The first 200 lines.
Jangan sebut pasal putus hubungan depan nenek.
Dia masih tak tahu apa-apa tentangnya.
Mari kita masuk.
Mak! Ayah!
Selamat datang.
Apa yang kamu buat di sini?
Mak ini kelakarlah.
Kenapa pula saya tak datang?
Sudah tentu, saya datang untuk berjumpa nenek.
Mari kita masuk.
Awak nak berdiri saja di sana?
Apa yang awak rancang? Kenapa awak datang sini?
Jadi jangan masuk kalau tak nak.
Apa yang berlaku?
Saya pergi ke pejabat Gang Ju untuk berjumpa dia, dan mereka kata dia pergi ke rumah neneknya.
Saya silap sebab datang, ya?
Tak. Kamu buat dengan baik.
Kita bincang tentangnya nanti.
Tapi... apa semua ini?
Ini...
Mak nak tengok reaksi dia, jadi mak suruh dia buat mi buatan sendiri menggunakan pisau.
Mak tak rasa yang dia boleh lakukannya.
Apa? Kamu tak suka nenek arah tunang kamu?
Tak.
Macam mana dengan syarikat? Susah ke untuk kamu?
Dia sebenarnya buat lebih baik daripada yang kami sangka.
Cukuplah itu. Nenek, nenek sihat?
Nampak macam nenek banyak kurang berat berbanding dulu.
Semakin kamu tua, kadang-kadang ada benda yang muncul tiba-tiba.
Tapi untuk Gang Ju nenek, nenek akan hidup paling kurang 100 tahun.
Nenek pasti.
Mak boleh keluar dan bersembang dengan yang lain.
Saya boleh uruskan semua ini.
Macam mana kamu nak buat semua ini? Mari kita buat bersama.
Boleh tak saya panggil kesatria untuk menggantikan tempat mak?
Apa yang awak buat di rumah orang lain?
Kenapa pula ini rumah orang lain?
Kalau nenek dengar, dia akan sedih.
Kenapa... awak tak tinggal saja di sini?
Itu idea yang boleh tahan.
Patutkah saya melekat pada rumah ini macam kerak nasi?
Walaupun awak buat, benda tak berubah. Jangan bazirkan usaha awak.
Buat dengan betul. Patutkah lelaki begitu lembik?
Awak ini memanglah...
Oppa, dah balik?
Oppa!
Kenapa abang berperangai begini?
Abang tak nak bercakap atau pandang saya?
Kamu rasa kenapa abang berperangai begini?
Saya duduk dan tengok, dan abang tak suka?
Kamu fikir mak beri arahan kepada saya membuatkan saya rasa gembira?
Saya tahu abang marah dengan saya, tapi...
Abang bukan marah dengan kamu. Abang tak berhak pun nak marah.
Abang marah dengan diri sendiri.
Sama ada cuba memaksa kamu berkahwin dengan orang yang kamu tak suka,
atau bawa Du Rim untuk jadi diri kamu yang palsu, abang jijik dengan semuanya.
Tapi abang tak boleh buat apa-apa, sebab ini saja yang abang mampu.
Oppa.
Lee Ru Mi?
Nenek, macam mana? Nenek suka?
Sedap.
Kalau dia buka restoran satu hari nanti, mesti berjaya.
Mi ini sangat kenyal dab supnya juga sangat segar dan sedap.
Terima kasih, nenek.
Cepat makan semasa panas.
Suruh Gang Ju carikan kamu kedai di dalam pasaraya.
Apa awak rasa?
Awak tak dengar ke apa yang ayah awak cakap?
Nenek, ada bau benda terbakar tak?
Nenek tak pasti. Kamu biarkan api terbuka ke?
Hati saya terbakar sampai jadi debu, nenek tak bau?
Gang Ju kami mesti banyak lukakan hati kamu.
Nenek, sebenarnya...
Kenapa dengan awak?
Apa yang awak buat?
Nenek, nenek tak tahu...
Setiap kali dia keluar, dia akan buat masalah.
Apa saja bencana dia akan...
Kenapa kamu buat perangai begitu dengan ayah dan nenek kamu dia meja makan?
Saya minta maaf.
Nenek, cuba 'dumpling' ini.
Saya dengar nenek tak suka daging,
jadi saya buat nenek punya khas menggunakan isi cendawan dan sayur.
Begitukah?
Sangat ringan dan sedap.
Mak, ayah, cubalah.
Awak pun patut makan.
Baik.
Apa sebabnya awak singgah?
Saya rasa awak tak nak saya di sini.
Saya tak rasa awak datang nak bersembang dengan saya.
Jadi apa dia?
Pembatalan pertunangan itu... Macam mana awak nak uruskannya?
Kenapa?
Kalau pertunangan saya dibatalkan, posisi itu kepunyaan awak?
Itu tak akan berlaku.
Gang Ju tahu kenapa saya berikan awak hadiah perkahwinan itu.
Itu juga sebab kenapa oppa nak putuskan pertunanagan itu.
