The first 200 lines.
Ada penembusan CBD.
Kebocoran hempedu akan menyebabkan pembentukan tumor hempedu.
Kita perlu segera membuang tumor hempedu itu dan menjalankan 'cholangiojejunostomy'. -=Cholangiojejunostomy: pembedahan untuk menyambungkan salur hempedu dengan jejunum =-
Risiko jangkitan adalah sangat tinggi.
'Cholangiojejunostomy' tidak boleh dijalankan!
Apa yang awak cakap? Buat masa sekarang, tak ada cara lain.
Apa yang Pak Si On cakap betul.
Saluran hempedu terlalu kecil dan usus kecil pula tidak cukup panjang untuk itu.
Kalau begitu, kita tak ada cara lain ke?
Tak ada.
Kalau lebih lama, bayi itu akan berada dalam keadaan bahaya.
Bayi ini dah penat sangat.
Tapi, macam mana boleh ada penembusan di salur hempedu?
Batu karang yang menyekat salur hempedu telah memberi tekanan dan menyebabkan ia bocor.
Sepanjang masa ini, pesakit tidak boleh makan disebabkan keadaan ususnya yang teruk.
Sebab itulah batu karang terbentuk.
Sebab itulah pembedahan ke atas bayi pra-matang yang berkeadaan akut tidak boleh dibuat sambil lewa saja.
Tak ada banyak masa. Apa lagi yang mereka fikirkan?
Dia akan malu kali ini, kan?
Awak masih boleh ketawa? Pesakit itu dah hampir mati.
Tak ada cara lain ke?
Buat masa sekarang, tak ada.
Walaupun tumor itu dibuang, tiada gunanya kalau penembusan itu tidak dirawat.
Dan fistula di usus kecil yang telah dibuat juga akan mengalami masalah.
Ketepuan oksigen menurun kepada kurang daripada 80%!
Cepat periksa intubasi endotrakea.
Tiubnya terlalu halus! Semasa saya menyentuhnya pun, ia membengkok!
Suhu badannya dah menurun kepada bawah 36 darjah
dan keseluruhannya, keadaannya tak stabil.
S-S-Saliran. Tiub saliran! Pembedahan saliran!
Penyaliran hanya akan menyingkirkan hempedu. Ia takkan dapat menyelesaikan masalah!
Selepas jahitan pertama, masukkan tiub saliran ke dalam salur hempedu dan tamatkan pembedahan.
Apa?
Cepat ambil tiub saliran yang bersaiz paling kecil.
Ya, saya faham.
Kalau kita membuat penyaliran, ada kebarangkalian untuk berlakunya jangkitan.
Tekanan di dalam salur hempedu amat rendah. Walaupun bahagian yang mengalami penembusan tidak dijahit,
hempedu masih dapat disalirkan keluar untuk mengelakkan peritonitis.
Dan kita mengharapkan yang ia akan tertutup secara semulajadi selepas pembedahan dijalankan ke atas bahagian penembusan itu.
PDS 6-0. Jahit.
- Ikat. - Ikat.
Artifak yang kita nampak dalam ultrabunyi -=artifak - imej dalam imbasan ultrabunyi yang bukannya menunjukkan struktur anatomi=-
rupa-rupanya ialah batu karang yang menyebabkan penembusan pada salur hempedu. -=artifak - imej dalam imbasan ultrabunyi yang bukannya menunjukkan struktur anatomi=-
Ia menyebabkan kebocoran kecil di sekeliling pundi hempedu.
Diagnosis Pak Si On betul.
Salur hempedunya terlalu halus. Tidakkan ia akan bertambah sempit selepas jahitan pertama?
Kalau ia tiba-tiba pecah, maka agak sukar untuk ia tertutup sendiri secara semulajadi.
Buat masa ini, buat jahitan sementara saja.
Ini dia tiub saliran.
Cepat tutup abdomen. Jahit.
Ikat.
Pembedahan ini tak mudah langsung.
Pengarah, adakah pembedahan itu berakhir dengan baik?
Ya. Nampaknya berjaya.
Kerana membenarkan penggunaan di luar bilik pembedahan, terima kasih!
Saya patut bersyukur, dapat melihat pembedahan yang bagus.
Terima kasih, Doktor.
Awak tak mengalah dengan bayi kami.
Masih ada bahayanya. Kami akan terus memerhatikannya melalui monitor.
