The first 200 lines.
Syarikat Tren JR East
Depoh Morioka shinkansen cawangan Aomori
Jemput masuk. Boleh berjalan di koridor.
Selamat datang ke Depoh Aomori.
Di sinilah kami menyimpan tren Tohoku-Shinkansen
buat sementara.
Tren laju pertama dilancarkan pada 1964
dan bertolak dari Tokyo ke Osaka.
Tren ini yang terpantas di dunia waktu itu,
lalu diberi julukan, "ekspres impian."
Siri E5 bergerak pada kelajuan maksimum 320 km/j.
Model terkini ini dapat tiba ke Tokyo dari Hokkaido dalam empat jam.
Inilah komponen penyambungan dan pemutusan gerabak.
- Wah! - Hebat!
Kamu akan naik model yang sama.
Awasi langkah kamu.
Okey, ada soalan untuk Encik Takaichi?
Ikut sini, ya.
Tumpang tanya. Kenapa encik jadi konduktor?
Kenapa bukan pemandu?
- Betul. - Ya.
Ada macam-macam orang naik tren laju.
Sudah tentu ada pelajar dalam rombongan macam kamu.
Tapi beberapa tahun lagi,
mungkin ada antara kamu
naik tren laju untuk hadir majlis kahwin kawan.
- Ya, Aoi. - Memanglah!
Mungkin keluarga melancong bersama atau orang pulang daripada lawatan kerja.
Setiap orang ada sebab tersendiri menaiki tren,
tapi kita semua menuju ke arah yang sama.
Tapi, kita orang asing ketika tiba.
Bukankah indah dapat tengok penumpang sampai ke destinasi?
Saya tak faham, tapi kedengaran bermakna.
- Jom ambil gambar berkumpulan! - Jom!
- Beratur, semua! - Sedia?
Okey, senyum!
Stesen aomori-shin bandar dan wilayah aomori
- En. Takaichi! Selamat tengah hari. - Hai.
Kita bertugas bersama hari ini.
Ya? Selamat datang.
Bagaimana lawatan di depoh tadi?
Orang tua macam saya hanya membosankan mereka.
Apa kata biar orang muda macam saya cuba?
"Memastikan setiap penumpang kita yang dihargai
selamat sampai ke destinasi."
"Itulah misi utama saya!"
Bagaimana?
Kata-kata itu bukan bahan gurauan.
Cukuplah bersembang.
Maaf.
Tapi mungkin betul cakap awak.
Apa?
Saya akan beritahu pengurus daerah.
Terima kasih, tuan!
Mereka yang akan tentukan.
Tren ini akan berhenti di Ninohe, Iwate-Numakunai, Morioka,
Kitakami, Ichinoseki, Furukawa, Sendai, Omiya…
Hayabusa no. 60 3.17 petang ke Tokyo
Hayabusa No. 60, menuju Tokyo bertolak pada 3.17 petang di rel 14.
Tren akan berhenti di stesen berikut sebelum tiba di Stesen Tokyo.
Hachinohe, Morioka, Sendai, Omiya dan Ueno.
Pengadang keselamatan merah akan dibuka sebaik tren tiba.
Sila tunggu hingga tren berhenti sepenuhnya.
Terima kasih kerana bersabar.
Hayabusa No. 60 tiba di rel 14.
Tren akan bertolak pukul 3.17 petang.
Pintu kini dibuka.
Hidupkan lampu tepi.
Semua naik!
Tren akan berhenti di Morioka, Sendai…
Kita mesti makan.
Yang ini?
Hentian terakhir ialah Tokyo.
Terima kasih kerana memilih JR East.
Tren Hayabusa ini berada di laluan Tohoku-Shinkansen.
Destinasi, Tokyo.
Semua tempat duduk adalah melalui tempahan.
Hentian seterusnya, Hachinohe.
Dilarang merokok.
Cik Kagami.
Apa kata kita buang bahagian tentang polisi tenaga?
Tak boleh.
Orang ramai memikirkannya sebab peningkatan harga tenaga.
- Kita boleh raih sokongan. - Ya, sudah tentu.
Selamat datang ke Tohoku-Shinkansen.
Tren Ekspres Hayabusa ini menuju ke Tokyo…
Maafkan saya.
…berhenti di Morioka, Sendai, Omiya…
Hei!
Awak Todoroki, bukan? Jutawan NEET.
Maafkan saya.
Biar betul?
Maafkan saya, puan.
Barang berbahaya dilarang
di tren dan di stesen.
Hai!
Ibu!
Mak cik skandal politik itu!
Diam! Kamu tak patut cakap kuat-kuat!
Shinkansen jr east pusat kawalan operasi am
Di Stesen Shin-Aomori?
