The first 200 lines.
LALU LORONG KANAN
Tingkat 44.
- Pintu sedang ditutup. - Tunggu! Sekejap!
Terima kasih.
Aduhai, panasnya. Tolong…
Kita tinggal di aras yang sama, ya?
Ya.
Selamat berkenalan.
Selamat berkenalan.
Rumah saya unit 4403.
Bukan rumah saya, tapi rumah anak saya.
Begitu rupanya.
Saya datang untuk beberapa hari saja.
- Awak baru lepas bersenam, ya? - Ya.
Aduhai, cantiknya awak.
Terima kasih.
Awak macam sebaya dengan anak saya. Awak dah berkahwin?
Saya belum berkahwin.
Yalah. Zaman sekarang orang boleh hidup sendiri jika berkemampuan.
Anak saya bekerja di syarikat pengiklanan. Awak pula?
Saya pekerja syarikat biasa saja.
Syarikat apa?
- Saya pergi dulu. - Ya.
Aduhai. Rumah kita bersebelahan saja.
Yalah.
Aduhai, orang zaman sekarang suka pesan makanan dari luar.
Makanan yang dimasak sendiri lebih baik untuk kesihatan.
Betul.
Nak saya berikan sedikit lauk-pauk?
Tidak. Tak mengapa.
Terima kasih sebab ambil berat.
- Ya. - Saya masuk dulu.
- Jumpa lagi. - Okey.
KLINIK PERGIGIAN PPOYAN
DR. YOON HYE-JIN
Dr. Yoon, Pn. Kim Yeon-ok yang ada janji temu hari ini dah sampai.
Awal dia sampai.
EPISOD 1
- Selamat pagi. - Selamat pagi.
Pagi tadi awak…
Kecil betul dunia ini.
Awak cakap kerja di syarikat biasa, tapi sebenarnya awak doktor gigi.
Boleh kita jalankan X-ray dulu?
- Ya, baiklah. - Okey.
Terima kasih, doktor.
- Sama-sama. - Gigi saya banyak yang rosak.
Saya risau tentang kos rawatan, tapi awak sangat baik hati.
Anak saya yang akan bayar, jadi saya tak nak buat kalau mahal.
Begitu rupanya. Pasti anak awak sangat mengambil berat.
Ya.
Hati-hati pulang. Kita jumpa lagi pada janji temu seterusnya.
Ya. Terima kasih.
- Selamat jalan. - Ya. Terima kasih.
Selamat jalan.
Ada majalah baru?
Awak tak perlu bantu saya.
Kasut ini sangat cantik, bukan?
Saya cuma masukkan ke dalam troli laman beli-belah
dan melihatnya setiap hari.
Kenapa? Bukankah awak mampu membelinya?
Saya tunggu kod potongan harga.
Lebih baik jika dapat harga lebih murah.
Cantiknya.
Dr. Yoon, boleh kita berbual sebentar?
Boleh.
Baru-baru ini saya lihat carta pesakit awak.
Carta Pn. Kim Yeon-ok?
Ya. Awak cuma cadangkan dia buat satu implan
dan tiga rawatan kaviti.
Ya. Itu cara terbaik untuk pelihara gigi yang sedia ada.
- Awak lebih pasif daripada sangkaan saya. - Apa?
Giginya memang dah tak elok, ia takkan bertahan lama.
Dalam kes begini, ia patut dirawat dengan implan lebih awal.
Awak tahu pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat, bukan?
Tiada doktor sebaik awak di sini.
Baiklah. Fikirkan strategi lain, okey?
Dia pesakit saya.
Saya berhak untuk tentukan rawatan yang sewajarnya.
Tolong hormati keputusan saya.
Baiklah. Jika itu yang awak rasa terbaik,
tak apalah.
Selamat bekerja.
KLINIK PERGIGIAN PPOYAN
Apa?
Apa maksud awak? Kenapa tukar doktor lain?
Ketua doktor nak rawat Pn. Kim Yeon-ok sendiri.
Ada apa? Kenapa tak ketuk dulu?
Pn. Kim Yeon-ok ialah pesakit saya.
- Kembalikan kepada saya. - Apa?
Saya tak kisah bagaimana puan rawat pesakit lain,
tapi jangan sentuh pesakit saya.
Kata-kata awak agak kasar.
Awak bercakap seolah-olah cara rawatan saya salah.
Nampak macam ada banyak benda awak nak cakap. Cakaplah.
Puan syorkan pembedahan rahang kepada pesakit bermasalah sendi,
gunakan bahan tak berinsurans untuk tambah kos rawatan
dan buat implan untuk gigi yang masih boleh diselamatkan.
Puan memang bijak memperdaya pesakit.
Apa? "Memperdaya"?
Disebabkan doktor macam puan, doktor gigi selalu dikatakan terlebih rawat.
Hei. Awak dah habis cakap?
