Switch

Switch (스위치)

Download Malay Subtitle

Release info

스위치 세상을 바꿔라 E03 180329 720p-NEXT
A Commentary by izrin96

Tags

720p
720
Published on: 2019-04-15
Downloads: 44
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

(Organisasi dan watak dalam drama ini hanyalah rekaan semata-mata.)

Apa yang berlaku?

Oh Tuhan.

Apa?

Sa Do Chan!

Ianya pertukaran yang hebat.

Saya pasti mereka tidak pernah bayangkan...

awak akan tipu pendakwa raya.

Berikan saya beg itu.

Saya sudah beritahu awak.

Pendakwa raya hanya ambil berat tentang kenaikan pangkat.

Mereka tidak pedulikan penipu seperti kita.

Pendakwa raya itulah masalahnya.

Bukalah cepat.

Sa Do Chan!

Tidak guna! Tikus itu layak menerima pukulan! Si keji!

Saya sepatutnya sudah melemaskannya di dalam air.

Ke tepi! Awak semua!

Ha Ra. Ha Ra, tolong sedar.

Tidak guna.

Tunggu sehingga saya menangkap awak.

Bagaimana saya dapat mencari tiga juta dolar yang saya hilang?

Hei, graduan kolej. Mari ke sini.

Ya, tuan.

Apakah yang saya patut beritahu kepada Encik Geum?

Adakah alasan yang akan membuatkan dia tidak terlalu memarahi saya?

Katakan yang awak cuba tingkatkan dana haram.

Sebelum pendakwa raya menyerbu rumah itu, awak menang.

Lihat? Graduan kolej adalah salah daripada orang lain.

Dana haram. Begitu.

Saya tidak salah. Saya berbeza.

Jika sesuatu itu salah, itu bermaksud ianya tidak betul.

Jika sesuatu itu berbeza, itu bermaksud ianya tidak sama.

Jadi, mengatakan saya salah adalah pilihan yang salah.

Awak buat lagi. Awak cuba untuk mengajar saya?

Awak cikgu saya atau apa?

Encik Geum sudah sampai.

Berhenti membaca benda itu.

Ada restoran kari sedap di Maldives.

- Betulkah? - Saya akan bawa awak ke sana.

- Betulkah? - Sudah tentu.

Adakah awak mahu pergi ke tempat yang menyeronokkan?

- Kami mahu pergi ke Maldives. - Begitu.

- Adakah mereka bersama awak? - Tidak mungkin.

Saya suka melakukan aktiviti bersendirian.

Tetapi, apa yang menyebabkan awak ke sini, Cik Oh?

Awak tidak rasa kita perlu berbincang?

Patutkah kita pergi ke luar?

Kenapa semua orang mahu bercakap dengan saya?

Tolong selamatkan saya, Encik Geum.

Sung Doo.

Saya dengar awak menggunakan dana syarikat lagi.

Sebenarnya, biar saya terangkan, encik.

Saya sedang cuba untuk tingkatkan dana haram untuk syarikat.

Awak berjudi?

Saya sedang mencuba untuk menggandakan pertaruhan,

tetapi pendakwa raya menyerbu rumah itu.

Pendakwa raya?

Berani awak menipu pendakwa raya?

- Saya mahu tumbuk awak dengan kuat. - Ini sangat menarik.

Bagaimana awak tahu saya ada di sini?

Alat penjejak.

Saya akan rampas ini buat masa sekarang.

Alat penjejak?

Hei, ini adalah pengawasan yang keterlaluan.

Saya perlu menguruskan penipu yang nakal seperti awak.

Awak tidak fikir saya akan membuat rancangan sampingan?

Berikannya kepada saya sekarang.

Begini, awak lihat.

Jangan biarkan ini mengejutkan awak, Cik Oh.

Di dalam kotak itu,

tiada apa-apa.

Awak mahu saya percayakannya?

Baiklah...

Namanya ialah Baek Joon Soo.

Baek Joon Soo masih hidup?

Awak kenal si tidak guna itu?

Adakah ini orangnya?

Ya! Itu dia. Itu orangnya.

Ianya lelaki yang sama. Ya.

Maafkan saya, Encik Geum. Ini salah saya.

Sebab itulah ianya sangat memalukan jika terlepas ikan.

Kenapa awak tidak percayakan saya?

Saya serius. Tiada apa-apa di dalam kotak itu.

Ya, detektif.

Awak sudah mencari mereka?

Awak tidak dapat mencarinya?

Baiklah. Terima kasih atas bantuan awak.

Di mana awak menyembunyikannya?

Saya juga ingin tahu...

siapa yang mengambil barang yang bernilai 5 juta dolar itu.

- Lima juta dolar? - Itu yang Nam Seung Tae katakan.

Dia kehilangan lima juta dolar.

Sebab itu awak berpura-pura bekerjasama...

supaya awak dapat mencurinya daripada saya?

- Lihatlah penipu ini. - Jadi apakah isi di dalamnya?

Itu Nam Seung Tae. Jawab panggilan itu.

