The first 200 lines.
Kim Da Mi
Cho Min Soo
Park Hes Soon
Choi Woo Shik
Skrip dan arahan Park Hoon Jung
Terjemahan oleh Sasha Ahmad
Kepala. Pukul dia di kepala.
Berapa banyak kali saya perlu beritahu kamu, bodoh?
Gunalah kepala otak kamu sikit.
Bahagian 1. Subversi
Lihatlah kamu ini.
Kenapa bersusah payah nak kejar dia?
Budak bodoh.
Pergi bersihkan diri.
Jauhkan diri dari saya pergi sekarang.
Kamu pekak ke?
Jangan jadi perosak. Berambuslah, budak bodoh!
Jangan kamu berani pandang saya begitu.
Bawa dia.
Seorang lagi?
Kamu kehilangan dia?
Adakah kamu...
selalu buat kerja seteruk ini?
Bukannya mereka ini budak biasa.
Tahu pun.
Mereka sememangnya berada di tahap yang berbeza.
Teruskan mencari dia. Apa-apa pun...
laporkan dia pada ibu pejabat yang dia dihapuskan.
Apa?
Dia tak akan bertahan lama lagi pun.
Kamu pun tahu itu.
Betul kan?
Keadaan dia berbeza dari kamu, Encik Choi.
Dia akan mati masa melarikan diri.
Bukankah itu masalah besar? Dia di luar sana dalam hutan?
Jangan risau pasal itu.
Dia baru berusia 8 tahun.
Cukuplah.
Jumpa lagi. Saya kelaparan ini.
Apa bendalah yang saya buat di sini pada waktu begini?
Jalan.
Mari sini, makan.
Budak kecil ke ini?
Oh...
Oh tuhan...
Hei.
Budak kecil, oh...
Sayang!
Ini petanda buruk. Adakah dia masih hidup?
Sayang, di sini. Datang sini cepat.
Sayang!
Ini tak bagus...
Tak perlu risau.
Lukanya di luar saja dia akan pulih.
Baiklah.
Tapi bagaimanapun...
Saya tertanya-tanya jika memorinya akan kembali semula.
Kamu kata dia tidak tahu nama dan umurnya.
Ya. Terima kasih banyak-banyak.
Apa yang kamu akan buat dengan dia bila dia bangun nanti?
10 tahun kemudian
Ayuhlah, encik.
Bukannya kita ini seperti orang asing.
Lembu-lembu saya sudah dua hari kelaparan.
Kamu tahulah... keadaan sekarang ini tidak begitu baik.
Saya tahu apa yang kamu sedang lalui.
Tapi kamu masih tak mahu tolong?
Kamu dan ayah saya sangat rapat.
Sudah tentu. En. Koo dan saya amat rapat.
Saya tahu itu.
Jadi tolonglah, tuan.
Tunaikan permintaan saya ini.
Walaupun begitu, saya dah berikan kamu banyak sangat peluang.
Saya akan bayar kamu bulan depan.
Hei, berhenti. Budak tak guna.
Apa yang kamu buat?!
Dia cakap lembunya sedang kelaparan lembu-lembu itu perlukan makanan.
Budak hodoh tak guna.
Encik, saya terima 12 beg semuanya.
Okey, baiklah.
Tunggu, Ja Yoon.
Ayah, biarkan dia pergi.
- Jumpa lagi. - Saya jalan dulu.
- Ja Yoon, um... - Jaga diri.
Boleh kamu berhenti?
- Ya tuhan, ayah. - Kasihanilah dia sikit...
Kamu ini bodohnya! Kamu dah kena jampi dengan dia ke?
Bagi dia rumah kita ini juga tak begitu, hah?
Jangan kedekut sangat dengan orang yang kita kenal.
Kedekut? Ayah memang begitu.
Kenapa kamu tak boleh kawal diri bila kamu berjumpa dengan dia?
Sebab dia cantik.
Anak tak guna.
Ya tuhan. Kamu ini langsung tak berguna.
Saya belum pernah jumpa seseorang yang bodoh seperti kamu di dunia.
Banyaknya kasih sayang seorang ayah di sini.
Kenapa? Dia merompak lagi ke?
Bukan begitu, tuan.
Budak bodoh ini bagi semuanya pada budak perempuan itu.
Dia tak sepatutnya memandu tanpa lesen.
Dia tak patut buat begitu.
Biarkanlah dia.
Ayah dia tak begitu sihat.
Dia dah boleh ambil lesen tahun depan.
Mestilah saya akan lepaskan dia. Saya cuma risaukan dia. Itu saja.
Berehat dulu minum kopi?
Kopi? Bagus juga itu.
Baguslah.
Ayah.
Kamu bawa lori ayah lagi?
Bukankah ayah sudah cakap ia merbahaya?
Saya memandu jauh lebih baik dari ayah.
Bagi saya ini saya akan buat.
