Good Doctor

Good Doctor (굿 닥터)

Download Malay Subtitle

Specials

Release info

Good Doctor Ep1
A Commentary by Dazai

Tags

other
Published on: 2019-04-14
Downloads: 43
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Budak gila! Bukankah aku suruh kau pergi?

Pergi!

Kau ni siapa?

Kau nak mati ke?

Aku tanya, kau nak mati!

Kau tak apa-apa? Bangun, biar aku tengok.

Kau terluka ke? Aku nak tengok.

Hei, kau patut cakap dengan mereka yang kau nak main sekali.

Kenapa kau selalu dibuli?

Kalau kau ikut saja mereka,

kau fikir mereka nak main dengan kau?

Bila kau nak berhenti bermain dengan arnab itu?

Aku tak boleh main dengan kau setiap hari.

Angkat muka kau.

Tak guna! Menjijikkan bila aku melihat kau duduk di rumah sepanjang hari dengan dia.

Dan sekarang kau nak bawa dia ke hospital?

Kita kena merawat dia.

Kita tak boleh biarkan dia begini.

Perempuan gila!

Berhenti! Berhenti!

Saya cakap, berhenti! Saya cakap, berhenti!

Tak guna!

Aigoo!

Pergi mati! Pergi mati! Tak guna!

Nampaknya seperti dah mati.

Mati... Ja-jadi...

Dia... akan ke syurga?

Ya, dia dah ke syurga.

Tak bolehkah dia tak ke syurga?

Jika dia dapat diselamatkan, dia takkan ke syurga.

Jika saya jadi doktor, saya dapat halang dia ke syurga?

Saya nak jadi seorang doktor juga.

Kenapa kau seorang diri di sini?

Kan aku dah suruh kau bersama dengan mereka, walaupun mereka pukul kau?

Kenapa kau bermain dengan benda tak guna ni?

Kan aku suruh kau dengar cakap aku?

Kenapa kau tak dengar cakap aku?

Ikut aku.

Kami akan benarkan dia bermain dengan kami dengan satu syarat.

Apa dia?

Ada manik di dalam. Ambilkannya untuk aku.

Jadi, kalau aku ambil untuk kau, kau akan bermain dengan Si On?

Kau tak akan buli dia?

Aku tahu! Kami akan biarkan dia makan Tteokbokki

dan bermain dengan kami.

Kita cuma perlu ke sana dan dapatkan manik.

Kau faham?

Bekas oksigen!

Kami dah jumpa mereka!

Mak... Mak...

Ini telur yang nenek tadi beri.

Betulkah?

Kamu sangat kelakar. Hati-hati kalau tidak anak ayam akan menetas.

Betulkah?

Pada masa itu, tiba-tiba... ada bunyi ketukan.

Disebabkan budak itu takut,

dia pergi kunci pintu.

Langkah pertama... Langkah kedua... Bila dia nak pegang pintu itu...

dia rasa ada benda di belakangnya.

Bila dia pusing,

hantu tangkap budak yang tak nak makan ubatnya.

Dia tertangkap.

Jadi jangan lupa makan ubat tepat pada masanya, faham?

- Ya. - Ya.

Proposal ini menyarankan perubahan kakitangan?

Terlalu ramai pekerja dalam setiap bahagian. Kita tak mampu membayar gaji mereka.

Hospital Universiti Seongwon terlalu teruk, awak pun tahu itu.

Kita hospital, bukannya kilang.

Setiap pekerja diperlukan untuk penjagaan pesakit yang bagus.

Walaupun ianya bagus untuk kesihatan pesakit,

sebaliknya, ianya memberi kesan kepada kesihatan hospital ini.

Berikan saya proposal baru yang boleh saya terima.

Tak ada masalah.

Selepas keluar dari stesen ambil laluan 1.

Akan ada perhentian di pertengahan.

Jumlah jaraknya adalah 1.9 km dan ianya mengambil masa 3 minit.

