The first 200 lines.
"Semua watak, lokasi, organisasi, agama..."
...dan kejadian dalam drama ini adalah rekaan semata-mata."
Nasib malang ibarat tetamu yang tidak diundang...
...yang muncul secara tiba-tiba.
Mereka keluarga kita...
...jadi kenalah ada orang besarkan mereka.
Bukannya awak nak tawarkan diri pun.
Bukan senang nak besarkan anak orang lain.
Betul kata dia.
Mereka tak patut membesar dalam keadaan takut-takut.
Apa kata kita hantar mereka ke rumah anak yatim...
Nanti mereka dengar.
Macam mana dengan Soo Ja? - Dia baru saja menaiki pesawat.
Dia datang dari Pulau Jeju. Jadi, dia akan ambil masa sedikit.
Awak fikir kalau dia ada di sini, apa bezanya?
Walau betapa sayangnya dia pada kakaknya...
...saya tak rasa wanita bujang macam dia nak besarkan dua orang budak macam anak sendiri.
Lebih sukar nak lepaskan mereka selepas kita rapat dengan mereka.
Demi masa depan mereka...
...hantar mereka ke rumah anak yatim adalah pilihan terbaik.
Konon! Kamu semua hanya fikirkan diri sendiri, bukan anak-anak!
Soo Ja...
Malah nasib baik juga...
...tidak datang secara lembut.
Saya...
...akan jaga anak-anak ini.
Aduhai. Apa awak kata? Awak belum berkahwin lagi.
Betul cakap dia. Saya faham awak begitu ambil berat tentang mereka.
Saya akan besarkan mereka!
Ada kalanya, kesengsaraan dan tuah datang dengan wajah yang sama.
Saya masih lagi alami kesukaran membezakan kedua-duanya.
Awak seorang saja yang berfikiran sama pada masa yang sama.
Saya berterima kasih...
...atas segalanya.
Hei.
Ini tak boleh jadi.
Mari kita tinggal bersama.
Awak dan saya.
Wajah mana satu yang awak tunjukkan pada saya?
Adakah awak membawa tuah...
...atau kesengsaraan?
Atau awak...
...tak bawa kedua-duanya pun?
Baiklah.
Apa?
Tentulah ini kesengsaraan.
Kenapa awak tanya?
Kenapalah saya suruh dia tinggal dengan saya?
Saya nak tarik balik kata-kata saya.
Rasa malu tapi sekejap saja.
Hei, tadi saya mengarut saja...
Apa? - Saya tak kisah tinggal bersama...
...tapi saya tak tahan dengan tempat awak.
Apa awak cakap tadi? Awak mengarut?
Apa? Saya? Tidak.
Saya tak pernah cakap perkara mengarut seumur hidup saya.
Itu terlalu melebih-lebih.
Di mana stesen kereta api terdekat dari sini?
Ini kejiranan apa? Kereta api bawah tanah laluan mana?
Saya akan ambil masa untuk tahu semua itu.
Lihatlah semua alkohol ini.
Mahal tak?
Meja apa ini?
Mahal tak?
Sofa apa ini? Mahal tak?
Kenapa awak asyik bercakap dengan saya?
Awak tak nampakkah saya sedang membaca?
Awak sama macam saya. Awak cuma pandang saya bila saya cari gaduh.
Awak ada perasaan pada saya?
Apa?
Saya rasa ya. - Mana ada.
Baiklah. - Betul-betul tak.
Kalau tak, maknanya awak ada masalah...
...memandangkan awak nak saya tinggal dengan awak.
Saya ajak awak tinggal dengan saya sebab awak istimewa.
Awak kata saya patut lebih rapat dengan awak.
Maksud saya, awak patut lebih rapat.
Dengan takdir yang datang kepada awak.
Awak kata ini takdir.
Ada sesuatu terlintas di fikiran saya semasa awak mula berlalu pergi.
"Macam mana kalau dia pergi begitu saja?"
Itu takkan berlaku.
Awak layan saya dengan baik macam awak akan menghilangkan diri.
Orang yang baik pada saya selalu menghilangkan diri.
Selalunya begitulah.
Awak cakap macam awak tak rasa sedih pun.
Macam mana kalau awak tak muncul selepas jam 12:00?
Macam mana kalau saya fikirkan hajat tapi awak tak muncul?
Sebab itulah saya suruh awak tinggal dengan saya.
Baiklah. - Sebab itulah.
Saya kata, baiklah. - Saya serius.
Saya tak pasti jika saya patut percayakan awak atau tidak.
Kalau saya fikirkan hajat... Tidak.
Kalau hajat saya tercapai, saya akan bebaskan awak.
Saya bukan tebusan. Saya yang patut cakap begitu pada awak.
Awak makan di mana?
Awak tidur di mana?
Di mana bilik saya? Di mana saya patut tidur?
Saya tak tidur atau makan.
Awak tak ada bilik sendiri. Awak boleh tidur...
...di mana saja di tingkat atas.
Tapi ada banyak bilik di sini.
Tapi tak ada satu pun bilik untuk awak.
Saya nak tengok-tengok sekeliling.
