Release info

The Rise of Hero
A Commentary by RADIKAL62
LINK MOVIE: https://ganool.design/the-rise-of-hero-2019/

Tags

other
Published on: 2020-07-29
Downloads: 12
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sucikan kekotoran dari bumi dan syurga!

Mengisytiharkan kekuatan kami kepada kesemua sembilan peringkat syurga.

Mengisytiharkan kekuatan kami kepada kesemua sembilan peringkat syurga.

Mengisytiharkan kekuatan kami kepada kesemua sembilan peringkat syurga.

Dengan segala hormatnya kami mempelawa Dewa Tiga Yang.

Dengan segala hormatnya kami mempelawa Dewa Tiga Yang

yang menyucikan langit ketika merentasi Tujuh Bintang

dengan tubuh yang tak dapat dimusnahkan dan kuasa yang agung.

Selamat sejahtera, tuan.

Semoga syaitan menjadi takut.

Musnahkan semua jenis kejahatan.

Usir orang asing

dan kembalikan semula Dinasti Qing.

Kembalikan semula Dinasti Qing.

Pembunuh Syaitan,

ada orang dalam kerajaan mahu berpakat dengan musuh asing

untuk menggulingkan Dinasti Qing yang mana boleh dihukum mati.

Saya dengan ini arahkan awak pergi Foshan dengan segera

untuk siasat hal ini.

Awak mesti berjaya.

Bagus! Bagus!

Bagus! Bagus!

Tuan Yang Terutama, kami belum jumpa dia lagi.

- Awak masih belum jumpa dia? - Belum.

Dia terlalu sukar untuk diajar.

Dah tiba masanya untuk carikan dia ibu mentua yang baik.

Sudahlah, tak perlu tunggu lagi.

Mari mulakan.

Semua orang, senyap!

Tuan Yang Terutama mahu berucap.

Sedang angin kencang bertiupan

dan awan berarak,

semua wira bersaing untuk kejohanan.

Saya, Dai Dalong, secara rasminya mengumumkan bahawa

Pertandingan Tarian Singa yang Pertama

kini bermula!

Ya!

Liang Kuan dari Daerah Mei!

Siapa itu?

Itu Wong Fei-hung.

- Kuan, mari mulakan! - Baik!

Wong Fei-hung, saya akan bayar awak 100 tahil untuk kalah.

Kuan, dia mahu kita kalah dalam pertandingan untuk 100 tahil.

Langkah mayat saya dulu!

Matilah awak.

Tuan guru,

kalau kita tak jatuhkan dia, kita tak akan dapat Raja Singa.

- Kuan! - Mari!

- Lepaskan. - Saya dapat plak itu dulu.

- Awak lepaskan. - Saya akan kira sampai tiga.

Kalau awak tak lepaskan, siaplah awak.

Saya kata saya takkan lepaskan.

Pukul dia. Pukul dia.

Satu, dua, tiga.

Tuan guru, jaga-jaga!

Tiga Belas!

Berani awak serang tuan guru saya!

Rasakan ini!

Berani awak tikam punggung saya, budak?

Tak guna!

Tuan guru, tolong!

Berhenti! Jangan bergerak.

Tuan guru, kita menang.

Wong Fei-hung, awak akan merana!

- Hebat! - Plak Raja Singa.

Tuan Yang Terutama! Tuan tak apa-apa?

Tuan guru, apa kita nak buat?

Kalau awak nak plak ini,

saya akan beri kepada awak.

Lari!

Tangkap dia!

Tabib Huang, perlahan-lahan!

Kenapa ini?

Takut sakit sekarang?

Jangan berkelahi kalau awak takut kesakitan.

Ingat.

Harmoni adalah perkara yang paling penting.

Ia membantu segalanya.

Awak dah salah faham.

Menantu perempuan saya lahirkan bayi lelaki gemuk malam semalam.

Saya sangat gembira sampai tersandung.

Apa yang bagusnya kalau dapat anak lelaki?

Anak lelaki selalu timbulkan masalah.

Ubat ini perlu dimakan dan disapu pada badan.

Awak akan sembuh dalam masa setengah bulan.

Tabib Huang, ini bayarannya.

Gang,

ambil duit ini sebagai hadiah perkahwinan.

