The first 158 lines.
Laporan terkini aktiviti seismos
disahkan sebagai rekahan di seluruh Australia Tengah.
Kita pernah melihatnya.
Laluan dari neraka misteri. Setiap…
…raksasa gergasi, dikenali di seluruh dunia sebagai Kaiju.
Satu-satunya pertahanan kita? Raksasa buatan sendiri, Jaeger.
Bandar di Australia terus tumpas, sama seperti Jaeger kita.
Dengan bertambahnya kematian, Marsyal Rask dari PPDC
telah memberi arahan, "Keluar."
Semua orang ada lima hari untuk sampai ke bandar berikut.
Brisbane, Darwin, Perth atau Sydney.
Jika tidak, tiada sesiapa akan cari atau selamatkan kita.
Semoga Tuhan melindungi.
DARI BAYANGAN
- Nampak macam kiamat. - Tidak selagi kita tak mengalah.
Kami setuju.
Kami masih bersemangat untuk berjuang.
Ini urusan kami. Kami tak boleh minta awak tinggal, Marauder.
Kamu boleh buat apa-apa saja.
Kami cuma nak bunuh Kaiju.
Terima kasih, Zeus. Mari cari anak-anak kita.
Ayuh.
- Cepat! - Ia hampir!
Kenapa lambat sangat?
Maaf kami lewat.
Hunter Vertigo, masuk.
Ito, kami dah tiba.
Perintah ialah Jaeger berundur ke pantai.
Tapi orang masih berpindah.
Saya tahu. Benua sudah tumpas.
Pergi ke Sydney segera. Saya akan mengawasi awak…
TIADA ISYARAT
Ito.
Brina!
Root, kuasakan meriam kriogenik!
Salur kuasa kepada meriam kriogenik.
Mana meriam itu, Root?
Dicaskan sepenuhnya dalam tiga, dua…
Pelancaran satelit.
Black telah dimulakan.
Maksudnya kita bersendirian.
Pakai tali pinggang keledar, semua! Siap sedia.
Baik kita cepat. Benda itu takkan jatuh lama.
Zeus!
Jangan risau tentang kami. Bawa anak-anak pergi!
Kita ada di mana?
Rasanya kita di Lembangan Bayang, tapi di manakah ia?
Pangkalan tiada. Ia sudah hilang.
Kita nak ke mana?
Kaiju kategori tiga mendekati.
Semua keluar!
Berlindung di batu-batuan!
Pergi!
Ibu! Ayah! Jaga-jaga!
- Brina! - Saya tahu!
- Bagus. - Terima kasih.
Sediakan kepala peledak.
- Sedia. - Tembak.
Ibu!
Itu pun anak ibu.
Kamu tak risau tentang kami, bukan?
Sedikit.
Ayah tak tahu cara kamu bertahan lima hari ini,
tapi ayah bangga.
Terima kasih, ayah.
Mana Lembangan Bayang?
Ia hilang. Tertimbus, macam yang lain. Kaiju telah rampas benua.
PPDC tak boleh tinggalkan benda bernilai.
Bagaimana dengan kita?
Ada banyak makanan dan air untuk bertahan sehingga kami pulang.
Cuma dua minggu sahaja.
Ibu, tidak!
Tolonglah jangan pergi.
Cepat kami pergi, cepatlah kami balik.
Bawa kami bersama. Kami boleh muat.
Saya boleh bantu kemudi. Saya berlatih drift …
Ayah tahu,
tapi Hunter takkan sampai ke Sydney.
Lambat laun, kami perlu berjalan.
Jadi kenapa tak tinggal dengan kami?
Bantuan takkan datang!
Jadi kami perlu dapatkan bantuan.
Tapi kami tak boleh buat begitu dan jaga kamu.
Ayah minta bantuan kamu sekali lagi.
Tidak, saya tak mahu.
Taylor.
Datuk beri rantai ini apabila ibu jadi pengemudi Jaeger.
Ibu nak beri kepada kamu apabila kamu selesai latihan.
Ibu mahu kamu simpan untuk ibu sehingga kami pulang.
Jika ibu dan ayah tak pulang?
Tiada apa-apa yang boleh menghalang kami pulang.
Tidak sama sekali.
Ibu janji?
Setulus hati.
Tolonglah, ayah.
Pergilah.
Kami akan okey.
Ya, ayah tahu.
Kamu perlu dengar cakap abang semasa kami tiada, okey?
Mestikah?
Cuba yang terbaik.
Okey.
Jangan risau.
Mereka akan pulang.
Mereka sentiasa pulang.
5 TAHUN KEMUDIAN
Jika tiba di Pemisah menjelang Jumaat, awak boleh kejar Terri dan Dobbs.
Saya juga ada bekalan.
Mana awak jumpa semua ini?
Saya curi. Sedikit daripada semua orang agar adil.
Jangan marah, Cory.
Awak perlukannya lebih daripada kami,
dan apabila orang tahu, awak sudah jauh dari sini.
Hayley, ikutlah kami.
Awak pasti okey. Hebat.
Kamu semua pasti hebat.
Awak pula?
Saya akan selamat di sini.
- Selama-lamanya. - Ingatkan dah pergi.
Saya harap jika saya tunggu, awak akan ubah fikiran.
Tak berubah.
Awak?
Tidak kali ini.
Hayley, buat tugas.
- Ia boleh tunggu. - Dah lama.
Pergi, sekarang.
Ikut laluan dan berselindung.
Awak akan tiba di pantai dengan cepat.
Senang saja.
Senang saja. Ya.
Saya akan hantar bantuan sebaik saja tiba di pantai.
Jika awak tiba di pantai.
Bantuan tentu datang jika selamat.
- Hayley tahu arahnya jika… - Tidak.
Okey. Maafkan saya.
Saya akan rindu awak.
Ya.
Saya pun.
- Awak cari Hayley? - Hei, Shannon.
Ya. Dia sepatutnya buat tugas, tapi tentulah dia tiada.
Dia dan Rosa ke rumah awak untuk bersiap.
Untuk apa?
Air terjun. Semua orang pergi.
Saya suruh mereka ikut.
Awak patut ikut sekali.
Sudah tentu.
Seronok bunyinya.
Sayang sekali awak tak jumpa pengemudinya.
Hayley?
Lebih baik saya pergi. Cari saya nanti.
Hai, Taylor. Jumpa lagi, Taylor.
Tak guna, Hayley! Kamu janji!
Saya tahu, tapi sebelum abang marah…
Sebelum abang lebih marah, dengarlah dahulu.
Saya jumpa ia di pinggir lembangan…
Di tepi cerun?
Ya, tapi saya berhati-hati.
Ada banyak lagi di sana. Mungkin ia boleh bawa kita pulang.
No comments yet. Be the first to leave one.