The first 200 lines.
Won!
Ya, mak cik. Mak cik mahu keluar?
Terpaksalah.
Ha Na itu bekerja lebih masa lagi.
Jadi mak cik dah buat snek kesukaan dia.
Tengok.
Won, baguslah.
Boleh tolong berikan pada dia?
- Ada untuk saya? - Mestilah.
Bekas yang tiga tingkat ini untuk rakan-rakan sekerja dia.
Bekas merah jambu, kamu beri kepada Ha Na.
Yang biru ini ialah untuk kamu makan.
Saya takkan salah beri nanti.
- Saya pergi, ya? - Baiklah.
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi sekarang.
Sila cuba sebentar lagi.
Apa saya boleh tolong?
Saya datang untuk cari ketua pemasaran Cik Oh Ha Na.
Tapi dah tak ada orang lagi di sini.
Tapi dia cakap dia kerja lebih masa.
- Semua orang dah balik. - Macam itu, ya?
Helo, Dae Bok.
Ha Na cakap dia kerja lebih masa, bukan?
Ya. Dia tak ada di situkah?
- Dia telefon abang tak? - Tak ada. Tak apalah.
Ya, jadi petang tadi dia dah pergi tengok kasut?
Helo, Na Young.
Hari ini Ha Na ada datang cari kamu tak?
Ha Na?
Kenapa? Ada apa?
Tak adalah.
Kita jumpa lain kali.
Okey.
Projek yang dia rancang selama setahun itu
telah dirampas dari dia oleh orang lain.
Mesti dia sangat sedih sekarang.
Bodohnya Oh Ha Na ini.
Patutnya beritahulah saya bila hal macam itu jadi.
Mana pula perempuan itu dah pergi.
Mesti kamu mahu makan kaki ayam, bukan?
Jangan pengsan di mana-mana pula dan cepat datang ke sini.
Apa?
Dia tak ada di pejabat sekarang?
Macam mana kalau sesuatu terjadi pada kakak?
Jangan mengarutlah!
Saya cuma risaukan kakak.
Jangan risau sangatlah.
Dia dah dewasa.
Tak ada apa-apa yang akan terjadi.
Tapi...
Apa kata kita buat laporan polis atau apa-apa?
Buat laporan sebab seorang perempuan
yang berumur 34 tahun belum balik rumah?
Diajadi macam ini pun sebab selama ini
awak layan dia macam budak-budak.
Ha Na!
Hei, Ha Na!
Ya.
Okey.
Okey.
Selamat tinggal.
- Apa? - Dia
bermalam di rumah kawan dia
dan terus pergi kerja dari sana esok.
Tengok itu?
Kita bertiga risau tanpa sebab.
Hei,
Cepat pergi beritahu Won sekarang.
Okey.
Abang, kakak baru saja telefon tadi.
Dia akan tidur di rumah kawan dia
dan terus pergi kerja pagi esok.
- Kawan yang mana? - Abang tak tahukah?
Siapa?
Lagi satu.
Ini.
Lepas abang telefon saya,
saya rasa pelik, jadi saya masuk bilik kakak.
Saya terjumpa ini.
- Selamat datang. - Saya mahu bilik kembar.
Baik.
Saya mahu spa dan rawatan estetik sekali.
Baik.
Pekerja dari Tandy boleh dapat diskaun.
Terima kasih.
Saya rindu sangat nak dengar suara awak itu.
Saya rasa saya macam nak gila.
Tolong jangan muncul lagi.
Jangan sesekali hilang tumpuan dengan kisah percintaan awak itu.
Dan kawal perasaan awak di tempat kerja, Cik Oh.
Baiklah, mulai sekarang tak ada lagi isu lelaki bagi saya.
Mak!
Mak!
Mari masuk.
Dah gilakah?
Buat apa seorang diri di sini?
Masuklah.
Nanti saya jelaskan.
Masuklah.
Amboi.
Berapa harga satu bilik ini untuk satu malam, Ha Na?
Hei, kamu ada duitkah?
Kenapa ini, mak?
Anak mak ini mampu bayarlah.
Orang macam ini patut mati awal.
Berani betul mereka guna cara kotor untuk kenakan kamu?
Mana boleh mereka curi idea orang lain sesuka hati macam itu?
- Kenapa? - Mak memang pandai maki orang.
Tak bolehkah?
