The first 200 lines.
Sub Prepared by Badh182
Silakan duduk.
Terima kasih.
Apa awak buat?
Nampak sangat awak ini kolot tak pernah datang ke Dohwajeon.
Bak kata nenek saya...
...hanya orang kolot saja yang tak tahu diam...
...bila datang ke tempat begini.
Hei, marilah!
Mari.
Kita akan mula sebaik saja saya tiupkan wisel.
Tak ada masalah.
Pastikan awak buat kerja dengan baik.
Tadi siapa yang cakap dia tak mahu ke mari?
Bukan sedap pun.
Saya hanya nak makan saja. Tunjukkan yang kita tak membazir.
Awak kata tak sedap tapi bersungguhnya awak makan.
Sebab tak sedaplah...
...saya cuba banyakkan jumlah yang saya makan.
Kenapa baju awak malam ini berkilauan?
Mana ada!
Bukankah ini baju yang biasa saya pakai?
Baju biasa katanya.
Kenapa serius sangat?
Kita dah datang ke tempat begini.
Saya pernah dengar saja, tapi Dohwajeon memang menarik.
Ini kali pertama awak ke mari, betul tak?
Saya pernah datang ke sini.
Tipulah. Buat apa awak ke mari?
Mari! Mari saya tuangkan minuman.
Mungkin sebab kamu semua pengikut Panglima Lee...
...kamu semua memang nampak lain daripada yang lain.
- Terima kasih. - Terimalah dari saya juga.
Saya saksikan semuanya.
Pertarungan antara awak dengan Gil Tae Mi.
Ya.
Puas saya fikir siapa awak ini.
Rupanya wira pedang terulung!
Sila minum dengan saya.
Saya sangat hormati awak.
Bagusnya.
- Betul itu. - Ya.
Kita sepatutnya berkumpul begini dari awal lagi.
Terlalu banyak hal yang perlu diuruskan...
...sebab itulah baru kini kita dapat berkumpul.
Memang betul, tapi...
...setelah kita mencipta sejarah dengan pengunduran tentera...
...tak masuk akal langsung...
...kalau kita tak berkumpul begini.
Ya.
Kami amat berterima kasih atas kesudian tuan...
...mengadakan majlis yang begitu meriah ini.
Izinkan saya tuangkan minuman.
Baiklah.
Waktu serangan di Soongeuinmun itu...
...seorang pengawal datang dan beritahu saya...
...bahawa Panglima Lee telah menyerang Soongeuinmun!
Jadi saya cakap, "'Bukankah ini Soongeuinmun?"'
"'Apa awak mengarut ini?"'
Sebenarnya...
...bunyi Soongeuinmun dan Seoneuimun...
...lebih kurang sama saja jadi orang mudah keliru.
Kamu semua tak begitukah?
Berani awak!
Dia ini...
...mungkin masih tak tahu pintu yang mana satu dia serang.
Saya tahu!
Di mana tandas?
Di sebelah sana.
Kenapa awak tengok saya macam itu?
Awak ingin cari tandas?
Tandas ada di sana.
Kita tak boleh fikir ia mudah.
Bukan fikir ia mudah...
...tapi kami semua hanya kecewa setelah percaya yang kita...
...akan dapat tanah tak lama lagi.
Kita tak ada masa untuk...
...rasa kecewa.
Kenapa pula?
Kamu semua kenal Hong In Bang, bukan?
Kenapa dengan si tak guna itu?
Walaupun dia dah miliki begitu banyak tanah...
...tapi untuk memiliki lebih banyak tanah...
...dia tak pernah patah semangat.
Dia tak mengalah.
Sebab itulah dia itu tak guna!
Betul.
Memang betul. Tapi...
...kita bertarung dengan orang seperti dia.
Kita perlu...
...dapatkan semua hak kita daripada mereka.
Ia tak mudah.
Siapa yang mengalah dulu, dia akan kalah.
Siapa yang rasa kecewa, dia akan kalah.
Jadi, apa yang patut kita buat?
Kita juga...
...mesti simpan cita-cita yang kita pasti akan dapat semula hak kita.
Dengan itulah kita akan dapat semangat.
Ia akan berikan kita kekuatan.
Jangan lupa.
Panglima Jo sanggup kerahkan bala tenteranya...
...kerana dia enggan serahkan tanahnya.
Kamu fikir hanya dia seorang saja?
Inilah mereka yang sebenar!
