The first 200 lines.
Sarikata oleh Sanzoryu
Surat.
Kamu dah tak tulis banyak surat sekarang, bukan?
Tapi saya pasti mesti ada satu surat yang kamu takkan pernah lupa.
Hantarkan ia kepada seorang lelaki tembam berpakaian merah
dan beritahu yang kamu dah menjaga tingkahlaku,
lebih kuranglah,
dia akan tinggalkan satu atau dua buah hadiah.
Tapi, tiada siapa yang tertanya
bagaimana segalanya bermula dahulu.
Ini adalah kisah tentang surat-surat, dan ia bermula...
dengan yang ini.
...74, 75, 76...
...77, 78, 79,
- 80! - Sarjan Drill, tuan!
Arahan dari pihak atasan! Surat untuk salah seorang kadet kamu!
Itu untuk dia, tuan.
Kadet Johanssen!
Mmm-mmm-mmm!
Berhenti.
Jangan beritahu saya. Biar saya cuba teka.
Saya putus asa. Siapa kamu?
Sarjan!
Sarjan Drill! Duduklah. Boleh saya bawakan minuman?
Espresso? Kapucino?
Bukan ke kamu patut berada dalam latihan menunggang kuda?
Mmm-hmm. Mmm-hmm.
Jangan risau. Dah ada orang tolong gantikan saya.
Surat dari pejabat Jeneral Postmaster!
Apa?
Sarjan, betul ke ni?
Jangan bergurau dengan saya sekarang.
Nah, pegang ini.
Ah, saya jangkakan ini lebih awal,
tapi, yup, saya dah diseru ke 'sarang naga'.
Pergilah dan tak payah buat espresso Sarjan Drill.
Dan, uh, nah, apa kata kamu habiskan saya punya?
Saya dah tak perlukannya lagi...
...dan saya akan lihat tempat lama ini buat kali terakhir supaya saya boleh lupakannya.
Mmm-hmm. Sudah. Baiklah, mari pergi.
Sembilan bulan.
Sudah sembilan bulan sejak aku gunakan segenap pengaruh aku
untuk masukkan kamu ke dalam Akademi Pengepos Diraja.
Sebenarnya, sembilan bulan enam hari tapi siapa yang kira, kan?
Apa? Tiada cebisan roti bakar?
Apa ni!
Jadi boleh kita dengarkan progres kamu di sini?
Mmm-hmm. Mmm-hmm. Mmm-hmm. Sudah tentu.
- Sarjan. - Ya, tuan!
Penyusunan dan pendokumentasian:
gagal sepenuhnya.
Pengurusan dan penjagaan merpati utusan...
...prestasi yang sangat teruk.
Pemindahan barangan mudah pecah...
...rekod terburuk.
Kamu dah dengar kan.
Tapi, hei, kita dah lihat saya cuba, bukan?
Jadi saya rasa saya kemas barang dan balik rumah sajalah. Malangnya.
Aduhai.
- Duduk diam di situ. - Tidak, ayah!
Betul kata kamu. Bila saya nak matang?
Bila saya akan berhenti bazirkan semua peluang ini,
yang kamu sendiri paksa saya buat,
dan jadi lelaki yang bertanggungjawab?
Saya rasa saya mesti baring dan fikirkan semula keutamaan saya.
Berselimut atas cadar sutera sambil menikmati sedikit pekasam dan wain...
Kamu masih beli jenama yang sama, bukan?
Kamu ingat aku akan melihat saja kamu sengaja gagal
kemudian hantar kamu kembali
kepada kehidupan mewah yang tiada makna itu?
Iyalah. Di mana lagi saya nak...
Tahniah. Kamu sekarang dilantik sebagai posmen.
Apa dia?
Kamu akan ditugaskan di sebuah pejabat pos di...
Smeerensburg.
Kamu ada masa setahun.
Apa? Setahun? Di mana? Smeerensburg?
Apakah... Apa yang berlaku ni? Ayah?
6000 pucuk surat dah mencukupi.
Dicop oleh tangan kamu sendiri.
Dan dengar sini baik-baik, Jesper.
Kalau kamu gagal mendapatkan surat-surat itu, bekalan kamu dipotong.
Tiada lagi kediaman mewah,
kereta kuda mewah, baju-baju, persembahan istimewa...
Semua dah tiada.
Kamu boleh cuba sesuaikan diri dalam keadaan daif itu.
- Tapi... - 6000 pucuk surat, setahun.
Kamu tak boleh menipu, rasuah atau lari dari tugasan ini.
Ayah! Jangan macam ni! Ini sayalah. Kita bincang ya.
Ini anak kamu, Jesper! Jespie comel!
Ingat lagi, saya... "Ayah, boleh saya bantu hantarkan surat itu?
Boleh saya bantu kamu letakkan pingat ke dalam surat
dan dicop dengan..."
T-t-tunggu!
Kamu tahu berapa lama nak gosok seragam ini?
Saya pun tak tahu, tapi ia ambil masa seseorang berjam-jam.
Helo?
Burghard! Akhirnya, wajah yang saya kenali. Kamu boleh percaya tak mereka...
Burghard, saya belum naik lagi. Burghard?
Tuan, saya setuju dengan tindakan disiplin, tapi Smeerensburg?