Tambangnya adalah 1150 Won.

Dengan kad kenderaan awam, ianya 1050 Won.

Arteri

karotid

am.

Subklavian.

Vena kava.

Hyeon U, kita kena gerak bersama-sama.

Tolong! Tolong! Ada sesiapa di sini?

Ada orang yang boleh tolong? Tolong saya!

Wayar putus semasa kami sedang bekerja di atas sana.

Apa yang awak buat? Cepat!

Baik, 1, 2.

Mujurlah kaca itu tak terkena arteri karotid. Tapi nampaknya ia terkena pada vena jugular. (vena jugular - salur darah di leher yang menyalurkan darah tidak beroksigen dari kepala ke jantung)

Hyeon U.

Mula-mula, pendarahannya di lehernya perlu dihentikan, barulah keadaannya akan pulih.

Tidak.

Kalau awak letakkan tekanan pada leher budak kecil, ianya akan tutup ruang udara.

Dan, awak kena beri tekanan di posisi yang tinggi sedikit.

Tolong tekan sedikit di bahagian ini.

Paru-paru dan hatinya mungkin cedera disebabkan trauma.

Denyutan nadinya masih normal buat masa ini.

Bagi kanak-kanak, jantung terhenti biasanya terjadi disebabkan kesukaran untuk bernafas,

jadi pernafasan budak ini mesti diperiksa.

Tiupkan udara ke dalam badannya untuk pastikan yang dadanya naik.

Gunakan mata awak untuk pastikan pernafasannya.

Ianya kepentingan 5 bintang.

Kalau tiada reaksi dari paru-paru kanannya,

kemungkinan ia ialah 'tension pneumothorax'.

Tolong buat pernafasan mulut ke mulut kepadanya setiap 3 saat

dan periksa pergerakan dadanya.

Kami tiada skalpel ataupun tiub dada, macam mana?

Ia mesti dimasukkan di bahagian atas tulang rusuk kelima.

Dengan itu, awak dapat mengelak daripada terkena urat saraf ataupun salur darah.

Apa yang dia buat sekarang ini?

Nampaknya dia sedang mengurangkan 'pneumothorax'.

Tolong ke tepi, tolong ke tepi.

Tolong berikan saya set intubasi pediatrik.

Pengembungan abdomen yang berterusan

menandakan bahawa kemungkinan terdapat pendarahan yang teruk di dalam rongga abdomen.

Disebabkan isipadu abdomen kanak-kanak adalah lebih kecil daripada orang dewasa,

pendarahan teruk boleh mengakibatkan maut.

Rawatan intravena (IV) perlu dibuat secepat mungkin.

Tahap kepentingannya adalah 4 bintang.

Kita mesti segera mencari salur darahnya sebelum itu terjadi.

Kenapa kita tak pindahkan dia ke dalam ambulans dulu?

Tak boleh. Tak ada masa.

Tambahan pula, saya tak boleh buat semasa ambulans bergerak.

Cepat berikan peralatan untuk IV. Cepat, cepat, cepat.

Salur darah kanak-kanak sangat halus, jadi bukan senang untuk mencarinya.

Pendarahan teruk akan menyebabkan pengecutan salur darah periferi,

membuatkan ianya lebih sukar untuk mencari salur darah.

Sekarang dia sedang mengalami kejutan hipovolemik. (kejutan hipovolemik - keadaan disebabkan kehilangan darah yang terlalu banyak)

Rawatan IV perlu dibuat dengan segera, tetapi--

Memandangkan kita tidak dapat mencari salur darahnya, maka kita terpaksa memberikan suntikan menerusi tulang sumsumnya.

Awak ada jarum IO?

Apa nak buat? Kami tak ada.

Kalau begitu, kita perlu membuat potongan IJ.

Sekiranya kita tidak dapat mencari salur darah kanak-kanak dan jarum IO tiada,

buat potongan pada vena jugular dalaman untuk membuat suntikan IV.