Sebab itulah kita juga mesti ada semangat dan kekuatan.
Betul! Betul cakap Ketua Boon Yi.
Kita tak boleh terus mengalah dan rasa kecewa.
Kalau kita kecewa, kita akan tewas.
- Betul! - Betul itu!
Mari kita berjuang hingga ke akhirnya!
Kita akan teruskan!
Makan supaya kita kuat!
Kita kena cuba!
Adakah kamu dah tahu tentang ini?
Tentang isi kandungan permohonan Jo Joon.
Atau tindakannya untuk memecahbelahkan kita...
...dengan syarat 1000 gyeol itu.
Adakah awak juga tahu tentang...
...Jo Min Soo dan Lee Seong Gye yang berbaik semula?
Sama ada saya tahu atau tak, itu tak penting.
Apakah bezanya rancangan yang cuba dilaksanakan...
...oleh Jo Joon dan Sam Bong dengan rancangan yang Sadaebu...
...cuba laksanakan selama 40 tahun ini?
Apakah bezanya sama ada...
...Sam Bong atau saya yang laksanakannya?
Ia berbeza.
Guru.
Sesebuah rancangan bergantung kepada siapa yang membuatnya...
...dan ia juga akan tentukan keputusannya.
Sekiranya...
...awak yang membuat rancangan itu...
...saya pasti akan beri sokongan.
Tapi...
...ia tak sama dengan rancangan Sam Bong.
Guru.
Kenapa guru hanya berat sebelah...
...terhadap Sam Bong saja?
Sam Bong selalunya mempunyai idea-idea yang luar biasa.
Dia tak percaya dengan hukum alam.
Dia melawan takdir.
Guru!
Sekiranya guru terus berdegil...
...guru akan...
...memihak kepada pihak yang menentang pembangunan negara ini.
Adakah guru tetap dengan pendirian guru?
"'Keluarga Lee akan menjadi raja!"'
Hina betul taktik itu.
Apa yang membuatkan saya lebih marah ialah...
...disebabkan taktik awak yang hina itu...
...ia telah memecahbelahkan Sadaebu.
Di saat kita semua perlu bersatu hati!
Bersatu hati...
Adakah awak benar-benar percaya...
...yang kita semua boleh bersatu hati?
Sejak di Sungkyunkwan dulu, saya teringin nak tahu.
Kenapa awak...
...tak faham perbalahan antara manusia?
Kenapa awak...
...sentiasa percaya yang manusia perlu sentiasa hidup...
...dalam harmoni?
Bukan itu caranya manusia hidup.
Setiap manusia...
...mempunyai fikiran dan niat yang berlainan.
Awak tak percaya kepada ajaran Confucius dan Mencius?
Po Eun, politik...
...berasaskan kepada kecurigaan.
Saya yakin Sam Bong juga...
...turut berkongsi fikiran yang sama.
Polisi tak dibuat berdasarkan kepada kepercayaan kepada manusia.
Kalau tak, kenapa kita perlukan undang-undang?
Itu bukan ajaran Confucius...
...tapi undang-undang.
Dan Sam Bong adalah pengikut Confucius.
Sam Bong, sama seperti saya...
...percaya dengan fitrah manusia...
...dan negara ini akan dibina atas dasar kepercayaan.
Awak tak nampakkah?
Atau pandangan awak terlindung?
Kenapa awak masih tak tahu...
...yang Sam Bong ingin jadikan Lee Seong Gye sebagai raja?
- Berani awak! - Dengar sini!
Awak nak bertaruh?
Jika berterusan begini...
...kita takkan berjaya bina negara yang kita impikan.
Saya...
...tak sabar untuk laksanakan rancangan sistem tanah itu.
Tapi demi melaksanakan rancangan ini...
...kita perlu memecahbelahkan mereka...
...dan sebab itulah saya setuju untuk mengasingkan...
...mereka yang memiliki tanah lebih daripada 1000 gyeol.
Tapi sekarang...
...kita hentikan semua rancangan ini...
...dan bertolak ansur dengan Jo Min Soo?
Jadi sekarang mereka sedang...
...minum bersama Jo Min Soo di Dohwajeon?
Woo Jae, dengar dulu.
Kalau beginilah caranya...
...jumlah minimum 1000 gyeol itu takkan wujud selepas ini.
Mungkin ia akan jadi 5000 atau 10,000 gyeol.
Jadi awak ingin pertumpahan darah berlaku lagi?
No comments yet. Be the first to leave one.