The first 186 lines.
Dah ke belum?
Belum.
Sekarang?
Belum.
Sekarang?
Belum.
Sekarang?
Betulkan benda alah tu elok-elok.
Selamat datang ke arena gusti di Olimpik Seoul.
Menunggu perlawanan mendebarkan hari ini.
Dah ada.
Boleh saya turun?
Tidak.
Tunggu di situ dan jaga antena.
Perlawanan akhir Olimpik ini dalam kategori 72 kilo.
Di antara penggusti dari Rusia dan Amerika.
Sangat menyedihkan.
Meskipun gusti menjadi antara sukan lazim di India.
Penggusti India mengecewakan di Olimpik.
Walau pemain kita boleh bawa pulang pingat.
Tapi di mana sokongan?
Tiada duit, tiada juga kemudahan.
Bagaimana pemain nak semangat menangi pingat.
Jika pingat boleh dimenangi dengan kata-kata
awak dah menanginya awal dahulu lagi.
Awak baru di sini?
Itu yang saya fikirkan.
Cubalah melangkah ke dalam arena gusti suatu hari.
Awak akan larikan diri sebelum perlawanan bermula.
Nampak seperti awak dah lakukannya banyak kali.
Lari untuk awak hidup.
Jika di sini arenanya, kita tengok siapa akan lari.
Kenapa kita perlukan arena?
Inilah masa yang kita nanti-nantikan
Pentas ini dicipta untuk perlawanan besar
Keterujaan dapat dirasakan melonjak.
Kedua penggusti sedang berjalan
untuk perlawanan.
Sangat tepat apa kamu katakan, Torn.
Nampaknya ia akan menjadi perlawanan menarik.
Ramai kelihatan tidak sabar.
Kedua penggusti telah bertatapan wajah.
Kita tunggu apa akan terjadi.
Adat berjabat tangan.
Wisel dari pengadil. .. dan perlawanan bermula!
Dia tumbang!
Dia tumbang
Satu serangan awal ke atas penggusti Rusia.
Terlalu yakin boleh membawa maut.
Bang, kamu nak cuba lagi sekali?
Penggusti memanaskan badan untuk pusingan seterusnya.
Ya, Torn, perlawanan ini tak mudah seperti yang kita lihat.
Kita tunggu apa akan terjadi.
Keduanya mencuba mengasak.
Serangan hebat, pertahanan mantap!
Dan satu bantingan yang menakjubkan.
Gerakan menarik.
Tak tahu semangat apa masuk dalamnya.
Cubaan serangan lagi.
Dan serangan balas.
Dan ia berakhir.
Sudah berakhir.
David telah menjadi Goliath!
Dan Goliath menjadi David sekarang!
Kata-kata menarik, Torn!
Tiada yang menjangkakan secepat ini tewasnya penggusti Rusia.
Perlawanan menarik.
Inilah gusti kelas dunia.
Awak bagus.
Awak baru kalahkan juara peringkat negeri.
Jangan tawar hati.
Awak baru kalah kepada juara peringkat kebangsaan.
Kenalkan pakcik saya,
Mahavir Singh Phogat.
Dia tinggalkan gusti beberapa tahun dahulu.
Tapi gusti tidak pernah tinggalkannya.
Budak kecil itu akan menang.
Nampak tu!
Hanya membina badan cantik tidak mencipta penggusti.
Mari sini, nak.
Gusti mengalir dalam darah sejak kamu lahir lagi.
Ambil buat beli susu.
Semoga dirahmati.
Apabila tiada makanan dalam pinggan kamu, apa kamu nak makan? Pingat?
Tiada siapa pedulikan tentang gusti.
Terima saja kerja yang ditawarkan pada kamu.
Kenapa kamu berhenti bergusti?
Saya tiada pilihan.
Gusti beri saya kehormatan, kemasyhuran
tapi tak mampu beri saya duit.
Jadi saya terima kerja ini.
Setiap impian penggusti
untuk membawa maruah dan kejayaan kepada negara.
Tetapi jika negara tidak memberi sokongan,
Seberapa jauh penggusti boleh pergi?