Awak lupakah saya yang bayar gaji awak? Berani awak besar kepala?
Awak fikir duit gaji awak dipetik daripada pokok?
Puan patut betulkan kata-kata puan.
Bukankah puan dapat duit disebabkan saya?
Tiada pun pesakit yang datang untuk jumpa puan.
Awak dah gila?
Berani awak pandang rendah kepada doktor yang lebih berpengalaman?
"Saya akan bekerja dengan jujur dan bermaruah.
Kesihatan dan kebajikan pesakit adalah keutamaan saya."
Apa yang awak mengarut ini?
Sumpah Hippocrates. Puan masih ingat?
Orang macam puan pun boleh jadi doktor?
Orang mati pun boleh hidup semula.
Dia memang dah gila. Berhenti di sana.
Saya takkan biarkan. Awak takkan dapat kerja dalam bidang ini lagi.
Hei! Awak…
Sumpah Hippocrates?
DR. YOON HYE-JIN
Jadi awak berhenti begitu saja?
Ya.
Bagaimana dengan pesakit itu?
Saya dah syorkan dia ke klinik lain.
Apa moto awak pegang selama 20 tahun sejak di sekolah menengah?
"Jangan masuk campur hal orang dan fikir diri sendiri saja."
Ya. Tapi sekarang awak terlalu masuk campur. Tak macam selalu.
Dia salah guna kuasa. Sebagai doktor, saya ada prinsip sendiri.
Sebab itulah awak terus beli kasut itu selepas berhenti kerja?
Yalah. Saya beli hadiah untuk diri sendiri sempena peletakan jawatan.
Mesej yang tersirat ialah "Hari yang indah bakal tiba."
Saya pasti mesej kad kredit yang sampai dulu.
"Anda perlu bayar ekstra dua juta won bulan ini."
- Kita jangan berjumpa lagi. - Baiklah.
Sekarang apa awak nak buat?
Awak nak menganggur dan ada rekod kewangan yang buruk?
Entahlah. Saya tiada modal untuk buka klinik sendiri.
Saya perlu jadi kuli orang yang lebih kaya.
Saya harap dapat gaji yang tinggi.
Kita akan jadi kuli seumur hidup.
Kita perlu cuba lepaskan diri.
- Mari minum sepuas hati. - Baiklah.
Saya tak mandi dan terus tidur.
Sekarang pukul berapa?
DR. LEE
Dia hubungi saya?
Tak ramai pelanggan sebab saya tiada, bukan?
Berani awak tulis dalam forum komuniti pergigian?
Saya takkan biarkan awak.
Saya akan pastikan awak tak dapat kerja dalam bidang ini lagi.
"Tulis"?
KOMUNITI PERGIGIAN KOREA
LEE MIN-YO UNG SALAH GUNA KUASA
LEE MI-NYUNG BERSALAH KERANA LEBIH RAWATAN.
Saya dah gila agaknya. Macam mana ini?
Mula-mula…
Saya mesti padam dulu. Padam.
MASUKKAN KATA LALUAN
Kata laluan?
Bidadari Hye-jin.
KALA LALUAN SALAH
Hye-jin cantik 1004.
KALA LALUAN SALAH
Geram betullah. Apa kata laluan saya?
MESEJ BARU
6,982,700 WON AKAN DIKELUARKAN PADA 20 MAC
Celaka!
SELASA, 23 MAC
YOON HYE-JIN
YOON HYE-JIN 34 TAHUN
MESEJ BARU
KLINIK GIGI BOOYOUN KEPUTUSAN PENGAMBILAN
SELEPAS MENELITI PERMOHONAN, KAMI MEMUTUSKAN UNTUK TIDAK MEREKRUT ANDA.
Habislah.
Tentu ketua doktor awak sedang sebarkan gosip tentang awak.
Sebaik saja ketua doktor saya lihat resume awak,
dia cakap, "Ini doktor itu, bukan?"
Mesej kad kredit lagi?
HARI JADI MAK
SUWON
- Du-sik. - Ya.
Saya nak orang yang pandai buat kerja.
Tapi kenapa awak hantar orang yang mabuk laut?
Aduhai. Awak masih bersikap kurang sabar.
Tiada orang yang terus pandai. Semua perlu masa untuk belajar.
Hei. Masuk akalkah jika nelayan tak boleh naik bot?
Dia masih belum biasakan diri. Maafkanlah dia.
Dia susah payah datang ke Korea untuk kerja, tahu?
Saya tahulah. Okey.
Awak okey?
Tidak.
Bot bergoyang-goyang di laut tadi.
Sekarang, daratan pun rasa bergoyang.
Itu dipanggil "mabuk darat".
Nah.
Ini teh pudina.
Yakah?
Saya keringkan daun pudina dan buat teh. Ia membantu hilangkan loya.
Terima kasih.
Sedap?
Oh, ya.
No comments yet. Be the first to leave one.