Season 1

Release info

Captivating the King S01E14 1080p NF-Sinper
A Commentary by tankgo

Tags

1080
Published on: 2024-02-26
Downloads: 50
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

CAPTIVATING THE KING

Tuanku.

Untuk soal siasat seseorang, perlu ada penjenayah.

Siapakah pengintip itu?

Chu Dal-ha

ada sebut nama pengintip itu?

Beta akan beritahu nama penjenayah itu

ketika soal siasat.

Ampun, tuanku.

Jika tersilap ungkit hal lalu,

tuanku mungkin akan dalam kesempitan.

Kenapa kamu cakap begitu?

Jika Putera Rui dapat tahu

tuanku menyoal pengintip Qing,

tentu baginda murka.

Mungkin boleh menjejaskan kedamaian kedua-dua negara kita.

Niat tuanku untuk menghukum penjenayah itu

mungkin akan menjadi racun

yang akan menjatuhkan pemerintahan tuanku.

Qing mengganggu kedaulatan kita.

Qing mengganggu semua urusan kita.

Kita tak boleh bina semula tembok

yang runtuh di sempadan kerana Qing.

Kamu akui Majlis Pertahanan Sempadan gagal menjalankan tugas mereka?

Jadi beta perlu rombak majlis itu.

Sida-sida Kim ada di luar?

Tuanku panggil patik?

Majlis Pertahanan Sempadan dilarang sertai soal siasat ini,

jadi suruh mereka pergi.

Periksa jika Inspektor Jeneral Kim Je-nam dah masuk ke istana

dan suruh dia datang bersama Ketua Bentara.

Baiklah, tuanku.

Ketua Utama.

Kamu boleh pergi.

EPISOD 14

Ketika memilih pegawai yang akan sertai soal siasat,

kecualikan ahli Majlis Pertahanan Sempadan.

Kerah bentara, kerani dan budak suruhan yang ada

serta periksa rekod kes pengintipan dari tiga tahun lalu

dan laporan dari sempadan untuk lapor semula kepada beta.

Bentara Keenam Kim Myung-ha

perlu dikecualikan kerana dia ada kaitan.

Baiklah, tuanku.

Menjunjung titah, tuanku.

Tuanku.

Ampun, tuanku.

Kenapa tuanku putuskan

untuk benarkan Chu Dal-ha yang cuba bunuh tuanku beri kesaksian?

Sebab kesaksiannya selari dengan kemahuan beta.

Tuanku.

Adakah tuanku syak pengintip yang bersubahat dengan Qing

salah seorang ahli Majlis Pertahanan Sempadan?

Adakah orang itu

Ketua Utama Park Jong-hwan?

Sebab itukah

tuanku titahkan patik mencari cara

rombak Majlis Pertahanan Sempadan dan beritahu jemaah menteri?

Sudah lama beta nak buat begitu.

Tapi beta belum berpeluang bincang dengan menteri.

Jika begitu, patik beritahu tuanku semula selepas aturkan rancangan.

Betul.

Tapi kuasa mereka semakin kuat,

jadi beta tak boleh rombak mereka begitu saja.

Tuanku.

Patik akan melaksanakan titah tuanku sepenuh hati,

tapi jemaah menteri akan beri tentangan besar.

Beta dah bersedia.

Pengkhianat besar yang bersekongkol dengan Qing

serta bahayakan negara dan menyebabkan rakyat ditimpa masalah.

Beta akan cari pengintip keji itu

dan hukum mereka atas pengkhianatan besar.

Beta akan menulis nama keji itu di dalam buku…

agar rakyat negara ini…

ingat akan jenayah mereka.

Kakanda beta

mangkat akibat diracun.

Siapa yang berani lakukan pengkhianatan keji begitu?

Siapakah orang itu?

Baginda Raja

kumpulkan ahli Majlis Pertahanan Sempadan lewat malam

dan tiba-tiba titahkan kita semua pergi.

Baginda tak patut

layan jemaah menteri begini.

Ada cubaan untuk membunuh baginda.

Tentulah baginda rasa gelisah.

Pada pendapat saya, ada perkara lain yang baginda fikirkan.

Kita patut dah perasan ketika baginda

tiba-tiba panggil Kim Je-nam kembali.

Nampaknya dia tak percaya…

Pegawai Negeri Kanan.

Kata-kata tuan melampau.

Maksud tuan, baginda tak percaya Ketua Utama?

- Bukan begitu. - Sudahlah.

Sudahlah.

Kenapa kamu fikir

baginda benarkan pengkhianat beri kesaksian?