Kalau anak itu terus kuat, isu yang selebihnya boleh kita buat sedikit demi sedikit.
- Terima kasih. - Saya sangat bersyukur.
Sebenarnya, kami berterima kasih kepada bayi itu
kerana bertahan selama ini.
Sekarang awak tak perlu risau. Awak pun perlukan rehat juga,
memandangkan tempoh pantang awak belum berakhir lagi.
Awak dah buat kerja yang bagus, Profesor Gim.
Kerja yang bagus?
Kami masih belum habis berurusan lagi.
Bawa Pak Si On ke bilik mesyuarat.
Awak tinggal di stesen.
Tak. Saya nak pergi juga. Saya tunggu untuk dihukum...
Saya suruh awak tunggu di sana, jadi tunggu.
Awak tak nak pergi?
Apa maksud awak? Mengurangkan penalti?
Kalau pembedahan bayi kurang matang itu tersebar kepada orang luar,
kita akan ditanyakan dengan cara rawatannya.
Jadi, kalau Profesor Gim Do Han tak ada untuk sebulan,
kita akan rugi besar.
Walaupun begitu, hukuman tetap hukuman.
Apa maksud awak "walaupun begitu"?
Hospital sangat berminat dengan hal ini!
Berkenaan dengan isu Dr. Pak Si On, kami juga terpaksa lepaskannya.
Macam mana kita boleh lepaskan orang yang dah buat masalah?
Menjelaskan tanggungjawab adalah prinsip hukuman, kan?
Dr. Pak Si On cuma mengikut arahan daripada Dr. Gim Do Han.
Di mana Dr Pak Si On?
Saya akan bertanggungjawab dengan hal ini.
Kalau awak nak hukum Dr. Pak Si On, kami akan lakukannya.
Teruskan saja, Pengarah.
Walaupun pembedahan ini berjaya,
hal tentang melanggar peraturan tidak dapat diabaikan.
Jadi, Prof. Gim Do Han akan digantung selama seminggu dan gajinya akan dipotong sebulan.
Pergantungan akan bermula selepas pesakit minggu ini habis sesi rawatan,
dan ianya akan bermula minggu depan.
Awak ada apa-apa bantahan, Profesor Gim Do Han?
Tak, tak ada.
Dan, Dr. Pak Si On cuma perlu menghantar laporan kes bertulis.
Macam mana?
Pergantungan selama seminggu dan pengurangan gaji sebulan.
Saya tak jagka, tapi mereka betul-betul lakukannya!
Ianya bukan kesalahan medik
dan pembedahan yang sukar berjaya.
Adakah itu masuk akal?
Itulah. Pak Si On?
Tak ada hukuman. Cuma menghantar laporan kes.
Nampak macam Profesor yang bertanggungjawab ke atas semuanya.
Hei, tak guna! Awak masih berani munculkan diri?
Apa yang awak buat di sini?
Seonbae, awak tak marah ke?
Disebabkan siapa semuanya jadi begini?
Il Gyu betul. Kenapa mesti Profesor menerima hukuman sebegitu?
Hei! Tak boleh ke awak minta maaf, sebab awak dah buat kesalahan besar, atau yang menyebabkan semua ini?
Awak tak boleh cakap sebab usia minda awak di tahap pelajar sekolah rendah, kan?
U Il Gyu! Jaga bahasa awak.
Awak semua tahu yang si tak guna ini tak akan dengar kata-kata yang baik!
Awak semua tak nak berhenti ke?
Budak-budak ini. Saya lepas tangan sedikit dan awak semua...
Bila Profesor kembali, buat saja kerja macam biasa.
Awak melebih-melebih, tahulah yang awak semua akan mati.
Semasa menjadi doktor, sesiapa saja boleh buat kesalahan secara tak sengaja.
Saya pun begitu juga.
Tapi, bukan kesalahan yang penting. Apa yang penting adalah sikap.
Awak memang... tak ada perasaan bersalah?
Sekarang, anak itu dah hidup. Jadi, ianya memang bernasib baik...
Apa yang saya maksudkan adalah isu awak dengan kumpulan kami, bukan anak itu!
Nanti, kalau awak terus begini,
apapun masalah yang awak lakukan, saya tak akan tolong awak.
Pekerja yang tak tahu apa itu kerja berpasukan,
tak perlu dijaga.