Tahap kepentingannya adalah 3 bintang.

Tolong tekan beg IV itu. Jadi penyaluran cecair akan menjadi lebih cepat.

Baik.

Awak akan baik saja, Hyeon U. Jangan risau.

Hyeon U.

Cepat hantar dia ke hospital.

Doktor! Awak kena ikut kami juga.

Apa? Saya kena pergi tempat lain.

Tolong, Doktor. Saya akan tenang kalau awak ikut sekali.

It-Itu... Saya kena pergi ke Hospital Universiti Seongwon.

Kami sedang menuju ke sana.

Awak doktor di sana ke?

Apa? Ya...

Pak Si On ada potensi untuk menjadi pakar bedah dan ada kebolehan yang luar biasa.

Atas dasar apa?

Pak Si On menghidap Sindrom Savant.

Seperti yang anda semua sedia maklum, mereka yang menghidap Sindrom Savant termasuklah yang mengalami autism ataupun kecacatan pada pemikiran,

mereka mempunyai kebolehan yang lebih daripada orang lain dalam beberapa cabang.

Dalam kes Pak Si On, daya ingatan dan pemikirannya

di tahap genius.

Semasa saya menjalankan tugasan tentera saya sebagai doktor di Pusat Kesihatan Tae Baek,

saya berjumpa Pak Si On secara tak sengaja.

Semasa Pak Si On berusia 7 tahun, dia dah hafal semua organ dalam badan manusia.

Kemudian, ditambah dengan kelebihan daya pemikirannya...

dia sudah dapat menguasai semua struktur dan fungsi organ-organ manusia,

macam dia dah melihatnya sendiri.

Kemudian, dia masuk ke sekolah perubatan di Universiti Song San.

Dia lulus dalam peperiksaan kebangsaan selepas dia tamat belajar.

Dia habiskan latihannya

dan akan memulakan tempoh residennya tak lama lagi.

Dia mendapat gred yang cemerlang di sekolah perubatan.

Ya, dia lebih berkelayakan untuk menjadi seorang doktor berbanding dengan yang lain.

Ah, betul itu. Beg saya...

Denyutan nadinya tiba-tiba meningkat.

Apa yang berlaku?

Tahap ketepuan oksigennya adalah 100%,

tapi kenapa mukanya pucat?

Anakku... Hyeon U!

Dia perlu diperiksa dengan ekokardiogram segera.

Denyutan jantungnya normal mengikut monitor.

Adakah awak penjaganya?

Dia doktor yang menyelamatkan anak saya.

Dia doktor di sini.

Ini kali pertama saya melihat awak. Awak dari bahagian mana?

Kita perlu segera memeriksanya. Eko, eko.

Awak tunggu di sini dulu. Penjaga sila ikut saya.

Baik.

M-maafkan saya. Maafkan saya!

Eun Ji. Saya akan tolong kamu, supaya kamu tak takut dengan pembedahan.

Betulkah?

Sudah tentu, kamu akan jadi berani bila kamu jumpa doktor esok.

Saya sangat takut. Macam mana kalau saya mati semasa pembedahan?

Kamu tak akan apa-apa. Kamu jumpa kena percaya doktor cantik ini.

Siapa yang cantik?

Doktor, esok bukan untuk rawatan psikiatri, tapi untuk pembedahan.

Saya tak pernah berikan arahan itu.

Saya dengar yang Dr. Gim Do Han yang beri arahan.

Apa patut kita buat?

- Dr. Cha! - Lepaskan!

Untuk Eun Ji, kita perlu memberikannya rawatan psikiatri dulu.

Dia menghidap barah otak yang rumit.

Kalau kita tak buat pembedahan esok,

saya tak berani menjamin apa yang akan berlaku pada pendarahan variks.

Eun Ji menghidap hipnofobia.

More Malay subtitles for Good Doctor

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left