Terima kasih banyak, Tabib Huang.

Apabila bayi itu berumur sebulan,

- awak mesti datang ke upacara dia. - Tentu sekali!

Awak patut balik sekarang.

- Baik, awak mesti datang ke upacara itu. - Baik!

Huang Qiying!

Perlahan-lahan, Tuan Yang Terutama.

Tuan Yang Terutama.

Tuan juga tersadung?

Tersadung?

Anak awak yang buat.

Qiying,

ubat nenek moyang awak sangat bagus.

Ia merawat kecederaan dengan baik sekali.

Terima kasih.

Anak saya masih belum matang.

Awak tak boleh salahkan dia.

Mari, minumlah teh ini.

Sama ada dia salah atau tak,

itu bergantung.

Kalau dia menantu saya,

bukan saja tendang,

dia tumbuk saya berkali-kali pun saya akan lepaskan dia.

Tapi kalau dia bukan menantu...

Tak tahulah macam mana.

Tuan Yang Terutama, memandangkan awak cakap begitu,

kalau Fei-hung boleh kahwini anak awak,

ia akan jadi penghormatan terbesar

buat keluarga saya!

Tapi...

Tapi apa?

Ada masalahkah

- jadi besan saya? - Tidak.

Saya tak maksudkan begitu.

Jadi, awak setujulah.

Awak memang bijak.

Tuan Yang Terutama!

Saya juga tak maksudkan begitu.

Ini bukan itu pun bukan.

Apa maksud awak sebenarnya?

Maksud ayah saya,

Wong Fei-hung ialah lelaki sejati,

bercita-cita tinggi

dan dalam hayat ini, saya takkan kahwini anak awak.

Dalam hayat akan datang pun

saya tetap tak nak.

Tak guna!

Tangkap dia.

Tuan Yang Terutama Dai,

saya setuju dengan perkahwinan ini.

- Ayah! - Diam.

Tuan Dai, macam mana kalau begini?

Pada 8 hari bulan bulan ini selepas tuan sembuh,

saya akan bawa barang hantaran untuk melawat tuan.

Macam mana?

Wong Fei-hung,

saya akan lepaskan awak kali ini demi anak saya.

Mari pergi.

Tuan Dai!

Jaga diri, tuan.

Ayah,

ayah tak mahu saya berkahwin dengan anak dia, bukan?

Saya tak mahu.

Berani...

Budak bertuah!

Pergi ambilkan ayah satu besen air.

- Saya bantu orang. - Pergi sekarang!

Mari sini.

Tukar besen yang lebih besar.

Budak nakal,

kamu timbulkan masalah dengan kung fu yang kamu belajar.

Budak lelaki macam kamu

perlu didisiplinkan.

Li Tianhu lakukan semua jenis kejahatan.

Saya ajar dia demi tindakan wajar.

Angkuhnya kamu!

Kamu tak tahu apa itu wajar.

Dengar sini.

Harmoni adalah perkara yang paling penting.

Itulah yang wajar.

Jadi saya patut biarkan orang tak bersalah mati demi harmoni ini?

Ayah kamu seorang tabib.

Ayah merawat kecederaan.

Miau.

Ayah,

kalau saya diburu,

boleh ayah tolong saya?

Ayah akan pukul kamu bersama-sama dengan orang yang buru kamu.

Betul cakap ayah.

Harmoni adalah yang paling penting.

Mari kita minum wain.

Budak bertuah, siapa kata kamu boleh turun?

Silakan, ayah.

Mari minum!

Anakku,

jangan risau tentang perkahwinan ini.

Ayah takkan setuju.

Saya pun tak setuju.

Tapi bukankah ayah dah janji dengan Dai Dalong?

Ambil surat ini,

pergi ke Sekolah Xingzhong dan cari En. Lu Yibai.

Ayah dan En. Lu masih berkawan.

Asalkan En. Lu sudi terima kamu sebagai pelajar,

Dai Dalong tak ada pilihan lain

selain mengaku kalah.

Ayah nak saya masuk sekolah?

Tapi ayah tahu masalah saya.

Saya selalu tertidur ketika membaca semasa kecil.

Ayah!

Ayah!

- Tuan guru. - Awak dah beli tiket?

- Sudah. - Mari pergi.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left