Release info

우아한-친구들-Graceful-Friends-E05-NEXT-iQIYI
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2020-07-25
Downloads: 7
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 183 lines.

[Kandungan berikut mungkin tak sesuai untuk penonton bawah usia 19 tahun.]

[Program ini merangkumi iklan maya dan tidak langsung.]

[Nama, perniagaan, tempat dan kejadian yang disebutkan di sini adalah rekaan.]

Sub bY iQIYI

Resynced == ANANG KASWANDI ==

Saya tanya sekali lagi, Encik Ahn Gung-cheol.

Kenapa awak pergi ke apartmen dia?

Hei, Encik Ahn.

Ya, ada jumpa apa-apa?

Tidak, kamera keselamatan di apartmen itu rosak.

Dalam banyak-banyak hari, ia boleh rosak sekarang?

Apartmen ini tak laku dan disewakan.

Mereka minta ia diselenggara,

tapi orang yang bertanggungjawab matikannya.

Sejak bila ia rosak?

Tiga hari lalu.

Berapa lama video itu disimpan?

Seminggu.

Seminggu? Seminggu saja?

Tak banyak jenayah di sini,

jadi, tiada siapa beri perhatian.

Gila saya dibuatnya.

Telefon mangsa hilang dan kamera keselamatan rosak.

Ia seperti mengeruhkan keadaan.

Salin rakaman minggu lepas,

dan periksa jika ada kamera lain berhampiran apartmen itu.

Tae-uk.

Saya terima panggilan daripada jabatan forensik.

Lupakan sebarang kesan cap jari atau kesan tapak kaki.

Tiada jejak sesiapa yang pecah masuk.

Macam mana dengan sijil bedah siasat?

Belum lagi. Mereka akan buat beberapa jam lagi.

Aduhai. Kita mengejar masa dan mereka mahu beberapa jam? Tak guna.

Sebaik saja dapat sijil itu, minta autopsi kecemasan.

Ya, tuan. Dan apa patut saya buat dengan mereka bertiga?

Awak dah selesai menyoal mereka?

Saya dah lama habis soal mereka.

Ada apa-apa yang mencurigakan?

Mereka bertiga mempunyai alibi yang kukuh.

Tiada apa yang mencurigakan.

Ini buat saya rasa nak gila.

Apa patut saya beritahu dia tentang saya di mana dan apa yang saya buat?

Ia buat saya rasa nak gila juga.

Isteri saya naik berang bila saya tak dapat dihubungi lama-lama.

Aduhai.

Tolonglah, kamu berdua.

Boleh kamu faham situasi ini?

Ini kes pembunuhan. Kes bunuh.

Saya juga sedang cuba untuk terus hidup!

Maafkan saya.

Tunggu masa saja sebelum kita lihat satu lagi kes bunuh.

Awak pun tahu, tak guna.

Eun-sil tak boleh tidur tanpa saya.

Dia terlalu gementar dan tak boleh tidur kalau tak dengar saya berdengkur.

Saya perlu tidurkan dia.

Eun-sil...

Dia asyik telefon. Saya dah bosan.

Saya dah bosan.

Aduhai.

- Tak guna. - Tengok.

Aduhai, tentu kamu penat.

Kamu semua melakukan perbuatan baik.

Di musim panas ini,

bau mayat yang membusuk akan memenuhi apartmen

jika mayat ditemui walaupun lewat sehari.

Saya pasti kamu belum menghidunya,

tapi, orang dengan perut lemah tak boleh minum air pun.

Mereka muntah berhari-hari, kemudian pengsan.

Tapi disebabkan kamu bertiga, mayat itu dijumpai sebelum ia membusuk.

Penduduk di apartmen itu tak perlu hadap bau busuk itu.

Staf baru yang tiada pengalaman tak perlu lihat apa-apa yang menjijikkan.

Nasib baik.

Saya akan belanja kamu semua minum

selepas kami dapat tangkap penjenayah itu.

Kerja yang bagus hari ini. Awak boleh pergi.

- Terima kasih. - Terima kasih.

Apa yang akan berlaku

pada Gung-cheol?

Oh, ya. Kami ada

beberapa perkara lagi yang perlu ditanya, jadi ia akan ambil masa yang lama.

