The first 200 lines.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
3654. Ada insiden kejar-mengejar di luar Taman PNC.
316 di Lebuh Stockton. Dia menuju ke sana.
438972. Gambaran suspek, jaket hitam, seluar hitam.
Datuk bandar mahu bandar ditutup. Ulang, bandar perlu ditutup.
Berita faham.
Suspek berlari. Diulangi, berlari.
Boleh sahkan lokasi suspek?
Kami dapat melihat suspek.
Laporan, 3227.
Perhatian, suspek masuk ke Taman PNC.
Suspek tak dikenali bawa beg galas mencurigakan ke PNC.
- Arah pukul tiga! - Dia melarikan diri.
Ada peronda di udara? Saya di bangunan.
Ke tepi!
Ini Unit Satu-Dua. Berita diterima. Negatif.
Suspek belum dilihat. Belum dapat kenal pasti.
Suspek berada di bumbung.
Polis mengejar.
Ray!
Ikut saya, okey?
Saya nak bantu.
Ia dah berakhir.
Cuma…
Ini tak sepatutnya terjadi.
Tidak!
Masa silam ibarat mimpi.
BEBERAPA TAHUN SEBELUMNYA
Ada kenangan yang membentuk kita,
menjadikan diri kita sekarang.
Kepingan imej dan perasaan
yang tunjukkan kebenaran tentang diri terkini kita.
Walaupun butirannya kabur seiring masa.
Kamu tahu ini milik kamu?
Apa yang awak pandang?
Saya pandang awak.
Mak sayang kamu.
Sayang mak juga.
Setelah masa berlalu, kita sedar
pengalamanlah yang menjadikan diri kita.
KECEMASAN
- Hei, Amanda. - Hai.
En. Cooper.
Ia dah kembali?
Ya. Kita boleh pertimbangkan pilihan,
tapi Infirmam cara paling berkesan untuk kanser jenis ini.
Kita dah manfaatkan semuanya.
Kesakitan itu merapatkan kami.
Dan melihat dia membesar
umpama menemui diri saya lagi.
Kejutan!
Nah. Ini untuk kamu.
Ia tak seberapa, tapi itu saja yang ada di kedai hadiah.
- Namanya Paloma. - Mak, ia sempurna.
Terima kasih, mak.
Kadangkala saya nak tahu.
Adakah ini kenangan saya?
Atau kenangan dia?
Pusing lagi pinggul awak!
Tumbukan padu.
- Tangan lurus supaya tak lemah. - Takkan!
Tiada peraturan dalam perlawanan dan…
Lawan secara adil!
Macam mana kita nak menang?
- Lawan dengan lebih kuat. - Betul.
Biar saya latih dia. Dia ada bakat.
Begitulah si manis ayah.
Selesai.
Terima kasih.
Ibu bapa dan anak-anak.
Di mana kita berhenti dan mereka bermula?
En. Cooper. Ray.
- Doktor. - Saya ada berita baik.
Kami baru dapat maklumat Infirmam versi generik
dipanggil Spero dalam peringkat akhir kelulusan FDA.
Ini berita baik, Ray.
Kamu buat ini?
- Kamu buat, ya? - Apa?
Ini hajat hari jadi kamu, bukan?
Ayah sayang kamu. Mari beritahu mak.
Dia patut mula ambil ubat baru.
Awak tahu bila patut beri?
Awak perlu bercakap dengan Dr. Wu.
Ayah, apa yang berlaku?
Dr. Wu?
Dr. Wu!
Hai, Ray.
Apa ini? Awak kata Amanda patut mula ambil Spero tak lama lagi.
Maafkan saya.
Amanda ada dalam senarai pesakit saya.
Syarikat yang buat ubat generik itu
membatalkannya dari pasaran.
Apa maksud awak?
BioPrime, pembuat Infirmam,
bayar pengilang untuk tangguh keluaran Spero.
- Tangguhkan? - Berapa lama?
Selamanya.
Ray.
Awak kata isteri saya akan selamat.
Saya nak sampaikan berita sama pada tiga pesakit lain,
dua daripadanya kanak-kanak.
Saya minta maaf.
Maafkan saya.
Selamat kembali. Bagi yang baru menonton, saya bersama CEO BioPrime Simon Keeley
dan Ahli Kongres Pennsylvania Diana Morgan.