Tak guna.
Hei. - Saya dah cakap awak tak ada bilik.
Kak Dong Kyung.
Apa itu? Bunyi itu datang dari mana?
Anak anjing yang saya nampak di depan rumah awak itu.
"Anak anjing"? - Ya.
Kalau awak fikir balik, dia memang nampak macam anak anjing.
Kak Dong Kyung! Hei! Kak Dong Kyung.
Sun Kyung?
Macam mana dia tahu tempat ini?
Dia ada di rumah awak.
Apa yang awak cakap ini?
Awak akan tahu bila awak keluar.
Hebatnya.
Hei, Sun Kyung. Apa khabar? Kamu dah makan?
Ya, mak cik.
Biar saya beritahu mak cik apa yang berlaku hari ini. Kak Dong Kyung...
Kakak akan bunuh kamu kalau kamu beritahu dia apa-apa.
Dia sangat baik dengan saya.
Dia sangat baik dengan saya dan saya sangat gembira.
Saya tak boleh hidup tanpa dia.
Mak Cik Soo Ja, mak cik nampak lebih cantik hari ini...
...dengan cahaya matahari menyinari mak cik.
Walau apa pun, mak cik pasti kamu yang bersalah, Sun Kyung.
Apa maksud mak cik, ini salah saya?
Mak cik selalu menyebelahi kakak.
Mak cik dah pindahkan wang kepada kamu.
Saya sayang mak cik. Saya akan jadi anak saudara yang baik.
Saya, Tak Sun Kyung, hidup dengan matlamat untuk menjadi anak saudara yang baik.
Tak guna.
Layan saja kakak kamu dengan baik. Mak cik pindahkan duit ke akaun dia.
Apa? Kenapa?
Memang jelas mak cik lebihkan dia berbanding saya.
Kenapa mak cik buat pemindahan wang?
Saya pun ada duit sendiri.
Dengan itu, mak cik berhak jadi dewasa dan membebel pada kamu.
Kalau Sun Kyung tak jaga perangai, kamu boleh simpan semua duit itu.
Mak cik, Kak Dong Kyung kedekut.
Sebaik saja dia terima duit, dia tak pernah keluarkannya.
Kamu kata kakak kedekut? Kakak terkejut kamu tahu perkataan itu.
Nampaknya ijazah kamu memang berbaloi.
Aduhai, kamu berdua masih berkelakuan macam budak kecil.
Mak cik, dia dah tamatkan khidmat tenteranya pun. Lihatlah kulitnya yang gelap.
Mana ada kulit saya gelap.
Kulit saya lebih cerah daripada Kak Dong Kyung.
Kulit saya cuma jadi perang. Itu saja.
Mak cik tak rasa Dong Kyung akan beri kamu wang...
...dengan perangai kamu ini.
Sekarang waktu malam di Korea, bukan?
Cukuplah bergaduh, anak-anak.
Selamat malam. - Mak cik pun sama.
Jangan risau. Nanti kita berbual lagi.
Mak cik, nanti...
"TPanggilan tamat"
Apa? Kamu nak apa?
"Apa? Kamu nak apa?"
Kakak memang tak tahu malu.
Sukar dipercayai.
Apa kamu cakap?
Hormat sikit kakak kamu ini
Kenapa kakak tak boleh buat macam ini pada dia?
Sebaliknya kenapa kakak selalu berkasar dengan adik kakak?
Apa kamu dah buat pada dia?
Kamu pukul dia?
Kakak risau tentang suami orang itu?
Tak, kakak risaukan kamu.
Kakak risau kamu akan masuk penjara sebab cari pasal dengan dia.
Jangan risau. Saya dah uruskan dia.
Tuhan yang membantu.
Hei! - Tolong!
Berhenti!
Tolong!
911? Saya telefon untuk laporkan kemalangan kereta.
Dia tak mati.
Tindak balas refleksnya sangat bagus.
Maknanya dia sangat pantas.
Tapi saya pasti dia akan dimasukkan ke hospital selama lapan minggu.
Sekarang dia dah tak ada...
...ke mana pula lelaki seorang lagi itu tadi?
Kenapa kamu tak tanya kakak apa-apa?
Kenapa kamu tak tanya kakak kenapa kakak bercinta dengan suami orang?
Nak tanya apa? Nampak sangat.
Manalah kakak tahu dia menipu kakak?
Dia baik dengan kakak?
Kakak selalu jatuh cinta pada lelaki yang baik dengan kakak.
Sebab itulah saya cakap, bukan semua orang baik itu bagus.
Aduhai, kakak memang dungu.
Ke tepi. Di mana lelaki seorang lagi itu bersembunyi?
Dia ada di rumah, bukan? Tunggu sajalah.
Hei! Sun Kyung!
Hei, tunggu.
Hei, tunggu. Jangan. Tunggu...
Saya takkan tunggu. Beritahu saya di mana dia sekarang.
Tak, dia tak ada di sini. - Jangan tipu saya.
Dia tak ada di sini, bukan?
Kakak dah cakap dia tak ada di sini. Marilah. Mari.
No comments yet. Be the first to leave one.