Jangan risau tentang dia. Kamu patut pergi dulu.

[Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.]

Awak tak nak angkat telefon?

Nampak macam isteri awak.

Terima kasih.

Saya baru lepaskan kawan-kawan awak.

Begitu.

Baiklah. Mari mula bercakap.

Semua kamera pengawasan yang dipasang di apartmen mangsa

rosak sejak tiga hari lalu.

Encik Ahn, awak ke sana

tahu yang ia rosak, bukan?

Gung-cheol takkan apa-apa, bukan?

Betul tak? Tiada apa-apa akan berlaku pada dia, bukan?

Mari.

Apa awak cakap?

Saya kata saya yang bunuh dia.

[Awak tolak dia kerana marah, selepas itu dia mati?]

Maaf, Encik Ahn.

Kenapa awak marah?

Sebab dia

buat sesuatu yang teruk

pada isteri saya.

Bagaimana?

Benda teruk apa yang dia dah buat?

Sila terangkan.

Ia berlaku sepuluh hari lepas.

Tak guna.

Tak ada kesan cap jari yang ditemui di tempat kejadian?

Masuk akalkah?

Tentulah tidak.

Dan lihat.

Menurut kawan-kawannya,

mereka tiba di tempat kejadian dalam sepuluh minit selepas dia.

Dan sepuluh minit sudah cukup bagi dia

untuk melawan mangsa, naik angin, menolak dia,

jatuhkan dia di lantai bilik air, bunuh dia,

buang semua bukti dan cap jari dari tempat kejadian?

Itu macam tak betul, bukan?

Tentulah tidak.

Jadi, mari kita humban dia ke penjara dan siasat.

Jika kita kurung dan belasah dia,

kita akan jumpa sesuatu.

Tak guna.

- "Belasah dia"? - Bertenang.

Ini bukan bilik seksaan.

Awak samsengkah?

- Tak guna. - Hei, Tae-uk.

- Lepaskan saya. - Tambahan pula,

dia terus berdiam diri,

tapi, tiba-tiba mengaku selepas diberitahu

yang kamera keselamatan rosak.

Itu mencurigakan.

Ya.

Dan dia tak tahu mana telefon mangsa.

Tak. Jadi, saya terfikir

mungkin dia tiba-tiba mengaku

disebabkan isterinya.

Itu mungkin sebab yang paling besar.

Patutkah kita minta waran tangkap untuk isterinya juga?

Kalau kita ugut mereka bersama...

Kalau kita siasat, kita mungkin akan jumpa sesuatu.

Lepaskan dia.

Tak boleh begitu! Dia dah mengaku!

Adakah semua orang yang mengaku bersalah?

Macam mana kalau dia tipu supaya pembunuh boleh musnahkan bukti?

Awak nak bertanggungjawab?

Apa?

Lepaskan dia buat masa sekarang,

dan letak nama mereka dalam senarai yang tak boleh naik pesawat.

Minta bantuan pasukan lain

dan ekori mereka sentiasa.

Ya, tuan.

Detektif, percayalah saya. Saya merayu.

Saya faham, jadi tunggu di rumah.

Macam mana awak boleh hantar pembunuh pulang begini?

Kita masih tak tahu waktu kematian mangsa

dan kami tiada bukti kukuh bahawa awak pembunuhnya.

Awak tak boleh menaiki penerbangan, bukan?

Awak ada kerja yang kukuh.

Jadi, balik dan tunggu di rumah.

Kami akan hubungi awak bila kami jumpa petunjuk.

Terima kasih. Jalan baik-baik.

Aduhai. Kamu masih di sini?

Kamu tunggu kawan kamu?

Aduhai. Ini barulah namanya kesetiaan.

Kesetiaan memang penting.

Awak tak apa-apa?

Saya tak apa-apa.

Mari.

Kami pergi dulu.

Apa ini?

Macam biasa nampak.

Saya pernah nampak sebelum ini.

Awak belum pergi kerja lagi?

Hari ini hari Ahad.

Betul, hari ini hari Ahad.

Saya nak pergi mandi.

Hei. Jangan buat begitu. Jangan.

Helo? Polis?

Saya perlu laporkan sesuatu...

Jadi...

Ada orang mati.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left