Chu Dal-ha.

Sebab dia akan beritahu nama pengkhianat lain.

Nama pengkhianat itu

akan bersihkan nama baginda yang dituduh menjadi pengintip Putera Rui.

Siapa pun nama yang disebut,

pengkhianat itu dan keluarganya akan dimusnahkan

serta semua yang berkaitan dengan pengkhianat itu akan ditahan

dan dihukum atas pengkhianatan besar.

Apabila soal siasat bermula,

akan berlaku pertumpahan darah.

Cuma ada satu cara untuk menghalangnya.

Sebelum huru-hara lebih besar berlaku,

kita perlu hentikan soal siasat ini.

Pergi ke perpustakaan dengan budak suruhan untuk dapatkan Jurnal Sekretariat

dan semua laporan dari sempadan tiga tahun lalu.

Baik, tuan.

Tuan.

Saya perlu buat apa?

Buat seketika, jangan datang ke sini.

Kamu ada kaitan dengan kes pengintip tiga tahun lalu,

baginda titahkan untuk kecualikan kamu.

Tuanku.

Betulkah tuanku tak perlu diperiksa oleh Tabib Diraja?

Meskipun tuanku tiada cedera luaran,

lebih baik biar dia periksa nadi tuanku.

Pemeriksaan setiap pagi sudah memadai.

Namun, tuanku…

Tuanku.

Penghulu Joo Sang-hwa dari Unit Senjata Khas nak beri laporan.

Izinkan dia masuk.

Ampun, tuanku.

Sudah melangkaui waktu beradu tuanku.

Tuanku boleh jumpa esok.

Tak mengapa. Suruh dia masuk.

Baik, tuanku.

Bagaimana keadaan Mong-woo?

Dia nampak terkejut kerana Chu Dal-ha ditahan.

Lelaki bernama Se-dong datang melawat

untuk sampaikan khabar itu kepadanya.

Jangan halang dia melawat,

tapi segera beritahu beta jika sesuatu menimpa Mong-woo.

Baik, tuanku.

Tuan Joo.

Bagaimana awak menjaga baginda?

Saya tak pernah bersependapat dengan tuan,

tapi saya serahkan keselamatan tuanku kepada tuan.

Namun,

kenapa tiba-tiba kejadian ini berlaku?

Pengkhianat cuba membunuh baginda?

Betul cakap cik.

Saya bersalah.

Masalah terbesar

adalah baginda keluar untuk pergi ke kediaman peribadinya.

Jika tuan tak boleh halang itu,

hal ini akan berulang lagi.

Saya setuju.

Namun,

baginda yang tentukan itu.

Tiada apa yang saya dan cik boleh buat.

Tapi Tuan Joo…

Saya dah kembali.

Unit Senjata Khas tak marah awak?

Tentu Tuan Choam dah beritahu saya akan datang

sebab mereka tak halang saya masuk.

Biro Penyiasatan Diraja pula?

Apa terjadi dengan Tuan Chu?

Baginda Raja sendiri akan soal siasat dia,

jadi dia akan dipenjarakan sehingga dibawa jumpa baginda.

Tapi kenapa mereka tahan dia macam nak bunuh dia serta-merta?

Buat orang takut saja.

Se-dong, tolong jaga dia di penjara.

Jangan risau.

Saya dan Jeomine akan uruskannya.

Terima kasih.

- Kamu boleh pergi. - Baik.

Berehatlah.

Cik Muda, baringlah.

Cik Muda?

Kenapa baginda

kembali ke istana tanpa cakap apa-apa kepada saya?

Pada pendapat saya,

baginda segera pergi

sekiranya cik akan risau kerana Tuan Chu.

Betulkah itu saja sebabnya?

Tuanku.

Tuanku sihat hari ini

tanpa ada apa-apa gejala.

Tentang racun itu.

Racun yang membunuh kakanda beta.

Kamu belum temuinya?

Ampun, tuanku.

Ia tak dikesan di dalam ubat herba atau mangkuk

yang mendiang raja pernah guna.

Ia dikesan pada kain yang ada batuk berdarahnya.

Patik cuma boleh sahkan baginda diracun.

Tapi sukar untuk tentukan racun apa yang baginda tertelan.

Beta faham itu sukar.

Jangan berputus asa dan terus mencari.

Baik, tuanku.

Baginda Raja minta patik menyapa tuanku bagi pihak baginda.

Jantung beta hampir luruh mendengar khabar cubaan membunuh.

Kenapa baginda tak jumpa beta sendiri

sehingga baginda hantar kamu?

Ampun, tuanku.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left