The first 200 lines.
Akhir sekali...
Ada satu benda yang paling penting berlaku di sini.
Apa... Lagi?
Awak... siapa?
Kenapa awak tiba-tiba begini? Jangan bergurau.
Awak bukan Jang Yi Gyeong yang saya kenal.
Semuanya salah.
Ingatan yang saya ada tentang orang itu sangat berbeza.
Kalau saya bukan Jang Yi Gyeong, jadi saya siapa?
Awak, Gang Ju, yang rasa lain pada saya.
Awak tak nampak macam Gang Ju yang saya kenal.
Kita dah lalui pelbagai kesusahan untuk sampai ke tahap ini.
Sekarang bila kita dah boleh relaks, awak mula berubah hati?
Mungkinkah awak dah terfikir benda lain begitu cepat?
Itu sangat mengecewakan.
Mari kita pergi.
Walaupun Gang Ju dah mula curiga, dia tak boleh jumpa Du Rim.
Macam mana kalau dia jumpa?
Kamu tak perlu takut.
Kamu fikir cinta itu selamanya?
Tak ada yang lebih lemah daripada hati manusia.
Sebaik saja dia jumpa Du Rim sebenar,
kamu fikir Gang Ju akan berminat dengannya?
Du Rim! Ada masalah.
Kenapa?
Dia dah tahu semuanya sebelum dia datang.
Mulai sekarang, patutkah saya tak panggil awak kawan saya, Jang Yi Gyeong,
tapi panggil awak Na Du Rim?
Macam mana awak tahu tempat ini?
Identiti sebenar awak... Saya dah tahu dulu.
Saya yang beritahu mak Gang Ju tentang awak.
Saya rasa awak boleh cakap saya pijak ekor awak.
Orang yang selamatkan awak pada masa sukar juga saya.
Kalau saya terlambat satu langkah,
awak tak akan duduk di sini.
Awak nak saya ucapkan "terima kasih"?
Selepas awak habis bermain sebagai puteri,
apa rasanya kembali kepada diri awak yang dulu?
Boleh tahan.
Lagipun, sini tempat yang paling selesa.
Kenapa awak mengalah... dengan Gang Ju?
Awak sampai merisikokan nyawa awak untuk dia. Kenapa?
Bukankah awak ada perasaan sebenar terhadap dia?
Walaupun saya tak boleh, bukankah awak patut beritahu Gang Ju?
Saya tak akan lakukannya kalau saya.
Saya cuba pertahankan benda yang saya nak.
Tapi awak dah memilikinya dan lepaskannya.
Saya juga sangat menginginkannya. Saya juga tak nak ianya diambil.
Dia orang yang saya sanggup korbankan nyawa.
Tapi semakin saya tamak, semakin saya takut.
Dan apabila ketakutan saya semakin besar, ketamakan saya mula bergerak macam bebola salji turun bukit.
Disebabkan ketamakan saya,
saya tak boleh melihat semua orang disisi saya terluka.
Kadang-kadang cinta bukan bermaksud kita kena pertahankannya.
Kadang-kadang awak kena lepaskannya.
Cinta juga boleh melepaskan orang itu pergi.
Awak tak menyesal?
Saya mungkin menyesalinya sepanjang hidup saya.
Tapi saya rasa itu harga saya kena bayar atas sikap pentingkan diri saya.
Tapi kalau Gang Ju tahu kewujudan awak, jadi...
Anggap awak tak tahu. Tolong lakukannya.
Macam sekarang,
jangan biarkan dia tahu yang saya pernah berada disisinya.
Kalau Gang Ju tahu, dia mungkin akan terluka.
Tak kisah kalau saya yang terluka.
Tapi saya tak nak orang lain terluka disebabkan saya.
Apa yang tunang Presiden buat di sini?
Bila awak datang?
Awak minum ke?
Ya. Kami ada jamuan makan malam.
Orang yang baru keluar tadi ketua kumpulan, kan?
Ya. Dia datang nak minta maaf sebab tak dapat hadir masa hari pembukaan.
Jadi dia singgah ucap selamat.
Awak nampak agak mabuk.
Kenapa awak datang sini dan bukan balik rumah?
Saya rasa saya mesti dah mabuk.
Saya rasa saya nampak seseorang di dalam sana yang rupanya sama macam tunang Presiden.
Awak mesti dah mabuk.
Kenapa pula tunang Presiden ada di sini?
Ini tak boleh jadi. Lebih baik awak dapatkan ubat sedarkan diri sebelum balik.
Ada farmasi di sana.
- Mari pergi. - Baik.
Apa yang awak nak cakapkan?
Awak tahu, kan? Perempuan mana yang saya berikan cincin.
Jawab saya. Tolong.
Awak tanya lebih awal dari yang saya jangka.
Saya tahu awak akan tahu juga satu hari nanti.
Awak patut tanya kenapa cincin yang patut ada pada jari Yi Gyeong buat di tangan saya.
Macam yang awak suspek.
Kalau awak tak letaknya di tangan perempuan lain,
saya tak patut adanya sekarang.
Orang yang awak berikan cincin ini,
adalah pengganti Yi Gyeong. Adakah itu lebih senang untuk difahami?
Sebab ini berlaku adalah disebabkan sumpahan keluarga awak.
Saya tak perlu terangkannya, kan?
Tambahan, memandangkan saya dah tahu,
sudah tentu orang lain dah tahu.
Jadi... Mak saya pun?
Semua orang berharap awak tak tahu.
Sebab sebaik saja awak tahu, kotak Pandora akan terbuka.
