The first 200 lines.
Buka mata.
Benda inikah punca kuasa ajaib kita?
Ya.
Lilin ini sumber keajaiban yang dianugerahkan kepada kita.
Bagaimana kita dapat keajaiban itu?
Suatu masa dahulu,
sejurus selepas nenek melahirkan anak kembar tiga,
nenek dan datuk terpaksa meninggalkan tempat tinggal kami.
Walaupun kami beramai-ramai berhijrah
untuk mencari kediaman baru,
kami gagal mengelak bahaya
dan datuk kamu terkorban.
Namun, pada saat yang kelam itu,
kami dianugerahkan satu keajaiban.
Lilin itu menyalakan api yang tak pernah padam
dan mengurniakan tempat untuk kami berlindung.
Tempat yang menakjubkan.
Sebuah syurga dunia.
Sebuah syurga dunia.
Keajaiban itu berkembang
dan kediaman kita,
yakni teratak kita
bernyawa untuk melindungi kita.
Apabila anak-anak nenek besar,
mereka dikurniai anugerah untuk memudahkan hidup kita.
Apabila anak-anak mereka pula besar,
mereka juga akan dikurniakan anugerah.
Ya, betul!
Dengan anugerah yang keluarga kita terima itu,
kita sama-sama menjadikan kediaman ini syurga kita.
Malam ini, lilin ini akan mengurniakan anugerah kepada kamu, sayang.
Kukuhkan komuniti dan kediaman kita.
Banggakan keluarga kamu.
Banggakan keluarga saya.
Ya, teratak. Kami pergi sekarang!
Apa agaknya anugerah saya?
Kamu menakjubkan, Mirabel Madrigal.
Anugerah yang menanti
pasti seistimewa kamu.
Banggakan keluarga awak.
Selamat pagi, datuk!
Hei! Bilakah anugerah itu akan dikurniakan?
Upacara sepupu saya malam ini.
Apa anugerahnya?
Kita akan tahu nanti!
Apa anugerah kakak?
Siapa yang nak tahu?
Kami!
Saya tak boleh tumpu pada diri saya. Saya cuma ahli keluarga Madrigal.
Siapa ahli keluarga Madrigal?
Kamu akan terus ganggu saya, bukan?
Teratak, bantu saya.
Laci!
Lantai!
Pintu!
Ayuh!
Inilah syurgaku, semua generasi ada
Muzik bergema Dengan rentak yang berbeza
Ini keluargaku Hubungan yang sempurna
Kami menyinar Kilauan kami bercahaya
Oh
Ketahuilah Nenek peneraju keluarga
Oh Sejak bertahun-tahun lamanya
Oh Makin lama makin bertambah rahmatnya
Keluarga kami menyimpan banyak rahsia
Inilah keluarga Madrigal
Inilah syurga keluarga Madrigal
Kita jumpa di sana
Di sini penghuninya luar biasa Dan mempesona
Saya ahli keluarga Madrigal
-Wah! Mereka dah sampai! -Mana anugerahnya?
-Saya tak ingat semua anugerah! -Atau mereka siapa.
Baiklah, sabar!
-Tak mungkin kami boleh bersabar! -Ceritakan semuanya!
-Apa kuasa kakak? -Beritahu kami anugerah semua orang!
Sebab itulah kopi hanya untuk orang dewasa.
Mak cikku, Pepa Emosinya mempengaruhi cuaca
Apabila dia berduka Suhu jadi tak tentu hala
Pak cikku, Bruno
Jangan sebut tentang Bruno!
Dia nampak masa depan Tiba-tiba dia terus lenyap
Oh, Ibuku Julieta, dia amat menakjubkan
Oh Masakannya menjadi ubat-ubatan
Oh Resipinya penawar kesakitan
Kalau kau kagum Perasaanku tiada tandingan
Ibu!
Inilah keluarga Madrigal
Inilah syurga keluarga Madrigal
Tumpang lalu!
Aku tahu bunyinya luar biasa Dan mempesona
Saya sebahagian keluarga Madrigal
-Dua jejaka jatuh cinta -Dengan keluarga Madrigal
-Kini mereka sebahagian -Keluarga Madrigal
Pak Cik Félix kahwini Pepa Dan ayah kahwini Julieta
-Maka nenek pun menjadi -Nenek Madrigal
Ayuh
Kami berikrar Sedia membantu
Supaya layak Menerima anugerah
Pekan makin maju Dunia bukan lagi seperti dulu
Namun usaha dan kesungguhan Terus memacu keajaiban
Maka setiap generasi Harus meneruskan keajaiban
Yang mana satu kakak Dan mana satu sepupu?
