Release info

Another Oh Hae Young E06 160517
A Commentary by ilovemassu
Eng-Malay manually translated by me. Sync with most version. Note: Original version ada lirik lagu,jadi saya cuba untuk translate ke Malay, maaf kalau translationnya agak pelik. :B

Tags

other
Published on: 2016-11-13
Downloads: 40
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Apa tu?

Tolonglah fikirkan aku dan balik rumah cepat.

Aku tak harapkan cinta, aku hanya kebosanan.

Oh, cik? Kenapa ni?

Tolong!

Sebelum kamu rasa sesak nafas, apa yang berlaku?

Bunyi ini yang paling terbaik

Kan?

Bunyi ini...

Macam kau...

Bila aku terfikirkan dia, rasa ketidak-adilan yang aku pendam selama ini, meletup.

Aku tak dapat nak cakap sekali pun tentangnya—ketidak-adilan itu.

Aku betul-betul ingin memberitahunya kenapa aku lakukan perkara itu dulu,

tapi dia tak mahu dengar apa-apa yang ingin aku beritahu.

Episod 6 - Separuh Cinta, Separuh Simpati.

Apa yang kurangnya Hae Young sampai nak kena pergi blind date dengan lelaki tu?

Hae Young dah tua kerepot ke sampai dia perlu pergi blind date dengan lelaki macam tu?

Bukannya kita perlu berikan dia pada orang lain sebelum kita mati.

Kau sepatutnya koyakkan saja mulutnya! Tapi sebaliknya kau cakap "Baiklah, aku cuba tanya."!

Kau balik ke sini lepas cakap macam tu?

Lelaki jahanam ni! Beritahu dia supaya jangan risau!

Hae Young kita tak kahwin pun tak mengapa! Dia boleh hidup seorang diri!

Tapi dia perlu berkahwin.

Tak kahwin pun tak mengapa!

Dia perlu.

- Aku cakap, "Tak kahwin pun tak mengapa!" - Dia mesti kahwin.

Kenapa? Untuk apa?

Tengok saja aku.

Kalau aku tak ada kau dalam hidupku,

aku tak akan ada apa-apa.

Nasib baik kau tak ada di rumah hari ni. Kalau aku dapat kau hari ni, mati kau nanti.

Tengok keadaan rumah ni!

Lain kali, kalau aku datang masih begini lagi, akan aku bakar semuanya!

Anakku dan suamiku,

mereka sangat menyedihkan.

Kau nampak sangat gembira pagi-pagi begini. Tak perlu pergi kerja?

Aku perlu berehat, jadi tolong senyap.

Dan jangan masuk ke sebelah kalau aku tak ada di rumah.

Tengok budak ni.

Oh, jangan cakaplah! "Kau perlu keluar! Tak, kau yang perlu pindah!"

Bukan main-main.

Rumah tu sebenarnya satu unit,

tapi tuan rumah sewa kan tingkat 1 dan 2 berasingan, malah dia sewakan juga bilik stor itu.

Kemudian dia letak perabot di depan pintu itu untuk menyekat antara kedua-dua bilik.

Tapi pembaikan bilik sepatutnya sudah siap.

Mereka nak sekat kedua-dua bilik tu dengan dinding bata.

Kenapa? Anak puan nak pindah keluar lagi ke?

Tak, tak. Aku hanya ingin tahu mereka macam mana orangnya.

Kita perlu cari jiran yang baik.

Aigoo, tak ada jiran yang lebih baik daripada mereka.

Kakak yang sulung tinggal di tingkat 1 seorang pengarah di sebuah syarikat besar.

Dan orang bujang yang tingal di tingkat 2 adalah CEO sebuah syarikat, kalau tidak silap.

Mereka tinggal di rumah itu semasa mereka kecil,

jadi jiran-jiran di kawasan itu sangat kenal dengan budak-budak tu.

Ibu mereka tak berapa betul otaknya, tapi anak-anak itu membesar dengan baik.

Mereka sanggup dapatkan semula rumah yang ibu mereka terpaksa jual,

budak-budak tu membesar dengan baik.

Sayang, keputusan kita untuk halau Hae Young

adalah kerja tuhan.

Oh Hae Young tu dan Oh Hae Young yang tinggal di tingkat atas, di satu tempat?

A-Ah, aku mula rasa tegang semula...

Ah, aku nak kencing! Ah!