Kalau awak nak tanya keadaan saya, lupakan saja.
Saya memang melupakannya.
Kalau tak ada apa-apa untuk diberitahu, keluar.
Profesor.
Pembedahan hari ini ke atas bayi itu... Sejujurnya, saya tak pernah bayangkannya.
Saya salah berkenaan artifak itu
dan sebelum ini, saya juga salah dengan diagnosis Seong Ho.
Tapi Pak Si On betul dalam semua kes.
Sama macam yang awak cakap sebelum ini Profesor,
Pak Si On adalah 3 ke 4 langkah di hadapan saya dalam kebolehan dalam terma medik.
Itu saya mengaku.
Apa yang awak nak cakap?
Bukannya saya cemburu atau rasa takut atau sebagainya, tapi minda saya tak betul.
Berdasarkan kebolehannya, tak kira macam mana, dia patut kekal di Pembedahan Pediatrik.
Tapi selebihnya, saya tak tahu.
Biar saya tanya awak satu soalan.
Awak ada 2 pilihan.
Pertama, doktor hebat yang tidak berhemah.
Kedua, doktor biasa yang berhemah.
Siapa yang awak akan pilih?
Seorang genius yang berubah menjadi hero boleh berlaku dalam komik.
Lebih daripada hero komik, apa yang saya perlukan adalah teman untuk berkomunikasi.
Akhirnya, bukankah itu yang terbaik untuk pesakit?
Jadi, alasan sebab mengabaikan Pak Si On adalah disebabkan Pengarah?
Kalau awak tak ada apa-apa untuk dicakapkan, awak boleh pergi.
Pihak atasan membuat keputusan begitu... adalah macam zaman dulu, rasanya.
Sama macam kumpulan organisasi. Saya mengharapkan pemahaman awak.
Cuma Pak Si On seorang tak mencukupi?
Saya ingatkan yang Pengarah dan Pak Si On adalah satu-satunya domino di sini.
Tapi, saya dapat rasakan yang Prof. Gim Do Han juga boleh terlibat di antaranya.
Nampaknya awak ada sedikit salah faham.
Baguslah kalau ianya salah faham.
Tapi, kalau Profesor Gim Do Han jadi mangsa dalam kecelaruan politik ini,
saya tak akan lepaskan.
Selagi saya berada di posisi ini, tiada siapa yang akan jadi mangsa.
Wah! Saya dah selesai makan. Perut saya dah penuh!
Keadaan dia tak apa-apa ke?
Ya. Nasib baik ianya semakin baik sebab antibiotik itu berkesan.
Sekarang semuanya baik saja.
Ya, kamu mesti makan ubat kamu mengikut masa.
Ya, jururawat. Bercakap dengan saya sekejap. Ada benda saya nak tanya.
Apa, tak boleh ke kita cakap di sini?
Siapa kata? Bukankah saya kata ianya kita saja?
Nampak macam awak semakin kurus.
Ya. Saya banyak bekerja.
Pastikan awak jaga kesihatan awak semasa bekerja.
Kalau awak tak sihat, tolong beritahu saya.
Saya tak apa-apa.
Awak langsung tak perasan!
Kamu cakap...
Tak ada perasaan langsung, memanglah!
Sekali tengok saja dan bam! Awak sepatutnya tahu.
Dr Han memang ada motif... Tapi citarasa dia bagus, kan?
Jururawat, semasa awak di sekolah, kawan awak tak pernah mempertemukan awak dengan perempuan?
Hei... kamu tak tahu betapa terkenalnya saya dulu.
Semua orang cuba untuk dapatkan saya sebagai teman lelaki...
Berhenti. Rekaan itu cuma sampai di situ!
Saya pun banyak bercinta juga.
Jangan menipu.
Seorang lelaki yang duduk di hospital walaupun waktu cuti...
Cinta apa yang dia ada?
Mungkin, awak ada seseorang yang awak suka di hospital?
Kalau ada, kenapa?
Siapa yang akan sukakan raksasa?
R... Rak...
Walaupun rupa saya begini sekarang,
semasa saya muda, mereka suka tengok saya sebagai hasil maskulin.
Hasil maskulin?
Hasil yang macam patung... Patung!
Budak ini!
Seorang jururawat memukul seorang pesakit?
No comments yet. Be the first to leave one.