Encik Nam, apa yang berlaku?

Maafkan saya.

Sebenarnya, saya ada barang itu.

- Tetapi dengan satu syarat. - Syarat?

Untuk saya menghilangkan diri, saya perlukan duit.

100,000 dolar?

Oh Tuhan, ini tidak masuk akal.

Bagaimana kita perlu dapatkan duit itu? Ini adalah masalah.

Kita perlu cuba yang terbaik.

Jadi, bagaimana sepatutnya?

Perlukah kita mengambil pinjaman peribadi?

Atau patutkah saya membuat cagaran dengan rumah saya?

Terima kasih, tuan.

Kenapa awak buat begini pada saya?

Cubalah untuk menerima gurauan. Boleh?

Kita perlu dapatkan barang itu.

Kita patut. Kita benar-benar patut. Kita mesti.

Perbelanjaan Aktiviti Khas.

Perbelanjaan Aktiviti Khas.

Kita mempunyai bajet tersebut untuk digunakan pada masa begini.

- Betul? - Awak betul, tuan.

Baiklah. Saya akan pastikan dana tersebut diluluskan.

Berikan saya satu minggu.

Awak perlu buat supaya ianya diluluskan.

Mereka akan meluluskannya, bukan?

Seminggu?

Baiklah.

Awak perlu datang seorang.

Baiklah.

Lepaskan saya.

Awak benar-benar fikir awak boleh lari daripada kami?

Di manakah barang itu?

Saya tidak akan memberitahu raksasa seperti awak.

Beritahu saya di manakah ia sebelum saya habiskan buku ini.

Jika awak tidak mahu beritahu saya,

awak mugkin akan mati.

Bakarnya.

Awak memilikinya sekarang.

Tidak perlu untuk memanggil Encik Baek dan membunuhnya.

Saya perlu akhirinya dengan baik...

sebelum ada ramai lagi orang seperti awak.

Baiklah. Awak sudah mengesahkan saya tidak bersalah.

Apa pun, saya harap awak menerima barang itu dengen selamat, Cik Oh.

Jangan berjumpa antara satu sama lain lagi.

Apa lagi kali ini?

Adakah awak sudah meminati saya?

Perkara sudah berubah.

- Perkara apa? - Jika saya minta awak bekerja...

mulai hari Isnin,

adakah awak akan menolak?

Awak bergurau dengan saya?

Kenapa saya perlu bergurau?

Awak tidak akan dapat menolak.

Do Chan!

- Hei. - Do Chan.

Keluarkan kami dari sini!

Saya lapar. Keluarkan kami.

Saya perlukan kepastian jika saya mahu bekerja dengan awak.

Berani awak mengugut saya.

Saya sedang membuat tawaran.

Bawa barang itu kepada kami minggu hadapan.

- Kami akan lepaskan mereka. - Apa?

Awak mahu kami duduk di sini sepanjang minggu?

Do Chan! Tempat ini menakutkan saya.

Sudah beberapa jam saya tidak mandi. Awak mahu lihat saya tanpa solekan?

Do Chan! Keluarkan saya dari sini!

Baiklah. Saya akan lakukannya.

Jika awak mengubah syarat itu.

Lepaskan mereka sekarang.

Saya tidak mengapa.

Awak fikir saya akan setuju?

Menyamar menjadi pegawai kerajaan.

Awak adalah rakan subahat.

Adakah awak mengugut saya?

Itu adalah tawaran.

Hei.

Dia di dalam sana.

Awak sudah menyiapkan kerja awak sebelum tidur?

Awak mahu saya menghafal semua ini dalam beberapa hari?

Ini adalah penderaan mental.

Hari lahir Joon Soo.

Saya bukannya akan mengadakan majlis untuknya.

Kenapa saya perlu ambil tahu?

Awak mahu mati?

12 April, 1987.

3-22 Ongang-dong, Bandar Sokcho, Gangwon-do.

Dia menamatkan sekolah rendah,

sekolah menengah dan sekolah tinggi dengan kepujian.

Bergraduasi dari Universiti Nasional Seoul, lulus ujian undang-undang.

Program Latihan Pendakwa Raya, Kelas 44.

Dia mengasingkan dirinya sejak kuliah undang-undang,

dan tidak mempunyai kawan ketika program latihan.

Rakan sekerjanya yang rapat hanyalah...

yang kuat, berperangai buruk dan bermulut keji.

Jelas sekali dia adalah pembuli ketika sekolah tinggi. Oh Ha Ra.

Hentikan komen yang tidak penting. Orang yang diminati.

Orang yang diminati. Buka muka surat 13.

Dua orang rakan sekerja yang rapat, Kim Min Suk dan Park Jung Woo.

Kim Min Suk bekerja di Daejeon dan Park Jung Woo di Chuncheon.

Tambahan lagi, orang yang paling diminati ialah...

Woo Jae Shik. Dia adalah mentornya sejak dia bermula,

dan ketua pendakwa raya bahagian dalaman.

Saya tidak patut berhubung dengannya.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left