The first 200 lines.
Ambil. Makan sementara masih panas.
- Saya seronok malam tadi. - Saya juga.
Saya maksudkan filem itu.
Ya, tentulah.
00 MALAM
IPAD INI TIADA SANDARAN SELAMA 151 HARI
Jadi…
KATA LALUAN APPLE ID
…hari pertama kembali ke hospital. Awak gemuruh?
Sedikit.
Hei. Saya bangga awak buat begini.
Terima kasih. Saya maksudkannya.
Okey. Kita jumpa malam ini.
Saya ada makan malam bersama Caroline.
Betul. Sampaikan salam saya pada dia.
Awak tentu hebat.
Sayang awak.
Saya sayang awak.
Hentian seterusnya, Civic Center.
Saya sangat gembira awak kembali, Sophie.
Awak tahu kebanyakan isteri dermawan yang kaya
datang ke sini hanya untuk berlagak tentang kerja yang dilakukan,
tapi awak ambil masa untuk kenal pesakit. Dengar kisah mereka.
Mereka terus rasa seperti mereka kenal awak.
Kata-kata awak itu sangat baik.
Awak nampak lebih tenang.
Baik, awak boleh masuk ke sini?
Ya. Ia disengajakan. Nadi sangat lemah.
Tuan, awak mengikut jalan mana?
Awak perlu keluar dari lorong ini.
- Ini jalan terpantas. Jangan risau. - Tak, awak tak faham.
Jalan ini melalui jambatan. Saya tak boleh lalu di atas air.
Tolong berhenti.
Saya mahu keluar.
- Hei, awak buat apa? - Saya mahu keluar!
Baiklah. Saya dah buka.
Pintu dah dibuka. Pergi.
Ke tepi.
- Perempuan tak guna, ke tepi. - Bedebah!
…ke tepi!
Saya bermimpi lagi malam tadi.
Ia ingatan pertama awak.
Awak akan selalu mengingatinya
walaupun ia menyakitkan.
Jika saya boleh ingat detik itu.
Sophie, awak tahu ia mustahil disebabkan kecederaan awak.
Ini sebahagian daripada keadaan awak.
Awak perlu terima hakikat yang kebanyakan ingatan awak
hilang selama-lamanya.
Awak tahu perasaan tak dapat ingat sesuatu?
Ia seperti saya menjalani kehidupan orang lain
dan orang di sekeliling saya teruskan kehidupan seperti tiada apa-apa berlaku.
Awak beritahu perasaan awak pada James?
Saya tak boleh beritahu kejadian hari ini pada dia.
Ada terapi baru dipanggil suap balik neuro.
Ia boleh bantu serangan panik ini. Saya boleh aturkan untuk awak.
Ya, saya boleh cuba.
Saya mahu beritahu awak sesuatu
tapi saya tak mahu awak salah faham.
Okey.
Ada banyak cara untuk membunuh diri.
Awak terjun dari bot di tengah-tengah lautan.
Awak dapat hidup ialah satu keajaiban.
Awak tetapkan matlamat
dan awak lakukannya dengan cara paling hebat dan teliti.
Itu menggambarkan sesuatu tentang awak.
Awak penuh keazaman.
Keazaman itu yang akan bantu awak
untuk pulih.
Bagaimana saya mahu pulih
jika saya tak ingat membuat pilihan itu?
Mari cuba ini.
Beritahu saya, apa yang teruk tentang situasi awak?
Awak ada rumah yang cantik, kawan dan suami yang sayangkan awak.
Betul. Saya tak faham itu.
Jika kehidupan saya sempurna, kenapa saya cuba bunuh diri?
Itu botol kedua atau ketiga?
Siapa peduli?
Berkahwin memang bagus, tapi ia agak sama dan membosankan.
Kalau awak faham.
- Ya. - Ya.
Ya. Terima kasih.
Sophie, tak sangka awak ada di sini. Gembira dapat jumpa awak.
- Awak nampak cantik. - Betul.
Awak dah kurus?
Dia beli Peloton.
Peloton? Oh Tuhanku!
Awak ada Peloton, bukan?
- Oh Tuhanku. Saya perlu beli satu. - Ya, ia hebat.
Saya selalu luangkan masa bersama mereka?
Ya. Kenapa?
Saya rasa terasing. Itu saja.
Maaf kerana kata begini, tapi awak tiada kawan lain.
