ヒロイン?聖女?いいえ、オールワークスメイドです(誇)!
The first 174 lines.
Sebentar lagi Cik Muda akan kembali.
Saya mesti segera menyiapkan tehnya.
Menggunakan cawan kegemaran Cik Muda.
- Luciana! - Luciana!
- Bertahanlah! - Katakan sesuatu!
- Luciana! - Luciana!
- Bertahanlah! - Luciana!
Santa Perak dan Lima Sumpah.
Sasaran janji temu utama,
Putera Mahkota Kerajaan Theolas, Christopher von Theolas.
Sasaran janji temu kedua,
Maxwell Reclentos, anak lelaki pertama Canselor.
Sasaran janji temu ketiga,
kesatria penjaga protagonis, Lectias Froude.
Kemudian,
sasaran janji temu keempat, Bjork Quichel.
Lelaki yang hatinya dirampas oleh Raja Iblis ini,
dahulunya adalah seorang hamba.
Ibu! Ayah!
Bjork, dilahirkan di kampung ahli sihir tersembunyi,
diserang oleh tentera dari negara jiran semasa dia berusia sepuluh tahun,
di sana ibu bapanya terbunuh.
Oleh sebab Bjork sudah mampu menggunakan sihir,
dia dijual kepada tentera upahan sebagai hamba,
dipaksa turun ke medan perang,
terkadang dia diseksa sepanjang hari,
demi melepaskan kemarahan majikannya.
Titik perubahannya adalah ketika dia berusia 18 tahun.
Tuannya, menyusuri Hutan Besar Vanargand dengan kemampuan sihir Bjork,
cuba memburu raksasa, namun gagal.
Namun pada hakikatnya, pencarian ini merupakan idea daripada Bjork.
Hamba dikawal dengan sihir kepatuhan,
tidak dapat menyerang majikannya secara langsung.
Oleh sebab itulah,
dia memancing mereka ke mari demi membalas dendam.
Sangat menakjubkan.
Kebencian kelam yang begitu indah.
Marilah ke sini, wahai ahli sihir.
Awak mahu ke mana?
Cabutlah pedang itu,
lalu jadilah korban untuk saya.
Sudah saya beritahu, jangan pergi jauh bersendirian.
Begitulah, Bjork Quichel menyerahkan raganya kepada Raja Iblis.
SUASANA SERIUS YANG DATANG TIBA-TIBA
Demi kunci untuk membuka meterai Raja Iblis,
dia menyasarkan keturunan keluarga Diraja Theolas.
Begitulah latar cerita permainannya.
Annemarie, sampai bila awak mahu mengelamun di sana?
Awak mahu mati, ya?
Sudah tentu tidak!
Maxwell.
Tidak bersenjata terlalu berbahaya.
Lindungi saya dari belakang.
Baiklah.
Sia-sia sahaja.
Bersenjata tidak akan mengubah apa-apa.
Ya ke?
Jangan pandang rendah kepada Putera Mahkota!
- Drawing! - Drawing!
Sihir jenis apa itu?
Tidak mungkin saya memberitahu awak.
Sikap bersahajanya itu normal.
Kerana hanya Santa yang mampu mengalahkan Raja Iblis.
Namun, jika menggunakan senjata perak yang merupakan kelemahannya dalam permainan,
maka orang selain Santa juga boleh turut bertarung.
Walaupun awak menggunakan belati kecil itu...
Sudah saya katakan, jangan pandang rendah Putera Mahkota!
Aksesori perak yang saya pakai bukan sekadar hiasan!
Segenap ciptaan, patuhilah saya!
Alchemy!
Annemarie, cepat rawat luka Cik Luciana!
Segera!
Menarik.
Saya akan bunuh dan periksa awak apabila saya mempunyai masa lapang.
Bertahanlah, Luciana!
Saya akan menyembuhkannya dengan sihir saya!
Di dalam permainan, Annemarie itu lemah tetapi angkuh,
watak antagonis pada umumnya.
Malah semasa insiden serangan, dia hanya mampu menangis ketakutan.
Tetapi saya berbeza.
Saya sudah berlatih demi melawan Raja Iblis.