Kau perlu berhijrah ke luar negara.

Sudah tak ada jawapan lain untuk masalah ni. Perempuan tu tak boleh! Memang tak boleh!

Tapi apa yang Oh Hae Young cakap? Kenapa dia buat begitu? Kenapa dia menghilang?

Aku tak tahu. Aku tak tanya.

Bukan sebab dia nak beritahu kau dia nak berjumpa?

Tak ada masa nak bercakap. Aku pergi saja.

- Kau sepatutnya tanya, bodoh! - Kenapa aku nak kena tanya?

Sebab nak tahu! Kau tak mahu tahu ke?

Maksud aku, kecuali diacu pistol di kepalanya, dia sangat normal sampai sehari sebelum perkahwinan.

Dan pada hari perkahwinan, dia terus naik kapal selam? (hilang, tidak dapat dijejaki)

Kenapa Oh Hae Young yang di atas buat begitu? Dia berfikiran waras ke tak?

Kenapa dia tiba-tiba cakap kau dan dia perlu berpura-pura jadi pasangan kekasih?

Ah, dua-dua pun gila!

Semua Oh Hae Young gila macam tu ke?

Nama tu terkena sumpahan ke apa?

Kalau mereka bekerja di syarikat yang sama, mereka akan bercakap tentang banyak perkara.

Nanti, Oh Hae Young di atas pasti dapat tahu nasib malangnya adalah akibat daripada balas dendam kau terhadap Oh Hae Young yang seorang lagi... Aiyoo.

Park Soo Kyung, perempuan ni dah hilang akal, kenapa dia biarkan Oh Hae Young bekerja di situ!

Kakak ke yang buat keputusan? Itu mungkin keputusan pihak atasan.

Dia sepatutnya halang benda tu, macam mana pun.

Aigoo. Dia sampai pada waktu yang sama setiap malam.

Tutup mulut kau.

Tapi ianya sangat mengagumkan bagaimana dia boleh cari jalan balik setiap malam. Dia ada GPS di badannya ke apa?

Dia sangat sesuai untuk sarkas.

Aku nak tanya kau satu soalan.

Masuk tidur sajalah.

Kau fikir yang makhluk asing akan datang... atau tak?

Aku tanya kau ni!

Kau fikir yang makhluk asing akan datang ke bumi atau tak?

Mereka pasti akan datang. Mereka akan datang untuk ambil kau.

Bila mereka nak datang?

Maaf, Noona, aku tak ada kawan makhluk asing. Kalau aku jumpa, aku mesti akan tanya.

Kalau kau jumpa, pastikan kau minta dia hancurkan bumi.

Aku nak mati dalam perjuangan yang mulia.

Boleh tak kau buat begitu sendiri, Noona? Aku masih banyak wanita yang aku ingin bersama.

Aku tak mahu buat seorang diri.

Semua, bersama-sama. Berjuang dan mati dengan mulia.

Tak seorang pun yang tinggal, semua!!

Jin Sang. Aku nak minum sekali dengan makhluk asing.

Aku dah nak gila ni.

Kerana kau tinggalkan ku, aku minum setiap hari.

Aku duduk seorang diri di tempat di mana aku pernah minum denganmu

dan menunggumu.

Bonne santé.

Je t'aime, impossible...

Aku rindukan kau bagai nak gila

Selamat datang.

Kemudian, aku jadi takut untuk muncul di hadapanmu dengan penampilanku yang teruk, jadi aku buka ikatan rambutku untuk menutup muka.

Aku rindukan kau

tapi aku tak mahu jumpa kau.

Aku duduk di sini setiap hari, memikirkan perkara-perkara gila.

Di mana kau, dan apa kau sedang buat?

Ada kau teringatkan aku?

Makhluk asing dah datang.

Inilah kesudahan untuk bumi.

Aku tak akan perlu menderita kerana kau lagi.

Aku hanya perlu mati.

Aku mati, dan kau mati.

Nanti dulu. Tok, tok, tok.

Sebelum kita mati... satu kali saja.

Satu kali saja.

Apa kau buat ni?

Makhluk asing perlu datang.

Mereka perlu musnahkan bumi.

Hai.

Aku rasa kita pernah jumpa hari tu. Besi keselamatan tingkap tu...

Oh, ya. - Kami amat berterima kasih.

- Ya. - Hari ni hari lahir anak kami.

