Release info

철인왕후-Mr-Queen-E09-NEXT-VIU
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2021-01-10
Downloads: 34
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Kenapa awak berdiri di situ?

Ikut situ!

Lupakan tentang "jangan sentuh" hari ini.

Tuanku.

Awak tidak apa-apa?

Siapa itu?

Mari kita pergi. Keluar.

Saya benarkan mereka tidur di bilik berasingan...

supaya boleh berehat dengan selesa,

tapi nampaknya saya sudah membuat kesilapan.

Saya dengar ada benda pecah di dalam rumah itu.

Saya juga terjaga kerana bunyi itu.

Pintu itu juga dipecahkan.

Ianya mencurigakan, jadi kita kena pergi tengok.

Tapi, mungkin kita akan mengganggu mereka.

Tidak pelik jika semua barang rumah kami akan pecah.

Itu adalah keghairahan pasangan pengantin baru.

Kita kena lindungi hak peribadi mereka.

Jaga jarak semasa awak mengawal rumah.

Baik, tuan.

Saya kena pergi ke rumah lain.

Boleh awak memerhatikan mereka?

Ya. - Jaga mereka dengan baik.

Kawal diri awak, perempuan.

Awak kena timbulkan masalah ini, bukan?

Adakah awak mahu bergaduh dengan saya?

Dengan siapa awak bergaduh sebenarnya?

Jangan masuk campur.

Ini adalah hal antara Kim So Yong dan saya.

Selagi saya berada di dalam ini,

saya akan gerakkan badan ini sesuka hati saya.

Roh di dalam sepatutnya menjadi pemilik badan!

Pasti awak masih mabuk lagi.

Awak tidak dapat membezakan di antara mimpi dan realiti.

Baguslah begitu. - Apa yang awak cakap ini?

Walaupun saya mabuk, saya sentiasa dapat mencari jalan balik...

Tidak. Ini bukan mimpi.

Tiada mungkin awak akan muncul di dalam mimpi saya.

Saya minta maaf kerana muncul...

di dalam mimpi awak.

Lupakan tentang mimpi buruk awak.

Gelilah, Hong Yeon.

Tiada di sini.

Kalau bukan di sini, di mana dia?

Apa yang tidak kena?

Dia tidak terkejut kerana masa lalu.

Hei. - Apa?

Saya diberitahu yang kita tidak boleh pergi berdekatan rumah utama.

Kenapa? - Saya tidak tahu.

Mari duduk. - Baiklah.

Sejujurnya, saya risau tentang permaisuri kita.

Awak ada dengar apa-apa?

Tentang permaisuri itu.

Saya dengar dia berlari ke sekeliling selepas bangun pagi.

Oh Tuhan. Jangan mengarut.

Saya kenal dia sejak dari dulu, dan tidak pernah lihat dia berlari.

Oh Tuhan. - Betul.

Oh Tuhan. Peliknya. - Tidak, itu yang saya dengar.

Tidak. - Saya tidak percayakan awak.

Tidak.

Oh Tuhan. Ayam saya! - Tangkap ia.

Berhenti di situ!

Dia memakai jubah Jabatan Kehakiman.

Itu bermakna...

Awak akan mati. Berhenti minum.

Saya dahaga.

Semakin saya rasa ia salah, semakin saya mahukannya.

Saya rasa saya akan mati kerana dahaga.

Kalau awak dahaga, awak kena minum air, bukan arak.

Di sini. Berikan kami sedikit air.

Baik, tuan.

Semakin banyak arak awak minum, semakin dahaga awak akan rasa.

Saya tidur dengan lena seolah-olah saya pengsan setelah dipukul.

Saya tahu.

Badan saya terasa sangat ringan.

Awak.

Tanah di rumah ini pasti bagus. Saya dapat tidur lena.

Adakah perkara semulajadi untuk awak bangun di sebelah saya?

Kenapa pula ini bukan perkara semulajadi?

Beza dengan istana, kita tidak perlu pilih tarikh untuk berkongsi bilik,

jadi lebih semulajadi untuk tidur dalam bilik sama di rumah awak.

Ia masuk akal. Dia di dalam wilayah musuh,

jadi dia kena tidur di sebelah saya sebagai perlindungan.

Lakonan awak sangat bagus hari ini.

Baiklah.

Mari kita berpura-pura kita meluangkan malam hangat bersama.

Malam tadi sangat hangat sehingga bilik ini...

sangat bersepah.

Nampaknya, kali ini awak ingat.

Saya akan rasa sedih kalau awak tidak ingat...

seperti malam pertama kita bersama.

Adakah ini kesan sampingan kerana ingatan dia sudah kembali?

Saya seperti bayi yang tenang sewaktu saya tidur.

Saya tiada masa untuk dibazirkan di sini.

Saya kena menjadi orang penting kepada Sunwon tidak lama lagi.

Supaya walaupun ada malapetaka berlaku di dalam keluarga Han,

mereka tidak akan dapat mencari saya.

Lelaki bertopeng dan saya mempunyai sasaran yang sama.

Berapa banyak yang Kim Byeong In tahu?

Buku lejar itu tidak boleh berada di dalam tangan mereka.

Saya kena kembali ke istana hari ini tidak kira apa yang berlaku.

Saya akan dapatkan lejar itu hari ini tidak kira apa yang berlaku.

