The first 200 lines.
Pernahkah anda rasa sunyi semasa kecil?
Sudah tentu ada, agaknya...
...seperti dia.
Saya pula ada masalah lain.
Masalah saya ialah, saya tak tahu nak pilih siapa.
Semasa di sekolah menengah...
...saya menjadi perhatian ramai...
...bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
Sayalah budak yang paling popular di sekolah.
Cinta datang kepada saya dengan mudah.
Sebab ia berada di sekeliling saya, termasuk ulat buku ini.
Que, saya Big. Saya yakini awak.
Boleh benarkan saya sertai kumpulan awak?
Saya sanggup buat apa-apa sahaja.
Jika nak sertai kumpulan kami, tunjukkan keberanian awak.
Ada seekor penyu di kolam ini.
Tangkapnya dan saya akan benarkan awak sertai kami.
Baguskah idea itu? Dia mungkin lemas.
Dia tak beranilah.
Dia berenang di sana!
Pergi.
Saya dah berjaya!
Tak guna!
Boleh saya sertai kumpulan awak sekarang?
Tidak boleh!
Ayuh, Jo. Apa yang disedutnya?
Ayuh.
Tak guna!
Ikan di kelangkangnya menghantui saya.
Que.
Itulah dia, yang terakhir hari ini.
Saya nak beritahu awak sesuatu.
Saya nak beritahu awak...
...saya suka awak dan...
Tunggu!
Saya tengok awak sejak awak masih kecil.
Saya tahu apa pendapat awak terhadap saya.
Inilah jawapan saya dari hati saya.
Oh, Que.
"Teruslah bermimpi, si gemuk"
Ingat kata-kata saya, Que. Apabila saya dah besar...
...walaupun jika awak merangkak, merayu saya untuk mencintai awak...
...saya takkan terima cinta awak.
Biar saya siram air pada awak dulu supaya awak cepat membesar.
Nah, membesarlah. - Membesarlah.
Membesarlah! - Tidak, Que. Tidak!
Itulah zaman kanak-kanak saya yang indah.
Helo. Uji. 1 , 2.
Ayuh. Okey. Dah sedia.
Super Sucker!
Minta perhatian para pengunjung.
Tengok ini! Rekaan pam air yang terkini!
Super Sucker!
Anda tertanya-tanya, apakah benda ini.
Super Sucker! Model terkini daripada Syarikat Sucker!
Benda hebat di tangan saya ini ialah...
...mesin penyedut yang terkini di dunia!
Super Sucker!
Tengok ni! 1 , 2!
Mungkin ada sedikit masalah elektronik. Tunggu sekejap.
Apa awak buat?
Muka saya!
Saya hanya penjual pam air.
Saya mungkin kurang dapat perhatian...
...tetapi bukannya langsung tiada.
Nak beli pam air?
Awak gila!
Dah jual berapa unit?
Tiga.
Sungguh tragis.
Terima kasih.
Saya akan sediakan mi cawan untuk awak lain kali.
Awak kata ini tragis?
Hei, Que. Saya ada aplikasi baru.
Aplikasi apa? - Aplikasi malaikat.
Tengok, saya ambil gambar semua gadis.
Tassanee, tengok.
Sekarang pukul berapa?
Apa kena dengan awak?
Kopi?
Mengapa awak masih main-main?
Mari sini, cepat.
Apa hal, Mew? - CEO baru akan datang.
Siapa?
Anak lelaki tauke akan uruskan syarikat ini.
Tak baca papan buletin?
Dah beberapa hari berita itu.
Dialah yang mereka pam air Super Sucker itu.
Itulah dia.
Awak Que?
Ya, saya.
Saya Big.
Awak tak ingat saya?
Si Tak Guna!
Encik Big. Lama tak jumpa. Saya amat rindukan awak.
Yalah.
Que paksa awak tangkap penyu di dalam kolam...
...dan kami tak jumpa awak sejak itu lagi.
Bodoh! - Apa?
Mengapa awak hilangkan diri, Encik Big?
Saya tarik diri.
Siapa yang boleh tahan?
Semua orang di sekolah panggil saya Si Tak Guna.