Jadi dia di mana sekarang? Perempuan yang saya pakaikan cincin ini?
Dia kembali ke tempat asalnya.
Dia ikut skrip dan dah selesaikan persembahannya.
Semua orang dapat apa yang mereka mahukan dan mereka akan buat seperti tak ada apa yang berlaku.
Kalau awak mula menggalinya, ramai orang akan merana.
Orang yang paling teruk merana ialah awak.
Walaupun begitu, awak masih nak cari dia?
Saya tanya awak dia di mana.
Ini saja yang saya boleh buat untuk awak. Saya tak tahu lebih daripada itu.
Masalah yang selebihnya ini awak kena cari sendiri.
Semua tindakan kena dibuat secara senyap.
Kalau mereka tahu awak sedang mencari,
mereka akan ambil langkah untuk pastikan awak tak jumpa dia.
=Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi...=
Presiden, saya bawakan awak makanan.
Ini...
Ianya daripada kedai Oh Jin Ju bekerja.
Makanan mereka sangat sedap.
Jin Ju?
Ya! Saya akan ambilkan air!
Saya minta maaf! Saya minta maaf!
Tak mengapa.
Oh Jin Ju!
Jadi apa yang akan berlaku kepada Jin Ju?
Selepas apa yang awak lalui, awak risaukan Jin Ju?
Jin Ju mesti dalam kesusahan untuk dia buat lakukan begitu.
Jin Ju ini siapa pada awak? Kenapa awak cuba lindungi dia?
Kenapa awak marah?
Di mana kedai Oh Jin Ju?
Awak nak ke sana, kan?
Baru-baru ini saya nampak Ketua Kumpulan pergi ke sana.
Jang Yi Gyeong.
Apa yang awak buat di sini?
Kenapa awak ada di sini?
Mari kita pergi.
Lepaskan saya!
Saya bukan Jang Yi Gyeong.
Tak. Itu tak mungkin.
Tengok baik-baik. Saya bukan Jang Yi Gyeong.
Jadi awak siapa?
Kalau awak bukan Jang Yi Gyeong, awak siapa?
Bukankah awak dah tahu? Apa lagi yang awak nak tahu?
Betulkah awak Jang Yi Gyeong yang saya kenal?
Memanglah. Saya berharap dapat tinggal di sini dengan tenang.
Kenapa awak kena menyukarkan keadaan?
Itu saja yang awak nak cakap?
Awak tak tahu apa yang awak dah buat?
Jadi saya patut berlutut dan minta maaf kepada awak?
Apa salah saya?
Orang yang tertipu adalah yang bodoh, dan orang yang menipu tak buat apa-apa salah.
Diam.
Kenapa awak buat begitu? Kenapa?
Sebab dah jelas awak anak orang kaya.
Tak boleh ke awak fikir?
Saya dapat kedai yang cantik di sini dan ada banyak duit.
Saya cuma kena berlakon dan mereka berikan saya restoran dan banyak duit.
Awak... Ada hati tak?
Tapi...
memandangkan awak cuma yang palsu, awak mungkin tak ada.
Mesti senang awak hidup dalam dunia ini.
Awak boleh beli dan jual perasaan awak untuk duit.
Awak orang pertama yang saya berikan hati saya sepanjang hidup.
Choe Gang Ju.
Diam.
Jangan sebut nama saya lagi.
Saya bencikan diri saya sebab percayakan penipuan awak.
Du Rim, kau tak apa-apa?
Du Rim.
Aku tak nak dia tahu.
Dia akan sangat terluka.
Tapi aku tak boleh buat apa-apa.
Berapa lama mak rasa mak boleh sembunyikan semua ini daripada saya?
Berapa lama mak nak sembunyikannya?
Mak tak patut buat begini kepada saya!
Kenapa mak tak beritahu saya lebih awal? Kenapa?
Mak takut kamu akan jadi begini, jadi mak tak berani.
Mak tahu ianya akan melukakan kamu, jadi macam mana mak nak cakap?
Ini bukan yang terbaik untuk saya! Mak tak faham!
Mak memang tak nak kamu terluka.
Semua yang dah berlaku sampai sekarang, padamkannya.
Budak itu dah gunakan kamu sejak mula.
Dia langsung tak layak dimarahi kamu!
Mak!
Sedarlah!
Kamu pewarid Kumpulan Taeyang.
Kalau kamu salah satu langkah, keluarga kita akan hancur sekelip mata!
Perjanjian apa yang mak buat dengan mak Jang Yi Gyeong?
Untuk mak menerima Jang Yi Gyeong, perjanjian apa yang mak buat?
Perempuan itu sangat licik macam ular.
Dia menakutkan dan berbahaya macam ular beracun.
Kamu tak boleh buat apa-apa pergerakan sesuka hati kamu.
Kamu mesti ingat yang menaggung beban yang berat ada atas bahu kamu.
Kamu kena faham, ini untuk kamu dan Kumpulan Taeyang.
Ayah kamu tak boleh tahu tentang ini.
Kamu dan mak kena simpan rahsia ini sepanjang hidup.
Gang Ju, tolong lakukannya.
Na Du Rim, 25 tahun. Dilahirkan di Namhae.
Dia bersekolah rendah dan bersekolah menengah bersama Oh Jin Ju.
Dia kematian kedua-dua ibu bapanya dan baru saja buka restoran dengan neneknya.
Restoran itu dulu dimiliki presiden Syarikan Pembinaan 5-bintang.
No comments yet. Be the first to leave one.