Awak akan jatuh sakit kalau begini.

Bila permaisuri hendak kembali ke istana?

Saya akan hantar surat supaya dia dan raja boleh balik cepat.

Saya tidak pernah rasa kehidupan di istana sangat bosan,

tapi selepas permaisuri pergi beberapa hari, istana terasa sunyi.

Adakah masakan permaisuri sangat istimewa?

Bukan tentang masakan dia. Saya semakin sukakan dia.

Kasih sayang boleh menjadi benda yang agak menakutkan.

Saya lapar pada pagi tadi...

Maksud saya,

saya sangat rindukan permaisuri sehingga membuat saya terjaga.

Oh Tuhan, saya bersimpati, tuanku.

Sebab itulah, dijinakkan adalah perkara yang menakutkan.

Saya ingat saya yang mempergunakan orang lain,

tapi pada suatu ketika, saya yang telah dijinakkan.

Sebab inilah kita kena cari orang lain yang awak boleh pergunakan.

Saya akan arahkan cef diraja belajar resepi permaisuri.

Awak membuat kehidupan saya di istana terasa sangat selesa.

Tiada sebab untuk saya tinggalkan istana ini.

Sebab inilah saya pertahankan jawatan saya sekarang.

Untuk melengkapi dunia awak, tuanku.

Oh, ya.

Suruh Byeong In datang berjumpa saya dari masa ke semasa.

Adakah awak...

perlu bercakap dengan dia?

Dia adalah anak angkat awak. Saya telah mengabaikan dia.

Saya boleh buruh dia lakukan tugasan sekali sekala.

Awak sudah semakin tua sekarang.

Awa kena fokus pada perkara penting saja.

Semua benda berkaitan dengan awak adalah penting untuk saya.

Apa yang awak buat ini?

Mulai sekarang, Jabatan Kehakiman...

akan memeriksa identiti pengawal diraja.

Disebabkan pengawal diraja berkhidmat untuk melindungi raja,

kami kena memeriksa identiti mereka dengan teliti.

Jangan benarkan mereka mengambil langkah ke hadapan!

Semua pengawal diraja telah disahkan...

melalui saluran yang betul.

Orang boleh beli dan jual carta salasilah dengan mudah sekarang.

Siapa tahu?

Ada pengawal yang mungkin telah masuk...

ke istana untuk merancang pengkhianatan dengan identiti palsu.

Beri kerjasama supaya kami boleh melakukan tugas kami.

Kalau awak tidak jumpa bukti seperti yang awak dakwa,

saya akan...

gunakan kuasa saya sepenuhnya.

Itu pun jika awak boleh terus memegang jawatan awak.

Jika awak tidak bersubahat untuk menipu, sila ke tepi.

Cari di semua tempat. - Ya, tuan.

Cari di setiap sudut.

Jangan tinggalkan sebarang dokumen.

Bawa semuanya ke Jabatan Kehakiman.

Ya, tuan. - Ya, tuan.

Saya harap awak dapat tidur malam dengan tenang.

Saya ada bawa masuk seekor burung yang cantik.

Apa pendapat awak?

Bulu burung ini sangat cantik.

Saya bawa masuk burung yang berharga ini untuk meraikan suatu majlis.

Awak ada apa-apa berita baik?

Hubungan buruk di antara permaisuri...

dan Gundik Bangsawan Diraja Eui lebih teruk dari sangkaan saya.

Ada sesuatu yang saya belum beritahu awak.

Hakikatnya, saya belum beritahu sesiapa.

Rahsia ini hanya permaisuri dan saya saja yang tahu.

Permaisuri percaya yang saya telah merampas raja daripada dia kerana...

apa yang berlaku lapan tahun lepas.

Racun pada anak panah kita menjadi semakin kuat.

Sudah tiba masanya kita gunakan barang kedua kita.

Ya.

Sukar untuk mencari sesuatu yang sama,

jadi, saya mengambil sedikit masa.

Tapi saya akan berikan kepada awak...

walaupun saya kena hasilkannya sendiri.

Gunakan ini.

Mereka akan tahu tentang pengawal diraja kita bila-bila masa saja.

Mari kita cari jalan.

Seorang lelaki dari Jabatan Kehakiman ternampak awak malam tadi.

Dia nampak muka awak. Adakah itu boleh menimbulkan masalah?

Saya rasa dia tidak cam saya.

Jika kami terserempak sekali lagi,

dia akan sedar saya sedang mencari buku lejar itu.

Tapi dia memakai topeng yang unik.

Seperti goblin.

Adakah dia mempunyai parut di dagunya?

Ya. Seperti parut lama.

Dia adalah orang yang menyeksa O Wol.

Jadi, ini mengesahkan yang Kim Jwa Geun...

telah melakukan tindakan menggunakan Kim Byeong In.

Nasib baik,

dia tidak tahu lokasi buku lejar itu sudah bertukar.

Malam ini adalah peluang terakhir yang kita ada.

Tuanku, saya ada surat daripada istana.

Ini adalah surat dari Panglima Latihan Kim Jwa Geun.

Ketua Jabatan Kehakiman telah datang untuk menyerahkannya.

Sesiapa saja ahli Jabatan Kehakiman...

boleh bawakan dengan mudah kepada saya.

Tapi awak sendiri yang bawa?

Adakah awak ada terlalu banyak masa?

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left