Hei, mereka memang patut dimaki.
Mereka itu langsung tak tahu tatatertib dalam perniagaan!
Kamu patut tumbuk sampai gigi mereka bertaburan
dan campak mereka di jalan bertar, biar lori sampah langgar!
Mak sayalah yang paling baik dengan saya.
Sekarang saya dah rasa lebih baik daripada tadi.
Hei.
Kenapa kamu biarkan mereka kenakan kamu macam itu saja?
Kenapa kamu tak berhenti kerja?
Kamu patut buat kecoh di tempat kerja kamu tadi!
Memang saya rasa mahu berhenti kerja.
Tapi tak adillah macam ini.
Dan saya rasa malu sangat.
Apa kamu dah buat sampai kamu rasa malu macam ini?
Orang-orang yang menggunakan taktik kotor itu
yang patut rasa malu.
Mak, selama ini saya tekun sangat bekerja di situ.
Saya ada kerjaya yang stabil dan profesional.
Saya dah tingkatkan harga diri saya lepas saya bertahan dengan
semua kesusahan dan taktik kotor dan berjaya macam sekarang ini.
Mak tahulah.
Orang lain mungkin tak tahu itu, tapi mak tahu sangat.
Lepas itu, projek yang saya rancang itu,
bila semua orang tak kisah, saya buat sendiri.
Bila orang sedang tidur, saya masih lagi bekerja.
Sampai saya tak ada masa bercinta.
Selama setahun saya hidup dalam kesengsaraan.
- Mak faham tak? - Mestilah mak faham!
Dan mereka curi macam itu saja?
Saya hilang fokus sekejap saja.
Mereka tak rasa perbuatan mereka dah melampaukah?
Teruk betul orang-orang itu.
Mereka itu memang jenis orang yang sanggup mencuri duit
dari pengemis yang dah lama mengemis.
Kenapalah saya boleh hilang fokus?
Saya memang bodoh.
Kenapa pula kamu yang bodoh?
Mereka semua itu yang tak berguna.
Mereka pun cakap saya hilang fokus sebab saya gilakan lelaki.
Mereka anggap diri saya terdesak sangat
untuk bercinta pada umur sekarang.
Tengok sekarang.
Akhirnya saya dah jadi orang bodoh semata-mata sebab lelaki saja.
Apa perkara bodoh yang kamu cakap ini?
Jangan menangis.
Kamu langsung tak bodohlah.
Itu perkara kecil saja.
Semua lelaki yang saya kenal buat saya macam orang bodoh.
Tak ada orang di sisi saya pun.
Kenapa kamu cakap macam itu?
Kenapa tak ada orang di sisi kamu pula?
Bukankah mak ada di sini?
Mak.
Terima kasih.
Maafkan saya.
Maafkan saya, mak.
Lagipun, kamu ada Won juga.
Kamu ada Won di sisi kamu.
Kamu tahu tak?
Won cari kamu di merata-rata tempat tadi.
Won ada cari saya tadi?
Mak asyik fikir
tapi sampai sekarang pun mak tak boleh faham lagi.
Fikirlah.
Mana ada lelaki lain yang macam Won itu?
Kalau dibandingkan dengan semua lelaki tak guna
yang kamu pernah jumpa sebelum ini,
Won seratus kali, seribu kali lebih baik.
Kamu dah ada sebutir berlian di bawah hidung kamu.
Kenapa kamu bersusah payah mencari di tempat lain lagi?
Terus terang, mak, ada sebab kenapa saya
tak nampak Won sebagai seorang lelaki.
Jadi lupakan sajalah si Won itu.
Kenapa?
(Piala Dunia 2002. Semogajaya, pasukan Piala Dunia)
Selamat datang!
Di sinilah.
Tempat kami ada tukang masak yang cantik.
Mereka semua ini ialah rakan sekelas saya.
Biar saya kenalkan.
Ini Choi Won dari fakulti pengurusan.
Satu, dua, tiga.
- Helo, Abang Won! - Helo, Abang Won!
Jual banyak-banyak, ya?
Mahu makan apa?
Saya mahu pankek daun kucai dan wain beras.
Sekejap. Awak lapar, bukan?
Kek beras makanan laut pun sedap juga.
Okey, saya mahu yang itu juga.
Semua sekali.
Sekejap, saya kira dulu.
No comments yet. Be the first to leave one.