The first 200 lines.
Awak tahu lebih ramai bijak IQ tinggal di China...
berbanding penduduk di Amerika?
Tentu tak benar.
- Benar. - Apakah faktornya?
Pertama, ramai orang tinggal di China.
Ini persoalan saya.
Bagaimana nak bezakan diri awak dalam populasi...
yang mendapat 1,600 dalam ujian SAT?
Saya tak tahu mereka ambil ujian SAT di China.
Saya tak cakap tentang China.
- Saya cakap tentang diri saya. - Awak dapat 1,600?
Ya. Saya boleh menyanyi dalam kumpulan acapela .
- Tapi saya tak boleh menyanyi. - Maksudnya tiada yang salah?
Boleh sertai pasukan mendayung atau cipta komputer harga 25 dolar.
- Atau diterima ke kelab terakhir. - Ya, betul.
Kadangkala wanita berpendapat yang tak menyanyi dalam acapela ...
- adalah perkara yang baik. - Ini serius.
Tapi saya suka lelaki yang sertai pasukan mendayung.
- Saya tak boleh sertainya. - Saya bergurau.
- Ya. Ujian saya semua betul. - Awak pernah cuba?
- Saya sedang mencuba. - Cuba sertai pasukan mendayung?
Cuba sertai kelab akhir. Pasukan mendayung?
- Awak berdelusi? - Awak cakap dua perkara serentak.
Saya tak pasti yang mana satu topiknya.
Tapi awak pernah lihat lelaki yang sertai pasukan mendayung, bukan?
- Tak pernah. - Mereka lebih besar daripada saya.
Mereka atlet kelas dunia. Tadi awak cakap suka mereka.
Saya andaikan awak pernah jumpa dengan mereka.
Saya maksudkan ideanya. Seperti gadis sukakan koboi.
Okey.
- Nak pesan makanan? - Awak nak cakap topik lain?
Tak, disebabkan salah faham tentang kelab akhir tadi...
saya rasa tak perlulah.
Benarkah ramai orang bijak IQ di China?
Phoenix mempunyai paling berbeza.
Kelab Fly. Roosevelt ajak Porc.
- Kelab yang mana satu? - Porcellian adalah kelab terbaik.
- Roosevelt yang mana? - Theodore.
Betulkah mereka hantar bas untuk jemput para gadis yang nak...
berparti bersama pengerusi persekutuan?
Sebab itulah penting untuk sertainya.
Jadi apa cara termudah untuk sertai?
- Kenapa awak tanya begitu? - Saya hanya tanya.
Tiada cara mudah. Itulah masalahnya.
Kawan saya, Eduardo bertaruh 300,000 dolar...
untuk masa depan minyak pada musim panas...
dan Eduardo tak dapat apa pun.
Kebolehan menghasilkan wang tidak mengagumkan sesiapa di sini.
Tentu bagus.
Dia dapat 300,000 dolar dalam satu musim panas?
- Dia suka meteorologi. - Awak kata masa depan minyak.
Awak boleh jangka harga minyak panas kalau awak boleh ramal cuaca.
Saya rasa awak tanya saya begitu...
kerana awak fikir mudah untuk sertai kelab akhir...
dan mungkin saya ada peluang terbaik.
Saya... Apa?
Awak nak tahu cara mudah menyertainya...
sebab awak fikir itulah peluang terbaik saya.
Cara paling mudah untuk sertainya...
adalah apabila semua orang memiliki peluang terbaik.
Awak tak tanya yang terbaik. Awak tanya yang paling mudah.
Saya hanya tanya saja. Saya cuma nak tahu.
- Mark, saya tak berkias. - Erica.
Awak taasub dengan kelab akhir.
Awak terlalu fikirkannya...
dan awak kena dapatkan nasihat tentangnya dan dapatkan ubat.
Buta adalah salah satu daripada kesan sampingannya.
Kelab akhir. Salah penggunaan perkataan.
Ada perbezaan di antara taasub dan dimotivasikan.
- Ya, memang pun. - Awak cakap dalam kod.
- Saya tak maksudkan begitu. - Saya kena buat sesuatu...
untuk dapatkan perhatian kelab- kelab itu.
- Kenapa? - Sebab ia eksklusif...
menyeronokkan dan menuju ke arah hidup yang lebih baik.
Teddy Roosevelt tak dilantik sebagai presiden...
sebab dia ahli Kelab Phoenix.
Dia ahli kelab Porcellian. Serta dia dilantik.
Apa kata awak tumpukan untuk menjadi sebaik mungkin?
- Benarkah awak cakap begitu? - Saya bergurau.
Walaupun sesuatu itu lapuk, ia tak semestinya benar.
Saya cuba berterus terang dengan awak...
dan saya nak awak lebih menyokong saya.
Jika saya dapat, saya akan bawa awak ke majlis dan perjumpaan.
Awak akan bertemu dengan orang yang takkan awak jumpa.
- Awak nak buat begitu untuk saya? - Kita pasangan kekasih.
Okey.
Saya nak berterus terang dengan awak...
dan saya nak awak tahu bahawa kita dah berpisah.
- Apa maksud awak? - Kita bukan lagi kekasih. Maaflah.
- Awak bergurau? - Saya tak bergurau.
Awak nak berpisah dengan saya?
Awak nak kenalkan dengan orang yang saya takkan jumpa?
Apa maksudnya?
- Bertenang. - Apa maksud awak?
Erica, kita duduk di sini pun...
sebab awak pernah tidur dengan penjaga pintu itu.
Penjaga pintu? Nama dia Bobby.
Saya tak pernah bersama dia.