Bukankah itu agak keterlaluan?
Budak itu perlukan kesedaran, Sarjan. Dan siapa tahu?
Satu hari nanti mungkin dia akan berterima kasih pada aku.
Terima kasih ayah!
Ini sangat bagus sekali, ayah. Terima kasih banyak.
Baguslah ni, ayah.
Sangat, sangat bagus.
Terima kasih, ayah!
Terima kasih!
Saya suka kereta keldai yang teruk ni.
Terima kasih banyak!
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Terima kas...
Kamu patah balik ke persimpangan itu. Belok kiri di pokok mati itu.
Sama-sama.
Apa? Tak. Saya bukan sesat.
Percayalah, kamu sesat.
Kelakarnya! Cantik bot!
Kamu boleh gerakkannya hari ini?
Apa dia tadi?
Posmen baru. Smeerensburg.
Yang berada di sebuah pulau, yang dikelilingi oleh air,
yang mana saya perlukan bot ke sana, yang mana kamu mempunyainya.
Dah mula faham?
Cuacanya selalu begini ke?
Eh. Kita sedang mengalami sedikit gelombang haba.
Huh?
Itulah dia. Smeerensburg.
Menawan, huh? Kamu patut lihat waktu musim bunga.
Itulah waktunya warna kelabu itu lebih menyerlah.
Apa yang dah berlaku di sini?
Oh! Uh, tradisi tempatan yang berwarna-warni. Cerita rakyat yang unik. Benda macam itulah.
Segalanya sebahagian dari budaya meriah dari pekan aneh ini.
Tidak, tidak! Kenapa kamu...
Oh, budak tak guna!
Mana semua orang?
Semua orang?
Saya ingatkan ada sesuatu seperti menyambut tetamu.
Oh! Betul. Betul, menyambut tetamu. Mestilah, menyambut tetamu.
Nasib baik kamu ingatkan aku.
Kamu bunyikan loceng di sana tu, uh... kemudian sambutan tetamu itu akan dimulakan.
- Loceng itu? - Yep. Bunyikan.
Mereka akan keluar nanti.
Mereka ada kumpulan muzik, jamuan pembuka selera dan, uh... dan kunci bandar.
Semua benda berkaitan sambutan tetamu itu.
Iyakah?
- Di luar ni? - Mestilah!
Bukannya setiap hari mereka dapat posmen baru dari bandar besar.
Huh?
Apa yang berlaku ni?
Whoa! Whoa!
Aah!
Aduh, mereka menggigit! Aduh, turun! Turun! Turun!
Bukankah bagus begini?
Dan kamu ingat mereka dah lupa.
Lekas! Bawa saya keluar dari sini!
- Uh... - Apa yang berlaku di luar ni?
- Kenapa semua orang berdiri saja? - Iyalah!
Tengoklah siapa yang akhirnya mengaku kalah!
Mengaku ka... Kami?
Ha! Itu dah melampau!
Mengakulah! Kau mungkir dan bunyikan loceng itu!
Seorang Ellingboe? Tak mungkin! Orang kau yang buat!
Jangan kau berani tinggikan suara pada aku!
- Oh, mulalah tu! - Kau yang bunyikan loceng itu!
Kau tahu kau yang bunyikan... Oh!
Kau dah takut, lepas tu nak tuduh kami!
- Biar betul kau ni! - Kami sedang membersihkan salji...
Oh, whoa! Hei!
Huh. Apa yang kamu pegang tu, anak-anak?
Saya punya!
Pumpkin, tunjukkan pada ayah apa yang kamu jumpa tu.
Saya punya.
Bukan macam ni cara melayan orang!
Terutamanya orang ini!
Sekejap. Biar saya...
Seorang posmen?
- Pfft. Tolonglah. - Bilalah mereka nak sedar?
Hei! Mereka hantar pada kita seorang lagi posmen!
Baiklah. Baiklah.
Kamu tak tahu siapa saya, jadi saya maafkan kamu.
Okey? Tapi biar saya kata yang saya bukannya posmen betul.
Memang posmen pun, sebab ianya perniagaan keluarga. Ayah saya ialah...
- Jangan sampai saya mulakan, sebab ianya... - Kita di mana tadi ya? Oh, yeah. Loceng satu!
Hidup ini terlalu pendek
untuk ceritakan secara terperinci, tapi...
Sekolah
Datang ke kaunter. Saya akan datang kejap lagi.
Baiklah, dengar sini.
Sesiapa pun di sana, saya beri amaran, kamu tak mahu cari pasal dengan saya. Okey?
Ikan kembung betul! Oh, bau dia!
Ikan kembung dah habis. Hanya ikan parang dan burbot hari ini.
Oh.
Oh.
Seragam, peluh sejuk, pucat lesu, menggeletar ketakutan.
Baiklah, saya akan cuba buat tekaan saja.
Awak adalah posmen baru,
dan lelaki feri itu suruh awak bunyikan Loceng Peperangan itu.
Loceng Peperangan? Pekan jenis apa yang ada loceng macam tu?
Boleh kita buka tingkap ke apa? Saya tak boleh berpura-pura...
Selamat datang ke Smeerensburg,
No comments yet. Be the first to leave one.