Ahli Kongres Morgan,
kenapa awak datang hari ini?
Saya selalu menentang kumpulan farmasi
dan syarikat besar seperti BioPrime.
Dengan segala hormatnya,
BioPrime tak seperti syarikat farmaseutikal lain.
Saintis kami telah mencipta
rawatan paling berkesan dalam melawan kanser.
Khususnya dengan Infirmam, ubat yang memanjangkan jangka hayat
pada 86 peratus pesakit yang dirawat.
En. Keeley, bukan keberkesanan yang dipersoalkan.
Ini amalan perniagaan syarikat.
Saya percaya kita ada hak asasi manusia
untuk ubat selamat dan berpatutan.
Tajuk perbincangan
penjagaan kesihatan sebagai hak asasi manusia.
Ubat-ubatan kami
mengutamakan soal penyelidikan dan sains.
Pelaburannya bukan saja berisiko,
tapi ia sangat mahal.
Baik. Kita ada pemanggil yang mahu beri pendapat.
Boleh jelaskan sebab saya tak faham.
Kos sebiji pil yang mahal itu mengarut.
Ya, ini masalah yang rumit.
Jangan terpedaya dengan tajuk perbincangan
ahli politik dari Washington.
En. Keeley, mengikut dokumen dalaman awak,
kos keseluruhan rawatan hanya bernilai empat dolar.
Betul kata awak. Rawatannya bernilai empat dolar.
Tapi pelik yang awak tak sebut berbilion dolar dibelanjakan…
- Nama awak? - Ray Cooper.
…rebat, diskaun syarikat insurans, pemborong. Begini,
saya di sini kerana BioPrime
komited untuk menyembuhkan dunia.
Jika lihat jumlahnya, itulah yang kita buat.
- Bukan itu yang awak buat. - Baiklah.
Pemanggil seterusnya dari Pittsburgh.
Ray, ada pendapat untuk En. Keeley?
Isteri saya tenat di hospital sebab awak batalkan ubat Spero.
Membayar pesaing untuk tangguhkan jenama generik ubatan?
Itu tak bermoral, En. Keeley.
Begini, Ray…
Saya nak bercakap dengan Ray.
Dengar sini.
Pertama sekali, saya bersimpati
tentang isteri awak.
Percaya atau tidak,
BioPrime berdedikasi untuk menyelamatkan nyawa.
Selamatkan nyawa? Lebih kepada dapatkan keuntungan.
Kami dah biaya semula rumah. Saya kerja syif berganda.
Awak rampas semua daripada saya!
Ray,
realitinya ialah kanser
masih umpama hukuman mati.
Dalam jangka pendek, apa kita akan beri?
Berapa kos
untuk luangkan sedikit masa dengan yang tersayang?
Setahun, sebulan, sehari?
Mustahil untuk letakkan harga.
Jika isteri saya mati,
awak akan mati.
Saya sendiri akan buru dan bunuh awak.
Ayah?
Apa yang awak pandang?
Saya pandang awak.
Oh, Tuhan!
Tidak!
Tak mungkin!
Tak guna!
Selamat jalan.
ENAM BULAN KEMUDIAN
Celaka.
Apa? Bil hospital?
Letak di bawah timbunan kertas.
Kita tak boleh abaikannya.
Boleh. Kita undi penjagaan kesihatan sejagat.
Cakap saja ini pendirian politik kita.
Kita tak boleh makan itu tiga malam berturut-turut.
Ayah juga suka benda ini.
Tak mungkin. Kita akan makanan bersayur.
Kentang goreng tak dikira.
Tidak. Berhenti.
Jangan geletek ayah.
Sudahlah.
- Helo? - Ray Cooper?
Saya Martin Bennett. Wartawan Vice.
Saya tulis tentang BioPrime dan lihat perbualan awak dengan Simon Keeley.
Apa yang awak nak?
Saya boleh bantu cari keadilan untuk isteri awak.
Tak boleh. Saya dah cuba.
Saya ada bukti yang jenayah telah dilakukan.
Jenayah yang boleh memenjarakan orang berkuasa.
- Keeley? - Siapa itu?
Terutamanya Keeley. Kita perlu bersemuka.
- Cakap sekarang. Saya dengar. - Bukan melalui telefon.
No comments yet. Be the first to leave one.