Dia kawan saya dan dia berhak dihormati oleh semua.
Awak dari Long Island mana? Wimbledon?
- Tunggu dulu. Betulkah? - Saya nak balik. Ya!
- Saya minta maaf, okey? - Saya nak pergi belajar.
- Erica? - Ya?
- Maafkan saya. - Saya hargainya.
- Tapi saya nak pergi belajar. - Tak perlu belajar. Mari berbual.
- Tak boleh. Kerana memenatkan. - Kenapa?
Bercinta dengan awak sama seperti bercinta dengan StairMaster.
Maksud saya, awak tak...
Saya tak komen penampilan awak. Saya cuma cakap awak belajar di B.U.
Saya bercakap tentang fakta. Maafkan saya kalau saya biadab.
- Saya nak pergi belajar. - Tak perlu.
- Kenapa asyik sebut itu saja? - Sebab awak pelajar B.U.
Awak nak makan?
Maaflah jika awak tak kagum dengan pendidikan saya.
Maaf sebab tiada perahu dayung.
- Jadi, adillah. - Lebih baik kita berkawan saja.
- Saya tak nak berkawan. - Saya hanya bersopan.
Saya tak berniat nak berkawan dengan awak.
Adakah saya tertekan sekarang dari kelas OS saya...
dan boleh kita pesan makanan?
Awak akan menjadi pengatur cara komputer yang berjaya nanti.
Tapi, awak akan hidup dengan berfikir yang gadis tak suka awak...
sebab awak ulat buku.
Saya nak awak tahu yang itu sama sekali tidak benar.
Perempuan tak suka awak sebab awak kurang ajar.
Universiti Harvard Musim luruh 2003
8:13 malam
Erica Albright memang perempuan yang teruk.
Sebab keluarganya tukar nama daripada Albrecht?
Atau sebab semua perempuan B.U. tak guna?
Untuk makluman semua, dia mungkin nampak macam saiz 34C.
Tapi dia mendapat bantuan daripada rakan kita di Victoria's Secret.
Saiznya 34B. Tiada apa pun di situ.
Penipuan semata-mata.
9:48 malam
Sebenarnya, wajahnya cantik.
Saya kena buat sesuatu untuk melupakannya.
Mudah saja sebenarnya. Saya cuma perlukan idea.
Saya agak mabuk. Saya takkan tipu.
Siapa peduli...
kalau belum pukul 10 malam dan malam Selasa?
Facebook Kirkland terbuka di komputer saya.
Kebanyakannya mempunyai gambar profil yang dahsyat.
Alamak!
Billy Olson beri idea untuk letak gambar mereka...
sebelah haiwan ternakan...
dan suruh orang undi siapa yang lebih cantik.
Bagus, Olson!
Sudah mula. Saya takkan buat haiwan ternakan.
Tapi saya suka idea membandingkan dua orang.
Ia memberikan perasaan Turing, memandangkan undian orang...
terhadap gambar itu akan menjadi lebih tersirat...
contohnya memilih nombor untuk mewakili kecantikan setiap orang...
Perkara pertama yang kita perlukan adalah gambar yang banyak.
Malangnya Harvard tak menyimpan Facebook pusat.
Saya kena dapatkan semua gambar dari setiap rumah.
Mari mulakan sesi menggodam.
Pertama, Kirkland.
Mereka biarkan semuanya terbuka dan benarkan...
indeks dalam konfigurasi Apache.
Hanya memerlukan magik Wget untuk muat turun...
seluruh Facebook Kirkland.
Mudah saja!
Seterusnya, Eliot.
Mereka juga terbuka. Tapi tanpa indeks Apache.
Saya boleh lakukan pencarian kosong dan ia kembalikan...
semua imej dalam pangkalan data dalam satu ruangan.
Saya boleh simpan halaman dan Mozilla simpan...
semua imej untuk saya.
Cemerlang. Gambar seterusnya.
Perhatian, semua!
Kamu berada di kelab tertua dan paling eksklusif...
bukan saja di Harvard, tapi di dunia.
Saya nak mengalu-alukan kamu ke parti pertama...
semester musim luruh Kelab Phoenix!
Lowell ada keselamatan.
Ia memerlukan kombinasi nama dan kata laluan.
Saya akan katakan mereka tiada laluan untuk pangkalan data FAS utama.
Jadi, mereka tak dapat kesan pencerobohan.
Adam tiada keselamatan.
Tapi mengehadkan jumlah keputusan kepada 20 setiap halaman.
Saya hanya perlu rungkaikan skrip sama pada Lowell dan selesai.
Quincy tiada Facebook dalam talian. Sangat mengecewakan.
Tiada apa saya boleh buat.
Dunster ketat.
Bukan saja tiada panduan umum. Tapi tiada panduan langsung.
Saya perlu cari dan kalau keputusannya...
mempunyai 20 persamaan, tiada apa dipamerkan.
Apabila dapat keputusan, ia tak dihubungkan terus kepada imej.
Ia dihubungkan ke PHP yang menghantarnya semula.
Pelik. Ia mungkin sukar.
- Saya akan buat nanti. - Minggu Jerung dah mula.
- Apa? - Jerung putih. Ikan cantik.
Leverett lebih baik. Mereka masih buatkan kita mencari.
Tapi anda boleh gunakan pencarian kosong...
dan dapat pautan ke halaman setiap gambar pelajar.
Mereka cuma benarkan anda lihat gambar satu persatu.
Tak mungkin saya akan lihat 500 halaman...
untuk muat turun gambar satu persatu.
Jadi saya perlu pecahkan Emacs dan mengubah skrip Perl.
No comments yet. Be the first to leave one.