Walau pun dah mencecah umur 32 tahun, dia masih tak punya lelaki istimewa untuk sambut hari lahirnya, jadi emaknya mesti datang.

Jadi, kami pergi dulu.

Kenapa nak saya makan begitu banyak untuk sarapan?

Hari ni hari lahirmu, kau perlu makan ini semua sekurang-kurangnya .

Cepat duduk.

Oh, sini.

Maaf. Aku perlu ke tempat yang jauh untuk pengambaran hari ini.

Budak-budak jahat. Mereka tak beritahu aku apa-apa sampai semalam.

Tak apalah. Jangan risau.

Siapa yang bising pasal sambutan hari lahir di usia ini?

Tak mengapa.

Park Do Kyung tak tahu yang hari ni hari lahirmu?

Bagaimana dia boleh tahu?

Nak aku beri sedikit tanda pada dia?

Jangan buat begitu.

Baik kau jangan!

Aku tak patut beritahu kau tentang dia.

Tak perlu susah-susah. Aku akan cuba lupakan dia.

- Kau cakap saja. - Aku betul-betul ni.

Kenapa?

Dia pernah bersama Oh Hae Young.

Jadi kenapa?

- Kau pernah jumpa lelaki yang tak pernah bersama perempuan lain? - Aku tak nak bersama dengan bekas kekasihnya.

Perempuan Sebelah Rumah

Perempuan Sebelah Rumah- dial?

Siapa tu?

Hari ni hari lahir kau. Kau patut minum untuk meraikannya.

Siapkan meja. Aku akan masuk dari sebelah.

Bagaimana kau tahu bila hari lahirku?

- Hee Ran beritahu kau? - Aku terjumpa ibumu pagi tadi.

Mak ni. Kenapa beritahu orang tentang hari lahir anaknya yang sudah dewasa?

Yes (jenama makanan ringan jenis kek )

Beli kek yang sebenar nampak macam melampau. Tapi kalau tak beli apa-apa rasa tak patut.

Bukti yang jelas tentang kerisauan kau.

- Apa tu? - Barang yang aku ada tapi tak guna.

Berhentilah dengar apa yang kau selalu dengar sambil buat bunyi pelik-pelik tu.

Bayaran untuk sup taugeh yang kau buatkan untuk aku hari tu.

Kau takut aku akan fikir ini adalah tanda sesuatu yang istimewa, kan?

Aku tahu. Ini adalah seperti yang kau cakap. Benda yang kau ada tapi tak guna.

Indah. Bunyinya.

Oh, apa hal?

Saya dah makan.

Saya kat rumah, Mak ingat saya kat mana?

Ya, sudah tentu saya sendirian.

Park Hoon

Ada apa?

Nak guna kereta aku? Untuk apa?

Tunggu kat situ. Aku bawa keluar.

Baling ke bawah.

Terima kasih. Aku akan hati-hati.

Kami nak jalan-jalan saja, tak lebih!

Wohooo! Jom!

Sampai bila kau nak sekat pintu ni?

Kau takut aku akan paksa kau tidur denganku?

Ada satu perkara baik bila kau sukakan lelaki sebelah rumah....

adalah buat kau balik ke rumah dengan cepat.

Dulu,aku tak mahu balik rumah sebelum aku betul-betul mabuk.

Tolonglah fikirkan aku dan balik rumah cepat. Aku tak harapkan cinta,aku hanya kebosanan.

Oh shit!

Matahari belum terbenam, Apa aku nak buat sekarang ni?

Oh, serius!

Kau rakam untuk tahu apa aku buat?

Ia tabiat aku.

Pengarah bunyi akan rakam itu dan ini, ingin tahu bunyi apa yang boleh didengari semasa kita tak ada di situ.

Ada ramai pengarah bunyi yang buat begini dengan perakam mereka. Tak ada maksud apa-apa.

Tapi kau sepatutnya berhenti buat begini bila aku dah pindah masuk!

Walaupun aku rakam, aku padamkan kebanyakkannya tanpa dengar pun.

Mana aku boleh dengar semua 12 jam rakaman?

Lepas kau pindah, aku dah lama tak dengar rakaman, sekali pun tak.

Aku sedang mabuk masa aku cakap semua tu. Bila aku mabuk, aku suka kacau orang, tengok apa mereka buat.

More Malay subtitles for Another Miss Oh

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left