Terima kasih kepada awak, Que.
Awak beri saya idea bagi rekaan produk.
Kuasa penyedut besar dari bawah sana.
Disebabkan itu, saya berjaya hari ini.
Sebenarnya awak tak perlu berterima kasih kepada saya.
Awak patut berterima kasih kepada ikan itu.
Saya gembira dapat jumpa awak lagi.
Kita ada banyak hal untuk dibincangkan.
Awak kenal dia?
Jika anda sangka hidup saya teruk sekali...
...anda tak tahu lagi.
Saya memang dah terlupa.
Masih ingat gadis gemuk di sebelah yang nak jadi teman wanita saya?
Tengoklah dia sekarang.
Kini dia pelajar universiti dan seorang bintang kampus.
Apa yang awak tengok?
Tak tahukah? Bahaya naik teksi seorang diri.
Tak mengapa. Saya bersama dia.
Baguslah jika begitu.
Mengapa dia di sini?
Telefon saya, okey? - Okey.
Yang pelik ialah...
...tanpa disedari, saya jatuh hati kepadanya.
Tetapi dia tak perlukan saya lagi.
Namun, lelaki macho seperti saya takkan putus asa dengan mudah.
Dia dah datang.
Awak serius ke?
Kerr, gadis sebelah tu? Awak buat dia hamil?
Saya beritahu dia, saya mahukan anak itu.
Dia tak benarkan saya jadi ayah kerana saya miskin.
Dia kata, dia lebih suka lelaki yang kaya.
Siapalah yang akan kena tipu?
Ada ramai orang bodoh di luar. Macam mana mereka tahu?
Kandungannya hanya sebulan.
Saya tak tahu nak buat apa. Susahnya.
Saya hanya berkata...
...semoga berjaya, nak.
Dia percaya!
Ada panggilan.
Terima kasih, mak.
Helo?
Hei, Ball. Hai, apa hal?
Apa?
Apa? Jangan letak telefon, Ball.
Ada masalah, sayang?
Tiada, mak.
Sekurang-kurangnya saya boleh lindungi puteri saya.
Kerr, tolong ambilkan bulu tangkis.
Kerr, tolong ambilkan bulu tangkis.
Awak main dengan siapa?
Saya hanya berlatih seorang diri.
Bagi saya balik.
Saya boleh luahkan perasaan kepada mana-mana gadis...
...tetapi dengan Kerr, gadis yang paling benci saya...
...saya tak tahu ke mana perginya keberanian saya.
Jangan buang ke dalam rumah saya lagi.
Kerr, tolong ambilkan raket saya.
Terima kasih, Jay. Kita pergi tengok wayang lagi.
Sudah tentu boleh. - Cis!
Apa awak buat di sini?
Saya tumpangkan Kerr balik.
Sekali lagi?
Maaf.
Boleh datang ke sini?
Kenapa?
Marilah.
Apa yang berlaku di sini?
Kerr sepupu saya.
Dia meninggal 3 bulan lalu.
Dia masih kelihatan.
Ada lelaki jumpa dia di kolej.
Ada orang tumpangkan dia balik.
Dah berapa hari awak tumpangkan dia?
Hanya sehari. - Awak bernasib baik.
Lelaki lain...
...mati dalam tempoh 3 hari.
Apa? - Seorang lelaki selamat.
Sebab dia tukar nombor telefonnya.
Mengarutlah.
Saya tak percaya awak!
Tak mungkin!
Saya akan tanya dia sendiri.
Tunggu. Ambil tangkal ini!
Masukkan ke dalam mulut apabila nampak hantu, awak akan selamat.
Hantu tak wujud. - Tunggu!
Ambillah. - Awak simpan sendiri.
Saya tak perlukannya dalam hidup ini.
Jay...
Hantu!
Kawan awak mudah terpedaya.
Mengapa awak buat begini terhadap saya?
Agak menyeronokkan.
Dia tak nak 'berkawan' dengan saya lagi.
"Bukankah seronok jika anda boleh tentukan takdir sendiri?"
"Berminat tak?"
"Tak!"
"Berkesan ni!"
No comments yet. Be the first to leave one.