di Trantor.
Tekstil istimewa.
Saduran seramik khusus yang Empayar suka.
Nishaya tempat yang sempurna
kerana atmosfera kami adalah kabus putih tebal
dan ia memang dah tercemar.
Kabus itu.
Ibu saya pernah kata
apabila dia dapat lihat wajah bapa saya…
mereka dah ada tiga orang anak.
Awak bekerja di salah satu kilang itu?
Tak. Saya seorang pengangkut.
Mengangkut kotak ke kapal loncatan.
Mesin yang hebat, bukan?
Ya.
Saya tak pernah menaikinya sehingga saya datang ke sini.
Saya guna semua simpanan untuk tempah laluan saya.
Dari Baltaros? Awak juga tentu menaikinya.
Ya.
Ia juga kali pertama bagi saya.
Dahulu saya cemburu dengan orang yang selalu mengembara,
meloncat dari hujung galaksi ke hujung yang lain.
Tapi ini saja perjalanan yang saya perlukan.
Saya harap awak juga rasa begitu.
Asas kedua?
Terminus ditubuhkan dengan kapal Empayar
dan direka sebagai umpan.
Tapi lokasi Asas kedua perlu dirahsiakan,
walaupun daripada Asas pertama.
Kenapa? Apa tujuannya?
Jika awak tak percayakan saya, saya tak mahu ke Helicon.
Jangan mengarut, Gaal.
Saya ada sumber di Helicon. Sekutu.
Kita dah tahu kebolehan awak, jadi kita boleh mengkajinya.
Guna sebagai kelebihan kita.
Saya dah bosan dipergunakan.
Saya mahu pergi. Sekarang.
Sama ada awak beritahu saya atau saya pergi dengan cara saya datang.
Awak mahu ke mana?
Terminus akan ambil masa berdekad.
Trantor? Awak akan diusir oleh Empayar.
Ada dunia lain selain itu. Ibu saya ajar nama-namanya.
Awak kata naluri saya penting.
Ia beritahu saya.
Buka pintu ini.
- Awak tak fikir dengan jelas. - Jangan suruh saya berfikir.
Buka pintu ini.
Buka pintu ini!
Buka!
Buka pintu ini!
Jangan berputus asa. Kita dah hampir.
Ya.
Tiga puluh… Tak, 29 minit sebelum loncatan seterusnya.
Rancangan dia…
No comments yet. Be the first to leave one.