Awak perlukan jadual tren tak berfungsi.
- Nak saya tulis? - Ya.
Itsuki, penyelaras sendai
Ya?
Penumpang sakit?
- Lelaki. - Penumpang sakit, 3025B.
Dia sedar tapi sakit kepala?
Sakit kepala?
Lebih baik aturkan ambulans.
- Berapa lama sebelum Morioka? - Dua puluh lima minit.
- Suruh 3025B berhenti di Mizusawaesashi. - Ya, tuan.
Tren 61B akan kekal di Stesen Ichinoseki.
Saya akan beritahu.
Hantar pasukan perubatan kecemasan.
3025B, saya Penyelaras Itsuki.
5060B, Hayabusa No. 60,
dibenarkan berlepas.
Kami mahu ambulans. Terima kasih.
Isyarat pengulang, "Hidup."
Hayabusa No. 60 akan berlepas ke Tokyo dari platform 14.
Tunggu! Kami nak naik!
- Pintu sedang ditutup. - Maafkan saya!
Bertolak dari Stesen Shin-Aomori pada 3.17 petang.
Masa disahkan.
Semua penumpang sudah naik.
- Sila berdiri jauh dari pintu. - Tutup pintu!
Pintu sedang ditutup.
Lampu tepi, padam.
Isyarat selamat, pintu ditutup.
Masa diperiksa.
Brek dilepaskan.
Satu, dua tiga…
Pengadang keselamatan di platform 14 akan ditutup.
Babai!
- Babai! - Babai!
Menepati masa.
5060B berlepas tepat masanya dari Shin-Aomori.
Terima kasih kerana memilih JR East.
Tren Hayabusa No. 60, menuju ke Tokyo. Semua tempat duduk ditempah.
Tren ini akan berhenti di stesen berikut.
- Hachinohe, 3.41 petang. - Saya peminat. Autograf?
- Boleh. - Morioka,
pukul 4.11 petang.
- Saya tak mahu! - Sendai, 4.56 petang.
Omiya, 6.07 petang.
Ueno, 6.26 petang.
Hentian terakhir, Tokyo pada 6.32 petang.
Tiada beruang peranglah.
Bukan salah saya!
Tokyo
Bangunan ibu pejabat syarikat kereta api jr east
Maaf atas pengumuman yang sukar untuk didengari.
Kami akan menilai keperluan untuk latihan lanjut.
Kami minta maaf.
Terima kasih kerana menghubungi Pusat Panggilan JR East.
Nama saya Miyashita.
Saya letak bom di Hayabusa No. 60
yang bertolak dari Shin-Aomori ke Tokyo.
Maafkan saya. Boleh encik ulang semula?
Bom akan meletup jika kelajuan tren kurang daripada 100 km/j.
Untuk buktikan saya serius,
saya telah letak bom yang sama di dalam tren barang 2074
- di Laluan Kereta Api Aoemori. - Ada apa?
Bom itu akan meletup jika tren bergerak bawah 5 km/j.
Bom?
Panggilan terputus.
Saya letak bom.
Stesen aomori-higashi laluan tren aoemori
Stesen Aomori-Higashi.
Apa?
- Bom? - Apa?
Adakah usikan?
Kami tak boleh minta jangan perlahan daripada…
- Bagaimana dengan polis dan kabinet? - Mereka tahu.
Pasukan petugas bersama sedang dibentuk.
Kami akan hantar pegawai.
Jabatan pengurusan am jr east
Bak kata pengebom,
ketika kelajuan di bawah 5 km/j, gerabak meletup.
Sama macam kes tren 109 dulu.
- Hubungi pusat kawalan. - Ya, tuan.
Meletup jika kelajuan kurang 100 km/j?
Jika ancaman benar,
Hayabusa No. 60 perlu terus bergerak.
Apakah lokasi dan kelajuannya sekarang?
Di luar Shichinohe-Towada pada kelajuan 260 km/j.
Pastikan kekal atas 100 km/j dan melepasi Hachinohe.
Saya akan datang. Guna penilaian awak sendiri.
Saya faham.
Kamu dengar kata-kata pengurus besar.
5060B akan matikan Kawalan Tren Automatik.
Kekalkan lebih 120 km/j, langkau Hachinohe.
Terlalu laju pun tak cukup.
Masa perlu dilengahkan.
Hentikan semua tren laju di laluan Hokkaido dan Tohoku.
Tren Hokuriku dan Joetsu akan patah balik di Omiya.
- Kosongkan semua tren. - Semua?
Kosongkan rel untuk 5060B.
Saya dibenarkan untuk menilai sendiri.
No comments yet. Be the first to leave one.