Ramainya orang!
Bagaimana kakak bezakan mereka?
Okey.
Ramainya kanak-kanak Kuatkan suara
Kenapa? Ini masa untuk kumpulkan cucunya!
Kumpulkan cucunya
Pendengaran Dolores sangatlah tajam
Camilo berubah bentuk Antonio dikurniakan anugerah hari ini
-Kakakku Isabela dan Luisa -Isabela dan Luisa
Kuat dan anggun Sempurna dari semua segi
-Isabela -Memekarkan bunga dan semua teruja
Isabela
Dia kesayangan semua
Luisa
Luisa gagah perkasa
Kecantikan dan kekuatan berguna
-Mari kita bersiap sedia! -Baik, nenek!
Itulah kehidupan Madrigal
Kini kau kenal keluarga Madrigal
Ahli keluarganya mempesona Dan luar biasa
Itulah ahli keluarga Madrigal Selamat tinggal
Tapi apa anugerah kakak?
Saya pergi dulu Ini kehidupan Madrigal
Tapi kamu dah kenal keluarga Madrigal
Bukan niatku Untuk bercerita panjang lebar
Cuma gambaran ringkas Keluarga Madrigal, ayuh
-Bagaimana dengan Mirabel? -Mula dengan nenek
Mak Cik Pepa pula Kendalikan cuaca
Bagaimana dengan Mirabel?
Ibu Julieta boleh merawat Dengan hanya arepa
Ayahku Agustín
Dia sering cedera Tapi dia baik orangnya
Bagaimana dengan Mirabel?
Kamu tanya keistimewaan kami Aku ada kakak, sepupu dan
Mirabel
Sepupuku Camilo takkan berhenti Selagi kau belum gembira
Sepupuku Dolores boleh dengar lagu ini Dari seberang sana
Ini En. Mariano
Kahwinilah kakakku kalau kau mahu
Tapi dia mengada-ngada
Oh, aku dah terlepas cakap Aku pergi dulu
-Keluargaku hebat -Mirabel
-Saya ahlinya -Mirabel
Nampaknya
Mirabel!
Apa yang kamu buat?
Mereka tanya tentang keluarga kita dan...
Dia nak beritahu kami tentang anugerahnya hebatnya!
Mirabel tak ada anugerah.
Kakak tak ada anugerah?
Mirabel! Ada penghantaran!
Ini hadiah istimewa untuk awak kerana awak saja yang tiada anugerah.
"Hadiah Tak Istimewa Khas" kerana awak tiada anugerah.
Terima kasih.
Ucap semoga berjaya kepada Antonio.
Upacara anugerah sebelum ini mengecewakan.
Awak tak dapat apa-apa anugerah.
Kalau saya jadi kakak, saya tentu rasa sedih.
Adik, kakak tak sedih langsung.
Ada anugerah atau tidak,
kakak masih istimewa seperti ahli keluarga kakak yang lain.
Siapa nak bunga lagi?
Nak saya letak kereta tolak ini di mana?
Mungkin anugerah kakak ialah penafian.
Saya buat pelangi!
Bawa kerusi pergi dari sini.
Maaf. Tumpang lalu.
Dolores, kamu boleh dengar kalau ada orang datang lambat?
Naik tinggi. Tinggi lagi.
-Hei, bagus hasilnya. -Ya.
Camilo, kami perlukan seorang lagi José!
José!
Luisa, bawa piano ke tingkat atas!
Baik! Hati-hati, kakak!
Malam anak saya perlu sempurna, tapi ia belum sempurna.
Ramai orang akan datang.
Tapi semuanya belum siap.
Bunga!
Ada orang sebut bunga?
Isabela!
Bidadari kita!
Tak usah tepuk tangan.
-Terima kasih. -Perkara kecil saja.
Kakak nak beri nasihat sikit,
kalau awak tak terlalu rajin, orang lain takkan terganggu.
Kak Isa, saya cuma membantu.
Saya juga tak mengganggu, bukan macam kakak.
Tumpang lalu.
Kamu tak apa-apa? Jangan paksa diri.
Saya tahu, ibu.
Saya cuma nak jalankan tugas saya macam orang lain.
Betul cakapnya, sayang.
Dah lama kita tiada upacara anugerah. Banyak perasaan bercampur baur.
-Ayah disengat lebah! -Ayah pernah melaluinya.
Selepas ayah dan Pak Cik Félix sertai keluarga ini,
sebagai orang luar yang tak ada anugerah,
apabila kami bersama orang luar biasa, kami mudah terasa...
biasa.
No comments yet. Be the first to leave one.