Semua orang benci awak. Awak sangat cantik.
Okey, ada seorang lelaki di bar
yang memandang awak sepanjang malam ini.
Awak mengarut.
Saya tak rasa begitu.
Awak kenal dia?
Tak.
Awak bangun awal.
Saya tak boleh tidur.
Apa itu?
Saya tak tahu.
Ia ada di dalam almari.
Awak sukakannya?
Saya tak biasa melihat awak berpakaian seksi.
Saya suka…
gaun ini.
Ia padan dengan awak.
Ini untuk apa?
Majlis pelabur di firma.
Saya jumpa jemputan itu.
Saya fikir awak tak mahu pergi.
Marilah pergi.
Betulkah?
Ya. Betul kata awak. Saya perlu mula bergaul semula.
Saya berjanji ia tentu seronok.
Awak mungkin tak ingat ini
tapi saya boleh menari dengan baik.
Awak mahu lihat?
Ia seperti tarian bahu.
Pakai gaun bercorak bunga itu, okey?
Kita jumpa malam ini.
Sophie.
Maaf. Saya kenal awak?
Ya.
Awak ada di restoran sebelum ini.
Kita perlu berbincang.
Siapa awak?
Suami awak datang.
Dia bukan seperti yang awak sangkakan, okey?
Dia tak beritahu awak segala-galanya.
Apa maksud awak?
Awak pernah fikir ada perkara lain berlaku di bot pada hari itu?
Belok kiri di Fremont Street? Terima kasih.
Siapa itu?
Soph, awak bercakap dengan siapa?
Dia cuma bertanya arah.
Okey. Ayuh.
Awak okey?
Ya. Kenapa?
Awak nampak susah hati.
Saya okey.
- Ya? - Marilah.
Awak mahu minum champagne?
James. Sophie. Kamu datang.
Sudah lama tak berjumpa.
Tempat ini sangat cantik.
Ya. Tentulah.
Idea bagus untuk mengadakan parti di sini. Saya tak terfikir begitu.
Saya minta diri.
Kamu tentu mahu bincang tentang kerja.
Awak okey?
Bukankah kamu berkahwin di sini?
Ya.
Saya tak sangka awak datang.
Bagaimana keadaan awak?
Baik. Saya tahu ini kedengaran mengarut, tapi…
kadangkala saya rasa semua ini seperti peluang kedua kami.
- Awak faham? - Uh-huh.
Kami boleh ubah diri kami.
Lupakan semua kesilapan kami sebelum ini dan bermula semula, ia…
Entahlah.
Saya tentu dah lama hilangkan diri, tapi…
- Ya… - Hei, saya tak berguna.
Ya.
Hei.
Sophie. Saya suka gaun itu.
Pandangan awak pelik. Apa saya dah buat?
Apa? Tidak.
Champagne awak. Maaf.
Maaf.
Apa yang terjadi?
Awak terjun.
Sophie, saya dengar awak dah kembali. Apa khabar?
Baik, terima kasih.
744. 602.
Malam yang panjang?
Dua syif berturut-turut. Saya kepenatan.
Sunyi di sini. Pergi minum kopi. Saya akan jaga kaunter.
Terima kasih.
REKOD PESAKIT
CARI PESAKIT
NAMA PERTAMA SOPHIE
PUSAT PERUBATAN CALIFORNIA PACIFIC
RINGKASAN PENJAGAAN ER/ICU/PASCATRAUMA ER/PESAKIT LUAR
KECEDERAAN PESAKIT SEJAJAR DENGAN CUBAAN MEMBUNUH DIRI.
ELLIS, SOPHIE - W ORANG HUBUNGAN KECEMASAN JAMES ELLIS
PESAKIT DIMASUKKAN DENGAN KERETAKAN PADA ULNA KANAN
PUNCA RETAK TIDAK JELAS ATAU DIDEDAHKAN OLEH PESAKIT.
KEMUNGKINAN KEGANASAN RUMAH TANGGA .
TINDAKAN SUSULAN JIKA BOLEH.
Aduhai, Sophie! Awak tak nampak lampu panggilan menyala?
Oh Tuhan. Saya minta maaf.
Jangan risau.
Ia mungkin En. Greene yang mahu jus lagi.
Saya akan periksa dia. Maaf sekali lagi.
Bagaimana dengan hospital?
Baik.
No comments yet. Be the first to leave one.