The first 200 lines.
Kami akan tiba dalam 20 minit.
Penderma dalam keadaan baik.
Helo?
Bekalan elektrik terputus lagi?
Laporan membuktikannya.
Penderma bunuh diri.
Dia masih muda, kenapa?
Entahlah.
Mana Dr. Oh? Dr. Oh!
- Sini. - Ya Tuhan!
Helo, tuan!
Apa statusnya?
Kita perlu mulakan pembedahan.
Apa itu? Tanda lahir atau tatu?
Tatu.
- Saya macam kenal dia. - Saya juga.
Mungkin dalam buku sejarah?
Berdoa.
Dicintai dan dirindui seseorang,
Penderma taburkan bunga cinta
dan tinggalkan dunia ini.
Tangan saya lenguh.
Badannya macam besi.
Berapa pisau kita patahkan?
Adakah dia adiwira?
Ya Tuhan!
Kenapa?
Raksasa!
Tikus?
- Keluar! - Jangan!
- Keluar! - Jangan!
Lekas!
Air!
(Berita: Wira Adikuasa di lokasi kebakaran kilang tayar)
(Ditulis dan diarahkan oleh Kang Hyeong-cheol)
Awak tak sakit langsung?
Tidak. Berapa kali nak saya katakan?
Biasanya, itu mustahil.
Awak sepatutnya muntah, air liur meleleh, dan lain-lain.
Dengan jantung penderma ini,
awak sihat terus?
Peliknya.
Bukankah bagus dia tak sakit?
Betul.
Saya lega dia sihat,
tapi saya risau jika ada masalah lain.
Jadi, saya boleh pulang atau tak?
Boleh, jika awak dah sihat.
Apa itu? Bila kamu buat tatu?
Entahlah.
Mungkin kesan pembedahan.
Kamu berkawan dengan orang jahat di hospital?
Saya mana ada kawan!
Jangan menjerit, makan elok-elok.
Lihat? Nadi kamu dah lebih 90!
Alahai, ayah.
Jangan beli barang mahal sebegini.
Ayah tak ada duit.
Siapa kata?
Kalau kamu nak apa-apa,
beritahulah.
Saya nak buat sesuatu.
- Cakaplah. - Nak mulakan Tae kwan do semula.
Tak boleh.
Ayah kata apa-apa saja!
Bukan Tae kwan do. Bahaya!
Doktor kata saya boleh berlari sikit-sikit.
Apa dia tahu? Ayah lebih mengetahui.
Kenapa beri saya jantung kalau berlari pun tak boleh?
Masuk kolej nanti, kamu boleh buat Pilates.
- Ayah! - Dengar sini!
Setiap kali ayah terkenang serangan jantung kamu
di pertandingan itu,
ayah ketakutan.
Ibu kamuโฆ
Dia meninggal kerana serangan jantung.
Atuk kamu juga.
Kalau ayah hilang kamu juga,
ayah tak boleh teruskan hidup!
Young-chun abadi, Tuhan Baharu dibangkitkan.
Abadi selamanya, tubuh yang unggul.
Young-chun abadi, Tuhan Baharu dibangkitkan.
Abadi selamanya, tubuh yang unggul.
Ya, Tuan.
Saya tahu.
Organ bukannya bateri,
tetapi dia asyik menukarnya.
Kali ini pankreas pula.
Nasib baik, ayah mungkin
tak selamat kali ini.
Apa pun,
awak dapat semuanya sebelum kebangkitan semula.
Jangan nak potong harga.
Abadi selamanya, tubuh yang unggul!
Young-chun abadi, Tuhan Baharu dibangkitkan!
Abadi selamanya, tubuh yang unggul!
Young-chun abadi, Tuhan Baharu dibangkitkan!
Laparlah. Bawakan daging panggang.
Abadi selamanya, tubuh yang unggul!
Lebih kuat!
Mari kita tawan dunia!
(Adiwira Barcelona 1992 Tuan Park Jong-min)
(Kejohanan kanak-kanak kebangsaan, juara 5 kali, Park Wan-seo)
- Ayah. - Tak boleh.
Saya tak tanya lagi.
Kamu tak boleh buat tae kwan do.
Bukan begitu.
Kamu berlari semasa sesi jasmani?
Nadi kamu naik tadi.
Lagi sekali!
Saya tak berlari...
Habis, kenapa siap berkasut?
Lagi sekali!
Sudahlah.
Hentikan atau saya buang benda ini!
Ayah nak keluar malam ini.
Beli kasut baharu, kemudian pulang.
Beli makanan sihat dengan kawan-kawan awak.
Kelas tamat!
- Sopan dan berani! - Saya tiada kawan.
Tae kwan do!
Bagus!
Joong-pil!
Denda 50 sepakan sebab awak lewat.
Tae kwan do! Tuan!
Saya baru nak telefon
dan beritahu kenapa tak cukup $100.
Hei, budak!
Awak tak boleh sepak elok-elok?
Saya boleh buat sepakan 540 darjah sebaya awak dulu.
Ke tepi.
Ini untuk bantu awak.
Berdiri tegak, pandang sasaran dan sepak!
Joong-pil. Cakap awak yang buat, okey?
Kenapa?
Ayah.
Kita ada budak yang berbakat besar!
Tae kwan do!
Hei, lekas tangkap dia!
Maaf!
Lekas!
Dapat awak!
Dapat awak!
- Awak lembab! - Mana ada!
(Ayah: Jangan berlari dengan kawan-kawan!)
Dr. Song kata,
makanan berlemak tak elok untuk pankreas.
Buka mulut!
- Choon-hwa. - Ya, ayah.
Pasti sukar
jaga ayah selama ini.
- Ayah minta maaf. - Tak apa.
Ayah kena sihat untuk memberkati pengikut.
Ayah kena hidup supaya semua makhluk...
Tahu kenapa manusia istimewa?
Walaupun sedang koma dengan alat pernafasan,
kita masih dapat mendengar.
Semasa atuk kamu koma,
ayah banyak memburukkan dia.
Dia pasti dengar segalanya!
Ayah mengaku,
ayah anak paling teruk di dunia.
Bagaikan enjin.
(Pengarah Hospital Saeshin Song Ho-rim)
Kereta dan bahagian lain ditukar
kepada kereta berkuasa tinggi.
Hanya dengan pemindahan pankreas?
Saya patut lakukannya juga.
Saya rasa
pendermanya bertubuh luar biasa.
Mungkinkah dia ada adikuasa?
(Cara Menulis Lakon Layar Diminati Ramai)
Ayah kata jangan Tae kwan do!
Kenapa masih beruniform?
Selesa.
Doktor kata pakaian selesa
elok untuk jantung.
Kamu masih tak boleh Tae kwan do!
Jangan berlari, jalan perlahan-lahan!
Okey!
Awak asyik merayau-rayau di sekitar
gim kami sejak minggu lepas.
Awak penayang, pengintip, atau jatuh cinta dengan saya?
Ketiga-tiganya ialah jenayah!
Aduh, tangan saya!
Tangan saya!
Kuatnya awak.
Saya patut jumpa doktor.
Tolonglah!
Ini baru kena cubit dengan budak sekolah saja!
Kenapa budak sekolah cakap kasar sangat?
Atuk jaga saya
semasa saya mula belajar bercakap.
Awak tak tahu kemampuan awak?
Saya fikir
saya baru matang.
Tak tahu pula saya ada adikuasa.
Ibu awak tahu?
Saya tiada ibu.
Ayah?
No comments yet. Be the first to leave one.