Bukan salah awak kalau tak mampu memenangi pingat untuk negara.
Berapa lama kamu nak biarkan kenangan ini menghantui kamu?
Apa saya tak mampu buat, anak kita akan buat.
Dia akan memenangi emas untuk negara kita.
Bendera kita akan dikibarkan tinggi.
Catit kata-kata saya.
Hari itu pakcik sama cemasnya,
seperti pelajar menanti keputusan peperiksaan.
Jangan bimbang saudara.
Semua akan baik-baik saja.
Bayi perempuan.
Pakcik harapkan lelaki.
Tetapi perempuan lahir.
Tak apa.
Awak ada adik sekarang, Omkar.
Saya sangat gembira!
Tapi pakcik hanya berlakon.
Dan semuanya bermula.
Tiba-tiba ramai menjadi mahir
dalam petua mendapatkan anak lelaki.
Beri lembu hitam manisan diperbuat dari bijian putih pokok lenga,
lilitkan dalam roti pita jagung, suap dengan tangan kiri sebelum matahari terbit.
Anak lelaki pastinya.
Doa khas untuk anak lelaki.
Dibaca tiap hari.
Ini... makan ni.
Makan ni.
Berhenti, tolonglah.
Mahavir,
Pastikan awak hanya cuba pada Ahad.
Hari lain, tahan kehendak awak.
Faham?
Orang tak berhenti memberikan pendapat.
Ini untuk kamu, nak.
Pakcik dan makcik juga terlalu melayan.
Hari kelahiran tiba dan hampir separuh kampung
menanti kelahiran anak lelaki mereka.
Geeta, kamu akan mendapat adik baru.
Awak boleh bermain dengannya.
Anak perempuan.
Tetapi pakcik tak dapat anak lelaki.
Penduduk kampung turut hampa.
Tetapi, dengan semua "cara gagal",
mana datang silapnya?
Dia sebaliknya memberi makan kerbau hitam bukan lembu.
Lagi, tengok sepupu saya dari Rohtak.
Dia dapat 3 anak lelaki dalam 3 tahun.
Jika apa yang didoakan tersilap,
keputusan juga akan jadi tersilap.
Kawalan kendiri ialah kemujaraban.
Saya beritahunya untuk cuba pada Ahad.
Dia mesti buat itu bebas tiap hari.
Saya tak boleh beri awak anak lelaki...
Bukan salah awak.
Dan jangan salah faham.
Geeta dan Babita tetap kesayangan saya.
Tapi hanya lelaki boleh penuhi impian saya.
Tahun berlalu.
Pakcik tetap enggan mengalah.
Dia mahukan anak lelaki.
Tapi mungkin Tuhan enggan mengalah juga.
Anak ke-3 masih lagi perempuan.
Dan begitu juga ke-4.
Kali ini saya juga sedih.
Makanan dah siap ayah.
Terbalikannya nanti hangus.
Selepas itu dia mengalah dengan keinginan untuk dapatkan anak lelaki, dan juga impiannya.
Hey, Mahavir Singh-ji!
Kenapa dengan dia?
Awak nak pergi tengok perlawanan gusti petang ni?
Tak, awak pergilah.
Hey, Mahavir!
Saya dikurniakan anak lelaki.
Restu dengan sedikit manisan.
Apa terjadi?
Tengok betapa teruk mereka dibelasah.
Katakan sesuatu!
Ya, lihatlah betapa teruk mereka dibelasah.
Mereka bengkak dan lebam merata.
Ya, mereka bengkak dan lebam merata.
Kenapa kamu pukul orang?
Bukan saya pakcik.
Geeta dan Babita pukul mereka.
Mereka mulakannya.
Dia panggil saya pecundang dan Babita ahli sihir.
Jadi, kami ajar mereka cukup-cukup.
Mereka pukulnya sangat teruk? Atas alasan remeh?
Ya, tak patut mereka pukul teruk begitu.
Tolong maafkan mereka... Mereka budak lagi.
Kami maafkannya kerana mereka anak kamu.
Pergi!
No comments yet. Be the first to leave one.