Apa maksud awak?
Awak tak tahu?
Apa? Oppa tak beritahu awak apa-apa?
Terangkan kepada saya apa yang awak cakapkan.
Awak dah tahu, kan?
Beberapa tahun lalu, ada khabar angin tersebar dalam bahagian pemasaran tentang keluarga Gang Ju.
Khabar angin apa?
Bagi setiap generasi, pengantin pertama untuk anak sulung akan dijadikan korban.
Apa awak rasa?
Apa yang aku rasa? Sudah tentu ianya cuma merepek.
Merepek atau tak, Gang Ju percayakannya.
Jadi...
Betul.
Dia batalkan sebab dia takut sesuatu berlaku kepada awak.
Untuk dia batalkan perkahwinan itu,
dia mesti sangat sayangkan awak.
Jadi saya nak tahu apa yang awak fikir, dan macam mana awak uruskannya.
Gang Ju nak mereka pergi bersama.
Kamu berdua patut naik kereta mak dan pergi sekali.
Hantar mereka dengan selamat.
Saya faham.
Kenapa saya tak nampak pemandu Hong?
Pemandu Hong berhenti.
Kenapa tiba-tiba?
Dia kata dia nak balik kampung.
Betulkah? Jadi saya kena melawat dia bila-bila.
Untuk apa?
Dia dah sama macam keluarga, jadi saya nak ucapkan selamat tinggal.
Kamu ada banyak benda nak dibuat untuk perkahwinan itu.
Mak dah berikan dia bayaran.
Kamu tak perlu buat apa-apa untuk dia.
Kami kena pergi sekarang.
Baik.
Mak, ayah, hati-hati memandu.
Nenek, saya akan datang melawat lagi.
Baik. Kamu dah buat kerja yang bagus.
Taklah.
Saya gembira hari ini disebabkan nenek.
Nenek, masuklah. Kami kena pergi.
Baik. Pergilah.
Awak masih belum jumpa pemandu Hong?
Baik. Telefon saya sebaik saja awak jumpa dia.
Lelaki itu selama ini mengugut aku...
Ke mana dia bersembunyi macam tikus?
Keluar.
Jangan salah sangka.
Saya tak cakap apa-apa tentang hari ini
sebab saya tak nak buat kecoh depan nenek saya.
Tak kira apa yang awak buat, saya tak akan berubah fikiran.
Saya tahu.
Apa yang awak nak?
Gang Ju, saya tahu kenapa awak begini.
Gang Ju, benda yang awak fikir tak akan berlaku.
Tak ada apa-apa akan berlaku kepada saya.
Cukuplah.
Gang Ju.
Walaupun bumi terbelah dua, saya tak akan berkahwin dengan awak.
Siapa cakap?
Kalau ada alasan lain, saya mungkin faham.
Tapi kalau ini saja alasannya, jadi saya tak akan mengalah!
Betul ke?
Tapi... bukankah awak ada sifat pelik?
Buatlah apa yang awak nak.
Oppa.
Tentang Choe Gang Ju.
Apa yang Ru Mi cakap, abang dah dengar semuanya, kan?
Ini...
Abang kena pergi ke satu tempat.
Oppa.
30 tahun lalu...
semasa awak pergi berbulan madu di vila sebelah laut itu,
saya juga ada bawa Puan Seo ke sana.
Puan kata dia nak bersendirian buat sementara.
Saya letak kereta berdekatan dengan vila,
dan kemudian pergi berjalan.
Selepas beberapa jam berlalu dan saya masih tak nampak dia,
saya kembali semula ke tempat itu.
Pada masa itulah saya nampak seorang wanita yang dilanggar kereta terbaring di atas jalan.
Puan berdiri disebelahnya dengan muka takut.
Awak melihatnya sendiri?
Walaupun saya tak melihatnya sendiri,
dari sekali pandangan, saya boleh tahu apa yang berlaku.
Kemudian saya tahu,
wanita yang dilanggar kereta itu adalah pengantin baru awak.
Bila mak dengar muzik itu,
mak tak pernah biarkan sesiapa mendekati ayah.
Sebab itu maknanya ayah kamu nak ditinggalkan sendirian buat sementara.
Tapi mak sentiasa keseorangan.
Kamu dengan Yi Gyeong berbincang dengan baik?
Jangan terlalu berkasar dengan Yi Gyeong. Yi Gyeong, dia...
Mak nak saya jadi macam mak dan ayah?
Gang Ju.
Jangan cuba gunakan pagar mak untuk mengunci saya.
Benda tak akan jadi macam yang mak harapkan.
Abang ada teman wanita?
Tali leher ini... Betul kan?
Siapa berikan abang tali leher ini? Daripada siapa?
Nanti.
Apa yang kamu buat di sini?
Mak tahu siapa berikan ini kepada abang?
Du Rim berikan itu kepada Yi Hyeon sebagai hadiah hari lahir.
Apa? Du Rim?
No comments yet. Be the first to leave one.