Hingga berjaya mengembangkan sihir Drawing dan Alchemy.
Saya juga mencipta semula perubatan moden
dari kehidupan sebelumnya menjadi sihir penyembuh.
Luciana, awak tidak apa-apa?
Sihir penyembuh: Sanitasi!
Oleh sebab belakangnya ditetak oleh pedang, dia mesti dibedah.
Persekitaran steril sudah sedia.
Saya akan periksa lukanya...
Bagaimana Luciana...
Luciana, saya mohon bangunlah!
Maaf...
Dia baik-baik sahaja.
Nyawanya tidak dalam bahaya.
Bukan sahaja ditetak dengan pedang.
Tubuhnya juga sehingga terhempas, tetapi...
Sangat mengejutkan, budak itu masih hidup.
Tambahan pula, saya memang berniat untuk membunuh awak semua
saya perlu menetasnya sekali lagi.
Apa awak cakap?
Awak fikir nyawa manusia itu seringan mana?
Wahai sihir, kumpulkan bintang!
Wahai meteor, hujani musuh saya!
Shooting Star!
Peluru sihir yang diselubungi aura perak.
Inilah sihir terkuat yang boleh saya gunakan!
Pilihan awak tidak salah.
Akan tetapi...
Sia-sia sahaja.
Pilihan sihir dan senjata perak awak patut dipuji.
Saya fikir umat manusia sudah melupakannya,
nampaknya saya salah.
Memang benar umat manusia sudah melupakannya!
Namun, yang lemah akan mati.
Bahagian yang terkena sihir tadi?
Mustahil! Dengan sihir seremeh itu...
Mustahil... Jangan-jangan?
Ini adalah sihir perak daripada Santa yang baru bangkit!
Sejak bila sihir ini melekat pada saya?
Jangan-jangan, Santa ada di sini?
Entah apa yang sudah terjadi...
Ini peluang kita!
Tak guna!
Tuan Maxwell, kita mesti turut menyerang!
Baik!
Tak guna!
Ini mustahil!
Saya tidak merasakan aura Santa berdekatan sini.
Bermakna ini, hanya sisa-sisa kekuatan Santa.
Bermakna kekuatan ini mengandungi "pengabdian" yang amat besar.
Ini...
Perasaan yang terkandung di dalamnya...
Sebagai seorang pembantu rumah,
melindungi majikannya adalah sebuah kewajipan!
Apa semua ini?
Buat terkejut sahaja.
Saya tidak akan memaafkan sesiapa pun yang melukai Cik Muda!
Melindungi majikan ialah tugas seorang pembantu rumah!
Tidak masuk akal.
Saya kalah dengan perasaan seperti ini?
Namun, dari mana datangnya sihir Santa ini?
Sama ada putera itu mahupun ahli sihir itu bukan Santa.
Baki yang tinggal...
Mustahil...
Itu!
KELENGKAPAN SSR, PERTAHANAN 999
Raja Iblis teringat kembali.
Alasan dia dikalahkan oleh Santa pada masa lampau,
adalah kerana hal tersebut...
Tunggu dahulu.
Gadis itu bukan seorang Santa.
Santa tidak ada di sini, tetapi...
- Luciana! - Luciana!
- Bangunlah! - Luciana!
- Puan! - Luciana!
- Tuan! - Luciana!
Ada tiga orang yang memakai kelengkapan yang serupa!
Tidak! Ini tidak masuk akal!
Patah?
Memandangkan awak sedang leka, jadi...
- Sebentar, saya tidak boleh melakukannya? - Mana saya tahu!
- Apa ini? - Ini miasma daripada sihir jahat!
Jangan hidu!
Walaupun awak kata begitu, miasmanya memenuhi pelindung!
Cepat hancurkan pelindungnya!
Tak guna, kembalikan Luciana!
Kembalikan puteri saya!
KELENGKAPAN SSR, PERTAHANAN 999
Luciana!
- Luciana! - Luciana!
Pedang perak...
Gawat...
Padahal saya belum membuka meterai saya,
tetapi lama-kelamaan kewujudan saya boleh lenyap.
No comments yet. Be the first to leave one.