Ayah kan tak berapa sihat. Masuklah dalam, ayah.
Saya boleh ambil alih hujung minggu ini.
Tak mengapa. Ini seperti bersenam.
Ayah tak akan mati dengan mudah.
Pergi sana tenangkan mak kamu itu.
Dia tak makan tengah hari pun.
Kenapa? Tak ada mood lagi?
Pergi sana.
Masuk dalam kejap lagi.
Saya dah beli jerami tadi nanti saya beri mereka makan.
Kamu patut beli baju-baju baru berpakaian seperti seorang wanita.
Lelaki tak akan tertarik dengan kamu begini.
Saya selalu pakai baju sekolah.
Tak perlu risau...
...cuma janji dengan saya ayah tak akan menangis masa hari perkahwinan saya.
Makan bila saya beri makanan. Sini.
Mak..?
Mak.
Anak mak di sini. Mari sini peluk mak.
Mak... kenapa mak tak nak makan lagi?
Ayah buat bubur yang sangat sedap.
Dengar sini. Mak tak makan pagi tadi...
jadi mak rasa lapar sikit dan beritahu ayah untuk makan tengah hari awal.
Lepas itu ayah kamu cakap...
Mak makan pagi lebih awal.
Betul. Mak selalu lupa sejak kebelakangan ini tapi tak mungkin mak lupa untuk makan.
Berani dia buat mak seperti orang sakit?
Yalah, kita tak makan pagi. Kenapa ayah cakap macam itu?
Dia mesti dah pelupa juga.
- Betul kan? - Ya.
Saya pun lapar masa makan tengah hari.
Mak dah agak dah.
Ayah kamu makin pelik kebelakangan ini.
Mungkin dia ada demensia.
Saya akan masakkan makanan yang paling sedap untuk mak malam ini.
- Mari kita makan awal. - Okey.
Apa yang mak mahukan?
Apa-apa saja.
Apa-apa saja yang dimasak oleh anak mak yang cantik ini.
Pakar genetik yang terkenal Han Min Su ditemui mati...
dalam sebuah rumah bersama keluarganya semalam.
Terdapat beberapa kesan tikaman pada badan mangsa ini merupakan satu kes pembunuhan...
Dan polis masih lagi aktif mencari sebarang suspek.
Disebabkan harga lembu terus jatuh menjunam...
Ia telah menyebabkan ketidak stabilan dalam industri penternakan.
Wartawan Song ke berita selanjutnya.
Kandang lembu menjadi kosong adalah perkara biasa.
Sejak sekian lama kita tidak mendengar...
Adakah kedai jerami itu katakan sesuatu?
Seperti apa? Apa yang mereka katakan?
Lebih baik ayah jual beberapa lembu lagi.
Janganlah, ayah.
Ia terlalu murah sekarang ini. Kita akan mengalami banyak kerugian.
Itu lebih baik dari mereka kelaparan.
Saya dengar kamu bawa lori itu lagi.
Ayah saya nampak kamu. Kamu ini degil betul.
Kamu tahu tak ianya menyalahi undang-undang untuk budak di bawah umur memandu kenderaan?
Kamu akan ditahan satu hari nanti.
Tapi ayah kamu seorang polis...
...dia tak berani pun nak tangkap kawan baik anak dia.
Saya benci ianya betul cuma ikutlah undang-undang.
Dia tak boleh nak bezakan hal kerja dan di rumah.
Kalau saya tertangkap saya tak akan keseorangan.
Saya akan beritahu yang kamu dah membazirkan duit buku teks.
Kenapa pula saya yang kena sedangkan kamu yang bersalah?
Ia tiada kena mengena dengan kesalahan kamu.
Berapa banyak kali kamu tipu tentang tidur di rumah saya untuk berjumpa Ki Young?
Kenapa kamu bangkitkan isu ini sekarang?
Saya tak pernah lakukannya 4 atau 5 kali!
Doh Myung Hee, kamu tak bergurau kan.
Adakah budak bawah umur dibenarkan tidur di rumah kawan lelaki?
Hentikannya.
Tunggu kejap. Lelaki yang datang ke rumah saya...
Kamu dah gila ke?
Minta ayah kamu senyap kalau kamu mahu saya tutup mulut.
Perempuan licik... Kamu ini!
- Kamu ini buat saya gila. - Janganlah pukul saya.
Kamu cakap kamu perlukan duit, kan?
Kenapa? Kamu mahu beri pada saya sikit?
Kamu ini!
Lihatlah ini.
Hadiah ini bernilai KRW500,000.
Dengan duit itu... lembu-lembu kamu...
dan bil-bil hospital mak kamu dapat diselesaikan... betul tak?
Biar saya lihat kamu.
Pada pendapat profesional saya... muka kamu ini...
muka kamu ini perlu dicantikkan sedikit.
No comments yet. Be the first to leave one.